Alhamdullilah.. kini tinggal 13 hari lagi menjelangnya tahun 2012.. Rasa macam baru sahaja menyambut tahun 2011 lewat hujung tahun lepas.. kini diam tak diam dah nak masuk tahun 2012 pula..
Jumaat yang lalu bumi Scotland menerima tetamu salju buat kali kedua.. kali pertama disambut pada hari Isnin minggu lepas dengan kepingan salji yang turun lebat hingga ke tengahari.. Jumaat pula salji turun sejak awal pagi tapi cair menjelang petangnya.. Hujan lebat yang turun turut menyebabkan salji yang datang itu dibawa pergi.. Apa jua aku pasti salji itu akan terus menjadi tetamu setia sepanjang musim sejuk ini.. Just expect the unexpected..
Aku juga sedia maklum cuaca di tanahair lewat masa kini turut hujan sepanjang hari.. sampai beberapa kawasan sekitar KL pun banjir.. Ye cuaca pun tak menentu sekarang nie.. Begitu juga buat kami kat sini.. Cuma doa aku.. biarlah salji tahun ini tidak seteruk tahun lepas.. tapi perancangan Allah kita tidak tahu.. Apa juga segala kelengkapan menyambut tetamu salji ini kena sentiasa ada tiap kali keluar rumah.. Tertinggal salah satu.. buatkan kaki tangan dan muka terpaksa bekerja keras menahan rasa sejuk yang begitu ketara..
Buat semua sahabat.. Jaga diri dan kesihatan.. musim hujan dan musim sejuk nie memang mudah terkena penyakit.. Keep warm.. and keep clean..
Suasana jalan raya yang masih belum dibersihkan dari lapisan salji..
Location : Calder Street, Glasgow
Time : 5.53am -16 December 2011
Ketulan Salji yang diketepikan
Ini memudahkan pejalan kaki bergerak dengan selamat dan selesa..
Location : Near George Street, University of Strathclyde, Glasgow
Time : 13.13pm 16 December 2011
9 comments:
iina..memang cepat betul masa berlalu sekarang ni.sperti kata iina..rasanya baru je menymbut 2012..dan nak berakhir.
Teringin nak merasa salji tapi di sini takkan dapat merasa pengalaman tu...
Teringinnya ^_^
Salam kenal kak...
Kak Erna
Tuhlah masa berlalu sekejap jek kan kak.. Moga tahun baru bawa perubahan baru yang lebih baik utk kita semua ;)
Adelin
mana tahu nanti ada peluang kan.. Italy xde salji tapi switzerland negara terdekat tuh ada kan.. leh buat trip p sana kan ;)
assalamualaikum..
best x salji?? cemburunye tengok gmbar salji tu.. :)
Mimi
Ada 3 kategori..
1: Salji kalau baru turun.. masih lembut dan bersih.. memang best dipegang2 dan dipijak2
2: Dah turun lama sikit.. dah banyak org pijak.. dah kotor warna hitam dan mula mencair.. kena hati-hati sebab masa nie jalan jadi licin.. kalau di jalanraya.. salji yang telah dipijak atau dilanggar tayar kereta digelar 'black-ice' amat merbahaya pada kenderaan sebab boleh menyebabkanb luar kawalan dan kemalangan- tak best
3- Salji yang dah berhari-hari atau lama membeku.. Amat licin dan bertukar menjadi ais tebal.. mudah jatuh tergolek dan boleh cedera - xbest ;)
salam ina.
salji tu kalau dikopal-kopal taruk sirap okay tak hehe..
Kau bilo nak balik.
hai kak iina...miss u :-)
akak, mcm mana nk contact akak ek? sy akan ke edinburgh bulan mac...nk tny akak sket la...TQ
syahida.tapai@gmail.com
Kak Pah
Salji tuh xsempat lotak siraplah kak dah cair. Tak lamo laei kak.. tgh bz bebenar skrg nie ;)
Ara
Ara sihat ke.. Akak harap sihat2 yeah
Hani syahida
email akak (nama akak)@yahoo.com
Post a Comment