Monday, 31 December 2007

Laluan Perjalananku Glasgow-Inverness-Aviemore-Aberdeen-Dundee-St Andrews

Bermula dari 27hb dec selama 3 hari dan 2 malam.. aku, Shima, Hajar, Fika dan Tasha, berjalan ke Inverness-Aviemore-Aberdeen-Dundee-St Andrews. Bersama dengan kami kawan shima dari Bristol, Sam, Azwan, Alkid dan Nadiah. 1 kereta dan 1 MPV. Penat jangan cakaplah.. sebab sepanjang 3 hari tu aku yang drive sorang.. balik dari berjalan aku terus kena demam sebab seharian duduk dalam kereta mengadap heater.. selsema batuk dah mula kena..

Tapi seronok jugalah sebab dapat berjalan merata, cuma kami tak dapat nak main ski.. sebab masa nak naik ke mountain cairngorm.. angin kuat so train tak leh naik.. frust juga selepas drive jauh2.. tapi insyallah next time aku p lagi.. kali nie p ngan pakwe lak.. dah 2 kali trip aku tinggalkan dia.. trip kali nie aku cam tak enjoy sangat.. maybe sebab aku cam tak berapa sihat.. sebelum pergi pun gusi aku dah bengkak.. muka naik sembab semacam je.. balik dari trip pun badan semacam je..

Lagipun maybe sebab tempat2 tu aku dah pernah sampai dulu.. so bila sampai sekali lagi.. trill tu dah takde.. takpelah sekurangnya aku dapat jadi tour guide

Di Mountain Train Station Cairngorm

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin