Monday, 13 December 2010

Best ke nampak muda??

Insiden 1

Dulu.. lama dulu.. 5 6 tahun lepas..

Tok.. tok.. tok.. bunyi pintu diketuk..

"Masuk"

Kelihatan 2 orang pelajar lelaki mengintai di sebalik pintu yang terbuka sedikit..

"Assalamualaikum Puan"

"Waalaikumsalam.. ye kenapa?"

"Puan nak minta tolong sahkan sijil boleh"

"Oh.. Boleh.. Sila masuk.. Tanggalkan kasut ye"

2 Pelajar lelaki itu masuk dan duduk di kerusi berhampiran. Keluarkan stamp pad dan hulurkan pada pelajar tersebut.

"Saya nak U stamp sijil-sijil tuh.. dah selesai bagi saya sign ye"

Pelajar itu angguk-angguk dan mula chop setiap helaian sijil yang ada dalam fail plastik yang dibawanya. Selesai sign semua sijil, simpan balik stamp pad dan kedua-dua pelajar itu mula berdiri untuk keluar.

"Terima kasih puan" seorang dari pelajar itu bersuara..

Belum sempat untuk membalas ucapan pelajar itu, kedengaran suara pelajar satu lagi berkata

"Eh.. kenapa panggil dia puan.. dia cik lah.. cik..." pelajar itu berkata dengan penuh semangat sambil angkat-angkat tangan..

Muka pelajar yang cakap terima kasih tuh terus merah padam. Kesian pulak tengok.. Tergelak juga lepas tahan ketawa.. Sambil senyum-senyum.. angkat muka dan pandang kedua-dua pelajar itu..

"Janganlah marah dia.. betullah apa yang dia cakap tadi tuh.. betul lah tuh.. dia panggil saya puan.. tapi kalau nak panggil saya cik.. boleh jek.. boleh saya rasa muda selalu"

Pelajar tuh tergelak sama. Setidak-tidaknya yang menegur taklah rasa bersalah sebab marah kawan dia beria-ia.. Mereka keluar selepas minta maaf berulang kali. Konfius kejap.. ini bukan insiden pertama dipanggil Cik.. dan sambung gelak dalam hati sambil senyum-senyum..

Insiden 2


Dari cermin kaca di pintu kelihatan seorang perempuan manis sedang mundar mandir. Gayanya macam jurujual. Tak lama kedengaran ketukan di pintu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Maaf ye ganggu.. nak minta masa you kejap je"

Dari gaya memang sah jurujual berdasarkan fail yang dipegang di tangan.

"Ok.. masuklah"

Gadis itu lalu masuk ke bilik dan duduk di kerusi berhampiran. Dia senyum-senyum. Nampak muka dia letih. Kesian pulak.

"Ye kenapa ye"

"Saya nie staff citybank. Nak promosi kad kredit citybank"

"Oh.. saya dah ada kad tuh.."

"Oh kalau camtu takpelah.. baguslah U dah ada kad tuh" kata dia sambil senyum-senyum.

Pandang muka dia.. nampak dia cam penat sangat. Kebetulan petang itu kerja-kerja dah hampir siap. Bolehlah layan borak kejap.

"You datang sorang dari KL?"

"Ada berdua dengan kawan I, diorg ke blok sebelah"

Sambung senyum.. tiba-tiba dia tanya

"Umur U dalam pertengahan 20an kan"

Terkejut pandang muka dia. Sambung senyum dan tahan gelak.

"Taklah saya dah awal 30an"

Dia pulak terkejut. Siap tenung-tenung dan renung-renung lagik. Terus dia bersuara

"Eh.. dari luar pintu tengok U cam dalam 25thn jek.. sebab tuh I berani masuk tanya U.. Ingat kita sebaya.. rupanya kakak dari I rupanya ye.." Nada suara dia masih ada rasa tak percaya..

Senyum lagi. Penat dah senyum. "Betullah.. saya dah 30an. Kenapa saya nampak muda sangat ke??"

"Yelah ingat baya-baya I jek.. Apa petua U awet muda ye?? Tengoklah cam I nie.. ramai kata I nampak tua.. Duk KL dan keje cam I nie kena jaga penampilan gak.. Bagilah petua U"

Senyum lagi.. "Petua??? Saya takde guna petua apa-apa.. cuma selalu senyum jelah" kata sambil gelak-gelak.

Muka dia masih tak puas hati. Nak buat camna.. memang takde guna petua awet muda.. Cuma orang pernah kata.. senyum selalu jelah.. pasti nampak muda..


Insiden 3

Sedang memandu ke medan mara. Nampak parking dari jauh. Masuk parking dan berhentikan kereta. Ambil beg dari bawah kaki. Cari handphone. Ternampak kelibat beberapa orang pelajar lelaki sekolah menengah (dari gaya baju sekolah yang diorg pakai) sedang jalan kaki di hadapan kereta. Sambung tengok mesej kat handphone.

Tiba-tiba member sebelah sound "Eh.. budak lelaki tuh duk toleh tengok ko berkali-kali lah.. nie mesti ingat ko muda nie"

Terkejut!!! Pandang muka member antara percaya dan tak.. Pandang pulak budak-budak lelaki yang dah berlalu dari kereta.. Pelik!!! Mana dia dapat idea camtu.. Mulut pun ringan menjawab

"Takkan dia toleh sebab aku muda.. entah-entah aku mirip muka cikgu dia ke.. mana tau"

"Taklah.. aku tengok camna dia pandang ko.. bukan pandang sekali.. tapi banyak kali"

"Dahlah.. ko nie.. entah-entah bebudak tuh saja-saja jek.. camnalah ko leh ingat camtu"

"Yelah aku tahulah.. Bukan aku tak tahu ko tuh camna"

Sambung gelak.. masih ketawa sambil keluar dari kereta ke cafe berhampiran. Senyum-senyum jelah.. Malas nak bertekak dengan member tuh.. Masih tak terima idea dia.. Masih percaya kebetulan sahaja itu semua.. takde kena mengena langsung..

Bulan lepas


Sedang nak berwuduk di sebuah masjid di ibukota Scotland. Terperasan seseorang yang agak dikenali. Tengok anaknya terus teringat. Pandang ibunya.. Sah memang dia. Muka lalu tersenyum.

"Rasanya macam kenal jek kan.. "

"Eh yelah macam kenal.."

Setelah sesi kenalkan diri.. gelak-gelak.. dia berkata

"Eh lain ler tengok muka dari dalam blog.. lain sungguh.."

Tersenyum.. tergelak sama.. "Apa yang lain.. sama jek"

"Yelah lain.. nampak lagi muda" hehehe ayat nie yang tak boleh tahan dengar...

Sambung senyum.. Terus teringat.. ayat ini macam pernah dengar jek sebelum nie...

Tahun-tahun dan bulan-bulan yang lepas..

Ayat yang biasa di dengari..

"Eh.. you nie putih cerah ye orangnya... tengok dalam blog ingatkan you hitam manis orangnya.."

"Ingatkan you tak kawin lagik.. sungguh.. dari gaya you bercerita.. ingatkan you single lagik"

"Kak.. sebenarnya ko nie dah kawin ke belum.."

"Sekali tengok you nie cam dalam 20an jek.. rupanya kita sebaya jek ekk"

Semua ayat-ayat nie.. dah lali dengar sebenarnya... dah bertahun.. lagi sebulan nak masuk ke tahun 2011.. dan kini kurang dari 5 tahun dah nak masuk 40.. Muda???

Ramai lagik yang nampak muda.. cam Kak Pah.. Kak Erna.. Kak Anie..mereka ini semua memang nampak muda belia jek.. hehehehe.. ikhlas nie puji ye...

Usia hanya nombor sahaja... Yang penting sihat.. gembira dan senyum selalu... Janji hati mau muda.. ;)

Oh entri ini bukan nak puji atau menunjuk2.. Takde niatpun.. cuma teringat beberapa insiden yang pernah dilalui.. Siapa yang dimaksudkan?? Cape.. capelah.. hahahaha...


Best ke nampak muda??? Kalau tanya aku.. memang tak best.. hahaha.. Lepas nie kalau nak kata aku tua.. aku ok jek.. no hal punya.. KTS.. jgn nak jeles ok.. Aku tahu ko suka sgt kalau org paling ko kakak..ahaks ;)


16 comments:

julietchun said...

kalo petua anita serawak, selalu berselawat :D

sudilah kiranya berkongsi petua dgn adik :D

aNIe said...

iina...terima kasih kerana sebut nama akak...hehehe...kembang sekejap tau...

Petuanya...senyum selalu...ceria dan yang penting jgn simpan dendam... betul iina...

Akak tak dpt jumpa iina... kalau tak boleh tambah ayat2 tu lagik... :P

Betul kata iina... apa yang penting... ialah kesihatan... buat apa nampak muda kalau tubuh tak sihat... kerana kesihatan itu amat berharga...

lupekanje said...

acik ni tk tau la..kekdg org kata muda doploh thn, kekdg org kata nmpk tua...samo yo..suko ati diorg la..yg ponting, ati sntiaso mudo..ahaks..

KTS said...

Ramai lagi yang nampak mda.. cam Kak Pah.. Kak Erna.. Kak Anie..

.
.

kenapa nama Kak KTS eh Dik KTS tak tersenarai??

uwaaaaaaaaaaaa... sape yg jeles sbnrnya ni

:P

hihihi

Acik Erna said...

iina..terima kasih..sebut nama akak..tapi kan..akak ni dah patut bercucu dah..malu pulak bila dikata nampak muda..nasib baik tak perasan..he he..
iina memang muda lagi..bukan setakat nampak muda..memang muda..suka tengok iina yang manis.seronok sebab kita dah pernah jumpa..

iina said...

Juliet

Bagus tuh.. amal ler selalu kan.. sure ko sentiasa awet muda.. petua?? Bak kata kak anie.. senyum selalu je

Kak Anie

Hehehe.. pada saya akak sentiasa nampak muda jek.. hehehe.. Tak yah tambah ayat ler kak.. biar saya tambah ayat utk akak pulak hehehe

Acik

Den tgk acik mmg nmpk mudo.. cam 30an yo.. 20an pun ado gak.. alah acik janji kito sihat kan.. senyum2 selalu

KTS

aku rasa nama panggilan yg sesuai utk ko adalah makcik KTS hahaha.. tggu lagik 20thn umur ko nnti aku ckp ko nmpk muda jek.. boleh??

Kak Erna

Betul kak.. saya tengok akak manis jek.. tak nampak cam dah 50an.. maintain jek cam 30an apa hehehe... terima kasih kak puji saya hahaha.. tak perasan ler kak.. sbb dr dulu saya mmg xsuka sgt org kata saya nmpk muda hahaha... tensen jek dgr.. itu belum lagik yg ckp saya cam student jek hahaha.. p jumpa org2 besar kdg2 diorg ingat saya xkwin ler.. kdg ingat saya pekerja baru ler.. penah sekali.. p sekolah.. pengetua ingat saya cikgu baru nak daftar hahahah.. walhal saya dtg atas urusan penyeliaan praktikal.. terpaksa introduction diri dan pangkat hahahaha.. itu mmg xleh lupo smpi bilo2..

Janji hati mau gembira.. senyum2 selalu.. yg muda lama2 jd tua gak kan..

ibundo said...

sib baik la namo kau tak MUDA. kalau tak memang muda sampai ke tuo haha..
iina, ekau tu memang e mudo lai na. kakpah januari ni tambah lagi satu angko..

Mak Su said...

baguslah tu, nmpk muda, konfiden tinggi :)

maksu 41 thn, tp org selalu kata 38 tahun. tapi adakalanya org kata 43 tahun, alamak, turun dan naik plaks, hahaha

iina said...

Kak Pah

Hehehe yolah kak musti mudo yo kan.. Kak pah sentiasa nmpk mudo yo.. walaupun bertambah byk2 angka sekali pun

Mak su

Yang penting sihat dan gembira.. turun naik angka takpe hehehe kita jek yg tau ;)

Ibu Isteri dan Insan biasa said...

tak nak komen per2..nanti mesti ko cakap aku jeles.. ;)

arapink said...

kak iina,

tulis nama ara lak kat snow tu...hehhehe

iina said...

Mashi

Hehehe.. xde ye nak jeles22 kita sama2 tua jek hahaha..

Ara

InsyAllah kalau turun salji lagik.. n ada kesempatan aku buatkan k ;)

Kaktiny said...

kata org.. takyah cari tua.. sebab tua akan mengunjungi kita..

bila dikatakan muda, tu tanda anugerah yg Maha Esa.. bernilai tu..

.. tapi.. aku suka je kalau org panggei aku kakak.. walaupun org tu sehari muda dari aku.. (kan aku anak ujung tawon.. hahaha)..

.. dan sekarang, aku suka jugak org panggei aku puan.. walaupun email address aku masih berstatus 'cik'.. warghkahkahkah..

iina said...

Tiny

Hahahaha.. muda ke tua tuh di wajah jek.. patut yg lebih utama muda atau tuanya ilmu yang kita ada.. itu lebih bermakna.. kalau tua usia tapi muda ilmu.. tak best jugakan.. biarlah seiring dengan usia..

Tapi kalau dah org puji.... nampak muda.. kdg2 tak larat senyum dah.. tapi kalau org nak cakap aku tua pun xkisah.. tapi mak aku dah ckp.. hahaha aku ikut iras dia.. dan dia selalu pesan kat aku.. tgk cermin baca doa.. selawat dan senyum.. jangan tak senyum..

Best tuh.. aku lak selalu kena terbalik.. dah sah nama aku puan.. org duk panggil aku cik jek.. tensen.. sampai 1 tahap ada org tanya aku.. dah kawin ke belum.. seram sejuk kejap sebab yang tanya tuh lelaki.. kesian pakwe aku hahaha...

peah @ peps said...

wah..bestnyer k.ina ni...nampak muder sokmo...Cik Peah nak tips jugakla...

New Entry: Top 10 Google Keywords
UTM Skudai

iina said...

Peah

Tips.. senyum selalu dan perasan muda hehehe.. pastu jlnlah dengan penuh keyakinan.. hehehe.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin