Sunday, 20 April 2008

Ahad yang meletihkan

Seharian hari ini sejak pagi tadi aku sudah mula ke sana sini bersama pakwe. Ke carboot blochairn di pagi hari kemudian balik makan tengahari dan terus ke ABS dan bonnypack membeli beg dan barang-barang. Selepas itu sambung lagi ke Asda untuk membeli barangan rumah. Keletihan yang amat sangat kerana tidak berhenti-henti membeli barang sejak semalam. Tak mengapalah.. biar diselesaikan minggu ini, tinggal minggu hadapan sahaja hari minggu yang ada sebelum aku balik ke Malaysia.

Bila dilihat semula barang-barang yang dibeli, rasanya insyallah cukup setakat mana yang ada. Mengenangkan inilah pertama kali aku balik sejak setahun setengah yang lepas maka agak banyak juga barang-barang yang dibeli. Akhir tahun ini, aku tidak akan membeli lagi apa-apa. Cukuplah dengan apa yang aku beli kali ini. Kalau ikutkan entah berapa duit yang telah habis tetapi sememangnya tidak dapat dinafikan.. tak mengapalah berbelanja mana yang ada dan termampu sahaja.

2 hari ini juga aku bercuti terus dari membaca.. nampaknya esok aku harus berikan lebih tumpuan pada apa yang seharusnya dibaca dan disiapkan. Isnin datang lagi.. seperti minggu-minggu yang sudah.. hidup harus diteruskan.. semangat perlu diperkuatkan.. dan usaha juga perlu ditingkatkan..

Masa untuk melelapkan mata.. sudah tersenguk-senguk dibuatnya..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin