Kami bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi menaiki kenderaan sendiri ke tempat letak kereta 'car park 3' di lapangan terbang Glasgow Prestwick yang terlebih dahulu dibayar secara online untuk 4 hari. Lebih mudah ke sana dengan kenderaan sendiri kerana jumlah bayaran menghampiri kos yang sama jika menaiki keretapi.
Penerbangan kami dari Glasgow Prestwick ke Goteborg Sweden berlepas pada pukul 2.00 petang. Kami mula 'check-in' seawal pukul 12.00 lebih tengahari.. Selepas melewati pemeriksaan keselamatan.. beg yang dibawa oleh pakwe ditahan seketika kerana disyaki membawa sesuatu bahan.. Sebenarnya kami memutuskan untuk membawa periuk nasi disaat-saat akhir.. Habis semua barangan dipunggah keluar.. Nasib juga beg dia tidak penuh sangat.. Rupanya semasa imbasan dibuat didapati ada sesuatu yang mencurigakan.. melihatkan periuk nasi kecil itu (rasanya termostat).. kami dilepaskan dengan senang hati.. (lainkali bawa periuk nasi dalam beg 'cabin' lebih mudah)
Selesai pemeriksaan.. kami mula melepak di tempat menunggu hingga dipanggil untuk menaiki pesawat Ryanair..
Memandangkan pesawat ini kecil sahaja.. menaiki kapal terbang Ryanair itu sungguh menyeronokkan kerana penumpang perlu berjalan kaki ke tangga pesawat.. Masa inilah kami ambil peluang untuk bergambar ;)
Akhirnya selepas 1 jam 45 minit penerbangan.. Kami sampai ke lapangan terbang Goteborg dengan selamat. Selesai sesi soal jawab dengan imirgresen Sweden (banyak jugalah soalannya.. datang berapa lama.. untuk apa.. kat UK buat apa.. study apa..) Kami terus ke kaunter 'Hertz untuk mengambil kereta sewa yang telah ditempah lebih awal..
Pada mulanya kami diberitahu bahawa bayaran yang dikenakan dalam tempahan sebelum itu tidak termasuk tempahan untuk 'Sat Nav' dan bayaran tambahan perlu dikenakan.. Aku mula menegaskan semula bahawa bayaran yang dicatitkan pada kertas tempahan yang dicetak itu termasuk bayaran tempahan 'Sat nav' itu. Aku tidak mahu membayar lebih dari harga yang dicatitkan kerana kesilapan itu bukanlah pada pihak aku.. tetapi pada sistem tempahan syarikat itu sendiri. Memandangkan pakwe yang memandu.. tetapi tempahan yang dibuat atas nama aku.. maka pemanduan untuk kereta itu direkodkan untuk 2 pemandu.. Namun oleh kerana kami tinggal pada alamat yang sama (mestilah dah suami aku kan.. takkan pulak alamat lain-lain) maka bayaran tambahan pemandu tidak dikenakan.. Hishh.. banyak pulak bayaran tambahan lain.. dan akhirnya bayaran yang dikenakan adalah sama seperti yang tercatit pada kertas tempahan yang aku bawa.. Selesai satu perkara..
Alhamdullilah akhirnya kami berjaya mendapat kereta Ford Focus berserta dengan 'Car Seat dan 'Sat Nav'. Kami mula membuat 'set-up' pada 'Sat nav' untuk laluan ke Oslo Norway. Setelah semua pemeriksaan terhadap kereta dilakukan.. lampu.. gear.. brek.. tempat duduk.. wiper.. dilakukan dengan terperinci.. Itu pun pada mulanya.. pakwe dah mula pelik kenapa lampu kereta tidak boleh dipadamkan.. rupa-rupanya.. lampu kereta sentiasa terpasang.. kerana adalah undang-undang negara berkenaan..
Kami mula bergerak dengan pemanduan sebelah kanan.. Hati juga mula risau kerana pakwe belum pernah lagi memandu di sebelah kiri.. Namun aku sentiasa yakin bahawa dia mampu melakukannya.. dah bertahun-tahun memandu.. Dengan doa dan lafaz bismillah.. kami mulakan perjalanan ke Oslo Norway..
Kami tinggalkan Goteborg Sweden menuju ke lebuhraya yang membawa kami ke Oslo..
Kami memilih mengelak tol.. Sebahagian dari perjalanan kami mengikuti laluan jalan lama yang melewati perkampungan penduduk di Sweden dan Norway.. Kelihatan tasik-tasik.. gunung ganang.. bukit bukau yang saujana mata memandang.. Yang paling menarik ada sesetengah rumah-rumah berhampiran mempunyai deretan kotak peti surat yang disusun sederet di tepi jalan.. malangnya setiap kali kami ingin mengambil gambar.. sering tidak berkesempatan.. nak snap sahaja mesti terlepas hehehehe ;)
Ketara bezanya bentuk rumah di Norway.. yang kebanyakan dibuat daripada kayu.. dengan berlatar belakangkan tasik-tasik dan hutan.. Ketika kami mengikuti laluan jalan lama.. rakan kami terpandangkan sebuah papan tanda yang memaparkan bendera 2 buah negara iaitu Sweden dan Norway.. Rupanya ketika itu kami sudah mula memasuki sempadan negara norway..
Yang tidak dapat kami lupakan semasa berhenti berehat untuk secawan kopi di sebuah stesyen minyak bernama 'Tiger Butikk'.. ketika hendak membuat bayaran pada air minuman, kami keliru seketika.. duit yang kami berikan adalah duit Swedish.. hingga ditegur oleh 'cashier' kedai berkenaan.. Mulanya kami agak keliru mengapa duit itu tidak diterima.. Rupanya kami sudah memasuki negara norway.. dan hanya duit norway sahaja diterima.. Kelakar sungguh kami.. Kekeliruan yang melucukan.. dan kelam kabutlah kami mencari duit norwegian kroner yang disimpan di dalam kereta kerana menyangkakan bahawa kami masih berada di Sweden.
Selesai membayar harga minuman.. kami berehat seketika menikmati secawan kopi dan nasi goreng yang dibawa dari rumah.. Merehatkan badan.. mata.. dan membersihkan muka.. Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Oslo..
Kami tiba menghampiri ke pukul 10.00 malam di bandar Oslo.. tetapi kami sesat seketika.. 'Sat nav' telah membawa kami ke tempat lain.. dan paling menakutkan.. tempat yang dibawa oleh 'Sat nav' itu adalah kawasan perkuburan kristian di atas bukit.. Yang lebih memeranjatkan secara tiba-tiba enjin kereta juga terhenti.. Aku yang duduk di belakang pemandu.. terpandangkan kawasan perkuburan itu dan terkejut buat seketika.. Sudahlah ketika itu pukul 10.30 malam.. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan.. pertama kali ke Oslo.. kami dibawa ke kawasan perkuburan itu.. Entah bagaimana 'Sat Nav' itu boleh setting ke situ..
Panggilan telefon dibuat dan rupanya kami sudah sampai berhampiran dengan rumah mereka.. Setelah pandu arah diperolehi kami bergerak dalam lebih kurang 500 meter ke rumah beliau.. Berbual seketika.. kami menikmati nasi panas dengan lauk asam pedas dan telur goreng.. Perut yang lapar terisi dengan menambah entah berapa kali.. dan rasa bersyukur kerana berpeluang menumpang di rumah seorang rakan ini.. Terima kasih buat keluarga Kak Rima dan Abang Zukri serta adik Hasilah yang sudi mencarikan penginapan sementara buat kami..
Malam itu kami tidur agak lewat.. menghampiri ke pukul 1.00 pagi dan berehat mengumpul tenaga untuk penjelajahan bandar Oslo keesokan harinya ;)
Tuesday, 14 April 2009
Goteborg; Aku datang!
Nukilan Rasa:
iina
at
21:47
12
sedang senyum-senyum
Monday, 13 April 2009
Enaknya si bantal Glasgow
Alhamdullilah..
Aku kembali semula ke rumah di Glasgow lewat petang tadi menghampiri ke pukul 8 malam..
Kembara yang sebenarnya dirancang di saat-saat akhir dan asyik bertukar rancangannya berjaya juga membawa kami mengembara ke 3 buah negara antara termahal di dunia..
Sweden (Goteborg), Norway (Oslo) dan Denmark (Copenhagen)..
Kesemua negara itu kami jelajahi dengan menaiki kereta Ford Focus berbentuk waggon yang disewa setibanya kami ke lapangan terbang Goteborg City, Sweden lewat petang jumaat yang lalu..
Selesai urusan menyewa kenderaan itu.. kami terus bergerak ke Oslo (Norway) yang mengambil masa 4 jam lebih dan tiba lewat malam di rumah seorang rakan yang merupakan pelajar Malaysia di sana..
Aku mahu menikmati enak dan lembutnya si bantal peluk dan bantal kepala yang setia menanti itu.. Insyallah akan aku kemas kini kisah pengembaraan kali ini..
Jaga diri.. dan terima kasih atas semua ucapan doa dan kata-kata ucapan dari kalian semua.. Tusind Tak..
Nukilan Rasa:
iina
at
23:31
7
sedang senyum-senyum
Kembali..

Aku masih lagi bercuti di luar Glasgow..
Lewat petang ini (waktu ini sudah pukul 1 pagi.. ngantukss dah) aku akan pulang semula ke 'rumah yang dirindui'.. Home sweat home..
Kepala dan hati sudah mula ingat rumah dan bantal peluk..
Alhamdullilah.. ada talian wireless internet secara percuma dan aku bawa notebook Asus yang paling kecil ini..
Kembara sudah hampir sampai ke penghujungnya..
Aku mengembara ke 3 buah negara selama 4 hari.. Nanti aku coretkan jejak kembaraku bila pulang ke rumah nanti ya..
Buat rakan-rakan.. Selamat mengharungi 'Isnin blues' dan jangan cemburu kerana aku masih lagi bercuti..
Jaga diri ya.. Doakan perjalanan pulangku selamat hendaknya..
p/s Waktu di sini cepat 1 jam dari waktu UK (awal sejam dari waktu entri ini direkodkan)..
Terasa pantas masa berlalu..
Dah nak balik... Rasa masih mahu terus bercuti lagi..
Nukilan Rasa:
iina
at
00:27
5
sedang senyum-senyum
Friday, 10 April 2009
Kembara diri

Aku membawa diri berehat seketika buat beberapa hari..
Mengubati hati dan emosi yang penat dengan pelbagai urusan kebelakangan ini
Blog ini akan sepi buat sementara waktunya..
Aku akan mengembara buat kali kedua..Doakan perjalanan kembaraku selamat pergi dan pulangnya..
Insyallah..
Jaga diri ya.. "Tusind Tak"
Nukilan Rasa:
iina
at
09:17
5
sedang senyum-senyum
Thursday, 9 April 2009
Dia dan kamu

Dia memandang ke langit yang mendung.. Cuaca sejak awal pagi tadi suram dan hujan turun renyai-renyai.. Masih bersisa lagi baki rintik-rintik hujan waktu ini.. Mendungnya cuaca hari ini seolah tidak seiring dengan mood cuti esok hari..
Sejenak mood juga turut berubah mengikuti rentak mentari yang malu di sebalik awan yang gelap. Walaupun hati ini melonjak gembira menikmati cuti hari esok tapi masih bersisa banyak rasa dalam jiwa.. mengusik emosi dalam dada.. mengegarkan minda dalam otak kepala.. Rantaian rasa ini mengundang banyak fikirannya.. menuntut episod janji dan hasrat serta rancangan yang berselirat berbelit berlingkar rupanya.. Cuba diungkai setiap satunya.. makin cuba dileraikan.. makin terasa ketat pula ikatannya..
Dia cuba mengenang beberapa kenangan lama.. makin cuba difikirkan.. makin payah ia hadir dalam ingatan.. Setiap kenangan waktu di tanahair cuba ditayangkan dalam kotak kepala.. cuba dirasa dalam layar hati.. cuba dipegang dalam emosi.. namun semuanya seolah tidak mahu hadir walaupun sesaat detiknya.. Ada halangan yang terbina dalam cubaan tayangan itu.. Ada rasa yang tidak mahu dirindu.. Ada sekelumit dendam yang masih bersisa lama.. Ada rajuk yang masih berterusan di jiwa..
Dia cuba renung ke dalam diri jauh-jauh.. mengimbas kata-kata yang diucapkan terhadap diri.. Mencari kebenaran dan ketelusan maknanya... Mencari keikhlasan dan kejujuran dalam erti perhubungan dan persahabatan.. Mencari kesanggupan dan ketahanan dalam menghadapi perjuangan.. Mencari cinta dan sayang dalam kecintaan pada keluarga dan negara.. Mengejar matlamat dan harapan dalam impian yang masih kukuh dipegang sentiasa.. Melaksanakan tanggungjawab dalam menuntut hasrat peribadi dan jati diri..
Dia masih ingat siapa dia.. Dia juga masih ingat semua yang pernah dilalui.. Dia juga masih sedar akan bumi yang dia jejaki.. Dia masih juga berdiri memegang janji pada tanah yang pernah digenggami.. Semua itu dia masih ingat.. namun tahukah mereka akan semua yang perlu dia hadapi.. Semua keperitan dan kepayahan yang perlu dilalui.. Saat hatinya kadang berirama sendu.. sedih dan sepi.. Pernahkah dia meminta-minta simpati?? Pernahkan dia menuntut janji-janji??
Bila terbit rasa kecewa.. hati yang dulu mungkin masih bersisa simpati mungkin masih dapat memahami.. tapi bila terusan rasa itu hadir saban waktunya.. Sisa simpati kini sudah tiada.. keras dan beku menjadi akibatnya... Dendam apatah lagi agaknya.. Perubahan itulah namanya.. Kita perlu berubah.. dan setiap manusia berubah.. suka atau tidak.. terimalah hakikatnya.. Ia perlu ada..
Langkah yang diatur masih sama.. Pantas perlahannya masih serentak seiring bersama.. Adakala ia mengorak berbeza tariannya.. Mengikut kehendak rasa.. Berubah mengikut suasana.. Mencipta gaya mengikut keperluan masa.. Bersopan santun mengiringi adat budaya..
Dia masih dia.. dan kamu masih kamu.. kita juga masih kita.. dan mereka juga masih mereka.. Dia.. Kamu.. Kita.. Mereka.. Aku.. berbeza sangatkah kita semua??
Hanya setiap kita tahu siapa diri empunya.. dan hanya Allah sahaja maha mengetahui setiap satu kejadian dan hikmahnya..
Nukilan Rasa:
iina
at
14:05
9
sedang senyum-senyum