Wednesday, 3 September 2008

Cabut gigi

Hari ini aku ada temujanji dengan doktor gigi.. ingatkan hanya untuk konsultansi memandangkan pertemuan yang dulu.. scanning gigi dibuat.. tak sangka lak.. gigi geraham aku kena cabut hari ini juga.. menakutkan sungguh..

Mula kena suntik bius 2 kali.. aku dah ketakutan.. nasib tak rasa sakit.. lepas tu siaplah kebas sebelah muka.. sampai ke telinga dan sebelah muka ini rasa kebas semacam.. bibir rasa tebal semacam.. lidah sebelah pun kebas dan tebal.. tak leh gerak.. pipi juga rasa bengkak.. aku nak senyum pun hanya sebelah muka sahaja yang boleh digerakkan.. bibir sebelah kiri pun rasa tak leh gerak.. menebal je rasa.. tengok cermin muka cam biasa je takde lak bengkak sebelah ke apa..

Tapi sebab telah dibius.. memang bila dicabut gigi tu tak rasa langsung sakitnya.. hanya rasa tekanan sikit.. sebab dia tekan.. lepas tu terus dia cabut.. siap doktor tu tanya.. "Do you want to see the tooth" aku mengangguk kepala aku.. lalu ditunjukkan gigi geraham itu.. panjang ye gigi geraham tu.. menakutkan sungguh.. siap explain lagi.. apa masalah gigi tu.. akar dia dah stop tumbuh.. dah decay teruk.. bukan apa kena cabut gigi geraham ini sebab bertembung dengan gigi geraham bongsu yang tumbuh di belakangnya.. sebab itu gigi ini terpaksa dicabut.. untuk memberi ruang gigi geraham bongsu tu (apalah.. dah tua2 nie baru nak tumbuh gigi geraham bongsu) .. sorry ek aku tak ambil gambar gigi geraham yang kena cabut tu.. ngeri je kalau tengok balik gigi tu ;)

Panjang lebar explaination dentist tu tentang penjagaan seterusnya.. siap bagi aku antibiotik.. mouthwash.. kena makan benda yang lembut-lembut je.. tak leh minum alkohol (ceh.. macam aku drink alkohol.. tapi dia boleh gak aku tak minum alkohol.. sebab dia tanya aku dulu).. kena makan ubat antibiotik 3 kali sehari.. malam kena kumur-kumur dengan air garam.. kalau sakit balik datang jumpa dia.. sebelum selesai tadi doktor tu sempat jugalah letakkan antiseptik pada gusi yang berdarah tadi..

Sepanjang umur dewasa aku nie.. nielah kali pertama aku cabut gigi.. dulu kecik2 biasa ler.. dah tua2 nie bila kena cabut gigi begini.. memang menakutkan.. aku siap baca doa nabi yunus.. supaya aku tak rasa sakit tu sangat.. nie pun kepala dah rasa pening-pening semacam.. nampaknya buka puasa nanti aku kena makan bubur atau sup sayur jelah..

Selesai pertemuan.. aku kena bayar dentist 21pd untuk scanning dan proses cabut gigi.. lepas tu lagi 8pd untuk ubat.. melayang dekat 29pd semuanya.. bayar jelah tutup mata je.. lagipun aku tak apply health certificate tu.. kalau apply rasanya still juga kena bayar untuk rawatan gigi tu..

Tapi katanya mungkin gigi geraham bongsu itu perlu dibedah.. wahhh.. menakutkan lagi pulak.. dentist tu akan hantar surat ke dental hospital untuk rawatan.. emm.. takpelah demi untuk kesihatan.. aku ikutkan sahaja..

Oklah aku nak berehat.. terpaksalah aku batalkan ke CIS hari ini.. Penangan cabut gigi bulan puasa nie.. alhamdullilah belum batal lagi puasa aku.. sekadar kumur-kumur buang darah yang sejak tadi asyik bertakung dalam mulut..dentist di sini mesra pengguna.. dalam cabut gigi tu masih gak lagi senyum-senyum gurau-gurau.. walaupun aku dah kecut perut fikir kena cabut gigi geraham..

Harap petang dan malam ini selepas ubat bius nie hilang.. tidaklah aku teruk menahan sakit.. Insyallah.. masih teringat-ingat lagi semasa gigi geraham kena cabut tadi.. Lagi 2 minggu temujanji lagi.. harap-harap janganlah kena cabut gigi lagi.. waa.. ngerinya..

Tuesday, 2 September 2008

Rindu

Hari ini aku rindu.. secara tiba-tiba rasa itu datang lewat malam ini..

Entahlah kenapa hatiku begitu rindu sekali..

Pastinya ada sebab mengapa aku jadi rindu..

Ingatanku sentiasa ada.. dulu, kini dan buat selamanya..

Kenangan lama datang bertandang lagi..

Apatah lagi lewat bulan puasa ini.. aku teringatkan sebuah kenangan lama..

Ahh... Hatiku rindu pada kenangan itu..

Apa jua kasih dan cinta dihatiku tidak pernah padam apinya..

Sampai bilakah berakhirnya rindu ini..

Aku pasrah mengenangkan kenangan itu.. yang tidak mungkin dapat ku ulang semula semua itu..

Mengapa aku menjadi begitu rindu.. mengapa..

Rasa Hati :

Yang dirindu adalah kenangan.. detik-detik yang pernah dilalui bersama.. walaupun empunya diri tidak kemana-mana.. ada depan mata.. ada dihati.. tapi aku tetap rindu kenangan itu.. setiap kita punya kenangan yang dirindui.. punya memori yang sentiasa kekal disanubari.. punya ingatan yang takkan luput buat selamanya.. itulah yang aku rindu.. setiap manusia bila makin melewati usia.. kita akan mula mencipta kenangan demi kenangan.. tindakan demi tindakan.. tapi kenangan lama tetap ada dalam album jiwa walau hayat dikandung badan..

Hari yang nyaman dan segar

Hari ini aku ke CIS mengikut jejak ke CIS 2 (laluanku ke CIS).. telah lama aku tinggalkan laluan ini semenjak bekerja di Glasgow Uni.. sejak itu laluan juga terpaksa diubah dengan menaiki bas 44 hingga ke Odeon lama di Hope Street.. menaiki bas 38, 42, 56, 11, 12 di tepi simpang Hope street itu.. turun berhampiran Library Strathclyde Uni.. dan menyusuri bangunan business school, colville building dan akhirnya tiba ke Livingstone tower..

Sudah agak lama juga aku tidak menaiki bas 66 ke uni.. terasa bezanya suasana pagi ini.. rasa agak asing laluan kali ini.. walaupun baru sebulan sahaja aku tidak menaiki bas 66 ini.. tapi terasa sungguh perbezaannya.. betapa seronoknya bercuti 3 hari.. tidak lagi perlu kelam kabut bangun awal pagi ke tempat kerja.. selesai kerja meneruskan perjalanan ke CIS.. sungguh aman dan damai perasaan hari ini.. selepas ini.. entah bila lagi agaknya cuti begini boleh diperolehi.. Insyallah akan ada peluangnya nanti...

Ketika kaki melangkah melintasi dataran George Square.. Sekali lagi aku seolah rasa asing kembali.. wah lama juga tidak ku jejak kaki ke sini.. sebelum ini banyak kenangan aku di sini.. banyak juga peristiwa dan acara yang pernah aku lihat di sini.. pertemuan demi pertemuan juga pernah terjadi di sini..

Kalau masih ingat entriku tentang sebuah pertemuan dengan seorang pakcik tua.. dulu inilah laluanku hari-hari.. ketika melintasinya.. aku hirup udara bagaikan tidak mahu melepaskan nafas itu.. nyaman dan segar.. hari ini cuaca terang dan panas.. yang paling utama.. entah mengapa aku rasa begitu nyaman sekali.. satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.. malah ketika menaip entri ini juga.. rasa nyaman itu masih ada dan kuat terasanya.. malah udara itu turut hadir melalui tingkap terbuka di sisiku dan memenuhi ruangan bilik ini.. Alhamdullilah.. walaupun panjangnya masa berpuasa di sini.. dengan cuaca yang agak sejuk dan nyaman begini.. Insyallah puasa itu dapat dilalui dengan selesa..

Bila terbaukan udara yang begini segar dan nyaman lantas fikiran aku terus terbang ke tanahair.. berkelana ke negara orang begini.. memang begitu mudah memori itu datang bertandang ke sudut hati dan fikiran.. teringatkan kampung halaman.. segarnya udara ini seolah pagi harinya di rumah mak dan ayah di kampung.. kicauan burung-burung.. kokokan sang ayam jantan.. riuh-rendahnya bunyi ayam-ayam di keliling rumah.. bunyi meow kucing-kucing mak yang meminta makan.. Rindunya aku pada kampung.. puasa kali ini benar-benar mengamit memori lama.. aku jadi seorang perindu.. aku jadi rindu.. mana mungkin dapatku pisahkan rasa ini dengan semua kenangan itu.. aku anak kampung.. walaupun kampungku tidaklah mempunyai sawah bendang.. tali air.. hutan belantaranya.. namun suasana kampung yang dikelilingi pokok-pokok buah-buahan dan kelapa sawit di sekelilingnya.. dan tinggal bersama keluarga-keluarga yang hampir 95% adalah keturunan jawa.. keramahan mereka.. apatah lagi arwah tok adalah peneroka asal kampung itu.. malah rumah arwah tok dan nenek adalah antara rumah terawal di kampung itu.. Sudah tentunya mempunyai makna yang mendalam padaku...

Aku bersyukur.. aku mampu berada di sini.. melangkah hari demi hari di bumi asing.. di negara orang.. tidak semua orang mampu ke sini.. apatah lagi tinggal lama di sini dalam pencarian ilmu pengetahuan.. walaupun kadangkala hampir putus asa dan berserabut fikirannya.. tapi mengenangkan harapan.. impian.. tanggungjawab.. rasa-rasa itu selalunya aku tolak ke tepi sahaja..

Semalam aku mimpi balik ke Malaysia.. banyak sungguh rentetan peristiwanya.. cuba juga aku ingat kembali.. namun.. aku sendiri tidak pasti ke mana aku semalam.. yang pasti singgah ke rumah mak dan ayah di kampung ada dalam mimpi itu.. malah aku juga mimpi kembali bekerja di UPSI.. melalui hari-hari mengajar seperti biasa.. berjumpa rakan-rakan lama.. lalu bilaku bilang hari yang tinggal untuk aku terus di sini.. ahhh tidak lama lagi sahaja.. kurang dari 2 tahun aku akan berada di sini.. awal tahun 2010.. tamatlah 3 tahun tarikh sepatutnya aku berada di Glasgow ini.. jika ditambah lagi masanya.. entahlah mungkin akan lama lagi..

Sekali lagi bila memikirkan masa.. aku kembali risau.. study yang masih seolah teraba-raba.. tidak jauh kemana lagi pencarian dan jawapannya.. Ya Allah.. permudahkanlah laluan kehidupanku.. kau berikan kemurahan rezeki dan ilham dalam mencari jawapan persoalan.. kau berikan aku ilham dan idea dalam melaksanakan tugasan dan penulisan.. melihatkan rakan-rakan seorang demi seorang yang telah kembali ke Malaysia.. dan bakal juga viva tidak lama lagi.. terdetik di hati.. bila pula giliranku.. masih aku ingat lagi ketika aku temankan kak yah menyarung jubah Phd nya semasa hari konvokesyennya tahun lepas.. hatiku dibalut rasa sayu dan membara.. bila pulakah giliranku untuk menyarung jubah ini.. seronoknya melihatkan mereka yang telah selesai mengapai impian dan harapan mereka.. apatah lagi menerima segulung ijazah itu..

Apa juga aku pasti.. Allah menentukan segala-galanya.. Phd ini adalah rezeki dari Allah.. Dia sahaja yang berhak menentukan segalanya.. teringat kata-kata sahabat sekerja sebelum aku menjejak kaki ke sini.. "Phd ini 50% adalah usaha.. dan 50% adalah rezeki dari Allah" hampir semua mereka (yang telah dan sedang buat Phd ketika itu) yang aku temui mengatakan begitu. Insyallah.. kita usaha sedaya mungkin.. dan kita tawakal dengan apa yang telah kita usahakan.. kata-kata itu sentiasa aku pegang dalam diri.. Allah menentukan perjalanan hidupku.. yang tinggal padaku adalah usaha dan tenaga.. teruskan perjuangan.. teruskan kehidupan.. teruskan mencari jawapan yang selama ini masih aku cari-cari dan teraba-raba.. Ya Allah kau bukakanlah pintu ilmu dan pengetahuan.. bukalah pintu ilham dan idea.. bukakanlah mindaku supaya aku mampu terus berfikir dan berhujah ilmiah.. dan kekalkan semangat cekal dan kekuatan supaya aku tidak putus asa.. kau terbitkanlah rasa tawakal dalam diriku.. supaya aku tidak lupa diri dan tidak menyalahkan dan mengeluh leka serta hampa..

Hebat cabaran dan dugaan ini.. tapi aku akan terus berlari dan mencari.. selagi termampu dan selagi aku diberi peluang dan masa.. Insyallah.. Aku doakan buat semua sahabat-sahabatku yang kini searus seirama senada perjalanan dan perjuangannya.. kita semua sebenarnya sama perasaannya.. sama fikirannya.. Yang pasti.. jangan putus asa.. Insyallah Allah telah tetapkan rezeki buat kita semua.. Usaha dan terus berusaha.. Insyallah..

Monday, 1 September 2008

Berbuka di Central Mosque

Hari ini aku masih cuti kerja pagi... seronoknya dapat bangun lewat.. ambil kesempatan balas dendam tidur puas-puas setelah sebulan lebih kena bangun awal pagi setiap hari.. mesti ada yang rindu aku kat bus stop nie hehehe.. kak ina.. khamis nanti kita jumpa balik ekk.. leh duduk sebelah nyebelah..

Pagi aku habiskan masa di rumah sahaja.. tak ke universiti.. sebenarnya 2 hari bercuti aku letih sangat.. banyak sangat aktiviti komuniti yang dihadiri.. oleh sebab itu.. hari ini aku putuskan study dari rumah sahaja.. nak rehat2 diri sementara dapat peluang bercuti begini.. Insyallah esok akan ke CIS semula.. lalui hari-hari study seperti biasa..

Tak banyak aktiviti di rumah selain tidur hehehe.. rehat-rehatkan diri.. maklumlah memang terasa letihnya semenjak bekerja pagi ini.. lain sungguh letihnya.. tapi alah bisa tegal biasa kan.. ngantuk tu kadangkala jangan cakaplah..

Petang selesai kerja aku dapat panggilan dari akak sorang tu.. apa lagi sesi ajak berbuka puasa di central mosque.. tahun lepas aku juga berkesempatan untuk berbuka puasa di central mosque.. tapi kesempatan itu hanya pada penghujung bulan puasa sahaja.. kali ini.. aku dapat peluang berbuka puasa di masjid pada hari pertama berpuasa.. taklah ramai kaum wanitanya.. ada juga beberapa rakan yang biasanya pengunjung setia.. takde pula hari ini.. mungkin disebabkan hari pertama .. mereka mungkin lebih selesa berbuka di rumah bersama keluarga.. aku pulak.. dari buka puasa sorang-sorang kat rumah sebab pakwe kerja sampai pukul 9.30 malam.. lebih baik aku berbuka di masjid.. ada juga rakan-rakan senegara yang bersama.. dapatlah berjumpa dan berbual mesra dan solat maghrib bersama.. peluang ini bukan selalunya dapat dilalui.. kalau di Malaysia.. sama juga .. memang sering juga aku buka seorang diri.. hanya sekali sekala ada jemputan dari pelajar, rakan-rakan.. atau bengkel di hotel-hotel.. kadang tak dapat lama pun berbuka puasa.. pukul 8 malam kebiasaannya juga aku ada kelas.. dah terbiasa dengan kesibukan kerja yang kadang tiada hentinya..

Aku tiba ke masjid tepat azan berkumandang.. dengan berbuka sebiji kurma, buah-buahan dan seteguk air.. terus berjemaah solat maghrib bersama.. seronok dapat solat berjemaah begini dan bersama rakan-rakan.. lalu kami pun turun untuk berbuka puasa dengan nasi briyani ayam, kari ayam di dewan kecil yang dikhaskan untuk wanita dan lelaki..

Alhamdullilah.. hari pertama puasa dilalui dengan selesa.. walaupun agak panjang harinya.. alhamdullilah masih mampu bertahan lagi.. selesai makan.. ramai pulak yang bertanya soalan.. datang naik apa?? naik kereta ye?? walhal aku datang naik bas je tadi.. Ramai sungguh yang bertanya bila nak bawa kereta nie.. aiiihh.. seperti diminta pula bawa kereta nie.. aku sendiri pun baru tahu kereta itu telah diletakkan di hadapan rumah hari ini (ingatkan lambat lagi nak park depan rumah). Puan punya kereta pun tak tahu jenis kereta tu bentuk macamana.. warna apa? plat apa? Tuan punya kereta je yang tahu.. so jangan tanya cik puan ok.. kesian kan hehehe.. Kebanyakan orang dah tahu pakwe aku beli kereta jenis apa kecuali aku.. Teringat kata-kata kak ina.. Kalau pergi shopping mana-mana jangan lupa ajak akak tau.. yelah kak.. nanti sure saya ajak punyalah..

Permulaan hari pertama yang baik dan alhamdullilah.. semoga hari-hari seterusnya Allah berikan lebih banyak kekuatan dalam melalui hari demi hari.. dan seribu satu ilham dan idea untuk menyelesaikan dan mencari jawapan bagi setiap persoalan ilmiah yang kini sedang dicari..

Sahur Pertama & Ulangtahun Perkahwinan

Pagi ini aku terbangun pukul 3.00pagi.. waktu imsyak akan masuk pada pukul 3.53pg dan ada lebih kurang 15 minit lagi semasa entri ini mula ditaipkan..

Hening sungguh pagi kali ini.. kebanyakan rumah di belakang dapurku.. kelihatan beberapa buah rumah terang benderang.. mungkinkah mereka juga bangun sahur? Mungkin juga.. kerana kebiasaan bila terjaga pada pukul 3.00 pagi ini (aku sering bangun waktu ini semenjak badan tidak berapa sihat 2 minggu yang lalu) selalunya hanya gelap gelita.. aku selalunya gemar memerhatikan rumah-rumah di belakang dapurku.. kadang dari jauh dapatku lihat gerak laku setiap penghuninya.. maklumlah rumah flat begini..

Hari ini merupakan permulaan puasa yang agak panjang bagi kami di sini. Subuh pada pukul 4.03 pagi (mengikut waktu masjid al-farouk yang berhampiran dengan rumahku) dan maghribnya pada pukul 8.18 malam.. Bakal juga terasa panjangnya hari yang perlu dilalui.. namun seperti pernah dikatakan.. Insyallah .. Allah akan berikan kekuatan bagi kita melalui hari-hari pada bulan yang mulia ini..

Aku juga ada kerisauanku.. sudah dua minggu ini asma aku masih ada.. entahlah.. aku kadangkala risau juga.. perubahan cuaca.. pergantian musim panas ke musim gugur.. debuan dan jerebu di udara beberapa hari ini.. sememangnya menyukarkan penafasan.. malam hari aku sering terjaga di pukul 2 atau 3 pagi hampir setiap hari.. pastinya aku akan ke dapur mencari ubat.. dan tidur semula bila nafas menjadi agak selesa dan lega.. Namun aku tetap kuatkan semangat.. aku pasti Allah akan memberikan kekuatan bagiku saban hari, itu antara permintaan dalam doaku.. Usahlah rakan-rakan menjadi risau pula.. keadaan begini kadangkala jadinya.. Insyallah.. akan aku teruskan juga puasa ini selagi termampu.. Walaupun bayangan kerisauan serangan itu datang juga kadangkala..

Hari ini ulangtahun perkahwinan kami.. sebenarnya bukan sahaja aku yang terlupa.. malah pakwe pun turut terlupa sama.. dek kesibukan persediaan berpuasa.. cuti hujung minggu yang penuh dengan aktiviti komuniti.. dan kesihatanku yang tidak berapa sihat beberapa minggu ini juga menyebabkan tidak seorang pun antara kami ingat tarikh hari ini.. Semalam juga sengaja aku tanyakan pada dia..

"Esok hari apa ye.." tanyaku..

Lalu dijawab selamba oleh dia "Hari Isnin ler"

Jawabku "Memanglah hari isnin.. abang nie" dalam hati.. "Buat lawak lak abg nie"

"yelah.. esok kan puasa" dia jawab lagi

Aku? pandang tenung muka dia "emm.. takkan dah lupa tarikh 1 september tu untuk apa?" kataku

"yelah mula puasa" katanya lagi

hatiku berkata.. lupa ler nie "Esok kan anniversary..jangan lupa beli kek"

Barulah aku nampak senyuman di wajahnya "oohhh..emmm" panjang sungguh helahan nafasnya

"Dialah yang beli" agaknya baru dia teringat

Aku?? "Tengoklah petang esok"

Pada peringkat usia kematangan perkahwinan ini.. kami sudah jarang sekali terasa hati sangat soalan mengingati tarikh.. dari dulu lagi aku sudah ambil sikap mengingati bila tiba tarikh-tarikh penting.. kadangkala ada juga rakan-rakan yang sedikit terasa hati bila pasangan mereka terlupa tarikh istimewa mereka.. aku pula lebih suka mengingati antara satu sama lain.. sudah tidak ada suprise.. konon-konon dengan harapan si dia akan ingat tarikh penting itu.. aku sudah lama maklum.. si dia ini biasanya akan lupa.. maka setiap tahun pastinya aku akan mengingatkan.. baik hari lahirnya sendiri.. hari lahir aku.. dan ulangtahun perkahwinan kami sendiri..

Bermulanya puasa hari ini dan kebetulannya ulang tahun perkahwinan kami.. Usah ditanyalah kali ke berapa.. yang pasti hampir juga menginjak ke 10 tahun dalam beberapa tahun lagi.. Sekejap masa berlalukan.. rasa baru sahaja ikatan kasih sayang ini termetrai.. Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua.. dan ikatan kasih sayang ini berterusan hingga akhir hayat kami.. Rasa cinta juga akan terus bersama kami buat selamanya hingga jasad memisahkan kami.. Amin..

Waktu subuh sudah pun tiba.. aku mohon berhenti untuk menunaikan kewajipan.. dan semoga hari ini.. jasad, jiwa dan fikiran mampu terus bertahan dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.. dan semoga juga Allah berikanku kekuatan dalam mengharunginya.. Insyallah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin