Kebanyakan orang suka membaca kan.. Sama ada membaca buku, majalah, surat khabar, jurnal, laman web atau apa sahaja yang mempunyai teks mahupun visual bergambar..
Ada yang suka membaca buku secara fizikal.. dan ada juga yang lebih suka secara 'softcopy' menggunakan aplikasi tertentu yang boleh dimuat turun ke 'laptop', PC, Ipad, Kindle malah juga pada handphone masing-masing. Kini untuk membaca tidak lagi terhad dengan memegang buku secara fizikal.. Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, membaca juga masih boleh dipraktikkan.. terpulang pada masing-masing yang mana dirasakan selesa.
Entri ini tercetus selepas menghadiri perjumpaan mingguan kumpulan penyelidikan aku di CIS. Kebetulan seorang pensyarah yang merupakan pensyarah tetap di sebuah universiti di Switzerland kini berada di CIS untuk urusan kerja bersama department kami. Beliau telah membentangkan 2 kajian pelajar PhDnya dan salah satu daripada kajian tersebut adalah usaha dalam memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian ini dilakukan di Italy. Apa yang menariknya.. bagaimana dia mengenengahkan isu penggunaan e-book dalam membantu kanak-kanak seawal usia 6-9 tahun memupuk minat membaca disamping tidak menidakkan fungsi buku secara fizikal. Ok aku tak nak ulas sangat pasal kajian tersebut.. Yang sebenarnya nak aku kongsikan adalah sedikit info berkenaan e-book atau aplikasi buku elektronik yang semakin popular masa kini.
Aku tak pasti sama ada pengguna di Malaysia, mengetahui tentang fungsi e-book atau pun pernah mempunyai pengalaman membaca buku secara elektronik. Aku pasti ramai sudah biasa membaca suratkhabar secara online berbanding dengan membeli surat khabar dalam bentuk cetakan kertas. Surat khabar online boleh dicapai pada bila-bila masa dan percuma berbanding dengan surat khabar kertas. Tetapi aku rasa ramai juga yang mengetahui, membaca surat khabar kertas itu lebih detail kandungannya berbanding yang elektronik. Biasanya yang ditulis pada laman web itu agak terhad isi kandungannya. Teringat hingga ke hari ini.. ayah aku masih setia membeli surat khabar hampir setiap hari. Ini sudah dipraktikkan sejak aku kecil lagi. kalau balik kampung dulu.. Aku memang cukup rajin membaca secara berjemaah semua surat khabar untuk minggu berkenaan. Dah tahu dah.. setiap hari pada minggu itu pasti ada surat khabarnya.. Membaca untuk keluarga aku ini telah lama ayah aku praktikkan.. Hingga minat membaca ini terbawa-bawa sebahagian daripada tabiat aku juga.. hingga pernah ditegur oleh rakan semasa di sekolah menengah dulu 'You nie kalau jumpa.. mesti ada sebuah buku kat tangan' dulu lah.. dulu hehehe... Semenjak jadi pelajar semula nie.. dalam beg aku sememangnya ada sebuah buku untuk aku baca mengisi masa lapang..
Tidak ketinggalan juga sebenarnya banyak juga buku-buku kini boleh dibaca secara elektronik. Kepuasan dan pengalaman membaca itu mungkin tidak menyerupai membaca buku secara fizikal tapi sedikit sebanyak memberikan ruang dan pilihan kepada pengguna untuk membaca dengan aplikasi yang sedia ada. Paling mudah membaca di skrin laptop atau PC juga sudah memadai.. cuma jika membaca novel dalam bentuk elektronik di skrin komputer mungkin agak membosankan dan agak sukar dilakukan secara santai kerana mekanisma komputer yang agak besar atau terhad sudut pandangannya. Namun apabila ia dapat dimuat turun pada alatan yang lebih mudah alih dan ringan seperti handphone, ia mudah dibawa dan dibaca dalam keadaan santai, ini kerana dengan hanya sedikit pergerakan dan sentuhan jari ke skrin, proses membaca boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. (Tetiba rasa ayat nie skema hehehe)
Ok pada aku pula.. aku juga punyai koleksi buku-buku yang aku boleh baca secara elektronik.. Sebenarnya aku hampir membeli satu alatan bernama 'Kindle' yang kini popular dijual di Amazon. Kindle ini mampu memuat turun hingga 3500 buah buku secara elektronik. Nak tahu lebih lanjut boleh survey di Amazon ye
Namun mengenangkan aku malas nak bawak alatan tambahan semata-mata untuk membaca.. Niat itu terpaksa dilupakan sahaja.. hehehe.. lagipun dalam beg sekolah aku dah sedia ada buku dalam bentuk kertas yang aku usung ke sana sini setiap hari..
Memandangkan aku telah menggunakan telefon jenis iPhone selama 2 tahun lebih. Masih belum upgrade ke Iphone 4 jek.. Bukan apa budget yang ada terpaksa diutamakan pada benda lain.. ;) Aku kini telah mula menggunakan aplikasi 'Kindle for iPhone', pada masa yang sama aku juga punya akaun kindle di Amazon UK. Kebanyakan buku-buku yang aku download boleh diperolehi secara percuma jek.. Nak yang berbayar pun ada.. tapi tidaklah mahal sangat.. Cuma untuk buku-buku yang popular, harga untuk mendapatkan 'softcopy' berkenaan perlulah dibayar.. tapi cam kes aku.. untuk buku-buku kegemaran aku.. aku lebih suka mendapatkannya dalam bentuk fizikal sebab aku suka simpan koleksi buku-buku ini di rumah..
Sejak ada aplikasi ini dalam iPhone aku.. kini lebih mudah untuk membaca.. Which I like it so much.. Membaca di skrin kini juga satu pilihan yang menyeronokkan.. senang nak membaca.. Ambik handphone.. pilih aplikasi kindle.. dan pilih tajuk buku yang aku nak.. jika aku berhenti baca buku tersebut.. aku boleh tutup camtu jek.. bila nak baca semula, aku hanya perlu pilih semula tajuk buku yang sama dan skrin akan paparkan muka surat dimana aku berhenti membaca sebelum itu. Mudah kan.. Tapi yang tak best sikit.. bateri handphone aku cepat habis lah.. hehehehe.. tapi sebab guna iPhone.. nak charge bateri memang mudah.. sambungkan sahaja pada kabel usb Iphone pada pc atau laptop dan bateri boleh dicharge secara terus.. Tak perlu nak charge guna elektrik.. dan masa charge pun sekejap jek.. Tapi membaca dengan menyelak helaian kertas satu persatu.. masih jadi pilihan aku juga.. paling aku suka bau kertas buku itu.. memang best ;)

Aplikasi Kindle untuk iPhone
Antara koleksi buku-buku dalam kindle Iphone aku
Ini antara fitur dalam aplikasi kindle iPhone, perkataan tertentu boleh dipilih. Makna perkataan tersebut akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin dan capaian untuk makna penuh boleh dibuat kepada laman web 'google' atau 'wikipedia'
Antara fitur yang menyatakan tajuk buku, halaman muka surat, lokasinya, memilih warna dan saiz tulisan, dan peratus pembesaran tulisan.
Antara buku dalam koleksi

16 comments:
iina..memang ada gaya..
akak memang suka membaca..tapi melalui letronik ni..mata kurang tahan..
lama2 boleh pening..
klulah semua buku dielektronikkan, ada lagi tak gelaran ulat buku?
err.. ulat buku mmg wujud kan? maksud saya, ulat yg betul2 duk kat buku. bukan ulat buku yg simpulan bahasa tu?
ada gaya cam tanya soalan kat lecturer tak?
:D
macam kuliah?.. dah boleh bukak kelas 'maya' dah nih... hahahaha...
dua-dua aku suka..
yang elektronik pon suka..
yang kertas pon suka..
macam ko le, yg kertas tu beest beli utk buat koleksi.. bebila teringat, leh selak2 balik, layan2 feeling feeling.. kehkehkeh...
bebudak kecik, kalau dari awal dh layan electronik, sian mata dia penat nanti.. so, aku lebih galakkan baca yg kertas.. hihihi... (alasannya, takyah nk berebut PC aku atau laptop abahnya.. hahahahaha).
Kuliah kat dewan kuliah tu tak.. sebab guna kanti nama 'aku'. Tapi klu bagi kuliah sesi tehtarik tu.. menjadik.. sampai ilmu yang nak diberi tu.. :P
suka juga baca membaca nih.. online atau tidak bergantung kepada lokasi dan masa.. mostly suka baca secara online.. segala info dapat dicapai dengan mudah..
tapi ada masanya baca buku lebih menarik dan nostalgia.. boleh baring2.. bau buku pun best kan..
*kanti = kata ganti
Kak Erna
Kalau baca kejap2 tuh boleh kan.. saya pun kalau lama sangat baca pun tak larat.. sekadar nak baca santai untuk isi masa boleh jek ;)
KTS
Ada gaya.. soalan itu agak bernas.. agak jelah.. Ok nak jawab nie..
Ulat buku tuh.. istilah itu masih boleh digunapakai sebab buku itu tidak merujuk hanya pada buku kertas.. walaupun ulat itu dirujuk pada ulat yang bergerak2.. kalau namanya KTSlah yang baca.. bukan sekadar ulat.. malah semut.. nyamuk dan segala macam binatang merayap mesti singgah punya kat laptop ke.. kat pc ke.. kat hp ke.. sebab pe?? dia suka sangat makan donut dan coklat depan skrin hahahaha...
Puas hati??? ;)
Tiny
Itu alasan yang cukup baikkkkk hehehehe... Buku elektronik utk budak2 lebih colorful sebab ada bunyi dan animation.. sebab tuh diorg suka.. tapi buku kertas pun best gak..
Buku kertas tuh tetap ada nilai dia.. aku seuka selak2.. bila baca waktu yang panjang terutama sebelum tidur atau tengah menunggu.. dapat hilangkan rasa bosan ;)
Emy
Itu gaya lecturer bila cakap dengan anak murid yang lebih kurang sama umur jek hehehehe.. taknak formal sangat.. boleh gelak2 punya dalam kelas.. ;)
Sekarang nie nak membaca senang.. cuma nak atau tak nak jek.. semua boleh dicapai dengan klik sahaja kan.. tapi baca suratkhabar.. majalah atau buku dalam cetakan masih ada nilainya.. paling2 tidak suratkhabar tuh leh buat alas apa2 hehehe ;)
yer.. ada gaya cam bg kuliah. saya yg tak penah masuk mana2 kuliah pun dah feeling2 student dah bila baca entry ko ni kak..
syabas.. heceh..
Wos
Heceh... ko nie bab membodek mmg leh jadik student fav akak tau hehehe ;)
Hi Iina, saya suka kertas, ada bunyi, ha ha.
Anyway, I stopped reading the papers when I retired. Only watch TV news.
But I guess today people getting more familiar with all these latest electronic stuff.
And we still don't even have a h'phone.....yet.
Very soon school children no carry or have books....just carry that, and do everything too.
And to think my time we so excited at the first telephone, first time TV appeared, first CocaCola,....and today, everything in that small electronic thing.
Have fun and keep well, Iina.
Heard Malaysia Beat China Badminton 'All England', singles....Wheeeeeeeee!
Lee.
Uncle Lee
Yeah.. electronic become smaller and more expensive.. Maybe for people like U and my dad as well ;) find technology doesn't seem to suit their lifestyle anymore.. just using them for things really important.. while for us.. we used them for daily used as well as making our work easier and faster.. I prefer using technology when it help a lots in making things flexible and most important faster.. save lots of time ;)
Yeah heard that as well.. but being in here maybe the excitement doesn't as high back home.. You keep well yeah.. It's been snowing again last saturday and already melting late evening.. no more snow but still have the cold this week.. keep warm and hope you soon see itu rumput yeah ;)
Salam iina...lamo tk ke sini..
Guna buku kertas yang bagusnya. Sebab bila guna ebook gitu, ada banyak kesan negetif segi kesihatan.
tapi kesian kat pokok...dah kurang hijau bumi, sebab pokok2 dah abis ditebang dan diproses buat kertas.
Kalu centu, acik guna buku maya separuh, buku dari kertas separuh..hehe...
err..betul bekait tak komen ni...acik ngaku acik baca tajuk je. Mato bepinar..domam niha..
Acik
Yolah acik.. den pun lamo nar tak poei umah acik.. cepat2 baik domam yo acik.. jgn lupo mkn ubat..
Samolah kito acik.. den pun guna separuh2 gak.. yg pakai kertas tuh masih ado nilai gak.. yg elektronik pun penting gak terutama bilo bab nak baca jurnal dan article berilmiah nieh.. sonang nak simpan.. anytime leh print kalau nak.. tpi yg softcopy tuh totap kono ado..
Jaga diri acik
assalamualaikum!!! hello..hello tuan rumah.. Sibuk ko. Meh sini kupi socawan.
Kak Pah
Ado kak.. sibuk gak nie.. takat nak kupi boleh yo den buek kan.. nak bape sudu gulo nie kak?? hehehe ;)
Hi Iina, I would like it very much you just address me as 'Lee'.....we long time friends.
'Uncle' for those belum pergi honeybulan, ha ha.
And I still don't own a h/p,
Lee.
Lee (aka Uncle Lee)
If calling you Lee can make U feel like younger 30 years.. than I won't hesitate to call you Lee.. feel like old time friend but always younger forever.. hehehe..
No more uncle then??? Just Lee.. hehehe I like that.. make me feel like flirting around with U..sadly only on the net ;) hehehe..
Take care yeah... and keep warm.. Scotland been hit by snow 3times this week.. maybe more soon.. I wish summer coming soon.. ;)
Post a Comment