Thursday, 30 December 2010

Biar madu pada ayam, jangan dimadukan.. tapi kalau nak makan madu.. Jangan malu-malu..

Sebenarnya dah ramai rakan-rakan di sini yang meminta resepi nie.. Selalu juga aku buatkan bila ada makan-makan di rumah.. Sehingga entri ini ditaip.. Dah 2 ekor ayam selamat dipanggang dengan menggunakan resepi yang sama.. Masih ada seekor lagi yang menunggu masa untuk dipanggang pada hari dan waktu belum dipastikan lagi bila.. Kemungkinan akan dijadikan juadah dimakan bersama nasi ayam kot..

Ok.. Kat sini aku nak kongsi resepi nie.. Senang jek.. dah banyak kali aku buat sebenarnya untuk pakwe aku.. dan kadangkala kalau rajin aku buatkan juga untuk rakan-rakan yang bertandang di rumah. Sebenarnya kalau aku tengok statistic blog aku... ramai yang singgah ke sini bila google carik resepi ayam goreng kfc, kek pisang dan kek keju aku.. ahaks.. rasanya kalau aku tukar blog nie jadi blog masakan mesti ramai yang singgah.. tapi.. kan kan kan.. aku kadang2 malas sikit nak snap2 gambar masakan nie.. tak mencabar jek rasa sebab masakan aku simple2 jek.. hehehehe... tapi sekali sekala.. bila teringin nak share resepi yang aku rasa mudah nak buat.. aku akan kongsikan..

Berbalik pada resepi ayam panggang nie, asal usul resepi ini aku ambil dari buku majalah 'Asda' keluaran December 2009 ketika itu kami ada projek buat ayam turki panggang tahun lepas.. Sehingga kini buku ini aku masih simpan sebab banyak tip-tip berguna dan resepi yang mudah untuk dicuba. Nak buat taklah susah cuma ambil masa sikit sebab proses dia banyak terutama kalau nak kena buat side dishes.. Kadang rasa bercinta jek nak siapkan sebab proses memotong, memarut, mengaul, sukat menyukat.. tapi sebab nak makan sangat buat jugalah.. kadang sampai 2 3 jam aku kat dapur baru siap semuanya.

Kebiasaannya aku akan buat ayam panggang ini bersama Mash potato dan Coleslaw.. Cuma untuk kali ini resepi Coleslaw aku gantikan dengan Pasta Prawn Farfalle yang pernah aku kongsikan di sini (dlm entri nie aku guna pasta Fusili).

Gambar ini menjadi oren kerana pencahayaan di dapur menggunakan lampu oren..
Inilah hasil masakan aku sebelum entri ini aku buat..

Sila ambil perhatian.. Resepi ini agak panjang.. (sebab selain resepi ayam panggang tuh, aku letak sekali resepi untuk side dishes untuk dimakan bersama ayam tuh.. tapi kalau tak nak buat pun takpe.. tapi kalau aku buat ayam nie.. side dishes nie memang aku wajib buat sekali)

Resepi Ayam Panggang Bermadu :

Beli seekor ayam dalam 1 1/2 - 2 kg.. (kat sini boleh dapat 3 baby or medium chicken dengan harga antara 6-10pound jek.. selalu beli terus 3 ekor)
Kalau ayam turki.. beli dalam 3-4kg jek.. kalau ramai yang nak makan boleh cuba beli 5kg.. tapi jenuh nak angkat sebab berat giler

Rempah perap:
2 sudu madu
2 sudu kicap manis/pekat
1 sudu gula merah/brown sugar
1 sudu kecil mixed herbs atau
1 sudu kecil mustard seed/creme
2 sudu lea & perrins (takde pun takpe)

  • Kesemua bahan perap ini disatukan dan dikacau hingga sebati.
  • Kalau nak boleh diperap semalaman.. atau kalau tak sempat.. boleh juga diperap beberapa jam sebelum dibakar di dalam oven.
  • Sapukan bahan perap tadi pada semua permukaan kulit ayam (jika boleh pilih ayam ada kulit.. jangan dibuang kulitnya) sapukan juga di dalam kulit ayam itu.. masukkan sedikit jari pada celah kulit dan daging di bahagian kaki atau kepala.. kemudian dengan perlahan-lahan sapukan rempah perap rata-rata (ini perlu dibuat jika ayam yang digunakan adalah ayam turki kerana isinya lebih tebal dan dengan menyapu bahan perap di antara kulit dan daging lebih memudahkan bahan perap itu meresap ke dalam dagingnya).
  • Untuk ayam turki, biasanya ada stuffing di dalamnya. Ada banyak resepi stuffing. Ini bergantung pada citarasa masing-masing. (untuk ayam panggang yang aku buat nie takde stuffing sebab aku malas hehehe)
  • Biasanya aku akan gunakan stuffing yang siap dibeli 'sage and onion' yang aku masak dengan mince chicken, bawang dan 1 sudu serbuk kari/kurma dengan sedikit garam. 
  • Kemudian dicampurkan dengan serbuk stuffing 'sage and onion' yang telah digaul dengan air panas terlebih dahulu. Aku tak suka hanya menggunakan stuffing 'sage and onion' sahaja kerana rasanya agak 'bland', sebab itu aku campurkan sedikit mince chicken atau beef (ikut suka) dan serbuk kari.. Kalau tak boleh diperolehi di supermarket 'sage and onion' stuffing ini juga boleh dibuat sendiri (resepi dr BBC food)
Ingredients
4 large onions
10 sage leaves
125g/¼lb of breadcrumbs
40g/1½oz butter
salt and pepper to taste
1 egg


Preparation method
- Peel the onions, put them into boiling water, let them simmer for 5 minutes or rather longer, and just before they are taken out, put in the sage-leaves for a minute or two to take off their rawness.
- Chop both these very fine, add the bread, seasoning and butter, and work the whole lot together with the yolk of an egg, when the stuffing will be ready for use.
- It should be rather highly seasoned, and the sage-leaves should be very finely chopped.
- Many cooks do not parboil the onions in the manner just stated, but merely use them raw. The stuffing then, however is not nearly so mild, and to many tastes, its strong flavour would be very objectionable.
  • Masukkan stuffing ke dalam ayam hingga agak-agak padat (jgn terlalu padat sangat nanti susah nak tutup dengan lidi) dan ditutup dengan lidi pencungkil gigi.. Kalau takde lidi pencungkil gigi.. lidi buat barbeque pun boleh, cuma perlu dipotong pendek dan ditajamkan hujungnya. Ada juga yang aku jumpa ikat guna benang dan jahit pada bontot dan tengkuk ayam. Yang ikat pun ada.. ikutlah mana-mana yang rajin. 
  • Sapu semula bahan perap tadi rata-rata.
  • Letakkan ayam pada dulang pembakar. Jika ayam turki letakkan baki stuffing pada bahagian atas ayam turki itu supaya dia tidak terlalu kering (kalau resepi asal diorg letak 'bacon strip'). Pada aku letak stuffing pun ok sebab dalam tuh ada lemak ayam atau daging pada mince yang digunakan.
  • Tutup dengan 'cling flim' dan biarkan beberapa jam.
  • Bila mula nak membakar, panaskan oven pada suhu 200 gas mark 6 atau 220 Gas mark 7( ayam turki).
  • Tempoh membakar ayam turki mengikut berat ayam tersebut ini termasuk berat stuffing sekali:
      - Jika berat ayam antara 1-4kg, setiap kg masa memasak adalah 20minit dan diakhir masa tambah lagi 70minit.
      - Jika berat ayam 4kg ke atas, setiap kg adalah 20minit dan di akhir masa tambah lagi 90minit.

     - Jika ayam biasa tempoh memasak antara 1jam 30minit hingga 2 jam bergantung pada saiz ayam berkenaan.
  • 30 minit terakhir itu diperuntukkan untuk membakar ayam itu tanpa 'cling film'.
  • Sila kira masa untuk memanggang ayam dengan berat ayam turki berkenaan katalah berat ayam itu 4kg, maka masa membakar adalah 20minit didarab 4= 80 dan tambah 90min = 170min iaitu 2jam 50minit.
  • Masukkan ayam ke dalam oven selama 40 minit dan kecilkan gas oven pada mark 3 atau 170. Biasanya aku akan pastikan timer akan diset pada waktu ini, jangan main agak-agak masa ditakuti nanti terlupa atau terlalai pulak tau2 jek hangus ;)
  • Tunggu lagi dalam 10-20 min (ini untuk ayam bersaiz biasa), jika ayam turki dengan berat 4kg (masa membakar lagi 1jam 40min) dan bolehlah dikeluarkan dari oven untuk membuang 'cling film' yang membalut dulang pembakar.
  • Ketika ini air ayam akan bergenang di keliling ayam berkenaan. Tuang air ayam ini ke dalam mangkuk berasingan untuk dibuat 'gravy'.
  • Taburkan sedikit tepung pada keliling ayam, tujuannya untuk kulitnya menjadi lebih garing dan sapu lebihan rempah perap pada keliling ayam itu.
  • Naikkan suhu oven pada gas mark 6 atau suhu 200
  • Masukkan ke dalam oven tanpa 'cling film' untuk 30minit lagi atau hingga kulitnya garing dan kehitaman. Jika untuk ayam biasa, boleh dibalikkan ayam itu dan disapu pula bawahnya, tapi kalau ayam turki tak boleh nak dibalikkan.. berattttttt... so biarkan sahaja selama 30minit itu sampai garing.
  • Keluarkan ayam dari oven, tuang air ayam jika ada ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
Untuk perhatian yang warna coklat dan italic tuh.. kalau guna ayam turki (kena letak sebab ramai yang tanya camna nak masak ayam turki nie).. tapi kalau takat ayam biasa tuh jek.. senang jek.. masa nak bakar tak lama.. 1 1/2jam-2jam jek ikut besar ayam. Bukan apa takut ada yang keliru jek pesal komplek sgt proses.. ye kalau buat ayam turki mmg byk prosesnya dan biasanya aku kalau nak buat kena ada kawan.. kalau buat sorg2 penat hahaha.. Takat ayam biasa tuh.. dalam 30min siap dah perap ayam tuh..

Biasanya kat sini diorang akan hidang ayam turki dengan 2 jenis sos iaitu cranberry sos atau white bread sos. Aku tak pernah try lagik.. Maybe next time kot. Buat masa ini, gravy dari air ayam tuh dah cukup sedap bagi aku.

Untuk gravy: 
2 sudu 'granula' bistro
atau 2 sudu tepung biasa
1 mangkuk air ayam
  • Satukan semua bahan dengan air ayam, jika gunakan tepung boleh dimasak dulu dalam periuk kecil untuk sebatikan, kalau malas boleh masuk microwave jek.
  • Dah agak-agak pekat, biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam blender, blend hingga sebati. (kadang aku letak sedikit 1 atau 2 ketulan karot atau kentang yang telah dibakar)
  • Tujuannya untuk dapatkan texture gravy yang lebih smooth.
  • Masukkan dalam bekas dan pastikan gravy nie sentiasa dipanaskan bila hendak dihidangkan sebab ia mudah beku.
  • Sementara menunggu ayam masak, biasanya aku akan proceed buat 3 lagi menu sampingan
Ini resepi untuk side dishes.. Kalau malas nak buat pun takpe.. Takat buat ayam panggang tuh pun dah ok.. boleh dimakan begitu jek.. atau nak dimakan dengan nasi ayam pun boleh

Pasta Prawn Farfalle (resepi di sini) atau coleslaw biasa pun boleh.

Mash Potato
  • Rebus 5-6 biji kentang yang telah dibuang kulit dan dipotong sederhana kecil bersama sedikit garam. 
  • Dah mengelegak dan lembut kentangnya, tapis dan terus lenyek kentang itu. 
  • Masukkan kentang yang dilenyek ke dalam periuk, masukkan susu segar hingga kentang sedikit berair, kacau hingga sebati. 
  • Masukkan sedikit butter dan kacau lagi. 
  • Boleh juga masukkan cheese kalau suka dan kacau lagi hingga lembut. 
  • Masukkan sedikit serbuk lada hitam buat perasa, kacau lagi dan sejukkan. 
Kentang, karot dan Parnips (lobak putih) bersama keju
Resepi ini aku ambil dari buku Asda juga dan baru mencubanya.
Dah 2 kali aku try.. Sedap dan agak ranggup bila dimakan bersama ayam.


Bahannya: 
4-5 biji ubi kentang (ikut saizlah kalau kecil lagik banyak), tak perlu buang kulit potong bulat.
4 batang karot yang dipotong bulat.
4 batang parsnip (dikikis kulit luarnya, dibelah dua dan buang batang tengah dan dipotong sederhana panjang)
170g tepung (lebih kurang 1 cawan setengah)
50g Parmesan cheese yang diparut (aku guna cheddar jek.. atau apa2 cheese yang korang suka)
Seasoning (garam, lada hitam, serbuk paprika, serbuk kari, serbuk cili atau apa2 yang korang naklah)

Sedang buang batang tengah pada 'Parsnip'
  • Gaulkan semua bahan tepung itu dan ketepikan. 
  • Rebus ubi kentang, karot dan parsnip dengan sedikit garam.  
  • Bila mengelegak, biarkan selama 3minit dan matikan api.  
  • Buang air rebusan, sementara masih panas dan berwap, cepat-cepatkan masukkan kesemua ubi kentang, karot dan parsnip ke dalam bancuhan tepung tadi. Tepung ini akan lebih mudah melekat jika digaul ketika panas dan berwap tadi.  
  • Ambil dulang pembakar, letakkan di atas api dapur yang kecil, letakkan sedikit butter dan minyak, ratakan dalam dulang.  
  • Masukkan ubi kentang, karot dan parsnip ke dalam dulang pembakar dan balik-balik hingga semuanya sedikit garing. 
  • Masukkan dulang pembakar tadi ke dalam oven dengan gas Mark 6 atau suhu 200. 
  • Balikkan semua ubi kentang, karot dan parsnip hingga semuanya garing dan masak. Sesekali boleh letakkan sedikit butter untuk lebih garing. 
  • Selalunya yang ini aku akan buat bila dah ayam dah nak dekat2 masak dan bila aku keluarkan ayam, masa ini pula aku masukkan kentang, karot dan parsnip tadi.

Ayam panggang bersama 'side dishes'
Nak cuba boleh mencuba ye..
Tapi kalau malas.
Tolong jangan suruh aku buatkan ok..
Jemput makan ye ;)

Tiny..
Untuk ko aku buat pengecualian sebab ko dah booked awal-awal..
So tak leh kata 'No' dah.
.

13 comments:

i amsterdam said...

Nampak memang sedap, dah terliur ni :D tapi nak cuba buat? Minta ampunn... susahnya resepi ni...

Acik Erna said...

salam iina..akak bila baca resepi ni tadi..alamak..panjang nya..
baru cadang nak minta iina buatkan aje la..bila balik nanti..
tapikan..bila baca yang last ut..ait..dah warning awal2 rupanya..he he..

iina said...

I amsterdam

Tak susah pun.. takat nak perap ayam tuh tak sampai pun 30min. Jadi pjg sebab saya letak 4 resepi dalam tuh.. takat nak buat ayam tuh jek.. bahan perap tuh senang jek.. sapu2.. perap.. terus leh masuk oven jek.. jd compleks hanya kalau guna ayam turki sebab kena ikut berat dan masa.. tapi kalau takat ayam biasa tuh jek.. at least 1 1/2 - 2 jam dalam oven jek..

antara 3 rsepi yang saya letak tuh paling malas nak buat coleslaw sebab proses byk sebab nak chop nak parut bagai.. kalau ayam panggang tuh saya buat siap perap xsampai pun 30min.. cuma kalau ada stuffing tuh ambik masa sikit sebab nak cucuk dan letak dlm ayam.. Leh cuba jek

Kak Erna

Tak panjang kak.. yg panjang sebab ada resepi utk side dishes sekali.. paling saya suka buat mash potato.. senang sangat... rasanya dalam 30-40min jek siap.. saya kan tak suka buat benda2 yg lama nak siap.. cuma proses nak buat semua tuh ambik masa.. paling malas coleslaw sebab byk nak chop.. lak tuh kena chop kecik2 lak tuh mana leh besar2.. nnti makan tak best hahaha.. cuba kak.. jgn xcuba

 Nasha said...

Thanks for the recipe tapi panjangnya version pendek takde ke :-)

iina said...

Ano

Nak pendek p beli kat kedai jek.. senng tau2 jek siap

faqir said...

madhu i loike....ko pun suke madhu kan kak ahhaahahahah

KTS said...

part cara2 membuatnya tu, aku scroll cepat2.


err.. sbb aku nak print resipi tu. bila nak buat baru baca. klu baca sekarang, macam ... errr nanti lupa balik

hihihi

KTS said...

tapi klu buat pun, terpaksa tukar ayam kepada ikan


.
.


hukhukhuk

Lee said...

Hello Iina, love the dishes here. Looks very sedap best tu.
Nothing like having a wife can cook like you. A real gold medal wife.
Wishing you and family a very happy new year. Stay young, keep well, Lee.

iina said...

Faqir

Madu baik utk kesihatan ;)

KTS

Entah zaman bila ko nak buat tuh kan kan kan.. agak2 ada 10thn lgik x?

Ikan??? wakakakah belasah jelah

Uncle Lee

Thanks again.. just doing what best and also because I want to eat it.. no kedai can order... and better cook by myself.. can eat lots more ;) Happy New Year yeah.. and may have great year ahead ;)

absolutely emy said...

Adoyaa... panjangnyer resepi.. disuatu ketika yang tak tau bila akan ku cuba buat resepi ini.. mungkin start buat yang senang2 je dulu.. hehehe..

iina said...

Emy

Sekali dengam side dishes.. kalau buat confirm complete set.. leh nikmati cara makan english style.. semua resepi tuh adalah resepi utk diorg di tghri x'mas.. bila lagik nak cuba kan.. kalau takat buat ayam panggang jek mana trill.. itupun saya tak letak lagik resepi 2 sos yang mesti ada kalau english people mkn dgn turkey.. dan juga brussel sprout and chesnut.. tak masuk dessert.. dah alang2 nak cuba.. baik kita buat exactly like what english people normally do.. kalau nak wat style malay tuh dah biasa sangat hehehe..

Paling koman.. buat jek ayam panggang.. sos perap tuh senang sangat.. cuma mixed herb tuh kat supermarket besar2 jek ada.. stok nie kalau kat mesia pun saya mmg akan beli sebab suka guna bila buat spaggeti bolognese..

side dish lelain alah seng jek pejam mata leh buat terutama mash potato tuh ahaks ;)

absolutely emy said...

:) hehehe..
betul2.. klu masak biar complete.. macam kita masak masakan orang melayu.. kalu lemang mesti ada ketupat.. laksa mesti ada ulam2nya..

nanti saya try.. saya letak gambaunya dalam blog saya... :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin