Wednesday, 30 April 2008

Sampai ke London

Semalam aku tiba di London hampir ke pukul 7.00pagi. Keletihan dan kepenatan sungguh semalaman berada di dalam bas. Akhirnya setelah tiba ke Victoria bus station kami pun mengambil tube menuju ke Bayswater tube station. Tiba di Bayswater station kami pun menuju ke Royal Bayswater Hotel untuk meletakkan beg dan check in. Disebabkan kerana check-in hanya dibenarkan pada pukul 11.00pagi maka kami pun hanya meletakkan beg, bersihkan diri seringkasnya dan ke kitchen hotel untuk sarapan pagi makanan yang kami bawa dari rumah. Selepas selesai sarapan kami pun terus ke tempat seminar di Earl Court 2 Exhibition Hall yang terletak berhampiran dengan Earl Court tube station.

Ramai sungguh yang datang ke exhibition dan seminar berkenaan tetapi malangnya ruangan untuk bilik seminar agak kecil menyebabkan ada sesi seminar yang tidak dapat kami hadiri kerana tempat duduk yang terhad. Ada yang sekadar kami jenguk dari luar bilik tetapi.. kerana ramai orang maka kami pun lebih selesa berjalan-jalan di sekitar tempat pameran. Di tengaharinya kami pun mengambil keputusan untuk check in ke bilik. Disebabkan bayswater hotel itu hanya 4 stop sahaja dari Earl Court Tube Station maka kami pun balik ke hotel untuk makan tengahari baki sarapan pagi kami. Memandangkan bilik 4 katil yang kami telah tempah akan dikongsi oleh 2 orang lelaki maka kami pun meminta untuk tukar ke bilik lain yang kebanyakan ahlinya adalah perempuan. Selesai makan kami pun bertolak semula ke tempat seminar tetapi seperti pagi tadi kebanyakan sesi seminar juga penuh. Bosan sungguh dengan situasi berkenaan kami pun mula mencari bilik seminar lain yang kosong. Adalah 2 sesi seminar yang kosong dapat kami hadiri dan siap tertidur di sesi terakhir kerana kami sudah kepenatan sejak dari pagi.

Selesai kami pun mula menuju ke tempat pameran dan mengutip brochure di kebanyakan tempat pameran hingga aku pulak yang excited tanya soalan lebih-lebih. Dah lama sungguh tidak ke pameran begini selalunya dulu ketika di Malaysia pameran begini seringnya aku dan rakan-rakan bukan sekdar lawati tetapi juga kadang kala melibatkan diri. Seronok juga melihatkan pelbagai produk dan software terkini dan menanyakan soalan-soalan maut..

Selesai seminar maka kami pun ambil peluang ke Harrod dan ambil gambar disana dan membeli sedikit barangan. Balik makan di kedai kebab di bayswater area dan keluar semula untuk mengambil gambar di big ben dan london eye pada waktu malam. Balik sudah hampir ke pukul 11.00 malam dan keletihan.

entri ini aku tulis di cafe internet hotel tempat kami tinggal. Oklah perut pun dah lapar dan kami pun nak makan sarapan pagi.. nanti akan aku sambung semula cerita kami lewat petang nanti.. take care

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin