Hari ini badan aku tak berapa sihat.. sejak bangun tidur.. pening kepala pula.. maybe sebab kesan ubat yang aku makan pagi tadi.. lagipun cuaca dah semakin sejuk.. mood pun asyik takde je.. badan juga semakin letih.. Aku tertidur semula selepas bangun sarapan.. sebab pening kepala ketara kuat.. akhirnya aku terbangun hampir asar.. terbabas zohor pulak.. maklumlah beza zohor dan asar terlalu dekat dalam lingkungan 1 jam sahaja beza.. lepas tu nak makan.. beras pun dah abis.. pakwe tak beli lagi.. ingatkan balik kerja dia beli.. rupanya dia pun join aku tidur sekali sampai ler ke petang..
Selepas solat.. aku ajak pakwe keluar.. belanje aku makan.. sebab nak masak aku rasa tak larat sangat.. ada pun mee goreng yang aku masak sarapan tadi.. takde selera pula nak makan.. nasib pakwe agree juga nak belanje makan di Lemon Tree.. kedai cina indonesia di great western road.. dapatlah makan nasi goreng ayam.. dan sup jagung ayam .. yang memang jadi kegemaran aku tiap kali..
Lepas makan.. teragak nak ajak pakwe ke Clydebank Shopping centre.. dulu pernah lalu sekali masa kami sesat ke Mountblow dengan menaiki bas 66.. masa tu tak terlintas pula nak singgah.. entah kenapa kali ini hati aku nak pergi sangat.. sekurang-kurang hajat di hati tu tercapai jugalah.. bukan apa.. di glasgow nie banyak sangat shopping centre hampir setiap sudut bandarnya ada shopping centre.. mampu atau tidak sahaja kalau nak pergi..
Hampir 30minit lebih juga untuk tiba ke situ.. dan dalam 30 minit selepas kami sampai kebanyakan kedai sudah mula tutup.. lagipun hampir semua kedai-kedai di situ terdapat juga di city centre.. so aku pun taklah excite sangat.. takde kelainan pun.. cuma rasa ingin tahu yang menebal.. menyebabkan aku teringin sangat nak ke sana.. cukuplah sekurangnya aku dah tahu apa yang ada disitu.. untuk ke sana lagi mungkin tidak! untuk masa terdekat.. bagiku di city centre.. kedai-kedainya lebih menarik perhatian dan banyak sale..
Dalam perjalanan balik.. dari clydebank hinggalah sampai ke rumah sepanjang menyusuri jalanan aku teringat suasana suatu ketika dulu semasa aku pertama kali menjejaki kaki ke bumi UK hampir 7 tahun yang lalu.. kali pertama aku tiba di london.. dan kali pertama juga aku tiba ke Edinburgh.. bulan 11 Oktober 2001.. sebulan selepas peristiwa 11 September 2001.. runtuhnya menara world trade centre.. bagaimana keluarga aku ketika itu amat risau dengan keadaan aku dan suami.. bagaimana suasana di Heathrow Airport London ketika itu.. aku masih tidak dapat lupa dengan renungan mata beberapa lelaki mat saleh di london ketika aku dan suami beratur untuk menaiki pesawat ke Edinburgh.. namun itu semua adalah kenangan..
Kini aku sudah berada di sini buat kali kedua.. bumi Edinburgh dan Glasgow tidak pernah asing bagiku.. sejak dari tahun 2001-2002 dan kini rentetan kenangan serta peristiwa akan terus mencorak laluan perjalanan hidup kami berdua.. Kadang tak sangka yang aku berpeluang untuk sambung belajar hingga ke bumi UK.. kalau dikenangkan dari zaman anak-anak.. kala sifat nakal dan kesusahan keluarga buatkan aku pernah terfikir .. namun inilah dia dinamakan suratan takdir dan ilahi.. semua yang terjadi Allah dah tentukan.. cuma terpulanglah pada kita untuk berusaha..
Kenangan lalu.. makin lama ditinggalkan.. hati menjadi semakin rindu.. masa hadapan.. tiada siapa akan tahu.. tapi kita harus tetap yakin dan kuat untuk menghadapinya.. kadang rasa keseorangan.. kadang juga hati rasa sendiri.. tapi itukan cabaran.. jika hidup sentiasa suka dan tiada duka.. sudah tentu hidup akan hilang cerianya.. suka dan duka.. itulah warna kehidupan.. itulah juga mengajar kita erti kejayaan..
Saturday, 5 January 2008
Suatu kenangan
Nukilan Rasa:
iina
at
21:43
0
sedang senyum-senyum
Friday, 4 January 2008
Hari Jumaat yang sejuk..
Hari ini memang takde mood sangat.. pakwe terlewat bangun.. kelam kabut jugalah dia pergi kerja.. aku pulak lepas dia bangun.. terus tak dapat nak tidur semula.. perut pun dah berbunyi- bunyi.. mentang-mentang tahu hari ini aku tak kerja.. dan memang plan tak ke uni ari nie pun.. so terpaksa jugalah bangun dan goreng bihun..
selesai makan .. mata mengantuk semula.. sambung tidur.. dan teringat yang kak haizan semalam ajak aku temankan dia ke city centre.. dia nak p debenham.. sebab dah lama tak masuk situ.. apatah lagi ada sale lagi nie..
dalam tengahari selepas solat zohor.. aku pun bersiap untuk ke city centre... naik boring pun ada juga dah kerap sangat pulak p city centre.. nak shopping apa pun tak tahu lagi hehehehe.. walhal ada benda nak beli.. nantilah maybe esok kot ajak pakwe berjalan.. dia pun takde pun aku tengok berbelanje.. semalam dia balik kerja aku terus bagi perfume dan baju yang aku belikan untuk dia.. tengok senyum manjang je.. suruh belanje pizza pun kejap je dah ilang ehehehhe... laju je.. tau2 dah hilang.. selalu suruh belanje pizza depan umah tu ada je alasan.. kejaplah.. karanglah.. lainkali lah.. nie suruh belanje.. on time terus turun beli pizza.. hehehhe...
Cuaca pun semakin sejuk.. tapi city centre masih tak snow2 lagik nie.. jeles juga dengar tempat lain dah penuh snow.. mana lah nak p cari snow nie.. ari tu masa ke inverness takde pulak salji yang turun.. dah balik nie pulak banyak yang turun..
Dalam seronok-seronok cuti dan shopping nie.. study tetap dalam ingatan tau.. nie duk gelisah juga sebab minggu depan kena report dengan supervisor.. banyak juga kerja yang perlu diselesaikan.. tapi biasalah mood bercuti masih kebal.. harap lepas nie aku jadi rajin.. dan terus rajin.. insyallahh...
Nukilan Rasa:
iina
at
17:24
0
sedang senyum-senyum
Thursday, 3 January 2008
Cuti dan Snow
Dalam pukul 10.30pagi aku ke universiti.. tapi lengang sungguh orang di department.. dalam bilik pun ada richard je yang datang.. mas dan suthanya.. takde.. aku singgah jenguk meja kak haizan.. tengok dia pun dah nak balik.. terus aku takde mood nak stay kat bilik.. memang dari mula turun bas menuju ke livingstone tower.. tak ramai wajah student yang aku nampak.. bangunan royal college yang aku masuki.. shortcut ke livingstone tower.. pun lengang.. selalu memang berpusu-pusu student dalam building tu.. tapi hari ini.. semuanya lengang.. yelah.. walaupun uni dah mula beroperasi seperti biasa hari ini.. tapi masih ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti lagi.. mungkin isnin nanti.. uni penuh seperti biasa..
Kak haizan ajak aku temankan dia shopping.. hby dia nak ke USA esok ada conference.. so dia kenalah belikan baju dan seluar utk esok.. memanglah isteri yang baik.. rasanya kebanyakkan isteri-isteri begitu.. yang selalu kena belikan untuk suami.. termasuklah aku.. kalau harapkan dia beli.. kadang-kadang naik kesian pun ada.. terutama time raya.. pakai baju raya thn lepas je.. suruh beli.. taknak.. terpaksalah isteri yang kena belikan
Lepas temankan kak haizan shopping.. aku pun balik.. bersiap-siap nak pergi kerja..rasa berat je nak kerja semula selepas hampir seminggu setengah bercuti.. nasib hari ini tak ramai staf.. dan tak banyak benda yang kena bersihkan.. dalam pukul 5ptg tadi aku dah berhenti.. nak teruskan kerja rasa tak larat pulak.. nak buat buffing aku tak berani.. bukan apa jari manis tangan kananku terbelah dan luka besar.. terkena pisau.. lagi sikit nak kena tulang.. dalam juga belahannya.. so aku tak berani sangat nak paksa diri.. bukan apa sebab luka tu belum benar-benar sembuh lagi.. dalam aku buat kerja tadi.. john panggil aku.. katanya esok aku tak perlu datang.. terkejut aku dengar.. katanya takde apa yang hendak dibuat pun.. lagipun kebanyakkan kerja tu aku dah buat ari nie.. dia suruh aku rehat kat rumah.... emmm bagus betullah dapat manager camnie.. aku cuti ari tu pun gaji aku full.. ingatkan kena potong.. rupanya gaji masuk cam biasa.. alhamdullilah.. cuti bergaji.. walaupun kerja cleaner je.. tapi staf kat situ semua baik-baik.. kena pulak.. esok manager sendiri suruh cuti.. gaji jalan juga.. bagus juga boleh aku rehatkan badan.. lagipun demam n selsema aku masih ada.. silih berganti kebahnya.. kejap ok.. kejap tak ok balik..
balik dari kerja.. aku singgah city centre.. hehehe plan shopping lagi.. kali ini aku teringin nak beli kekacang.. so singgahlah holland and barratt.. banyak juga jenis kacang-kacang yang ada.. teringin pula tekak nak makan kacang.. lepas tu aku singgah john lewis.. tetiba hati aku nak belikan pakwe perfume pulak.. dah asyik aku je yang borong masa boxing day.. sampai kena sound.. takde belikan dia apa-apa ke? Hari ini memang rezeki dialah.. adalah perfume yang murah CK euptoria.. dalam 15.99 dan aku pun beli lagi perfume CK in2u.. dalam 11.99 je.. takpelah.. belanje pakwe.. lagipun dapat gaji minggu lepas.. tak kena potong.. walaupun aku cuti hampir seminggu setengah.. gaji on macam biasa juga.. alhamdullilah..
Dalam perjalanan balik tadi kepingan salji mula turun lebat.. pagi tadi masa nak keluar rumah pakwe telefon katanya.. tempat kerja dia penuh salji.. tapi di city centre takde turun salji lagi.. tapi tadi semasa tunggu bas.. nampak juga 2 3 buah kereta yang penuh dengan salji.. memang cuaca bertambah sejuk kebelakangan ini.. akan salji tebal ke esok??? kita tunggu jelah.. kalau ada rezeki boleh main salji esok.. kalau tak.. aku lepak kat rumah jelah.. tak pun p shopping lagi heheheh.. asyik abiskan duit jelah.. tapi bila lagikan.. dah alang-alang ada gaji.. belanje pun duit gaji.. alhamdullilah.. itulah namanya rezeki.. semoga terus dimurahkan rezeki...aminn..
Nukilan Rasa:
iina
at
19:40
0
sedang senyum-senyum
Wednesday, 2 January 2008
Pertemuan bersama Dato' Seri Mohamed Nazri
Hari ini.. mulanya aku tak rancang nak menghadiri majlis pertemuan tersebut sebab aku telah dimaklumkan yang aku mula bekerja pada 2hb Jan.. selepas hampir seminggu bercuti panjang.. dalam pukul 2.50ptg aku tiba ke bangunan legal house.. tapi semuanya gelap.. rupanya mereka masih bercuti.. nampaknya aku yang dapat silap maklumat.. rupanya aku bermula kerja esok.. so tadi dari tempat kerja aku terus ke Hotel Quality Glasgow.. tempat dimana pertemuan diadakan..
aku sampai bilik hampir penuh.. tapi aku terlewat sedikit sambil buat tak tahu jelah masuk.. walaupun dah lewat.. takde apa pun.. cuma berita berkenaan dengan apa yang terjadi di Malaysia.. ini kali kedua aku berjumpa dengan Dato' Seri Mohamed Nazri.. dulu kali pertama masa aku berada di Edinburgh..
Sempat jugalah bergambar dengan rakan-rakan.. lepas tu kami round city kejap dan terus balik
Nukilan Rasa:
iina
at
18:15
0
sedang senyum-senyum
Tuesday, 1 January 2008
Selamat Tahun Baru 2008
Selamat Tahun Baru 2008!!!
Nukilan Rasa:
iina
at
11:49
0
sedang senyum-senyum