Thursday, 30 July 2009

Yang terpendam.. yang terluah


Sebenarnya pernah juga terlintas untuk menulis banyak perkara tentang rasa yang terpendam dalam hati.. malah pernah juga diminta oleh rakan-rakan untuk menulis sahaja apa yang terpendam.. terutama bila melibatkan rasa tak selesa.. tak senang.. tak suka tentang sikap sesetengah perangai orang yang berada di sekeliling.. yang mana ingin aku tegaskan tidak hanya tertumpu pada mereka yang senegara.. tapi apa juga ruang lingkup bangsa yang ada disekeliling..

Kadangkala ikutkan rasa hati itu.. sememangnya mahu juga aku luahkan.. dan secara tidak langsung dan langsung.. pernah juga sekali sekala aku selitkan dalam sesetengah entri yang aku tulis.. itupun kadangkala cuba juga dilapik-lapik.. umpama memilih untuk membungkus nasi lemak sama ada dengan daun pisang atau kertas plastik.. yang mana satu mampu menambah rasa pada kesedapan nasi lemak itu.. kata petua.. jika bungkus dengan daun pisang.. nasi lemak itu lebih harum dan lebih sedap.. jika hanya dibungkus dengan kertas plastik.. rasanya.. biasa-biasa sahaja..

Maknanya terpulang pada kitalah untuk memilih cara dan keadaannya.. Kadang kala bertemu dengan rakan-rakan rapat.. baik secara bersemuka atau online (maya).. kadang pernah juga isu ini dicuit.. atau diperkatakan.. Memanglah rasa tak puas hati itu maha besar.. tapi kadangkala aku memilih untuk berdiam diri.. kerana kadangkala aku malas mahu mencurahkan segala yang terasa itu.. bukan soal takutkan pada kebenaran atau takut untuk menghadapi akibatnya.. tapi aku sebenarnya malas nak bermasam muka atau menimbulkan apa-apa rasa yang tidak enak pada hati mereka dan paling utama pada hati aku sendiri..

Sebab itu kadangkala berdiam diri itu lebih baik.. walaupun cukup payah untuk berperang dengan pelbagai rasa dan fikiran.. tapi aku akui.. menulis itu adalah terapi.. terapi untuk melegakan segala rasa yang membengkakkan hati dan otak.. kadang otak sudah cukup santak dipenuhkan dengan segala maklumat.. analisa.. data.. proses.. kompilasi dan keputusan yang saban hari harus dilalui dan dibuat.. Dengan itu aku malas mahu menambahkan lagi satu ruang untuk aku memproses pula perkara yang bukan-bukan.. "I just leave it at the most end of my mind' .. duk diam-diam di situ.. bila rasa perlu difikir nanti aku akan panggil atau selongkar untuk aku fikir.. selagi masa itu belum tiba.. just stay there.. berhibernasi.."

Kadang pernah juga aku berbahas dengan diri dan juga beberapa orang rakan.. untuk apa diperjelaskan sesuatu perkara itu.. terutama bila melibatkan rasa hati dan fikiran.. aku malas sebenarnya.. sebab nanti mulanya fikir seperti mahu menerangkan dan memberikan penjelasan.. bila penjelasan diberikan.. mulalah meleret.. lepas itu berhujah.. bertingkah.. dan akhirnya nanti berakhir dengan rasa lebih tak puas hati dan sakit hati.. so apa yang aku dapat?? mereka dapat? tidak ada apa pun.. buang masa.. buang tenaga.. buang karen.. buang gas.. buang udara jek.. so.. lebih baik diam.. cuma kadangkala aku terlepas jugalah berkata itupun dalam kias-kias bahasa atau bicara..

Ini juga yang terluah secara tidak langsung.. yang pasti hidup mesti relak.. senyum.. gembira.. nikmati selagi mampu.. yang utama pada aku.. perjuangan aku.. kehidupan aku dan keluarga aku.. itu paling utama.. sebab yang lebih memahami adalah mereka yang hidup dan tinggal dengan aku.. yang tak tahu.. atau buat-buat tahu.. biarlah... kerana mereka rasa mereka lebih tahu siapa aku.. mereka yang merasakan begitu.. tapi hakikatnya.. tidak 98% pun tentang aku mereka tahu.. yang mereka tahu adalah apa yang mereka nampak.. biarlah..

Kadangkala nak jek cakap 'Masa aku.. tenaga aku.. duit aku.. kehidupan aku.. itu semua aku yang lalui dan bukan mereka.. adakah aku minta atau pinjam semua itu pada mereka?? Adakah mereka yang bagi masa.. tenaga.. duit pada aku??'

Jawab sendirilah.. aku malas nak jawab.. hehehehe.. faham-faham sendirilah kan..

Lebih baik aku layan diri buat kerja aku.. lepak-lepak.. makan aiskrim asam boi.. lagi nikmat hingga menjilat bibir ahaks.. ;)

5 comments:

julietchun said...

betul apa yg ko ckp, kekdg kita berniat baik utk tegur dan jelaskan kesalahan yg org buat supaya dia sedar dan tak lakukan lagi, tapi org akan ingat kita saja nak sakitkan dan malukan dia. Aku pun kekdg serbasalah bila berdepan dgn org camni,nak berterus terang takut org terasa, nak simpan tapi dlm hati & otak ni dah tepu.

iina said...

Tulah.. nak puaskan hati org mmg susah.. tapi aku tak kisah pun.. yg penting hati aku happy.. hati org.. biarlah.. takde kena ngena ngan aku dan aku taknak fikir.. cukuplah aku fikir pasal keluarga aku & yg benar2 rapat serta ikhlas nak kawan dgn aku..

Ungku Nor said...

huuuu..betuuull..

kadang2 orang tunjuk muka macam tulus ikhlas je padehal mengata kita kat belakang.

maka sudahnya, biarlah akak berebut remot estro dengan anjib..ahakss

lupekanje said...

nak meluah di blog, perlu hati2...sbb ia akan meninggalkan kesan yang tidak di sedari.

Kalu bebetul rasa dgn meluah tu satu kelegaan, baek luah kat blog yg diprivatekan...dah terluahkan??

Klu luah kat blog yg open to public, org yg tk faham, akan berpandangan lain. ....sbb mereka itu tidak mengenali kita.

nz said...

like that cute pic..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin