Monday, 9 May 2011

Bila kentang berjaket

Jacket potato atau baked potato adalah 'dish' yang cukup popular di sini.. Kebiasaannya waktu tengahari, hidangan ini pastinya menjadi menu wajib dijual di mana-mana cafe di sekitar UK. Kadangkala baked potato ini juga dikenali sebagai 'Jacket potato' yang dihidangkan bersama pelbagai jenis topping mengikut selera individu.

A baked potato, or jacket potato, is the edible result of baking a potato. When well cooked, a baked potato has a fluffy interior and a crispy skin. It may be served with fillings and condiments such as butter, cheese, sour cream.

Baked potato is sometimes called a jacket potato in the United Kingdom. The baked potato has been popular in the UK for many years. In the mid-19th century, jacket potatoes were sold on the streets by hawkers during the autumn and winter months. In London, it was estimated that some 10 tons of baked potatoes were sold each day by this method. Common jacket potato fillings (or "toppings") in the United Kingdom include cheese & beans, tuna mayonnaise, chili con carne and chicken & bacon.
Source : wikipedia.

Hari ini aku nak kongsikan resepi untuk buat baked potato ini.. Senang jek..

Bahan-bahan:

Ubi kentang pelbagai saiz (3-4 ketul ikutlah berapa orang nak makan)
Minyak masak/ minyak zaitun atau butter
Garam

Cara-caranya:

Cuci ubi kentang hingga bersih pastikan tidak ada daki-daki tanah atau kotoran dengan menggunakan berus (aku takde berus nie.. bersih pakai tangan jelah janji bersih)
Cucuk sekeliling permukaan ubi kentang dengan garfu.. (tujuan supaya ubi kentang itu masak rata di dalamnya)


Lumurkan dengan minyak rata-rata (guna tangan jek)
Taburkan garam dan ratakan sekeliling ubi kentang itu



Letakkan pada rak oven dan pastikan letak dulang oven di bawah rak itu supaya bila ada air yang keluar dari ubi kentang itu jatuh atas dulang itu nanti.
Biarkan dalam oven selama 1 1/2jam mengikuti bilangan ubi kentang yang ada.
Nak tahu masak.. bila dipicit dah agak lembut dan kecut sikit, dah masak ler tuh.
Belah 2.. dan keluarkan isi kentang itu mengunakan garfu dan rata-ratakan.

Untuk toppingnya:

Boleh dihidangkan dengan sedikit butter, cheese dan baked beans (klasik topping nie)..
atau apa-apa sahaja topping yang kita suka..
Boleh google untuk resepi topping nie..

Nota:
Kalau tak nak tunggu lama sangat dalam oven, boleh rebus dulu ubi kentang itu hingga mendidih, keluarkan, sapu dengan minyak dan garam dan bakar dalam oven lebih kurang 30min hingga kulitnya garing.
Atau boleh juga dimasukkan dalam plastik setelah dicucuk dengan garfu dan disapu minyak, dan masukkan dalam microwave kemudian masukkan ke dalam oven nak bagi kulitnya ranggup.

Baked potato nie dimakan bersama kulitnya sekali..
Sedap dan rangup rasanya ;)
Senang je kan..
Sesuai dibuat masa malas ;)

25 comments:

sindiketsulit said...

saya suka makanan yang berunsurkan kentang.
saya gila kentang!
tapi saya takde oven.
mikrowef pula sudah terbakor.
kesian saya.
serba kekurangan.
sekian luahan hati dari saya.

aNIe said...

iina.. hmmm...sedap tu...anak2 mesti suka...

Zaitun said...

kak Zai selalu juga pelbagaikan masakan kentang termasuk yang macam iina buat,sedap.

absolutely emy said...

yum.. yum.. yum...

Kaktiny said...

aku suka japanese sweet potato.. kalau bakar. sungguh enak.. gebu lembut and maniiisss sgt..

aku tau wos sgt gila kentang.. kalau pi chilli's dia sgt teruja dgn kentang lenyek (mashed potato with black pepper gravy tuh)..

nanti ko balik, kita set date gi makan kentang lenyek chillis eh.. kita ajak wos jugak.. (wos sgt sukaaaa... hihii).

p/s : wos, sila amik half day cuti kalau nk lepak di chillis.. nanti hang jugak yg kena buat overtime hari sabtu pasai sampai opis lambat hari jumaat.. kahkahkah..

iina said...

Wos..

Apa susah.. periuk kan ada.. rebus jelah.. pastu ada dapur gas kan.. leh bakar jek kentang tuh.. janji leh makan.. klu ko bkr smpi hangus aku xtaulah..

iina said...

Kak Anie

Mmg sedap kak.. makan tima panas2 ;)

iina said...

Kak Zai

Memang best kan kak.. tapi kat mesia tak banyak pilihan kentang macam kat sini.. rajin xrajin jek

iina said...

Emy

Nyum... nyumm ;)

iina said...

Tiny

Wah.. menarik jek tuh.. kalau ada kentang tuh.. aku boleh buatkan jek hehehe.. leh makan sampai xlarat ;) tapi kalau nak belanje anytime jek ;)

ibundo said...

resepi orang malas. eden pun suko...
tak banyak consume time dan raso pun ummph..

Lee said...

Hi iina, that looks very nice. Love it.
Looks a heavy breakfast too.
But good idea have it this way.
Incidentally have you tried our Canadian potato, Yukon Gold'?
If you see it, buy a few try....I'm sure you will like it.
Have a nice day, Lee.

iina said...

Kak Pah

Cuma malas ye kena tggu 1 jam hehehe.. tapi berbaloilah lepas tuh mmg sedap ;)

iina said...

Uncle Lee

Yukon Gold? never heard it.. I'm not sure either in UK they have it or not.. because around UK itself have lots variety of potatoes.. I will try some if I come across those brand who knows.. somewhere in London maybe ;)

Have a nice day yeah Uncle Lee ;)

Mak Su said...

oohh.. bukan wedges

Mulan said...

nak gelak teringat kentang suatu zaman dolu... konon nak cepat, masuk dalam microwave.. lupa set time sampai hampir hangos & ringan kentang tu jadinya..

mesti sedap ni... nak try jugak..

iina said...

Maksu

Bukan ;)

iina said...

Mulan

Hehehe kalau terlupa mmg leh hangus.. lepas nie leh try buat baked pulak ;)

Mohar Yahya said...

Salam, cpj mohon link di sini,tq.Link: http://cikgupj.blogspot.com/

iina said...

Cikgupj

Thanks sebab sudi singgah.. I dah add yur blog into my list ;)

MY HEART said...

Macam best je resepi ni.. ni yang nak try ni..

tapi kak, dekat rome ni takde pulak jumpa kentang kulit merah tu.. cane? guna kentang biasa bole ke???

iina said...

My Heart

Yang kulit merah tuh jenis kentang roaster potato. Rasa dia sedap sikit. Guna kentang biasa boleh jek..

Mama Iman said...

hi iina.... idea yang baik utk sarapan sok pagi... hehehe... dah boring makan benda yg sama setiap pagi. suka something different. Sib baik ada stok kentang kat dlm fridge tu. Plus baru je lepas wat lasagna. So, balance sos ada lagi. Blh sgt wat toping. yummy.... tq.. tq...

iina said...

Mama Iman

Bagus tuh sekali sekala tukar selera mmg bestlah kan.. Selalu juga saya buat malam2 sebab dia tak heavy sgt topping kalau malas sgt letak butter n cheese pun dah ok.. kalau rajin sikit leh letak scramble egg.. mcm2 boleh try ;)

AzianKhalil said...

kentang merah?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin