Sunday, 21 October 2007

Masak Rendang Glasgow

Semalam setengah hari aku dan rakan-rakan kak zarina, tirzah dan jesrina memasak rendang ayam untuk jamuan hari raya pada hari ini di central mosque Glasgow. Semalam buat jamuan makan tengahari.. masak nasi minyak, ayam tandori, kari tulang kambing dan bubur kacang. Sajelah ajak kawan-kawan makan tengahari di rumah sebelum mula operasi memasak rendang ayam pada petang hari.


Seronok jugalah memasak sebab sampai 3 orang yang datang menolong.. taklah terasa berat sangat memasak hampir 15 ekor ayam.. goreng ayam sahaja dah pakai 2 kuali.. bila kena masak rendang guna sampai 3 kuali.. yelah mana cukup kuali.. semua kecik-kecik je.. terpaksalah masak 2 kali trip.. akhirnya alhamdullilah siap.. bila masak rendang ayam nie teringat pulak si mashi.. kan dia selalu mengidam rendang ayam aku.. ekekek dulu-dulu ler masa aku rajin masak kat tg malim.. time malas masak takde pun masak.. tak sangka pulak kat sini aku kena juga masak rendang ayam.. taklah pandai sangat tapi.. bolehlah masak kalau setakat nak makan.,.


alhamdullilah selesai juga masak rendang ayam.. sedap memanglah sedap.. puji jangan tak puji.. masing-masing yang tolong mengacau semua kata nampak sedap siap terbau-bau lagi .. anak-anak kak ina dan za semua dah mula mengendeng-gendeng tengok kami masak rendang.. nak bagi rasa tak boleh pulak yelah budget untuk jamuan esok hari..


Tapi pagi nie semasa sesi memanaskan lauk.. kami sempat juga ambik seketul ayam rendang buat rasa.. yelah kot tak sedap ke pulak.. tapi licin juga kami makan.. abis.. yelah sekurang-kurangnya taklah kempunan kalau tak dapat nak rasa rendang ayam nanti.. manalah tau sampai je dah abis... sekurang-kurangnya dah makan dulu.. nanti taklah terliur kenang rendang yang dimasak langsung tak dapat rasa..

4 comments:

Anonymous said...

Ina, betul le.. aku mmg teringin sangat nak makan rendang ayam hang. Hang mmg pandai masak. Aku sampai la ni pun tak pandai nak masak rendang..hehe.. Alhamdulillah, kat sini aku kenal Kak Ita.. dia yang tolong masakkan rendang untuk aku raya ni..hehe.. Syukur aku kenal orang yang pandai2 masak ni. So, hang tak de terasa hati nak pos rendang ayam ke Christchurch ke.. ?

iina said...

kalau aku nak pos rendang ayam aku p christchurch.. alamatnya sampai kat ko sure dah selamat dimakan.. kalau ada rezeki aku p NZ.. aku masak je rendang kat umah ko lagi senang.. rezeki ko jumpa orang yang pandai masak.. senang jugalah hidup ko.. nak makan apa je leh order2 ekekek.. aku teringin makan semua kena masak sendiri.. nak order2 payah sikit..

weii selamat hari raya.. duit raya adawiyah.. aku bg bila balik sok ler.. kumpul 3 tahun byk sikit..

Anonymous said...

hehhe, aku dah bagitau adawiyah..nanti claim untuk minimum 3 tahun :) .. kira bukan RM tau...dalam pound kot..

Kat sini depa kasi hadiah, bukan duit raya. Maklum le, budak2 kat sini tak de beli apa2 sebab lunch box semuanya prepared. Jimat banyak le aku..hehe

iina said...

wah.. nie dah sound adawiyah awal-awal nie.. kalau dalam pound aku budget sethn dlm 1-3pd jelah.. ekeekkee.. xpe2.. mana tau ada rezeki lebih nanti cik ina leh bg bonus.. tapi kena belajar rajin2 ler

sini raya memang ler jimat banyak sebab duit raya tak kena bagi.. baju raya pun tak yah beli.. kuih raya pun xbeli.. pastu takde nak sibuk beli perabut baru ler.. langsir baru ler.. brg2 rumah baru ke.. pastu tak balik kg lagi.. memang jimat banyak.. cuba kena raya kat mesia.. emmm cam tak biasa kan.. macam-macam nak kena beli.. bila lagikan nak rasa raya dirantau orang.. dah 32 thn rasa raya kat mesia.. nie hanya ada peluang 3 thn je raya kat rantau orang..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin