Wednesday, 21 October 2009

Teh


Ketika menikmati air teh lady grey yang bercitarasa citrus. Ingatan sejenak terbang pada satu kenangan lewat masa kecil dulu. Kenangan berada dan berjalan di celah-celah pepohon teh yang rendang mengamit ingatan pada indahnya zaman anak-anak.

Mungkin ramai yang pernah melawat ladang teh yang terkenal di Cameron Highland. Tapi kenanganku buat pertama kalinya ke ladang teh bukanlah di Cameron Highland itu tapi di ladang teh milik syarikat Boh yang terletak lebih kurang 2km dari rumah mak di kampung. Ramai tidak tahu akan fakta ini. Walaupun dulunya pernah beberapa kali rancangan Majalah 3 terbitan TV3 pernah membuat dokumentari tentang penanaman teh di Malaysia dan cerita tentang ladang teh di bukit cheding itu turut dimuatkan bersama.

Ladang teh itu berjenis tanah rendah. Kedudukan bentuk muka bumi yang agak tinggi sedikit menyebabkan kawasan itu sesuai dijadikan kawasan penanaman teh yang aku sendiri tidak pasti sejak tahun bila.. Mungkin ada sejarah secara bertulis yang dicatatkan sejak bila ladang teh itu berada di situ. Rasanya sudah puluhan tahun ia ada di situ.. Siapakah yang memulakan? Semua itu mungkin ada jawapannya.. Mungkin penduduk asal.. dan warga penduduk berbangsa india yang menjadi penghuni estet di situ dan pemetik daun teh dapat memberikan jawapannya.. Adakah ia pernah dicatatkan secara bertulis?? atau mungkin juga aku yang tidak tahu..

Dulu semasa masih di bangku sekolah rendah kami sering ke situ sebenarnya.. melawat kawasan ladang teh itu.. dan berjalan di celah-celah pokok teh yang agak rendah dan rendang itu.. Sebenarnya tujuan kami ke kawasan itu untuk mandi di sebuah tasik yang cukup jernih airnya.. kawasan tasik itu berhampiran dengan lombong bijih timah.. ya selain daripada ladang teh.. di situ juga terdapat lombong bijih timah.. Semasa zaman sekolah rendah.. ramai rakan aku yang tinggal di kawasan perumahan untuk pekerja lombong bijih timah itu.. Malah penghentian terakhir bas yang masuk ke kampung aku itu juga berakhir di situ.

Itu kisah dulu.. Aku sendiri juga tidak pasti sama ada lombong itu masih diusahakan.. yang pasti ladang teh itu masih wujud seperti dulu tapi kini lebih dikemas kini.. berbanding dulu yang lebih terbuka dan deretan rumah-rumah estet kelihatan di kiri kanannya.. Itu belum lagi kawasan rumah-rumah kayu dan buluh bagi penduduk orang asli.. yang aku masih ingat terletak tidak jauh dari kawasan estet itu juga.. Kini.. semuanya telah berubah.. perumahan baru untuk penduduk orang asli juga telah dibuat oleh kerajaan beberapa tahun yang lalu.. Tidak ada lagi rumah kayu buluh seperti dulu..

Rasanya banyak kisah sejarah yang berlegar di sekitar kampung aku.. Yang aku sendiri pun tidak tahu akan bila mulanya.. bagaimana.. dan apa kesudahannya.. Jarang sekali diambil tahu sebenarnya.. Zaman remaja dulu aku sering juga bertanya-tanya pada orang tua di kampung.. apatah lagi arwah tok adalah peneroka awal kampung itu.. Sayang rasanya kerana kebanyakan kisah sejarah itu selalu disampaikan ke generasi seterusnya melalui lisan.. dan aku sendiri tidak pasti adakah kerajaan selangor sendiri ada mencatatkan setiap sudut kisah sejarah itu.

Aku jumpa info ini di laman web rasmi majlis daerah Kuala Langat

Ladang Teh Boh, Sri Cheeding telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar dan dan dikendalikan oleh BOH Plantations serta terkenal dengan ladang teh tanah rendah.

Menariknya, teh di ladang ini ditanam di bawah pkok kelapa sawit secara berselang seli dan ia merupakan yang pertama di dunia.

Di ladang ini juga terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses dan membungkus teh. Oleh itu, ladang ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya bagi mereka yang ingin melihat teh tanah rendah dan juga mengetahui cara teh diproses dan dibungkus.

Untuk maklumat lanjut:

Boh Plantation Sdn. Bhd.
Bukit Cheeding Packing Factory
Batu 6, Jln. Kg. Seri Cheeding
42700 Banting
Selangor
Tel : 03-31874704



Daerah Kuala Langat punyai banyak kisah sejarahnya sebenarnya.. Dari Sijangkang.. ke Jenjarum.. ke Sri Cheeding.. ke Sg Sedu.. Ke Sg Manggis.. ke Telok Dato.. Ke Pekan Banting.. Ke Bukit Jugra.. ke Kanchong Darat dan terus ke Morib.. Tg Sepat.. (banyak lagi nama kampung & tempat di sepanjang laluan itu)..

Mungkin ada.. Mungkin tidak.. Jika tidak ada.. pastinya ia menarik dijadikan kajian dan dicatatkan buat bacaan dan pengetahuan generasi akan datang..

5 comments:

julietchun said...

teringin nak tgk ladang teh bukit cheding ni.
pantai indah dlm daerah k.langat gak ke?

anjang said...

baru aku tau sebenarnya terletak bukit cheding yang cukup terkenal dengan tehnya. Aku memang suka minum teh boh di sg palas. Antara menunya ialah teh bukit cheding. Baru ku tau rupanya kat sini terletaknya bukit cheding.

iina said...

Juliet

Aku konfius sat ayat ko nie.. pantai?? pantai yang ada pantai morib jelah.. ldg teh tuh kat kg aku.. dlm 6 km dari jln besar klg banting.. ;)

Anjang

Ada teh bkt cheding ke?brand ye tulis gitu ke? setahu aku.. teh situ under syarikat boh.. tp xtau lak klu dia ada label bkt cheding.. pesal aku xtau nie.. nmpk pun xpenah.. mau aku p kilang tuh sok bila aku blik mesia nie beli teh brand tuh ;)

anjang said...

Brand nya memang under boh, tetapi dalam menunya ada tulis teh boh bukit cheding, balik esok datang ke ladang teh boh sg. Palas, Sg. Palas dah cantik, gambar nya ada aku muatkan dalam bog aku Yamcha di Sungei palas bulan jun

iina said...

Anjang

jauh beno nak p minum teh.. hehehe lama juga tak p cameron highland walaupun dokek yo ngan tg malim tuh.. maybe bila blik sok kot.. rasanya baik aku p kilang teh boh kat kg aku.. kot2 leh beli teh tuh terus.. idak pun aku suh mak sedara aku belikan jek.. dia keje kat kilang tuh.. hehehe ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin