Sunday, 15 March 2009
Saturday, 14 March 2009
Program Maulidur Rasul peringkat SMG
Ramai juga ibu bapa dan rakan taulan yang hadir untuk sesi ceramah yang turut berjalan seiring dengan waktu persekolahan SMG..
Melayan kerenah anak-anak yang bertanya banyak soalan tentang rasullulah s.w.t.. ada yang lucu.. ada yang ingin tahu.. dan semuanya dijawab dengan sabar dan sebaiknya oleh guru-guru yang ada ;)
Gambar tak banyak.. sebab cikgunya sibuk urus murid-murid tadi ;)
Nukilan Rasa:
iina
at
22:20
5
sedang senyum-senyum
Friday, 13 March 2009
Rumah itu
Suatu senja.. Memandang langit yang semakin gelap.. mata memandang dia.. sayu sedih rindu.. ini mungkin kali terakhir.. berbicara dan bergembira.. bergelak ketawa dan berkongsi ceria.. menangis dan menitis airmata.. kala sedih dan suka bertukar bersama hati dan jiwa rasa
Mata memandang langit itu.. masih ada kemerah-merahan warnanya.. masa sudah hampir tiba untuk meninggalkan daerah itu.. hampir juga masa untuk mengucapkan selamat tinggal buat sementaranya..
Memandu menuju kesibukan bandar itu.. mata memandang deretan kereta.. masing-masing punya destinasinya.. masing-masing juga berkejaran mahu cepat sampainya.. masing-masing juga punya arah tujuannya.. untuk apa.. kemana.. dimana.. lama masa.. laju.. perlahan.. berlumba.. itu lumrah biasa..
Dari kesibukan kota.. aku tempuhi kesibukan deretan kereta.. berlumba memecut selajunya.. 90km/j anak panah kelajuan jelas terletak tanpa berubah.. laju.. cepat.. kepala.. kaki.. tangan.. semuanya seolah seiring bersama.. mata memandang jalan tanpa berkelip cuma.. fikiran melayang untuk tiba ikut masa.. esok harinya untuk berangkat pergi buat sementara.. meninggalkan ini semua.. meninggalkan semua yang sudah terlalu biasa dan lali dilalui saban minggu.. bulan dan tahunnya..
Deretan kelapa bali.. kelihatan dari jauh.. memenuhi segenap pandangan mata.. sepanjang mata mampu menamatkan penglihatannya.. sepanjang kepala ke depan dan ke belakang digerakkan semahunya.. daerah ini.. daerah istimewa.. di situlah suatu ketika dulu.. laluan ku semasa masih remaja.. menumpang kereta.. atau motor sesiapa sahaja di simpang batu enambelas itu.. atau menaiki bas sejam satu yang kadangkala lewat dan cepatnya.. diusik dan dihon pemandu lori.. kereta.. motosikal di tepian jalan besar itu..
Lalu pula.. pohon rendang yang besar tegak berdiri di km 2.. teringat kata mak.. di sini pernah dilihat langsuir mengejar pemandu motor dan kereta.. waktu senja.. mengilai dan ketawa sesukanya.. tegak terus bulu roma.. betulkah.. benarkah.. aku sendiri tidak tahu.. perlukah aku buktikan kata-kata dan cerita itu semua.. namun tatkala melintasi pokok itu.. terasa seram sejuk seketika.. tapi aku abaikan kerana mengejar masa..
Tidak ada yang istimewa sepanjang 4 km perjalanan itu.. hanya pepohon kelapa bali memenuhi laluan kiri dan kanan.. sekali sekala ada juga kelihatannya rumah-rumah penduduk cina.. india... terselit di antara deretan pohon-pohon itu.. menutupi cahaya samar-samar lampu jalan yang kurang terangnya.. hanya bertemankan lampu kereta dari sebelah kanan yang sekali sekala hadirnya.. semuanya seolah segera mahu ke suatu tempat.. tapi aku pula.. bergegas mahu sampai secepatnya..
Tidak lama aku melihat deretan kedai 4 pintu berwarna merah menyala.. hanya satu sahaja yang masih dibuka dan ada pelanggannya.. sebuah kereta dan motor kelihatan di depan kedai itu.. aku tidak ambil pusing sangat tujuan mereka.. di kanan jalan pula deretan rumah-rumah cina yang tersergam indah bertembok tinggi.. warna merah pagarnya.. tergantung tanglung warna merah di setiap tiangnya.. ini adalah pandangan biasa untukku.. dan tidak jauh kelihatan pula sebuah pondok menunggu bas yang begitu usangnya.. tiangnya sudah senget menahan atap yang ketara berkaratnya.. tempat duduk bersimen juga sudah kopak kapik.. di depannya ada simpang.. itulah tanda untuk aku perlahankan kereta.. sudah hampir sampai aku rupanya..
Di pondok itulah dulu aku menghabiskan masa menunggu bas untuk ke pekan kecil itu.. menghadiri kelas tusyen ketika zaman sekolah dulu.. kadangkala juga menjadi penantian semasa ke sekolah semasa ayah tidak dapat menghantar aku ke sana.. kadang juga tempat bertemu rakan sebaya.. meronda dan berjalan menghabiskan masa suka ceria.. bertemu rakan.. teman.. pakwe dan kekasih lama.. Entah berapakah agaknya usia pondok itu agaknya.. jika dia boleh berkata-kata.. sudah tentu banyak ceritanya.. dan sudah pasti juga mampu mengenal setiap penghuni yang pernah menunggu di situ..
Aku membelok masuk ke simpang itu.. di kiriku adalah deretan kelapa bali lagi.. dan di sebelah kananku pula kelihatan rumah-rumah yang terselindung di sebalik pohon-pohon kelapa bali.. melintasi sebuah simpang jalan enggang namanya.. sepanjang simpang itu semua penghuninya aku kenali setiap satunya.. ada kenangan dan kisah setiap rumah itu.. ada yang pernah menjadi tempat permainanku zaman anak-anak dulu.. ada yang menjadi tempat aku bertandang semasa berhari raya zaman remajaku.. ada juga yang pernah aku kunjungi menghadiri kenduri kawin di situ..
Akhirnya simpang bernama rajawali tertera jelas pada papan penanda bertulisan hitam berlatar belakangkan ruangan putih jelas kelihatan.. aku membelok masuk ke simpang itu.. Dari situ sudah aku lihat rumah bercat kuning itu.. itulah destinasi utamaku.. Sejenak aku teringat sebuah mimpi tatkala aku berada di tengah simpang itu.. dari laman rumah itu kelihatan keluarlah seekor singa yang garang menghalang perjalananku.. secara tiba-tiba ia berlari menghalang aku meneruskan perjalananku.. makin aku dekat makin garang rupa parasnya.. kereta juga terpaksa aku undurkan ke belakang dan aku terkeluar dari simpang 3 itu.. Entah bagaimana datang pula seekor harimau kumbang entah dari mana.. Singa dan harimau itu saling bertukar rupa berselang seli antaranya.. aku pula semakin bergerak ke hadapan.. dan makin ke hadapan.. Apa maknanya?? Aku sudah ada jawapannya suatu ketika dulu ketika aku ceritakan pada mak mimpi itu.. mungkinkah ada tafsiran lain yang aku tidak tahu??
Memandang semula rumah kuning itu.. hatiku seolah terasa damai sekali.. aku sampai pada destinasi utamaku.. di situlah aku dibesarkan.. aku membina diri.. nilai.. sikap dan peribadi.. di situ jugalah aku nikmati zaman anak-anak berkejaran bermain ting-ting.. baling selipar.. baling tin.. batu seremban.. main tudung oren.. memanjat pokok kedondong .. rambutan.. pulasan.. menjerat pepatung dengan getah nangka di parit yang laju airnya.. bermain pondok-pondok dengan pohonan senduduk berbunga ungu dan putih di tanah sebelahnya..
Di situ jugalah pernah dikunjungi rakan sekampung baik lelaki dan perempuan kala hari raya.. mengelilingi kampung hingga lewat malam tamatnya.. di ruang beranda itu jugalah tempat lepak aku dan rakan bercerita luahan hati dan kisah suka duka.. berkongsi peristiwa.. jatuh cinta.. kecewa.. putus cinta.. semuanya..
Aku masuk ke rumah itu.. jalan sudah tidak begitu rata.. tanah merah adalah tanah asasnya.. deretan pokok nenas adalah pagar utamanya.. pokok rambutan adalah pokok-pokok utama yang tegak berdiri di depannya.. ada satu pokok itu betul-betul di hadapan rumah sudah ditebang ayah.. kata mak... dulu ada sesuatu yang suka singgah di situ.. tapi dia tidak menganggu kami sekeluarga.. tapi andai orang lain singgah hingga lewat malamnya.. pasti akan ada yang demam kebah yang agak lama.. bukan sekali dua terjadinya.. ramai sudah rakan adik menjadi mangsanya.. pelik juga kami akan kisah itu.. tapi aku tidak pernah ambil pusing sangat.. tanah itu pernah aku jejaki seorang diri waktu lewat malam tatkala air paip terputus waktu malam hari.. terpaksa kerana punca airnya terletak betul-betul berhampiran jalan.. Belum pernah lagi aku rasa yang pelik-pelik di situ..
Aku pernah berkata tatkala kepulangan kedua.. sesiapa yang bukan ahli keluargaku.. baik yang aku nampak atau tidak.. aku tidak mahu dan tidak ingin ia berada dalam kawasan itu.. Hingga kini tiapkali aku teringatkan kampung halaman.. ucapan itu akan sentiasa bergema di hati dan tatkala meninggalkan rumah itu juga.. sekali lagi semasa aku mahu melangkah keluar dari situ.. aku ucap kata-kata yang sama pada tanah itu... Andai ada yang engkar dengan kehendak itu.. Allah maha mengetahui segala-galanya.. dan aku juga percaya.. hak dan tanggungjawab aku berdiri kuat di situ.. cubalah sentuh dan usik walau secuit cuma.. Aku tidak akan gentar walau apa juga yang datang nantinya.. Tatkala berdiri di tengah laman itu.. aku perhatikan setiap sudut rumah itu.. dari belakang rumah kiri kanan.. depan kiri kanan.. setiap pepohon yang tumbuh aku hafal kedudukannya.. setiap benda yang terletak aku perhatikan letaknya.. Kenapa??? Ada sebabnya untuk aku tahu..
Semoga ia akan sentiasa terjaga elok dan baik hendaknya.. seperti mana yang aku ingati setiap satunya.. sedamai dan setenang yang aku rasainya selama aku ada.. kicauan si burung terkukur kala pagi hari akan berterusan kedengaran hingga bila-bila.. nyaman udara pagi.. akan kekal segar sentiasa..
Teringat pantai morib.. terasa hati ingin pergi ke sana.. banyak kisah suka duka di situ.. Teringatkan ketika di bawa ayah ke sebuah gerai ikan segar yang baru sahaja dibawa ke darat pagi itu.. Terletak di berhampiran simpang kampung endah.. melalui jalan singkat merentasi tali air selepas simpang kanchung darat.. aku lupa nama kawasan gerai itu.. Tiba-tiba aku teringin menikmati ikan bakar... sotong goreng tepung.. udang masak masam manis..
Daerah Banting.. tempat aku dibesarkan.. tempat ayah dibesarkan.. dan bukit Jugra.. punya misterinya.. ada kisah yang tersembunyi di situ yang berkaitan dengan aku.. Entahlah aku sendiri pun tidak tahu.. mungkin juga aku tidak mahu tahu.. walaupun sudah 2 kali orang yang paling rapat dalam hidupku.. pernah dipesan begitu tentang aku dan bukit itu..
Tiba-tiba aku teringatkan kampung.. ketika entri ini ditulis.. terasa aku memandu pulang ke kampung seperti selalunya.. dan setiap perjalanan di kiri kanannya seolah benar-benar aku lalui... Visualisasi membawa aku pulang seketika tadi..
Ini bukan kisah seram ya.. jangan tetiba lak korang semua meremang bulu roma hehehehe.. Ini kisah rindu aku.. aku nak jiwang tanpa karat ya ;)
Nukilan Rasa:
iina
at
21:50
10
sedang senyum-senyum
Thursday, 12 March 2009
Semalam, Hari ini dan Esok

Semalam
Memandang ke langit yang gelap.. di tengah bandar itu.. Aku mencari arah tujuanku.. memandu ke sana ke sini.. mencari haluan.. sesat entah berapa kali.. tersilap simpang ke situ.. aku sesat.. ohh.. aku bukan ke sini untuk mencari nasi goreng kegemaranku .. dan bukan juga mencari air buah gelas besar yang enak itu.. dan bukan juga mencari deretan gerai-gerai sate.. rojak.. kue tiaw.. maggi goreng.. cd-dvd cetak rompak.. alat solek jenama murah.. kain tudung yang pelbagai warna dan kelipan batu.. dan bukan juga mahu menyelit di laluan sempit yang mampu mencalar balarkan keretaku dan juga bukan untuk mencari cinta yang bersepah bersidai di sana sini situ
Aku berpatah balik ke jalan utama.. kembali menyusuri jalanan mencari arah menuju menara itu.. ada janji yang telah dipersetujui.. sebuah pertemuan.. sebuah harapan.. dan sebuah persahabatan.. Hari makin gelap.. bilangan kereta juga semakin kurang dan malap.. sedikit lengang dan tidak perlu terkejar-kejar mencipta amarah tatkala menempuhi kesibukan dan deretan kenderaan.. aku memandu dengan senang dan tenang... Janji ditunaikan.. pertemuan tercipta.. bicara dimula.. dan persahabatan dibina..
Hari ini..
Aku masih lagi diri aku yang dulu.. masih punya nama yang sama.. gelaran yang sama.. tubuh badan yang masih serupa.. mungkin sedikit susut berat badannya.. mungkin juga berubah kehalusan dan kecerahan kulitnya.. Aku masih aku.. cuma pemikiran dan rasa berubah warna.. mencari kebenaran dan keikhlasan hati.. membina semangat diri.. menjejaki nilai hati.. menginsafi kesilapan peribadi.. memperbaiki kelemahan sendiri..
Pertemuan lalu seolah masih segar dalam ingatan.. kenangan juga seolah ibarat wayang lama yang bila diputarkan membuatkan jiwa terbuai layu.. senyum kala kisah gembira tergambar dalam skrin kepala.. menangis kala kisah sedih bermain dalam kolam jiwa.. Masam kala kisah penting diri menjadi tontonan fikiran.. ketawa kala kisah suka berlari berkejaran di kotak rasa.. Setiap satunya membangkitkan rasa semua.. masam manis masin pahit secukupnya..
Esok..
Aku tidak tahu ketentuan tuhan untuk esoknya.. Aku juga tidak tahu apakah hasrat dan cita-cita itu terlaksana.. Aku juga tidak tahu.. sejauhmanakah perjalanan yang harus aku lalui dan hadapi.. Aku juga tidak tahu.. adakah cinta dan kasih sayang ini akan terusan menjadi azimat hati.. Aku juga tidak tahu selama mana dapat aku kumpulkan dan simpan semua kerinduan ini buat semua yang aku sayangi.. buat semua yang aku cintai.. kepala hati fikiran rasa semuanya meminta aku pelbagai hasratnya..
Namun aku sentiasa percaya.. semua itu walaupun tidak aku ketahui bagaimanakah kesudahannya.. Hatiku masih kuat memegang pada ketentuanNya.. Yang utama aku harus teruskan perjuangan dan berusaha sedaya upaya.. teruskan berjalan dengan langkah yang ada.. dengan semangat yang masih bersisa.. dengan tenaga yang berupaya.. dengan hati ikhlas menuntut keikhlasan dariNya.. dengan jiwa yang penuh rasa rindu, kasih, sayang dan cinta..
Semalam, hari ini dan esok.. malah lusa dan tulat juga ada.. teruskan mencari keredhaanNya.. teruskan berjuang bersama niat untukNya..
Walau apa pun kenyataan, penyataan, tuduhan, alasan dan hukuman.. Seharusnya tahu sifat, nilai, sikap dan peribadi itu.. terlalu subjektif untuk dinyatakan secara objektif dan jelasnya.. kerana manusia berubah dan perlu berubah..
Jom kita makan di muara ikan bakar.. sudah lama aku tidak berkunjung di situ.. Bagan Lalang.. Tanjung Harapan (atau tanjung gila) antara tempat lepak utama suatu ketika dulu.. Aku anak selangor.. Banting-Klang; Satu tempat kelahiran.. Satu lagi tempat dibesarkan.. 2 destinasi yang punya banyak nostalgia lama.. cukup istimewa..
Nukilan Rasa:
iina
at
21:30
10
sedang senyum-senyum
Wednesday, 11 March 2009
Kembara hari terakhir di bumi Andalusia : Malaga
Selepas berada di Almeria pada sebelah paginya.. menjelang tengahari kami bergerak ke Malaga iaitu tempat kelahiran Pablo Picasso seorang pelukis terkenal dunia.. dan di sini juga terletakknya museum Picasso..
Selesailah perjalanan kami selama 4 hari dan 3 malam itu dan yang paling utama.. jeng jeng.. mestilah cenderahati.. cenderamata.. ya... (Juliet bukan cederahati tau)
Poskad dan fridge magnet..
Antara perhiasan yang diletakkan atas TV di rumah2 Pashmina dengan harga 5 Euro (hampir beli lagi satu.. tapi kena sound adeihh)
Beberapa helai kain Tie Rack dengan hanya 99p setiap satunya
Ini pun dah kena beringat-ingat sebab risaukan beg yang tak muat ;)
Mungkinkah aku akan ke sana lagi??? Insyallah.. jika ada kesempatan kerana semasa pengembaraan ini aku hanya pergi sendirian tanpa dia.. atas sebab tidak dapat dielakkan.. sedih tau..
Insyallah.. ada rezeki lebih dan peluang .. Aku pasti akan ke sana lagi ;)
Nukilan Rasa:
iina
at
20:48
9
sedang senyum-senyum