Saturday, 8 December 2007

Kad X'mas Pertama Kirimanku



Inilah kad X'mas kirimanku yang pertama.. yang pertama kali aku beli dan akan aku berikan pada supervisor aku minggu depan.. sajalah nak share dengan korang semua mana tau lupa pulak nak beli kad

Siap dah ada list siapa yang aku nak kena bagi.. termasuklah beberapa staf kat universiti.. 2 orang supervisor aku Dr George Weir and Dr John D Ferguson.. 3 staf learning services.. Cheryl, Suzanne dan Nicola.. yelah yang proses gaji tutor aku kat uni.. dan staf scottish prosecution college tempat aku kerja cleaner lak.. yelah diorang semua baik dengan aku.. setiap jumaat aku mesti bawak balik makanan.. buahlah.. sandwich ler.. macam-macam terutama si John, James, Mandy dan Danny yang rajin tegur aku tiap-tiap hari without miss.. so kenalah bagi juga.. termasuk juga kawan sama bilik dengan aku kat CIS department si Richard dan Simon... uihh ramainya orang yang aku kena bagi nie.. kalah kad raya..

Kekawan.. ahh jangan lupa bagi kad x'mas kat supervisor yang paling utama.. nak beli hadiah aku bukannya reti sangat.. bagi kad jelah.. oklah kan..

2 comments:

mashi said...

ina, supervisor aku japanese tu rasanya tak sambut krismas..hehe..terlupa le plak nak tanya dia agama apa. Tadi aku baru ke Cristmas Grotto kat Church kat sini, ikut rombongan sekolah adawiyah. Cikgu dia suruh ikut sebab semua student wajib ke church tu, so dia takut ada benda2 yang tak boleh dalam islam, jadi dia suruh aku explain kat anak2 muslim kat sini. Jadi tour guide le kejap tadi.

iina said...

camtu takpelah.. tak perlu nak beli kad x'mas.. sini kan x'mas celebration abis-abisan.. sana sini semua pokok x'mas.. so aku pun prepare ler beli kad x'mas..

apa pun selamat hari raya aidiladha..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin