Monday, 9 November 2009

Keluarga kita keluarga orang 2

Dalam entri yang lepas aku ada ceritakan secara ringkas tentang rancangan realiti tv 'World's Strictest parents'. Kisah dimana 2 remaja dari UK, yang saling tidak mengenali satu sama lain akan dihantar keluar negara untuk tinggal di rumah sebuah keluarga angkat selama 8 hari.

Realiti tv ini menayangkan semua aktiviti harian remaja berkenaan semasa di UK, kebanyakan mereka ini tergolong daripada remaja yang liar, suka ke kelab malam, mabuk, menghisap marjuana, merokok dan segala aktiviti yang tidak bermoral.

Kebiasaannya keluarga remaja ini sudah putus harapan untuk mengubah corak hidup remaja ini dan menjadikan rancangan ini sebagai satu peluang untuk melihat anak-anak mereka itu berubah menjadi manusia yang baik dan berguna.

Bila menonton rancangan ini sebenarnya.. pada mulanya jiwa remaja itu sememangnya memberontak kerana keluarga-keluarga ini mempunyai peraturan di rumah yang ketat seperti tidak boleh merokok, minum arak, berpakaian tertib dan patuh serta hormat dengan ibu bapa. Di awal cerita biasanya remaja-remaja ini akan menjerit, meraung dan memaki hamun keluarga baru mereka kerana mereka tidak mahu mengikuti peraturan-peraturan yang telah diberikan itu. Hingga ada juga yang larikan diri.. tapi akhirnya mereka berpatah balik juga ke rumah keluarga itu semula (yelah bila dah tak tahu nak pergi mana? dan negara itu pun bukan negara mereka).

Selalunya pengakhir rancangan itu, sedikit sebanyak meninggalkan kesan perubahan pada 2 remaja ini. Mereka mula menghargai dan menghormati keluarga berkenaan, berfikiran positif dan mampu berkomunikasi dengan lebih baik.

Jika berminat boleh menonton di You Tube.. dan ikutilah part 1-6.




Buat mereka di UK

Boleh menonton di iplayer BBC3 di sini

Selamat menonton

6 comments:

aNIe said...

iina...terima kasih kerana meletakkan link you tube untuk kami...menarik sungguh...memang sekarang ni anak2 muda menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan memberontak & memaki hamun...itu semua salah asuhan dari kecil...

Kaktiny said...

tetiba nanti bebudak tu taknak balik umah sendiri.. hah!!.. kehkehkeh

aku tetap nak keluarga aku walau apapun yang terjadi.. hihihi..
semoga aku boleh bentuk anak2 aku utk hidup harmoni dalam keluarga kami.. amiiinnn...

(nak ditambah keahlian??.. aku tgh mencatur nih.. kehkehkeh....)

julietchun said...

remaja kat sini pun dah makin teruk. darjah 5-6 dah pandai hisap rokok tak kira lelaki perempuan.

KTS said...

oh tidaaaaaaaaaaaaaaaakkkk...

jgn hantar aku gi umah iina...
tak sanggup!! nanti kena tolong dia buat kek pisang@!!


.
.


hahahaha

.
.


satu rancangan realiti yg bagus... :D takde la asyik nak menyanyi je...

iina said...

Kak Anie

Sama-sama ;) tulah kak.. budi bahasa semua tuh dah berkurgan skrg nie

Tiny

hahaha.. klu xnak balik kena duduk situ ler hehehe mmglah mana sama dengan keluarga kita dan keluarga org kan.. keluarga mertua ipar duai pun xsama ngan keluarga kita kan kan

Juliet

mmg dahsyat.. sini jgnkan isap rokok.. minum arak pun ada dah usia tuh

KTS

eleh.. takat kena dera buat kek pisang bukan susah sgt.. alang2 nak jadi pembantu rumah septutnya aku gunakan sepenuh tenaga ko kan..

eh bukan ari tuh ko kata ko nak masuk AF ke?? hehehe

anjang said...

macam best je rancangan ni. Melentur buuluh biarlah dari rebungnya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin