Wednesday, 19 December 2007

Glasgow Raya Khamis

Semalam aku dah siap masak rendang, kuah kacang dan nasi impit.. pagi tadi aku siap masak kuah lodeh lagi.. pagi nie shima datang beraya umah aku.. merasa ler dia lauk raya aku..









Lepas tu kami apa lagi pergi shopping.. shima sibuk nak cari jaket dan kasut.. shopping lagi heheh

Balik keje tadi.. Shima, Hajar, Fikah dan Tasha pastu Azril, Jasrina dan Syahmi.. (jiran rumah atas) datang rumah aku beraya.. walau pun kat sini ramai malaysian decide raya esok.. tapi aku dah raya dulu.. tak kira ler raya bila pun rabu ke khamis ke.. janji aku dah beraya dah.. siap dah makan lauk raya.. dah tinggal sikit pun.. tak jemput ramai setakat jiran terdekat je.. esok malam aku beraya rumah shima lak.. lauk nasi minyak.. hari sabtu nie aku buat open house.. jemputlah kekawan mana yang ada.. hari sabtu nie.. kongsi buat open house dengan jasrina.. ok juga kalau tidak teruk juga aku nak kena masak.. nie jemput jugalah kekawan kat NZ (mashi).. sheffield (rusdi).. (masha dan asardi) bradford.. (sidi) birmingham..dan kat mana-manalah jemputlah datang rumah ye.. (diorang baca ke blog aku nie .. hehehe )

Tadi masa kerja petang aku dapat kad x'mas dari christine.. ada juga yang ingat kat aku bagi kad x'mas.. hari ini cuaca semakin sejuk.. siap malam nie kabus tebal.. semua orang sibuk sebut foggy.. ari nie ada diversion kat jalan depan tempat aku keje.. so bas tak lalu situ.. nasib tadi masa aku tunggu bas.. ada bas lalu juga.. tapi ikut jalan lain.. kalau tidak memang aku kena menapak jugalah tunggu jalan lain.. esok nie tak tahulah.. jalan tu kena tutup lagi ke? pelik juga.. kenapa jalan kena tutup.. sebab kabus ke.. tak tahu lah kenapa..

Pagi ini call mak .. rupanya ayah beraya di behrang 2020.. dia masukkan nama aku untuk korban tahun nie di behrang 2020.. so semalam dia tidur kat behrang.. sebab pagi raya nie dia nak ambil daging korban.. lepas maghrib nanti waktu mesia.. rumah mak ada yasinan.. bawah pemuda umno.. kampung aku memang setiap bulan ada yasinan.. dari rumah ke rumah.. memang jadi aktiviti kampung.. dulu bila ada yasinan aku mesti balik kampung tolong mak masak.. dan jumpa kawan-kawan mak.. bukan apa kebanyakkan kawan-kawan mak tu .. anak-anak diorang tu semua kawan-kawan aku... rindunya ngan kampung.. dan rindu dengan masakan mak.. dengar ayah masukkan nama aku untuk korban pun dah terasa sebak di hati.. inilah rasanya bila dirantauan.. dulu tak sabar-sabar nak datang UK.. dah sampai sini.. hati semakin rindu nak balik pulak.. sabarlah kan.. dah hidup dirantau orang..

oklah.. apa pun selamat beraya.. walau dimana berada..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin