Wednesday, 1 July 2009

Aku teringat..


Beberapa hari ini aku teringatkan pengalaman aku mengajar separuh masa di pusat latihan felda trolak. Ketika itu aku baru pulang beberapa bulan dari Edinburgh. Atas permintaan seorang rakan baik yang ketika itu masih mengajar di Unitar.. Dia minta bantuan aku untuk mengajar 2 subjek berkaitan Multimedia dan Pedagogi Pendidikan di situ. Pelajar-pelajar itu merupakan pelajar Kolej TAJ Ipoh dan kursus yang mereka ambil diselia oleh Unitar.

Ketika mula mengajar di situ.. tidak ramai pelajar yang mengikuti kursus berkenaan .. seingat aku ada 10 orang lebih sahaja.. dan 2 orang pelajar lelaki.. selebihnya adalah perempuan.. Pengalaman itu aku kira unik sekali.. kerana pusat latihan felda trolak itu banyak meninggalkan kenangan manis buat aku..

Kebanyakan kelas aku waktu itu lewat petang.. dan selalunya aku akan selesai hingga menghampiri ke pukul 9 malam.. berhenti solat seketika dengan menumpang di salah sebuah rumah pelajar berkenaan yang merupakan rumah rehat yang separuh kayu dan batu meninggalkan kenangan yang takkan aku lupa sampai bila-bila.. Terasa tenang dan damai berada di situ.. Setiap rumahnya terletak agak berjauhan antara satu sama lain seperti rumah-rumah di felda-felda.. Semasa memandu ke rumah pelajar itu.. gelap gelita di sekelilingnya.. lampu jalan pun malap-malap jek.. hehehehe

Masih aku ingat lagi memandu lewat malam dari Sungkai ke Tg Malim selepas kelas malam itu.. Seram sejuk juga memandu hampir 1 jam itu.. kerana jalan di situ agak sunyi dan berhutan di kiri dan kanan.. Namun masih ada juga kereta berselisih sekali sekala.. hanya bila tiba ke Slim River barulah hatiku tenang sedikit kerana di situ sudah agak terang dan lebih sibuk.. Sejenak aku rindu memandu di sekitar pekan-pekan kecil berhampiran Tg Malim.. Bidor.. Sungkai.. Trolak.. Slim River (Rumah kawan baik aku.. Mashi).. Behrang 2020 (rumah aku) dan akhirnya Tg Malim.. yang dulu aku sering panggil pekan 5 minit.. yelah.. bukan besar sangat pun.. pusing 5 minit pun dah selesai ;)

Banyak kenangan indah ketika mengajar di pusat latihan felda trolak.. pelajar-pelajar yang ramah dan baik.. mesra.. tidak sombong.. tinggi budi bahasanya.. baik lelaki atau perempuan.. Malah persekitaran pusat latihan itu juga aku kira cukup klasik dan damai.. Tidak lama selepas itu kolej TAJ cawangan Trolak berpindah ke Ipoh.. dan aku tidak lagi mengajar mereka.. dan hari terakhir bersama mereka, kami makan tengahari di sebuah gerai nasi ayam di sungkai.. kata mereka gerai itu sedap nasi ayamnya..

Apa lagi kami ke sana untuk makan tengahari.. tempat duduk belakang penuh dengan pelajar-pelajar.. rasanya hampir 5 orang duduk di belakang dan seorang di depan.. heheheh.. penuh sendat kereta masa itu.. nasib baik sahaja gerai itu dekat sahaja.. kalau kena tahan polis memang carik pasal jelah..

Entah kenapa aku teringatkan kenangan di situ dulu.. entah kemana mereka semua agaknya.. pastinya sudah selesai pengajian dan sudah bekerja di sana sini.. Alahai masa berjalan dengan pantaskan.. Tak mustahil.. dulu anak murid.. lepas tuh jadi rakan sekerja.. dah 2 3 orang pelajar aku yang bekerja bersama aku.. Awal-awal masuk kerja masih fasih ber'puan' dengan aku.. dah lama tuh terus tukar dengan panggilan kakak.. ;)

Bagaimana agaknya perubahan di sekitar pekan-pekan kecil itu ya... mesti dah banyak berubahnya.. Tapi setiap kali aku lalu di pusat latihan felda trolak itu dulu.. pastinya kenangan mengajar pelajar-pelajar di situ akan singgah dalam ingatan..

Pekan Tg Malim.. Mesti dah banyak berubah kot.. Sekarang nie dah musim durian.. mesti ramai pakcik makcik menjual durian di tepi-tepi jalan.. Alahai.. nie teringin nie.. Sapa-sapa yang ada dusun durian tuh.. pos-poslah buah durian kat aku ya.. Tempoyak jangan pos sebab aku tak makan.. ahaks..

9 comments:

ibundo said...

kenangan dulu memang selalu mencuit perasaan terutama kenangan yang manis-manis. susah nak lupa. tau-tau je kenangan lampau dengan masa sekarang dah berlalu berpuluh tahun.
Ina, akak ado dusun durian tapi maleh lah nak pos kek kau. sampai kek kau mosti dah jadi tempoyak wakaka..

julietchun said...

aku ingat DUN dok cakap Behrang 2020 tu dia main2 je, rupanya ada tempat nama cenggitu.Aku pun belum makan durian lagi ni, cuaca kat sini yg panas tak menentu rasanya kurang sesuai untuk makan durian.

AFITI said...

Assalamualaikum.saya pelajar upsi..pnsyarah upsi kan..skg kt glasgow blja eh..i like to read your blog..ada ms silalah ke blog sy..hungry for knowledge..semogapuan mneruskan perjuangan di sana

mashi said...

Ina...

Hang kena abiskan cepat Phd tu...pastu balik ke Tg Malim.. Hai, ni sure terasa homesick ni.. maklum le, dah nak posa. Mesti teringat pasar ramadhan ni.. :)

Apa2pun, kalau ingat kat aku, mai le sini.. sure dah kumpui duit kan...

iina said...

Kak pah

Klu tempoyak den mmg xmkn de kak. Xpolah kak esok den blik adolah rezeki den tu hah

Juliet

sapa lak sesaje nk create Nama tmpt suka2. Klu ko p utara lps lalu tg mlim ye exit ko akan nmpk sign tulis behrg 2020 tuh. Xyah mkn ler tggu aku blik jek.

Afiti

yup. Thanks n insyallah nnti saya singgah ;)

mashi

woit. Bkn aku jek kena blik ko pun sama gak. Aikk takkan xrindu kg kot. Duit insyallah tp christchrch tuh jauh bebeno jek aku rasa. Flight pun 24 jam tau. Ko xingat mesia ke? Hehehe

KTS said...

ko nak derian ke??
alalala.. kesian kat ko...
k.. bagi address ko.. nanti aku pos la...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

errr... pos kulit derian je la eh..

hahahaha...


psssttt... aku surrender klu drive sensorang mlm2.. dah la tmpt yg menyeramkan... eeeeee... berani gak ko eh

aNIe said...

Iina...memang seronok bila mengingati zaman2 sekolah dulu..rasanya masa itulah kenangan itu takkan pernah pudar...seronok

Dah musim derian dah...patutlah iina teringatkan kampung...sebab kat kampung banyak derian eh?

faqir said...

tempoyak bubuh dlm budu..perghss sedapss gilers..melelehs cakap lu

iina said...

Kts

Kalau derian dari ko aku tak nak.. tak pos pun aku rela.. ahaks

Kak Anie

Kg saya takde.. kg pakwe mmg ada dusun.. tuh yg teringat2

Faqir

takpe ko makan ler sesorg akak tak terliur pun hehehhe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin