Monday, 2 November 2009

Dedaun itu


Kemarin aku kunjungi taman permaisuri yang terletak hanya beberapa meter dari rumah aku. Selalunya setiap kali musim berganti taman itu sering menjadi tumpuan untuk menyaksikan dan merakamkan panorama sekitarnya yang pelbagai gaya. Setiap musim itu mempamerkan keindahan yang berbeza-beza..

Kebiasaannya.. jika ada kelapangan aku suka untuk mengubah 'header' blog ini mengikut perubahan musim yang silih berganti.. Sekadar untuk menyemarakkan mood sendiri dan sebagai satu panduan bahawa musim itulah yang kami lalui.. Kadangkala juga gambar-gambar pemandangan sekitar bumi Scotland turut menjadi tatapan.. cuma kali ini kesempatan belum ada.. kerana aku tahu.. pemandangan musim gugur di sekitar bumi Scotland adalah amat menakjubkan ;)

Semasa sibuk berjalan di sekitar taman berkenaan.. Ingatan aku lantas singgah pada kenangan di zaman remaja di kampung. Teringatkan rumah yang ditinggalkan. Keliling rumah itu ada beberapa batang pokok rambutan dan setiap tahun pasti akan berbuah lebat. Seronok bila tiba musim buah.. aktiviti memanjat pokok (bukan aku ok), mengait buah menggunakan pemotong dahan.. mengutip buah rambutan yang gugur.. makan di bawah pokok.. apatah lagi bila rakan sekampung datang melepak di petang hari.. aktiviti begini sudah tentunya amat menyeronokkan.. tapi yang tak seronok adalah menyapu daun-daun yang gugur.. kalau tidak dibuat rasanya setiap pelusuk pokok rambutan itu pastinya penuh dengan daun-daun yang gugur.

Selalunya setiap petang ayah atau mak yang rajin menyapu daun-daun itu.. tapi kadangkala bila ada kesempatan dan bila aku mula bosan menelaah.. selalunya aku ambil kesempatan di petang hari untuk menyapu daun-daun rambutan di keliling rumah. Selalunya tidak dapat disiapkan 1 hari.. kadang 2 hari berturut-turut barulah daun-daun itu dapat dikumpulkan.. dan aktiviti yang paling menyeronokkan adalah aktiviti membakar daunan yang telah dikumpul. Ketika itu belum ada lagi larangan membakar sampah di tempat awam. Tapi rasanya kawasan kampung tidak termasuk dalam kawasan larangan kot.. hehehehe..

Seronok bila dikenangkan aktiviti petang hari di kampung.. itu belum lagi sesi menyiram pokok yang ditanam ayah di tepi tangga rumah.. Menutup tingkap dapur kayu setiap petang.. tingkap itu tidak boleh ditutup dari dalam.. perlu di tutup dengan menolak dari luar ke dalam. Kadang bila agak bosan terperap di rumah.. selalu juga aku dan rakan mula ronda-ronda di sekitar kampung atau kampung sebelah dengan menaiki motor.. Ini aktiviti wajib waktu petang.. kadang kami berhenti di rumah rakan di kampung sebelah untuk bertanya khabar.. kadang hanya sekadar meronda melihat-lihat kampung orang.. atau berbual-bual tentang kehidupan dan study sendiri..

Jika ada aktiviti belia di kampung, kami juga sering ikut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh JKK kampung.. terutama yang melibatkan aktiviti belia.. seperti sukan.. majlis gotong royong.. keraian atau perkahwinan.. dan sebagainya.. Hanya selepas SPM setiap kami mula membawa diri keluar dari kampung.. ada yang bekerja di bandar-bandar besar seperti Klang, Shah Alam atau KL.. dan aku sendiri melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sekali sekala bila pulang ke kampung dulu.. bila terlihat daun-daun rambutan yang berselerak di sekitar rumah.. Datang juga ingatan zaman remaja itu.. tapi kederat untuk menyapu daun seperti dulu dah berkurangan.. selalunya aku sering minta adik -adik aku untuk membantu mak atau ayah.. Kadang juga bila ada kesempatan.. bila mak mula sibuk menyapu sampah keliling rumah.. aku akan temankan mak membakar daun-daun kering sambil berbual kosong.

Itulah bezanya kehidupan bagi mereka yang tinggal di kampung aku rasa.. Aktiviti sebegini pada aku adalah perkara yang biasa buat mereka yang tinggal dalam persekitaran kampung berbanding mereka yang tinggal di bandar. Kadang bila melihat anak-anak zaman ini yang lebih suka melepak di rumah sambil bermain games atau mengadap komputer saban hari.. Amatlah jauh bezanya dengan zaman kecil yang telah kita lalui.. Sayang bila kenangan dan pengalaman sebegitu tidak pernah mereka lalui.. Namun kadang kita juga tidak ada pilihan.. dan persekitaran juga telah berubah..

Jika diberi pilihan.. Aku lebih suka tinggal di kampung berbanding di bandar yang serba serbi sesak dan sibuk. Sekurang-kurangnya petang hari.. banyak benda boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang.. Terutama boleh bercucuk tanam apa sahaja di sekeliling rumah dengan mudah. Di samping menghirup udara pagi yang cukup nyaman sambil mendengar kicauan burung-burung yang cukup indah..

Tiba-tiba aku rindukan kampung halaman..

15 comments:

Kaktiny said...

ko rindu kat aku tak?!!...
hihihihi

Lady of Leisure said...

cantiknya gambar daun gugur ni..
setiap musim ada keunikkan dan kecantikkan yg tersendiri..

enjoy yr beautiful moments there.. tak semua org ada pengalaman merasa hidup di tempat orang ni..

i seumur hidup belum pernah rasa autumn lagi.. insyaAllah in 2 weeks time..counting days.. bila tgk gambar2 u ni i bertambah excited.. hihi..

thanks for sharing..

julietchun said...

mujur aku tinggal jauh dari kg ko, kalo tidak harus hari2 aku panjat pokok rambutan tu,kekekekkekeke.

anjang said...

paparkan lagi gambar-gambar di sana. contohnya gambar pekan berhampiran rumah di glasgow, kedai-kedai makan , kemudahan awam seperti pejabat pos, balai polis, supermarket, rasanya banyak kalau dilistkan

iina said...

Tiny

Rindu serindu-rindunya hehehe ;)

LOL

Wah U nak kemana tuh? UK juga ke? further study or melancong nie.. takpe nnti u smpi u enjoy yur time ;)

Juliet

hehehe.. alah klu jauh pun sok2 aku blik kg cam ko xleh dtg kg aku.. jenjarum ko leh pergi makan.. ini pulak kg aku yg sebelah jek dr kg jenjarum tuh

Anjang

sebenarnya ada entri yang lepas2 yang telah saya coretkan tentang bandar glasgow.. cuma mungkin tidak diketahui sebab dah tersembunyi.. InsyAllah dalam blog 1 perjalanan tuh nanti saya akan coretkan semua2 itu.. ;)

Lady of Leisure said...

ikut husband ada urusan keje.. bout 10 days.. ll be going to rome, munich, and swiss..
hihi..
uk i tak penah sampai lagi.. hope ada rezeki untuk ke sana one day.. suka melawat negara orang...
:)

iina said...

LOL

Wah best berjln melancong.. enjoy yur time semasa ke sana.. just nak remind while u in rome jaga2 dengan beg duit sebab selalu ada kes org hilang beg duit.. n enjoy yur time juga masa ke swiss

Lady of Leisure said...

iina, tq so much..
my fren yg penah ke sana sblm ni pun remind me the same thing.. bahaya jugak kat rome ni ye..
melancong sambil bekerja hihi.. lepas husband habis keje, boleh la jenjalan skit...last may pi swiss 5 hari dok kat zurich tak sempat g mana pun.. bayangkan 5 hari i tawaf zurich.. kali ni i harap cuaca baik, supaya boleh naik gunung hihi..
teringin sangat...tapi i ll be there end of nov.. agak2 camno cuaca kat sana time tu ye?
btw, i suka sangat baca pengalaman u kat blog travel u yg lagi satu tu... banyak panduan berguna i dapat, banyak info... thanks a lot..

iina said...

LOL

Yup rome kena hati2.. byk pencopet.. but best sebab byk runtuhan bgnan zaman empayar roman.. Klu swiss u better sediakan jaket tebal sebab last yr my fren pergi.. suhu jatuh -11.. so better u check weather forecast before u pergi.. yg penting u beli baju termal.. jaket tuh tak yah tebal sgt pun xpe.. but if u jenis xtahan sejuk better beli ler tebal sikit.. Waktu I pergi ari tuh ok.. sebab weather xjauh beza ngan scotland.. so kami dah adapt dgn cuaca kat sana.. so more or least cam tmpt sendiri ;) but utk u, I rasa mesti xtahan sejuk hehehe..

Thanks sbb enjoy my blog.. I buat utk suka2 jek.. tp blog 1 perjalanan tuh mmg permintaan sorg kwn I.. Thanks again ya..

eiza in the house.. said...

akak cantiknya..header kat atas tu pun cantik juga..:)

arapink said...

memang lawa gambar ni...cantik sgt.. :-)

iina said...

Eiza

Thanks dear.. musim gugur nie mmg indah pemandangannya kali ini

Ara

Thanks dear ;).. akak pun lawa gak tau hehehe ;)

faqir said...

***Ara

Thanks dear ;).. akak pun lawa gak tau hehehe ;)********

eheheheeh aku dah agak dah kak..sure nye ayat tu ko akan ckp muahahahahaa

Lady of Leisure said...

keep it up, keep updating coz u dit it well for both blog.. im sure ramai yg suka baca including me, bukan senang nak rasa pengalaman tinggal di negara org... dengan blog ni atleast u share dengan everybody.. bila baca blog ni terasa mcm dibawa ke sana jer hihi..
hihi.. i mmg tak tahan sejuk sbb masa pi time spring cuaca dalam 17c pun tangan i cramp.. baru i i dah pi beli baju thermal/long john sbg persediaan dengan jaket.. hihi..

iina said...

Faqir

Akak tau ler ko memalu nak puji akak lawa kan kan kan.. cakap jelah.. jgn malu2 kucing hehehe

Lady

Thanks again dear.. seronok coz u enjoy it.. hopefully I masih mampu dan ada masa nak update selalu... walaupun mood kdg ada kdg xde nie ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin