Hari-hari seterusnya di sekolah sudah menjadi kebiasaan bagi gadis itu.. ramai juga guru-guru yang bertegur sapa dengannya.. mungkin kerana dia guru baru menyebabkan ramai juga guru yang ingin bertegur sapa.. hanya segelintir guru sahaja yang tahu siapakah gadis tersebut.. dan hanya beberapa orang guru sahaja yang pernah melihatnya datang bersama ayahnya..
Ketika melalui sebuah kelas di tingkat 2 untuk ke bilik guru.. si gadis terpandangkan gelagat gurunya.. kelihatan begitu marah sekali.. ada beberapa orang murid sedang berdiri di atas kerusi.. entah bagaimana guru itu mencampak buku tulis muridnya hingga hampir terkeluar dari pintu kelas itu.. si gadis yang sedang memandangkan guru itu terkejut lalu terhenti langkahnya betul-betul di hadapan pintu itu.. guru itu juga terkejut kerana tidak menyangka perbuatannya sedang diperhatikan.. lalu terus berlagak seperti biasa dan menyuruh murid-murid itu turun dari kerusinya.. si gadis tadi terus pergi dari situ.. namun peristiwa itu terus bermain di fikirannya.. sampai hati betul guru itu.. tapi ya mungkin itu caranya mendidik.. tapi apa juga.. si gadis tidak bersetuju dengan tingkah lakunya.. biarlah.. takkan nak beritahu ayah pulak kan..
Hari itu si gadis dikehendaki mengajar di kelas peralihan dimana hampir seluruh kelas itu terdiri dari bangsa india dan cina.. gamat sungguh kelas itu.. murid-muridnya kali ini betul-betul mencabar kesabaran gadis berkenaan.. dijerit pun tidak dipedulikan.. mengetuk papan hitam juga tidak memberi apa-apa kesan.. disuruh diam makin bising... disuruh duduk berlari.. akhirnya si gadis mengunci kedua-dia pintu kelas.. selagi tidak diam.. si gadis takkan buka pintu itu walaupun loceng balik telah pun berbunyi.. akhirnya.. kelas akur dengan kehendak si gadis.. dan pembelajaran diteruskan walaupun kebanyakan muka murid-murid itu begitu bosan sekali.. geram dan penat pun ada.. sudahlah berkejaran dengan murid-murid berkenaan untuk suruh duduk diam.. kejar pintu depan masuk ke pintu belakang.. akhirnya itulah sebabnya kedua-dua pintu kelas itu ditutup dan dikunci.. biar semua terkurung dalam kelas selagi tidak senyap dan diam..
Selesai kelas itu.. gadis itu berjumpa dengan seorang guru senior di sekolah itu.. dengan fikiran untuk mendapatkan pendapat dari guru berkenaan.. banyak juga tip-tip berguna yang si gadis itu perolehi.. penggunaan suara.. gaya.. kaedah pengajaran.. bahan pengajaran.. sikap dan juga tindakbalas yang sesuai untuk digunakan semasa menghadapi kerenah murid-murid itu.. Nasihat itulah yang terus dipegang oleh gadis itu sehingga kini.. dan nasihat yang sama juga pernah disampaikan oleh gadis itu kepada anak-anak didiknya semasa mengajar bakal-bakal guru di universiti..
Suatu hari hampir ke tengahari.. si gadis merasakan begitu lapar sekali.. selalunya dia begitu malas untuk ke kantin sekolah.. mengenangkan sudah sarapan di rumah dan bakal juga makan tengahari di rumah selepas waktu sekolah.. entah mengapa hari itu si gadis tergerak untuk melangkahkan kaki ke kantin sekolah. Tidak ada sesiapa di kantin itu. Lalu si gadis sekadar mengambil beberapa ketul kuih.. sambil itu si gadis ditegur oleh pakcik kantin sekolah itu..
"Cikgu nie.. cikgu baru ke?"
"Ahah pakcik.. saya baru je mengajar kat sekolah nie.. guru sandaran je"
"Cikgu duduk mana?"
"Saya duduk di Banting"
"Jauh juga tu, abis cikgu datang macamana?"
"Saya tinggal sama kampung dengan cikgu Hassan dan tumpang kereta dia hari-hari"
"Oh yeke cikgu.. cikgu Hassan guru besar tu ke"
"Ahah pakcik"
Entah mengapa pakcik itu terdiam dan mengamati wajah gadis itu.. lantas berkata dengan perlahan-lahan
"Eh.. cikgu nie anak cikgu Hassan ke?"
"Alamak... camna dia tau nie.. baru nak menyamar.." kata gadis itu dalam hatinya..
Gadis itu hanya senyum sahaja.. lantas dijawab oleh pakcik kantin itu "Betullah.. muka cikgu ada iras-irasnya"
Mendengarkan kata-kata pakcik itu, si gadis menjadi malu lalu mahu beredar secepat mungkin dari situ. Lantas gadis itu berkata
"Betullah tekaan pakcik.. cikgu Hassan itu memang ayah saya, berapa ye pakcik kuih-kuih nie.. saya nak bayar"
"Eh takpelah cikgu.. tak payah bayarlah.. pakcik belanje cikgu.. lagipun tak sedap pulak saya terima duit dari cikgu.. anak guru besar sekolah nie"
"Eh pakcik tak payahlah.. biar saya bayar harga kuih tu. Tak eloklah macam tu pakcik saya ambik percuma je"
"Takpe cikgu saya ikhlas nie"
Nak tak nak terpaksalah si gadis itu menerima pemberian kuih pakcik tersebut..
"Terima kasihlah pakcik belanje saya"
Lantas hatinya berkata "kan dah kata.. kalau beritahu je anak ayah.. dah orang serba salah.. aduh.. lecehnya"
Sejak kejadian itu.. si gadis tidak pernah lagi ke kantin sekolah waktu rehatnya.. lebih selesa menghabiskan masa di bilik guru sahaja.. lagipun kadang kala si gadis membawa bekal dari rumah.. jika tidak tunggu sahaja makan tengahari bila sampai ke rumah nanti..
bersambung..
Friday, 4 July 2008
Kisah gadis dan anak muridnya-2
Nukilan Rasa:
iina
at
19:07
0
sedang senyum-senyum
Thursday, 3 July 2008
Biarlah Yang Miskin Berkata, "Aku Kaya!"
Suatu hari, ayah dari suatu keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya ke suatu negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan maksud untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin.
Mereka menghabiskan waktu berhari-hari di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang terlihat sangat miskin.
Sepulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada anaknya,
"Bagaimana perjalanan tadi?" "Sungguh luar biasa, Pa."
"Kamu lihat kan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?" tanya sang ayah.
"Iya, Pa," jawabnya. "Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi. Si anak menjawab, "Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor kambing sedangkan mereka memiliki empat ekor.
Kita punya sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya.
Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka.
Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horison.
Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang.
Kita memiliki pelayan yang melayani setiap kebutuhan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri.
Kita membeli makanan yang akan kita makan, tetapi mereka menanam sendiri.
Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka.
Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian si anak menambahkan,"Terima kasih, Pa, akhirnya aku tahu betapa miskinnya diri kita." Terlalu sering kita melupakan apa yang kita miliki dan hanya berkonsentrasi terhadap apa yang tidak kita miliki.
Kadang kekurangan yang dimiliki seseorang merupakan anugerah bagi orang lain.
Semua berdasar pada perspektif setiap pribadi. Pikirkanlah apa yang akan terjadi jika kita semua bersyukur kepada Tuhan atas anugerah yang telah disediakan oleh-Nya bagi kita daripada kuatir untuk meminta lebih lagi.
Nukilan Rasa:
iina
at
12:35
0
sedang senyum-senyum
Wednesday, 2 July 2008
Jumpa Sidi
Pagi ini aku terima sms daripada Sidi.. katanya sedang menunggu flight ke Glasgow dari Birmingham.. Aku hampir terlupa yang dia akan datang berjumpa denganku hari ini.. bukan apa sebab ada barangan untuk Sidi yang aku bawa ketika balik ke Malaysia bulan 5 yang lepas..
Lama juga aku tidak berjumpa dengannya.. kali terakhir sebelum bertolak ke UK penghujung tahun 2006.. hampir setahun lebih juga..
Dia sampai di Buchanan Bus Station lebih kurang pukul 9.30 pagi tadi.. ketika dia hubungi aku masih berada dalam bas 66. Untuk ke Buchanan bus station aku terpaksa menunggu bas yang lain di hadapan Mark & Spencer Argle Street. Tidak lama bas 240 tiba dan aku terus ke Bus Station.. Tercari-cari juga Sidi.. apatah lagi mengangkut 2 tin susu dan barangan persediaan bersalin.. akhinya aku nampak dia di hadapan cafe berhampiran pintu masuk..
Aku ajak dia ke department.. berjalan kakilah kami dari bus station ke CIS.. sambil berbual tentang keluarga.. tentang bandar Glasgow sendiri.. lama tak jumpa kawan lama.. dulu kami sering ditugaskan mengajar subjek multimedia bersama.. jika ada 4 kelas.. 2 kelas adalah kelas aku dan bakinya adalah kelas sidi.. dan pembahagian membuat nota dan tutorial juga sering kami buat bersama.. itu belum lagi kadang kami melepak bersama membincangkan hal2 keluarga.. research dan lain-lain..
Sudah lama aku tidak berbincang ilmiah dengan rakan lama.. dulu semasa di UPSI perbincangan berkenaan kajian adalah antara topik utama kami.. tadi ketika membincangkan tentang study masing-masing.. aku rasa teruja seketika.. secara tidak langsung minda aku bergerak pantas mencari jawapan.. ya aku jadi rindu dengan rakan-rakan lama.. ketika berbual dengan sidi membuatkan aku rasa seronok dan secara tiba-tiba aku mendapat maklumat baru dan ilmu baru berkenaan pembangunan framework menggunakan program cake-php.. bagus juga dapat membantu aku dalam menghasilkan design dan framework research.. aku harus meneliti lagi skrip itu.. mungkin dapat membantu dalam menghasilkan tool yang aku sedang rancang..
Tengahari kami ke Lemon Tree.. aku ajak kak haizan sekali memandangkan mereka dulu sama-sama menghadiri kursus BTN .. lagipun Sidi dulu pun study di UTM.. rancaklah perbualan mereka tentang rakan-rakan yang pernah mereka kenali di UTM skudai.. adalah geng bersembang panjang.. Kami kembali ke CIS hampir ke pukul 2.15ptg dan mengambil barang-barang kami.. Akhirnya aku putuskan untuk solat Zohor di tempat kerja sahaja
Lebih kurang pukul 2.30ptg aku dan Sidi pun bergerak keluar dari bangunan Livingstone Tower.. awal-awal lagi aku dah tunjukkan jalan ke Buchanan Bus Station.. dan aku terpaksa mengikut haluan lain untuk ke tempat kerja..
Sebentar tadi aku hubungi semula Sidi.,. Alhamdullilah dia selamat sampai ke Birmingham.. selamatlah jugalah 2 tin susu dan barangan lain yang aku angkut dari Malaysia.. yelah.. penat-penat ambik dari rumah Sidi di Behrang 2020.. bawa ke glasgow.. dan akhirnya sampai ke tangan tuannya.. Alhamdullilah.. tidaklah sia-sia aku membawanya jauh-jauh .. Apatah lagi Firul sedang mengandung 4 bulan.. Insyallah selamat semuanya..
Nukilan Rasa:
iina
at
20:06
0
sedang senyum-senyum
Tuesday, 1 July 2008
Here In My Home
A Song tribute by malaysian artist.. I find it lovely, funny and enjoyable.. Remind me home sweat home - Malaysia
Here in My Home -Malaysian Artistes for Unity
http://www.malaysianartistesforunity.info/
Nukilan Rasa:
iina
at
23:15
1 sedang senyum-senyum
Berdoa
Yana sekali lagi terima kasih atas link ini... Aku setuju bahawa kita jangan terus putus asa.. teruskan perjuangan.. teruskan niat yang baik.. teruskan kehidupan.. teruskan berdoa pada ALLAH s.w.t. kerana DIA maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku itu..
Semoga artikel ini menjadi renungan diri Insyallah
Jangan putus asa berdoa
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus
SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)
Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (riwayat Tirmidzi)
Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.
Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta.
Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (riwayat Imam Ahmad)
Begitulah resam seorang insan yang selalu lupa tentang apa yang telah dikurniakan Allah yang hakikatnya lebih banyak berbanding permintaannya yang dianggapnya tidak dimakbulkan itu. Malah menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa ada waktunya Allah menggantikan apa yang dipinta oleh hamba-hamba-Nya itu dengan menghindarkan diri mereka dari ditimpa kemalangan ataupun apa-apa jua bentuk musibah.
Ada ketikanya Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan dan dikurniakan sebagai ganti berupa ganjaran pahala di akhirat yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kepada hamba-hamba-Nya.
Insan tetap insan yang sebagaimana telah kita semua sedia maklum terbelenggu dengan pelbagai kelemahan. Kenapa tatkala merasakan Allah seperti tidak memperkenankan doa-doanya, seseorang insan itu tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.
Bagaimana mungkin Allah ingin menjawab permintaannya itu sekiranya seseorang itu sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat serta meninggalkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”. (riwayat Tirmidzi)
Tidak dapat dinafikan kelalaian seseorang dalam menurut perintah Allah dan juga tewasnya seseorang dengan godaan hawa nafsu merupakan penyebab utama terhalangnya kurniaan kebaikan (seperti mudah termakbulnya doa) daripada Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (al-Ra’du: 11)
Sambungan
Nukilan Rasa:
iina
at
11:28
0
sedang senyum-senyum