Alhamdullilah.. Sekali lagi kita semua berpeluang menjalani ibadah berpuasa..
InsyAllah semoga kita juga berpeluang melaluinya hingga ke penghujung bulan Ramadhan ini..
Buat kali ke 5 juga aku jalani ibadah berpuasa di rantau orang..
Sayu sudah tentu bila mengenangkan kegembiraan dan kemeriahan menyambutnya dengan keluarga dan rakan-rakan di tanahair.. apatah lagi dengan kepelbagaian hidangan berbuka puasa di pasar ramadhan dan paling utama sudah lama tidak menikmati air tangan bonda ketika berbuka puasa..
Namun kemeriahan berbuka puasa di sini juga tidak ketinggalan juga.. Walaupun jauh dari sanak saudara dan kaum keluarga.. Kemeriahan untuk berpuasa dan berbuka juga tidak kurang hebatnya.. walaupun ianya hanya disambut bersama sahabat handai.. Ketika ini jugalah kami rajin berbuka puasa di 'Central Mosque' atau di SUMSA (surau universiti).. Namun dek kerna kini waktu berbuka menghampiri pukul 9.30malam.. dan waktu berpuasa yang hampir 18jam.. InsyAllah semoga kami punya kekuatan untuk mengharunginya ketika musim panas ini..
Kami bersahur seawal pukul 2 pagi kerana subuh kini menghampiri pukul 3.00pg.. dan InsyAllah akan iftar pada pukul 9.30malam..
Lama?? Sudah tentu jika kita kirakan panjang waktunya.. terasalah lama.. tapi InsyAllah.. Pada puasa itu ada kekuatan yang diberikan..
Selamat berpuasa pada semua.. InsyAllah Ramadhan tahun depan.. akan bersiaran langsung pula dari tanahair..

A run away umbrella..
-Troon Beach, Scotland-
Sometimes I feel like running away..
But I know I can't..
Whatever happen..
Stick to it..
InsyAllah..
Allah knows better..
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah al-Nahl, ayat 96)
“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.”
(Surah al-Zumar, ayat 10)
“Sabar itu separuh iman.”
(Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)
“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

14 comments:
selamat berpuasa iina..memang lama betul puasanya..
alhamdulillah iina diberi kekuatan untuk menghadapinya.
Kak Erna
InsyAllah kak.. semoga kita semua diberikan kekuatan.. Selamat berpuasa ye kak
salam ramadan iina. selamat berpuasa. maaf zahir dan batin
18 jam tu sekejap je. Betul!
tak caya, cuba ko jahit manik. sekejap je rasa masa berlalu
:D
salam ramadan.
maaf zahir batin, eh.
Mak su
Salam ramadhan juga.. Selamat berbuka.. bersahur dan berpuasa.. moga kita dapat lebih banyak pahala di bulan yang baik ini ;)
KTS
Jahit manik??? tak minatlah... aku suh ko tolg jahit jelah lagik senang kan..
18jam tuh tak lama.. tak caye.. meh datang sini.. cuba..
;)
kalo tak larat buka ye, kekekekeke
ina...slamat berpuasa ye... panas di sana tak sepanas di malaysia kan... ;)
Juliet
Buka apa tuh?? buka tudung periuk? buka tudung saji? buka baju? opsss.. Aku hanya buka bila sampai masa 'tut' jek.. ahaks ;)
Puteraduyong
Selamat berpuasa juga ye.. Alhamdullilah 2 hari nie hujan.. sejuklah.. esok lusa xtahu lagi.. tapi panas dia pun kdg2 boleh tahan gak.. mcm minggu lepas.. rasa berbahang dan berpeluh2 juga.. cuma taklah sepanas cam kat mesia.. mesti aku tak leh tahan bila balik nanti ;)
Lama sungguh masa berpuasa korang disana.. Selamat berpuasa ina.. hmm.. selamat bersabar juga.. :)
salam kenal dan salam ramadhan
Emy
Alhamdullilah.. dah hari ke 4 masih boleh bertahan.. syukur sebelum nie pun aku dah berpuasa hampir seminggu dan waktu berbuka ketika itu lebih lama dari waktu hari ini.. so Alhamdullilah.. Setiap org yg berpuasa itu Allah berikan kekuatan.. walaupun pnjang masanya.. InsyAllah.. kita boleh lalui ;)
Diana
Salam kenal dik.. terima kasih sudi singgah blog akak ye ;)
Post a Comment