Monday, 31 August 2009

52 Tahun Merdeka


52 tahun negara kita Malaysia Merdeka..
Selama 52 tahun itu juga kita menyambut hari kemerdekaan..
Tapi adakah kita semua ini sudah merdeka sepenuhnya??
Ya negara Malaysia tidak lagi dijajah..
Ya negara Malaysia juga sudah tidak lagi diperintah oleh bukan rakyatnya
Tapi.. bagaimanakah dengan pemikiran & cara hidup kita?
Sudah merdekakah kita sepenuhnya?

Jika ditanya pada aku.. adakah aku sudah merdeka??

Belum!!! kerana masih ada tanggungjawab dan amanah yang perlu diperjuangkan..

Belum!! kerana sepanjang kehidupan kita pasti ada hak, keperluan, kewajiban yang perlu dilaksanakan..

Belum!! kerana selagi punya hayat dan nyawa.. pegangan dan tuntutan agama wajib dilakukan..

Belum!! kerana masih ada tanggungjawab mendidik yang akan berterusan selagi masih mampu mencurahkan ilmu & pengetahuan..

Belum!! kerana desakan dan keperluan hidup kadangkala memaksa kita terpaksa bertindak mengikut keperluan itu..

Belum!! kerana kadangkala kita juga turut terpengaruh dengan perubahan cara hidup, sosial masyarakat, mempergayakan personaliti diri, membina jati diri, mencari kepuasan hati dan memuaskan mereka yang disayangi..

Mungkinkah kemerdekaan diri akan kita perolehi??
Insyallah.. tidak ada yang mustahil..
Jika kita tidak jemu berusaha dan mencari
Salam Merdeka buat semua ;)

Ada temujanji dengan G untuk laporan research bulan ini..
Harapnya aku mampu merdeka hati walaupun sekejap hari ini..

Pagi ini aku teringatkan kampung halaman..
Mulai hari ini lagu raya mula berkumandang ;)


10 comments:

faqir said...

wahai jiwa yg merdeka...

iina said...

Faqir

Ayat ko tergantung ler dik.. baik ko abiskan ;)

Samdaddycool said...

Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

faqir said...

ado tali gantung ko??ehehhee mmg den sesajo gantung ehh ahahhaaa

julietchun said...

selamat menyambut hari kemerdekaan.
pssttt : email ku.

eurotyper_srvc@hotmail.com

ruzzake said...

salam kemerdekaan!

arapink said...

salam kemerdekaan utk kak iina :-)

ara tak dengar lagi lagu raya kat radio sini...biasanya sini start putar lagu raya bila 15 Ramadhan...

agaknya sebab ara yang jarang dengar radio...kekeke

DUN Behrang 2020 said...

Salam kemerdekaan...mak aiii emel orang tu...cam tak merdeka jer...huhuhu!

arapink said...

huiii...lagu raya kat umah kak iina....

best...best....ahakssss

nak lepak lama sket buleh??? eeeiiii....suke nak raya :-)

iina said...

Sam

Salam kemerdekaan juga ;)

Faqir

Tali gantung jgn ko sebut2 bahayo tau

Juliet

Salam merdeka.. nnti aku email ko

mommy

Salam merdeka ;)

Ara

beli kaset jek.. hehhehe akak dedulu takde tunggu radio.. psg lagu raya sendiri kat radio

Dun

Salam merdeka.. hehehhe.. no komen

Ara

layanzzz.. akak tgh berjiwang nie ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin