Wednesday, 2 April 2008

Presentation I-Lab : SCORM

Akhirnya aku temui idea untuk membentangkan tajuk pada meeting i-lab tengahari nanti.. insyallah aku akan membentangkan definisi dan apa yang aku faham berkenaan dengan SCORM. Satu garis panduan standard dalam membangunkan bahan pembelajaran secara online mengikut kriteria yang dikehendaki. Malah kini telah diiktiraf oleh badan IEEE sebagai satu panduan utama dalam membangunkan bahan pembelajaran online di seluruh dunia.

Rasanya lebih sesuai untuk menceritakan apa sebenarnya SCORM ini dan mengaitkan apa yang hendak aku kaji dalam kajianku. Syukur akhirnya ini yang aku nampak lebih sesuai berbanding dari topik bebas yang tidak ada hujung pangkal dan kepentingan.

So far dah siap pun slide aku.. sambil aku sembang dengan Mashi.. slide aku pun siap dah hehehe.. cuma perlu touch-up sedikit sebanyak sahaja pagi nanti sewaktu di department..

Oklah masa untuk melelapkan mata dan beradu di dalam duvet yang panas.. musim bunga telah lama bermula... dan bakal menginjak menerpa dan menyelitkan diri ke musim panas pula tidak lama lagi.. siang juga kini sudah semakin panjang.. hari juga terasa semakin panas dan membahang namun.. hujan masih terbit dan datang pada masa-masa yang ditakdirkan..

Time to sleep.. nite-nite

2 comments:

Anonymous said...

hi ina, aku baru masuk ofis. penat gile g survey sekolah2 area sarawak & sabah. almost 17days x masuk ofis. byk juga keje2 ofis nk kene tgk. bila ko blk m'sia? aku x sempat nk baca blog2 ko yg terkini. :)

iina said...

Balik mesia masih dalam bayangan lagi. Aku duk tunggu tarikh 1st year review aku dari supervisor. Insyallah once aku dah tahu.. aku proceed ler apa yang patut. Lagipun sekarang nie kat department aku ada 3 4 orang juga tunggu tarikh review sama ngan aku so maybe kena tunggulah bila department nak buat bila. Insyallah coming soon..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin