Soal mengikut rasa hati dan logik akal.. Kadangkala 2 perkara ini menjadi dasar pada kita dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua-dua ini dijadikan asas apabila kita melihat sesuatu perkara, menilai, memikirkan dan mengikut kehendak sanubari.
Tidak mudah sebenarnya bila kita mahu membuat sesuatu keputusan, kadang apabila kita melihat dan menilai sesuatu perkara itu dengan justifikasi tertentu yang agak jelas sebab dan musababnya.. Maka keputusan itu lebih mudah dibuat kerana alasan dan sebab yang diberikan begitu kukuh dan kuat menyebabkan kita tanpa rasa ragu-ragu untuk menetapkan pendirian kita. Namun apabila ada rasa ragu-ragu wujud dalam menilai sesuatu itu, maka rasa hati pula diambil kira dalam membantu untuk membuat keputusan tersebut. Sebab itu kadangkala orang akan kata.. Nak ikut hati.. atau kepala..
Contoh.. Bila kita hendak membeli barang.. Ada jualan murah ketika itu
Beg berjenama dijual dengan harga yang amat murah selepas 70% potongan, harga jatuh kurang dari RM100. Bagi yang meminati jenama berkenaan pastinya akan membeli tanpa banyak fikir, sebab logik fikiran mengatakan, harga asal amat mahal, harga yang ditawarkan kini amat murah. Terus beli tanpa banyak soal.
Tapi bagi orang yang tidak biasa dengan jenama berkenaan, tapi pada masa yang sama memerlukan sebuah beg tangan, mungkin sedikit sukar untuk membuat keputusan. Akal kata; murah nie, selepas diskaun, beli jek, harga pun taklah terlalu mahal. Hati; tak lawa sangat tapi bolehlah, jenama biasa dengar tapi tak pernah pakai, boleh je beli jenama biasa yang mungkin boleh dapat lebih murah kot.
Keputusannya : Tak beli.. (tapi bila balik rumah menyesal pulak sebab tak beli tadi.. nak pulak bila jumpa kawan yang biasa dengan jenama itu dan kata.. "Ehhh.. dah murah tuh.. rugi ko tak beli tadi") Biasa dengarkan situasi camnie?? Ye aku pun kadangkala pernah juga terkena begini.. fikir punya fikir.. tak beli.. balik.. menyesal.. bila pergi nak beli balik.. dah takde hehehe.. (sebab itu ada kawan pernah cakap 'Biar menyesal beli, dari menyesal tak beli')
Samalah juga dalam situasi yang lain-lain juga.. Kadangkala tidak mudah untuk membuat keputusan tentang kehidupan, masa depan, keluarga malah ketika nak memilih jodoh pun.. Cuma bezanya keputusan aku dulu untuk berkahwin dengan pakwe.. banyak dipengaruhi dengan kehendak dan rasa mak dan ayah.. Secara terus terang aku tanyakan dengan mak dan minta mak sampaikan pada ayah, apa pendapat mereka tentang pakwe ketika itu. Kalau kedua-dua mereka menolak.. maka keputusan aku ketika itu juga sebulat dengan kehendak mereka (walaupun sebenarnya aku agak yakin mak pasti seronok kerana diawal perkenalan aku dengan pakwe.. awal-awal lagi mak dah sebutkan pada aku "Kalau si 'Z' tuh mak memang berkenan sangat-sangat") tapi aku tetap mahu dengar dengan telinga aku sendiri kehendak mak dan ayah aku. Setelah mereka berdua bersetuju, barulah aku mula memikirkan tentang masa depan kami berdua dengan lebih serius walaupun sebenarnya ketika itu pakwe sudah berkali-kali memaklumkan pada aku, dia bersedia bila-bila masa untuk masuk meminang, cuma aku sahaja belum mahu membuat sebarang keputusan kerana pernah punya kisah silam yang begitu sukar dilupakan ketika itu.
Ye membuat keputusan tidak mudah, tapi dari dulu prinsip aku dalam melakukan sesuatu, bila aku sudah nekad untuk melakukan sesuatu, aku akan bertanggungjawab sepenuhnya pada perkara itu. Bukan mudah sebenarnya untuk aku melakukan sesuatu atau membuat satu keputusan. Kadang difikirkan bukan hanya sekali, malah berkali-kali. Bukan sekadar 1 atau 2 situasi yang perlu diambil kira, tapi banyak keadaan, masa, tenaga, kemampuan turut difikirkan bersama. Untuk memutuskan bahawa laluan atau inilah yang perlu dibuat tidak mudah sebenarnya.. Perang antara logik akal dan kehendak hati terlalu hebat.. kedua-duanya punya kelebihan dan kekurangan, kedua-duanya punya baik dan buruk.. kedua-duanya juga punya akibat yang perlu ditanggung di akhirnya.. Cuma hanya diri sendiri sahaja yang tahu.. Laluan mana yang seeloknya diikuti.. kerana hanya diri sendiri sahaja yang tahu sejauh mana kemampuannya.
Walaupun begitu, hanya pada DIA kita mohonkan andai segala urusan itu dipermudahkan. InsyAllah walau apa juga nanti kita haruslah yakin dan sentiasa berfikiran positif kan ;)

If a good face is a letter of recommendation, a good heart is a letter of credit.
-Edward Bulwer-Lytton-
Beware what you set your heart upon. For it surely shall be yours.
-Ralph Waldo Emerson-
No true manhood can be trained by a merely intellectual process.
You cannot train men by the intellect alone; you must train them by the heart.
-Joseph Parker-
Thoughts are the shadows of our feelings - always darker, emptier and simpler.
-Friedrich Nietzsche-
Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.
-Dale Carnegie-
If you don't know where you are going, any road will get you there.
-Lewis Carroll-
The unreal is more powerful than the real, because nothing is as perfect as you can imagine it.
Because its only intangible ideas, concepts, beliefs, fantasies that last.
Stone crumbles. wood rots. People, well, they die.
But things as fragile as a thought, a dream, a legend, they can go on and on.
-Chuck Palahniuk-
I laugh, I love, I hope, I try, I hurt, I need, I fear, I cry.
And I know you do the same things too,
So we're really not that different,
me and you.
-Colin Raye-
Courage is the discovery that you may not win,
and trying when you know you can lose.
-Tom Krause-
Samalah juga keputusan 'apa nak masak' tiap kali pulang dari tugasan di CIS.
Ikut hati atau kepala atau malas/rajin..
Apapun aku memang rajin ke dapur tau..
Harap maklum ;)

18 comments:
iina..akak pun sama..ada sekali tu..pergi sogo..tengok baju kurung..minat..tapi tak beli..
bila balik..asek cerita ngan abang akak ada baju kurung cantik/minat..
2 hari lepas tu..
tiba2 ajak pi sogo lagi..akak ingatkan nak buat ape..rupanya suruh pi cari baju tu..
nasib baik ada lagi..
Kak Erna
Hehehe.. nasib baik abg memahami kan.. siap bwk pergi sogo tuh.. dapatlah beli.. baguslah betullah kan.. hehehe.. saya lak.. kalau tgk kawan2 tuh dah berkenan sgt tapi cam nak tak nak beli.. selalunya saya ckp beli jek heheheh.. krang menyesal.. pakwe saya pun pernah kena.. nak beli kasut pun berkira2.. last2 saya paksa suh beli.. terus beli xyah fikir.. bukan apa kak.. krg saya yg penat kena fikir utk dia.. hahaha.. guna kuasa veto lagik senang..
acik salu tk beli bembarang yg acik udah pegang. Tak kiralah brapa harga nye.
Kiranya Iina ni anak yang solehah ye...dptkan restu omak ayah dlm mencari jodoh sendiri.
eh. ko nak pilih apa lagi?? pompuan boleh kawin sorang jek tau!
hahahaha
.
.
selamat memilih. aku doakan yg terbaik utk ko. cepat2 balik mesia. bawak balik coklat bebanyak tau. time kasih
:D
kita serupa la. aku pun rajin masak gak. harap maklong :D
Acik
Lagik sonang camtulah acik.. sobab mak dan ayah lebih tau mana yg lebih baik utk anak2 dio kan.. masa tuh mmg nekad.. kalau mak n ayah ckp xberkenan mmg lah dia tuh kena tinggal hehehehe.. tapi waktu tuh kalau takat omak.. confirm ok.. ayah jek xtau.. tapi bilo ok yo dedua.. senang nak fikir.. kawin jek ;)
KTS
memilih gak.. memilih kawan.. kekasih hati tetap 1 jek.. tapi kawan leh berjuta2 kan hehehe...
KTS lagi.. ko mmg rajin masak.. masak nasi pun tiap thn 4kali jek kan ;)
mksu rasa ler, org semakin dwsa, smkn dia mengerti membuat keputusan. kepayahan, usia, pengalaman mematangkan. apa pun yg terbaik utk sebarang keputusan pntg adalah bertanya kepada yang Maha Bijaksana :)
Maksu
Yup agree.. semua itu juga jadi faktor untuk kita buat keputusan.. tapi sama ada justifikasi itu difikir oleh akal.. atau dirasa ikut hati yang kadang2 susah nak putuskan hehe.. betul sangat sebaik2nya diminta pada Yang Kuasa..
Tapi memang lelah memikir tentang logik akal dan rasa hati nie.. baik buruk.. ikut hati berbeza dengan baik buruk ikut akal ;)
iina,
terima kasih menulis entry ni saat aku bebetul down dgn situasi yg mengganggu hidup aku.
sekadar ingin berkongsi dari apa yg aku bc malam ni.
syeikh ibnu al-jauzi berkata, "ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama, aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras. namun tidak kutemukan jalan penyelesaiannya...kemudia aku ditunjukkan sebuah ayat; "sesiapa bertakwa kepada Allah, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar" (ayat 2,surah at-talaq). selepas itu aku sedar bahawa ketakwaan adalah jalan keluar dari kebingunan, itu sebabnya aku berisaha meningkatkan ketakwaanku dan ku temui jalan keluar.
wallahualam..
iina, doakan semoga aku temui kebahagiaan yg aku cari. tq
Untuk membuat keputusan pada 2 perkara yang boleh membuat kita serba salah memang sukar... tapi selalunya bila kita berada dalam situasi begitu...orang yang akan kita rujuk adalah orang yang kita percayai akan memberikan kita pendapat yang jujur...
When i got married, i asked my mum to solat istikharah for me (i pun buat juga..) he..he..he.. betul!!!
Seriously, bila berada dipersimpangan, selalulah solat istikharah, insyAllah ditunjukkan jalan yg terbaik.
Fatt
Sebagai manusia itu adalah biasa untuk kita rasa penat.. lelah.. putus asa.. tak yakin.. InsyAllah... aku doakan ko temui bahagia itu
Kak Anie
Ye hanya orang yang kita percayai sahaja yang dapat memberikan pendapat yang telus dan ikhlas ;)
I Amsterdam
Yup that too... but there are things sometimes we have to decide now and then.. but the judgement really need both heart and thoughts ;)
susah nak buat keputusan "ditelan mati emak diluah mati bapak"(or the other way round). Hal ni boleh buatkan mata takleh tido berhari-hari.
tapi antara cheese cake and chocolate.. sonang nak solve. Buek jo choc cheese cake.
ooops..
Kak Pah
Hehehehe sodap tuh kak.. kalaulah selesai masalah cam buek kek mmg sonang yo kan kak.. tido tuh totap leh tido kak.. cuma yg xbest tido pun asyik mimpi bukan2 jek.. lagik xbest huhuhu ;)
Kalau kak Zai jarang nak memilih kalau dah pekenan rembat aje.Berbeza dengan hubby suka pikir berkali2 bila nak beli sesuatu.Tapi walau macamana pun ikut kemampuan juga.
Kak Zai
Betul tuh kak.. nak beli mmg kena ikut kemampuan.. dalam soal membeli brg pakwe saya lebih cerewet dan terlalu memilih.. kalau shopping ngan dia mmg tensen.. semua kedai masuk.. semua xberkenan.. kalau pergi ngan saya.. mmg saya ugut hahaha... penatlah kena fikir.. kena ikut dia.. kena bg pendapat gak.. kena pilih warnalah.. uihh letihhhh.. kalau saya yg shopping senang hahahaha... dah berkenan saya beli xfikir pjg.. tapi sebelum p beli tuh saya dah survey sebenarnya.. bab itu yg kdg org xtau.. hehehe ;)
Hello Iina, I love those beautiful sayings.
How's the weather there?
Kita sini very chilly -19'c! Lots of snow.....
Motorcar saya ya la puteh, now covered with snow, susa nak chari, ha ha.
Have a happy Rabbit year, Lee.
Uncle Lee
Wow it's -19.. can't imagine how cold it can be.. but I'm sure it's nothing for both of you.. ;) Happy chinese new year yeah.. take care ;)
Post a Comment