Tuesday, 11 November 2008

Malam hariku

Ketika berada di dalam bilik petang tadi.. sengaja aku lihat keluar tingkap.. sudah lama tidak aku nikmati pemandangan sebegini sekian lama.. sengaja aku ambil shot ini sambil pandanganku melayang jauh entah kemana..

Walau waktu malam semakin panjang.. tapi aktiviti harian sebagai pelajar dan pekerja ku kira tidak jauh berbezanya.. jalanan masih penuh dengan pejalan kaki.. kereta juga masih sesak memenuhi jalan.. dan semalam ketika pulang dari universiti aku alami sesaknya menaiki bas.. ahhh sungguh tidak aku suka bila bersesak begitu.. kiri kanan penuh dengan manusia.. tangan pula perlu memegang beg dan sekaki payung.. apatah lagi aku sudah mula bersarung tangan tiap kali keluar.. bila berada sesak begitu sarung tangan yang dipakai pun belum sempat untuk ditanggalkan.. ditambah pula dengan cara pemanduan pemandu bas yang sesuka hati menekan brek sekuat mungkin.. entah berapa kali aku asyik terlepas pegangan.. dan entah berapa kali juga aku asyik tersandar di badan orang..

Aku rimas.. padat.. lemas.. inilah gayanya bila terpaksa menaiki pengangkutan awam.. itu belum lagi dengan bau pakaian wanita pertengahan umur di sebelah kananku yang seolah sudah lama tidak berbasuh.. kepala aku sudah mula pening.. hidung aku juga sudah tidak lagi mampu menahan deria bau yang sungguh kurang enak.. untuk bergerak ke tempat lain agak sukar.. di kiriku pula sepasang kekasih asyik masyuk berbual mesra dan bermain mata.. si jejaka begitu selesa duduk di palang besi dan menjuntaikan kaki.. aku?? rimas dan lemas.. tersenggul sedikit ke kiri, lengan kiriku terkena lengan jejaka itu.. tersenggul sedikit ke kanan, lengan kananku pula terkena baju perempuan itu.. lalu apa harus aku buat.. tahan diri.. tahan nafas.. tahan kepala.. tahan badan.. sengal-sengal seluruh badanku..

Aku sedikit terlupa.. sepatutnya aku tidak menaiki bas pada waktu puncak diantara pukul 5.30-6.00 petang.. memang waktu ini bas akan penuh dan sesak dengan penumpang.. yelah pelajar, pekerja dan orang bershopping akan pulang pada waktu ini.. selepas ini aku harus pastikan akan aku elakkan pulang pada waktu begini.. cukuplah bersesak seperti semalam.. aku rimas sekali..

Balik ke rumah lewat malam begini.. begitu mudah mengundang banyak kenangan.. kadangkala terkenangkan betapa seronoknya berkereta pada waktu malam ke sana sini dengan mudahnya ditanahair.. tetapi di Glasgow ini.. dengan kedudukan universiti yang ditengah bandar glasgow.. pastinya membawa kereta ke universiti bukanlah pilihan yang terbaik dek perlu membayar parking yang begitu mahal setiap semester.. lagipun pengangkutan awam di sini sememangnya agak cekap.. hanya bila malam hari (selepas pukul 8.00malam) bas akan tiba setiap 30 minit.. jika terlepas bas.. perlulah menunggu 30 minit kemudian.. ianya mungkin nampak tidak lama.. tetapi di dalam kesejukan menahan kedinginan.. walaupun 5 minit sudah cukup membuatkan kita tidak bentah untuk terus berdiri.. apatah lagi bila sampai ketikanya bertiup angin sejuk yang kencang.. aduhh.. itu benar-benar mencabar dan menduga ketahanan diri.. walaupun 5 saat sahaja.. sudah cukup membuatkan diri ingin pulang secepat mungkin..

Ya hari semakin sejuk.. rungutan demi rungutan aku dengar dari setiap manusia yang aku kenali dan jumpai.. tiada siapa yang sukakan kesejukan pada musim luruh dan tidak lama lagi akan masuknya musim sejuk ini.. kadang aku sendiri juga mengeluh bila hari semakin sejuk.. tetapi kadangkala fikiran pula datang..

"nak buat bagaimana.. terimalah.. sudah ditakdirkan cuaca sejuk begini.. hadapilah dan laluilah.."

Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan dalam hati.. mungkin jua penyedap rasa supaya aku tidak terus mengeluh..

Esok.. Insyallah masih ada untuk mengharungi hari dan masa..

Monday, 10 November 2008

Apa? Mengapa? Kenapa?

Isnin kembali lagi.. rasa agak janggal melalui hari isnin hari ini.. setelah 2 minggu Isnin aku lalui di tanahair..

Entah kenapa aku rasa sedikit kelainan.. berbagai rasa datang dalam diri, hati dan fikiran aku.. puas aku cuba ungkaikan kesemua rasa itu.. semua bercampur-campur.. semua rasa seolah bersatu dalam diri aku.. puas cuba aku asingkan satu demi satu.. tapi aku seolah tidak tahu dari mana harus aku mulakan..

Minggu ini bermulanya aku berada di kerusi study di CIS setelah hampir setahun setiap pukul 2.30 petang pastinya aku akan bergerak keluar dari bangunan ini. Mungkin itu jugalah penyebab mengapa aku rasa sedikit asing.. setelah setahun masa petang aku habiskan di tempat kerja.. kini rutin itu sudah tidak ada lagi.. wujud kejanggalan dan keasingan pada ketika ini..

Kegelapan telah datang.. waktu maghrib sudah tiba.. jam baru sahaja pukul 4.39petang.. melihat ke tingkap di sisi yang gelap dan diselang selikan dengan bunyian angin kuat yang menerobos dicelah-celahnya.. mungkin sahaja membangkitkan rasa seram.. tapi apa yang nak diseramkan baru pukul 4.40 petang.. bukannya pukul 12tghmalam..

Aku sedikit bosan.. bukan tidak ada kerja.. ada banyak dan melambak tetapi mood aku yang agak bercampur-campur membuatkan aku sedikit hilang fokus.. hati dan fikiran mula ingat rumah.. mula ingat apa yang perlu aku masak hari ini.. perut juga telah mula menyanyi-menyanyi.. semenjak dari tengahari tadi aku asyik mengunyah tak henti-henti.. sudah 2 gelas air hot coklat jadi santapan aku.. ditambah pula dengan sup sweetcorn mexican style.. kalau berterusan beginilah.. mahu bertambah berat badan aku..

Dulu bila aku bekerja pagi dan petang selalunya aku jarang sekali ingin mengunyah itu dan ini.. mengenangkan perlu bekerja petang hari, selalunya aku sering pastikan perut tidak terlalu terisi.. cukup sekadar dapat menahan lapar seketika.. dan bila pulang ke rumah dek kepenatan bekerja aku pula kurang selera untuk makan.. kadang hanya menjamah ringan makanan yang ada.. kalau ada pun nasi di pinggan sekadar sesenduk kecil sahaja.. kepenatan membatasi selera aku..

Kini.. rutin kehidupan perlu diubah semula.. aku sudah terbiasa aktif bergerak pada sebelah petang hari.. otak aku seolah tepu pada waktu ini.. nampaknya aku perlu merancang sesuatu untuk aku buat pada petang hari.. jika berterusan begini mahu aku isi dengan asyik makan sahaja.. antara yang sangat-sangat aku nak elakkan..

Aduhaii.. leceh betul.. badan pun dah mula semacam rasanya.. entahlah adakah dek perubahan cuaca dan badan kerana baru sahaja pulang dari tanahair.. atau komposisi badan yang sedikit terkejut dari merasa bahang panasnya di malaysia dan secara tiba-tiba mengharungi bahang dingin cuaca di Glasgow.. ahhh.. aku tidak tahu yang mana satunya..

Semuanya ada kemungkinan.. dan aku juga seolah tidak bentah untuk terus duduk dan mengadap pc.. terfikir untuk beriadah.. tetapi dengan cuaca sejuk dan melewati malam hari yang semakin cepat.. timbul pula rasa malas yang bermaharajalela..

Apa? Mengapa? Kenapa? Adakah akan datang jawapannya??

Apa pun aku nak balik.. perlu mencari pelembap muka.. muka aku kini kering teruk dek penangan cuaca dingin..

Mungkin akan aku cari jawapannya ketika window shopping nanti.. itulah dia perempuan.. alahai.. benda-benda yang sejak dulu aku mahu elakkan.. kini aku lalui semula semua ini bila kebosanan datang melanda..

Aku jadi rindu tiba-tiba.. ada kerinduan yang tertinggal jauh di tanahair.. teringatkan ketika rasa bosan dan buntu begini pastinya akan aku temui dia untuk mengisi masa dan luah rasa.. Ini adalah salah satu dari rasa terkilan yang sering bersarang dalam diri aku.. entah kenapa aku rindu.. mulanya aku kira rindu itu tidak ada.. tapi rupanya aku silap.. walau aku cuba tidak melayan rasa rindu itu.. rupanya dalam diam dia datang mengetuk pintu hati aku perlahan-lahan.. dan ya aku jadi rindu ..

Sabarlah hati.. aku perlu terima kerinduan itu tetap kekal di hati.. hanya rasa rindu itu entah mengapa membara kini..

Sunday, 9 November 2008

Hujan Batu di Negara Orang

Sejak awal pagi lagi hujan turun kadangkala lebat dan kadangkala gerimis namun dalam turunnya hujan itu turut serta dengan air batu kecil seperti butiran pasir di pantai..

Yang membuatkan aku menyedari turunnya air batu kecil itu apabila butiran berkenaan singgah ke cermin tingkap bunyi yang sedikit bising menarik perhatianku untuk menjengah keluar tingkap..

Asalnya kami ingin keluar ke carbot tetapi melihatkan hari yang mendung dan hujan.. kami jadi malas.. lepak di rumah sahaja.. lagipun kepala aku pun terasa pening-peningnya apatah lagi terjaga sejak pukul 3.30pagi tadi... hampir ke tengahari aku lenakan diri buat seketika melayan mata yang terasa mengantuk..

Tengahari kami menghadiri ke jemputan makan tengahari di rumah seorang rakan.. sempatlah bertanyakan khabar beritanya.. apatah lagi mak dan ayahnya akan pulang ke Malaysia minggu depan.. seronok mendengarkan mereka pula yang akan pulang ke tanahair.. mana tahu kan nanti jika ada peluang kita berjumpa lagi..

Kembali ke rumah ketika ingin keluar dari kereta, hujan turun dengan lebatnya.. kali ini turut bersama dengan airbatu kecil itu dikenali sebagai hailstones..






Agak lebat turunnya.. sempat jugalah aku ambil beberapa kepingan gambar airbatu itu..

Teringatkan pepatah lama "Hujan batu di negara orang.."

Sememangnya aku alami hujan batu itu... tapi aku tetap rindu hujan emas di negara sendiri :)

Rumahku Ketenanganku

Dalam kesibukan urusan keluarga.. aku masih sempat mengunjungi dan bermalam sehari di rumahku di Behrang 2020 pada hari Selasa. Kali ini perjalanan pulang ke rumah turut diiringi oleh mak dan ayah.. hanya waktu perjalanan itu sedikit berbeza.. Mak dan Ayah bertolak terlebih dahulu ke Tg Malim, manakala aku perlu ke KL untuk urusan yuran membership di Berjaya Times Square..kemudian perlu pula singgah ke Selayang Baru untuk mengirim pesanan barangan pada adik Azza.. dan terus kami teruskan perjalanan balik ke Tanjong Malim..


Tidak jauh bezanya perjalanan pulang kali ini dengan kali pertama dulu.. deretan kedai-kedai dan pembangunan masih sama.. hanya ketika kali pertama dulu banyak perbezaannya.. kali ini aku melihat pemandangan yang serupa.. yelah pekan sekecil itu bukanlah banyak sangat perubahannya.. namun hatiku masih teruja juga..




Akhirnya aku sampai ke rumah sendiri.. sempat bermalam sehari.. kali ini aku tidak dapat bertandang ke rumah rakan-rakan.. ketika ke pekan Tg Malim lewat petang bersama mak.. aku ternampak kelibat Modi dan anak-anaknya.. hanya dapat aku lambai dari jauh sahaja.. hajat untuk bertemu terpaksa dibatalkan mengenangkan kali ini mak dan ayah ada bersamaku... sememangnya masa terpaksa diluangkan bersama mereka.. yelah nak beli makanan.. nak beli barangan di pekan temankan mak.. dan aku sendiri juga sedang mencari barangan kiriman kawan-kawan pula..

Petang selasa itu aku juga sempat singgah ke pasar malam berhampiran deretan kedai makan berhadapan dengan masjid Behrang2020.. ramai sungguh pelajar di situ.. dapat jugalah aku merasa makanan yang sering ada di pasar malam.. kami beli makanan untuk dimakan di rumah.. awal lagi aku dah pesan dengan mak.. tak perlu masak sebab leceh.. lagipun kami hanya bermalam sehari sahaja..



Apa juga melihatkan rumah yang elok terjaga.. pokok-pokok bunga yang kemas terjaga oleh Ayah.. bunga-bunga orkid yang indah berkembang.. pokok limau.. cili padi.. longan.. mangga.. semuanya hasil tangan ayah.. sesejuk mata memandang.. kalau dilihat orang sekali imbas memang tidak ada sesiapa pun yang menyangka rumah itu ditinggalkan.. melihatkan rumah yang penuh dengan pepohon bunga dan buah.. antara sebab mengapa aku tidak mahu menyewakannya pada orang lain.. biarlah.. lagipun ayah dan mak pasti akan berkunjung setiap bulan.. lebih baik dijaga oleh keluarga sendiri dari orang lain..





Bermalam di rumah sendiri.. malam itu aku tidak boleh tidur.. rumah terlalu panas.. ahhh.. aku tensen seketika.. waktu itu terus teringatkan kesejukan di Glasgow.. yelahkan aku ada 2 rumah.. kedua-duanya adalah rumahku syurgaku.. teringat juga pokok bunga kesum dan kunyit yang tidak bersiram hampir seminggu lebih.. risau pun ada kalau kot kering mati.. tapi aku tawakal jelah kan..

Pagi rabu itu aku singgah ke pasar pagi temankan mak beli ikan kering untuk dibawa pulang ke Banting dan aku juga ambil kesempatan itu untuk membelinya untuk dibawa ke Glasgow.. termasuklah belacan dan juga gula kabung yang selamat aku bawa tanpa kena periksa oleh kastam ;) (kalau aku tau mahu aku beli banyak-banyak)




Akhirnya petang Rabu aku tinggalkan Tanjong Malim dan Behrang2020 buat kali terakhir.. Sebelum bertolak balik aku minta pakwe siram semua pokok-pokok itu buat kali terakhir sebagai tanda selamat tinggal dari kami berdua.. ketika itu hatiku turut mengucapkan selamat tinggal.. sayu rasa dihati..Semoga kita berjumpa lagi.. Mungkin ketika itu pepohon dan pokok-pokok itu sudah besar semuanya..





Aku rindu pada rumahku.. Teringatkan pepohon yang indah yang tersusun rapi dan setenangnya..

Jet lag lagik ke?

Aku kira aku takkan terkena jetlag nie.. memandangkan sudah 3 hari aku kembali ke Glasgow masa tidurku masih mampu mengikut waktu disini apatah lagi Jumaat aku telah kembali semula ke CIS.. namun separuhnya aku habiskan dengan makan tengahari di city centre bersama Ann.. lepas tu apa lagik kami pergi berjalan-jalan window shopping memandangkan Ann sedang mencari-cari hadiah X'mas untuk supervisornya..

Semalam sabtu.. hari untuk bermalasan di rumah.. namun mengenangkan hampir kebanyakan barangan mentah sudah kehabisan.. beras,minyak, santan, sayuran dan lain-lain lagi.. maka aku katakan pada pakwe.. kita kena beli barang hari ini.. hampir ke pukul 2 petang aku ke Rite Way dan Asda.. puas jugalah mengangkut barangan tersebut dari kereta..

Sampai kerumah pukul 4 petang.. hari sudah semakin gelap.. aku agak rasa kekok seketika yelah sebab perubahan waktu dan suasana yang cukup berlainan sekali.. seolah baru sahaja aku berada di Malaysia melewati waktu maghrib pada pukul 7++malam.. malah kadang pada waktu itu aku masih diatas berjalan ke sana sini mengunjungi rumah adik beradik dan membeli barangan..bila sampai ke sini.. waktu maghrib pada pukul 4++petang menyebabkan aku seolah buntu seketika.. awal lagi lampu telah dipasang.. pakwe pulak sibuk mengadap notebook.. aku?? duduk depan tv mengadap rancangan demi rancangan.. rasa mengantuk datang pula secara tiba-tiba.. entah kenapa aku terjaga.. ehh aku tertidur depan tv ke.. sah nie aku jet lag sebab masa itu baru pukul 5petang.. so apa lagi aku panjangkan langkah ke bilik tidur.. dan terus terlelap hinggalah ke pukul 3.30pagi nie.. bila aku semak dengan waktu malaysia baru pukul 11.30pagi.. aku tidur sejak pukul 1pagi waktu malaysia.. sah aku jetlag dan jam biologiku masih mengikut waktu malaysia adeihhh.. tak boleh jadi nie aku kena lawan rasa ini..

Rasa seolah rugi pula tidur seharian.. masih banyak kerja yang terbelengkalai.. apatah lagi bila bangun sewal pagi begini mata aku sudah tidak boleh dilelapkan semula.. tapi kalau aku layan mata dan badan aku begini.. mahu lewat petang nanti aku akan tertidur semula.. ahhh.. esok sudah hari Isnin.. sekejap betul hari cuti hujung minggu berlalu.. esok juga aku ada jemputan.. Sejak sebelum aku tinggalkan Glasgow ini jemputan makan hujung minggu pasti ada.. malah bila balik ke Malaysia pula.. hujung minggu pula sibuk dengan urusan kenduri kawin.. makan lagi!!! aduhai.. aku rancang untuk berpuasa minggu depan nie Insyallah.. lagipun waktu maghrib awal.. berpuasa waktu ini sungguh singkat sekali..

Sebenarnya semenjak balik beberapa hari ini aku seolah punya rasa terkilan terhadap beberapa perkara yang tidak sempat aku laksanakan di Malaysia.. entahlah seolah ada sesuatu yang membuatkan aku rasa tidak lengkap.. seolah ada urusan yang belum selesai.. semua perkara itu seolah datang dalam fikiran aku.. dan yang lebih parah menghantui tidur dan mimpi-mimpi malamku.. sudah 3 malam ini aku bermimpi yang bukan-bukan.. aku bangun tidur dengan rasa penat.. penat berfikiran dan penat badan.. seolah aku menangung sesuatu yang cukup berat.. entahlah.. sememangnya ada urusan yang belum selesai.. Namun doaku.. harapanku semoga Allah permudahkan segala urusan keluargaku.. Aku juga mohon kau lindungi keluargaku di Kampung.. apatah lagi melihatkan kesusahan hati mak.. walaupun berulangkali mak pesan padaku..

"ko jangan risau dan fikir sangat pasal keluarga"

Aku?? mana mungkin aku tidak akan risau.. mana mungkin aku tidak akan terusan berfikiran.. mana mungkin aku tidak akan duduk diam.. aku faham pesanan mak itu supaya aku tidak susah hati.. tapi aku yakin mak dan ayah cukup faham aku bagaimana? malah ketika semua dalam hatiku luahkan malam itu.. mak dan ayah mengakui apa yang ada dalam hatiku itulah juga yang ada dalam hati mereka.. hanya mereka malas untuk menyatakannya.. malah ayah sendiri mengakui.. sikap dan kata-kataku itu adalah kata-kata yang sama datang dari hati ayah.. aku mendengar hampir menangis.. sukar rasanya menanggung bebanan anak sulung.. terpaksa menahan hati dan perasaan kerana mak dan ayah, malah masa yang sama perlu juga menahan marah..

Namun sejak semalam aku berkata dalam hati..

"Sudahlah.. redhalah dengan semua yang terjadi.. mana-mana urusan dan kehendak hati yang tidak dapat ditunaikan dan diselesaikan.. aku cuba selesaikan dan terima sedaya mungkin di sini.. yang utama aku dapat kembali ke tanahair menjenguk keluarga.. rasa terkilan itu harus aku buang jauh-jauh"

Hari untuk memulakan langkah untuk meneruskan perjuangan.. masih banyak perkara di sini yang perlu aku selesaikan dan fikirkan.. Insyallah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin