Thursday, 18 October 2007

Hari Raya di Glasgow


Selamat Hari Raya semua... hari ini sudah raya hari ke 6.. tapi kami di sini hanya beraya 2 hari sahaja.. isnin aku sudah mula ada kelas dan sibuk dengan study... raya di glasgow meriah juga hari raya pertama dan kedua aku buat makan2.. sambil pergi open house raya rumah kawan-kawan sampai tak larat nak makan..
Glasgow raya lewat sedikit dari tempat lain.. kebanyakan raya pada hari jumaat tapi glasgow special sikit sebab kami raya pada hari sabtu.. jangan tak tahu ada kawan kami yang nak beraya di london tak tahu yang rupanya london raya pada hari jumaat.. so dia sampai london pada raya ke dua iaitu hari sabtu.. pelik pun ada.. camnalah kita leh raya hari sabtu.. nak buat camna.. kena ikutlah kariah kat sini.. bagus juga tak raya jumaat.. aku pun siang hari sibuk baru nak beli brg.. petang pula sambung kerja.. pakwe pun keje dari pagi sampailah ke malam.. kalau kena raya hari jumaat.. memang aku raya sorang-soranglah namanya.. sebab tak ada sesiapa yang ada di rumah... sekurang-kurangnya bila raya hari sabtu.. aku masih dapat beraya dengan suami dan rakan-rakan..











Ini gambar dengan keluarga nordin dan nazir dari UPSI.. mereka sampai pada pertengahan bulan puasa.. hampir 10 hari juga mereka 2 keluarga duduk rumah kami .. seronok juga... bersahur dan berbuka dengan keluarga besar.. seronok sekejap sebab rasa cam duduk di kampung dan bersahur dengan abang dan kakak.. cuma ayah dan emak sahaja yang tak ada.. tapi keriuhan anak-anak mereka semua.. memang memeriahkan rumah kami.. siap main nyorok-nyorok.. baring celah-celah sofa.. siap main video game.. entah apa-apa lagi .. belum raya lagi dah meriah cam nak raya..

Untuk semua.. selamat berhari raya.. dan semoga kita dipermudahkan semua urusan.. maaf zahir dan batin..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin