Hari ini kelab Umno Glasgow mengadakan jamuan aidilfitri sempena sambutan hari raya.. bermula dari pukul 10pg hinggalah 4petang.. malangnya dekat pukul 11.15pg baru adik-adik ambik rendang ayam dari rumah aku.. emm nampak gayanya jamuan mula pukul 11 agaknya.. Seronok juga ke jamuan hari raya.. melihat pelbagai ragam adik-adik undergrad.. yang postgrad biasalah dengan keluarga semua..
Yang paling utama rendang ayam aku.. wahh... ramai sungguh yang puji melangit nampaknya tahun depan aku ambik kontrak masak rendang ayam lagi ler .. senang dah tau dah budget nak masak rendang.. yang seronok kek batik aku.. rasanya dalam masa 30 minit kek batik aku selamat dan abis dalam sekelip mata.. terpegun aku melihatnya.. sekali tengok tinggal setengah.. bila tengok balik abis terus.. terkejut juga.. sebab dah abis.. wah sedap sangat kot kek aku walaupun terlebih bahan.. biasalah kan.. bila ada budak-budak undergrad nie.. bagi apa je selamat semuanya... :)
Sunday, 21 October 2007
Jamuan Hari Raya Glasgow
Nukilan Rasa:
iina
at
21:19
0
sedang senyum-senyum
Masak Rendang Glasgow
Nukilan Rasa:
iina
at
10:20
4
sedang senyum-senyum
Saturday, 20 October 2007
Lebaran 2007
Lebaran tiba lagi..
setiap tahun silih berganti..
namun kali ini
lebaran ini berbeza sekali..
kala rindu dan sepi
menusuk ke sanubari
Lebaran tiba, datang dan pergi..
kehidupan tetap harus dilalui..
walau apapun situasi..
walau cuba ku hindari
hakikat ini sudah tentu menjadi hakiki
Lebaran ini..
rinduku pada ayah dan bonda
hanya tuhan sahaja yang tahu rasanya
namun demi perjuangan masa depan
ku harus kuat dan tabah sentiasa
lalui onak dan duri dugaan
Salam lebaran buat semua..
semoga allah permudahkan kita
lalui semua dugaan dan cabaran bersama
kuat semangat dan cekal jiwa
insyallah kita doakan sentiasa
Nukilan Rasa:
iina
at
23:45
0
sedang senyum-senyum
Thursday, 18 October 2007
Hari Raya di Glasgow
Nukilan Rasa:
iina
at
13:04
0
sedang senyum-senyum
Monday, 10 September 2007
Ke Edinburgh
Sempena ulang tahun perkahwinan.. kami ke edinburgh.. sajalah berjalan-jalan sempena Edinburgh International Art Festival.. Lama dah tak ke edinburgh.. dah dekat 6 bulan kot.. Saje menjejak kembali kenangan lama.. lagi pun musim bunga masa nie.. so seronoklah bergambar di princess garden..
Nukilan Rasa:
iina
at
19:46
1 sedang senyum-senyum