Monday, 27 June 2011

Aku menulis kerna aku mahu menulis..

Aku menulis kisah cinta sekali sekala bukan kerana aku mahu mengagungkan cinta..  dan juga bukan kerna mahu berbangga kerana memiliki cinta si dia..

Aku menulis cerita bukan kerna aku seorang penglipur lara.. Aku menulis kerana ketika itu aku teringatkan kenangan lama.. lantas jemari aku mahu bercerita..

Kadangkala aku takut bercerita tentang cinta.. walaupun kadangkala cerita tentang cinta itu memang indah bila dibaca.. memang enak bila diperdengarkan.. memang manis bila dikenang sekali sekala..

Aku juga kadangkala takut berkongsi cerita sebab cerita aku kadangkala biasa-biasa aje.. cuma bila teringat kenangan lama aku sekadar mahu meluah rasa..

Namun apa juga.. anggaplah ini sebagai coretan biasa.. untuk mengisi masa lapang tatkala aku terlalu bosan dengan rutin harian dan tanggungjawab saban waktu.. Adakalanya aku mahu berhenti seketika.. merehatkan kepala dan jiwa lara.. Maka di sinilah aku ambil masa mencoret rasa..

Blog 'Aku dan Glasgow' ini terlalu istimewa.. Istimewa pada aku.. Bukan sebab aku menumpang nama glemer 'Glasgow' itu.. tapi kerana ada masanya aku bercerita tentang kehidupan aku di Bandar Glasgow itu..

Ada yang datang berkunjung sebab nak mendengar lagu.. Ada yang suka membaca kisah-kisah yang aku coretkan (maaf.. sudah agak lama aku tidak bercerita.... mood mahu menulis panjang asyik 'turn off' jek walaupun sebenarnya banyak yang aku nak cerita).. Ada juga yang suka melihat foto-foto yang aku ambil... banyak sebenarnya koleksi.. cuba jugalah bila rajin untuk dikongsikan..

Jika sesiapa yang perasan foto header yang aku letakkan.. memang kebiasaannya aku akan tukar mengikut 4 musim.. dan syarat aku untuk foto header itu.. lokasinya wajib di sekitar Scotland.. Walaupun aku punya koleksi gambar di sekitar England.. Wales atau pun negara-negara di Eropah.. untuk foto header aku dah lama tetapkan.. Hanya gambar-gambar yang diambil di sekitar Scotland sahaja akan diletakkan di situ.. sebab apa?? Yelah nama pun blog 'Aku dan Glasgow- Pengalamanku di bumi Scotland' seharusnya kena sinonim dengan tajuk lah kan.. ;)

Terima kasih pada semua sahabat dan rakan yang masih sudi singgah ke blog ini.. Tiap kali tengok ada 'follower' yang bertambah rasa terkejut juga sebab blog ini sekadar biasa-biasa sahaja.. Terima kasih sebab sudi jadi 'follower'.. Sudi membaca apa yang aku tulis di sini.. Walaupun aku sebenarnya jarang-jarang update.. seminggu kadang sekali.. atau dua kali.. bergantung pada kesibukan dan masa terluang.. itu belum masuk pada mood menulis lagi tuh ;).. Mana-mana rakan yang sudi add follower.. InsyAllah aku masukkan nama blog anda semua dalam senarai blog 'Mesra Bersama'..

Terima kasih daun keladi.. Terima kasih kerana sudi menjengah.. Maaf aku tidak dapat selalu update kerana benar-benar dibebani urusan pengajian tahap akhir yang agak kritikal tapi masih cuba cari masa juga untuk menulis sekali sekala.. InsyAllah.. Ada kesempatan masa aku akan menulis lagi.. Kadang rasa rindu juga nak menulis cerita.. tapi aku benar-benar tidak ada mood mahu berjiwang lara macam dulu-dulu..

Tak kisahlah.. Harap apa juga.. You all enjoy k.. Thanks again..

Mengintai di sebalik jendela...
View of Kelvingrove Art Gallery & Museum, Glasgow
Taken through a small window from one of the main building offices at University of Glasgow.


Hati kadang suka memandang keluar jendela..
Melihat manusia yang lalu lalang..
Melihat langit berubah warnanya
Dari gelap menjadi terang..
Dari kelabu menjadi biru..
Ada pelbagai rasa ku tinggalkan di situ..
Ada rindu yang singgah lalu..

A morning-glory at my window satisfies me more than the metaphysics of books.
-Walt Whitman -

Bad weather always looks worse through a window.
-Tom Lehrer-

But when I wasn't working, I was usually at a window looking down at Earth.
-Sally Ride-

20 comments:

Acik Erna said...

assalam iina..
memang betul kalau iina tak rasa dan tak mau menulis tidak akan ada catatan disini..
walau apa pun yang iina tulis akak suka baca.cara iina menulis boleh menarik minat membaca dan akan sentiasa tertunggu cerita baru.
tapi akak jugak faham kesibukan iina disana.
akak salah seorang peminat blog iina yang suka memcaca coretan iina dan kagum dengan gambar2 yang iina kongsikan.
Terima kasih iina.
Akak juga suka baca blog Tiny yang jugak sibuk macam iina..sesekali je dapat baca,

absolutely emy said...

sedar tak sedar.. saya dah terbaca entry ini sampai habis.. sekian terima kasih.. harap maklum.. hahahaha..

nota: saya seorang pembaca yang sentiasa menunggu kemunculan gambar2 baru.. tak kisah la.. pada header atau pada entry.. ;)

KTS said...

ooooooooooooooooooooooooo

berjalan sana sini sempat. nak menulis tak sempat. alasan! :P

tak kira! ko kena update setiap hari . 10 entri sehari. cubalah RAJIN macam aku.

.
.
.
.

hihihi

faqir said...

sebuah kisah secharek lara hati

sindiketsulit said...

aku suka baca kisah cinta ko kak.
rasa itu sampai ke hati.
jgn risau kak,
ko bukan dlm golongan 'riak' tu (:

dan
yang paling-paling-paling aku suka..
dah tentu la gambar-gambar pemandangan yang sejuk mata memandang.
Tak dapat jejak kaki ke sana, dpt tatap gegambar pun jadi lah..

iina said...

Acik Erna

Terima kasih banyak2 kak sebab sudi baca apa jua yang saya tulis.. kadang2 tuh merepek jek hehehe... InsyAllah kalau ada kelapangan masa saya cuba menulis.. Terima kasih sekali lagi..

iina said...

Emy

InsyAllah.. ada few gbr dalam koleksi yang belum sempat nak dikongsikan.. nanti sikit2 saya kongsikan.. header baru maybe ontway kot.. Tengah cari ilham shot kat mana nak kena jadi target lak nie ;)

iina said...

KTS

Kata-kata yang sama aku nak pulangkan balik pada ko... ohhhh ko ilang berminggu2.. p sana sini.. tak update pun ekkk.. asyik makan donut jek keje ye hahaha..

Aku jalan mana yang??? aku mana boleh jalan balik kg.. so takat p dekat2 sini.. itu bkn kira jln.. itu kira singah lalu jek hahaha...

iina said...

Faqir

Uihhh.. ekau nie kan.. ingat carik2 bulu ayam yo.. doa2kan akak ko nie ok ;)

iina said...

Wos

Sikalang ahhh.. sudah malas mau cite itu cintalah.. hahaha... takde mood.. nak cite jiwang karat pun.. takde mood.. ilham dan inspirasi belum tiba.. maybe aku kena singgah blog tiny cari inspirasi kot hehehe... Thanks dear.. sebab sudi singgah..

ibundo said...

ekau citolah pasal apo pun. ado yo oghang datang baco.
kpah goma nengok gamba yang ekau amek. cantik. tak dapek nengok ngan mato sondiri nengok gamba pun jadiklah...

iina said...

Kak Pah

Alhamdullilah kak.. ada kesempatan lagi nanti saya kongsikan gbr2 lain ye ;)

Lee said...

Hi Iina, you sure take fantastic photos. Love the header pic.
And I like what you wrote, very good and meaningful.
Fully agree with you.
You write what you think and from your heart.
Best regards, Lee.

Mulan said...

tulis la apa jua...
kami senang membaca...
dengan rela, tanpa paksa...
kerana kami suka....

iina said...

Uncle Lee

Thanks again yeah.. I think that the just the way I'm writing it.. You too have special ways of writing too..have a nice weekend yeah

iina said...

Mulan

Terima kasih ye ;) sebab sudi membaca

Kak Mahh said...

Tulis apa saja dik...sebab ianya dapat merangsang minda kita terus bergerak aktif.

Kaktiny said...

aku tau.. org yg palin admire ngan photo ko aadlah si wos!.. hahaha..

.. dan, menulis itu adalah kerana bakat menulis itu adalah anugerah Allah kepada kita.. tak semua org memilikinya.. (kata laki aku.. pasai tu dia takdak blog.. waima FB pon jaraaang sgt diupdatenya!!)...

... maka kita hargai pemberian Allah dgn berkongsi bersama yg sudi..

.. terus menulis dear.. :)

ctsal said...

salam perkenalan,

first time singgah blog ni n terus suke. Saya jadi follower boleh yek :)

iina said...

Zmah

InsyAllah... thanks ye

Tiny

Kalau memahami kan.. sebab ko pun sama gak cam aku hehehe ;)

Ctsal

Boleh jek tq ye

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin