Friday, 24 July 2009

Soal siasat

Pagi ini aku melangkah dengan bersemangatnya ke CIS.. Seperti hari-hari yang biasa.. yang sentiasa bersemangat tuh hehehehe.. kayuhan kaki juga serasa mudah dan ringan.. Kepala juga terasa sedikit terawang-awang.. saki baki homesick semalam masih lagi terasa dan kepala mula membayangkan ubi rebus dengan sambal ikan bilis.. Teringat pula pecal pucuk ubi.. Betapa sedapnya andai dapat jadi santapan buat sarapan pagi.. tapi apakan daya.. yang ada dalam plastik berwarna kuning jingga 'sainsbury' hanya salad potato yang digaul mesra bersama mayonis dan juga kekacang kuda berserta timun, jagung dan bawang.. Jadilah buat lapik perut yang sudah mula berbunyi..

Ketika menuruni bukit di jalan Montrose.. kelihatan tompok-tompok rumput hijau yang baru lepas dipotong.. Terserlah bauan dedauan hijau yang segar dan membangkitkan lagi rasa rindu pada suasana di kampung.. Teringat bauan yang sama setiap kali aku pulang ke kampung.. terutama ketika menyaksikan ayah sekali sekala memesin rumput lalang di keliling rumah.. atau kadangkala diambil alih oleh si dia (menantu contoh) yang sering membuatkan mak lagi-lagi memuji satu-satunya menantu lelakinya itu.. Yang pasti aku tak cemburu sedikit pun...

Langkah kaki mula bergerak perlahan menahan hentakan kaki ketika menuruni bukit itu.. Langkah yang mula terdorong pantas ke depan cuba diperlahankan.. Mata tersorot ke sebelah kiri jalan... rumput hijau yang dulunya semak kini nampak kemas dipotong bersih.. Yang masih kekal pohonan bunga-bunga lalang berwarna-warni kuning, putih, ungu, merah jambu. Walaupun hanyalah deretan dan kelompok bunga-bunga lalang.. bila diperhatikan semula.. Keunikan dan keindahan itu ada.. Dulu rasanya bila tiap kali laluan jalan singkat itu diambil.. pastinya rumpunan belukar dan bunga lalang itu dilihat dengan mata sebelah sahaja.. bersemak dan terbiar.. Hanya itu yang terlintas di kepala..

Tapi tidak kali ini.. Bila mata mula menyoroti satu demi satu warna-warna yang saling berselang seli.. Indah.. Hanya itu yang bergema dalam fikiran.. Mungkin kerana musim panas akan sampai ke penghujung musimnya.. Mewujudkan sedikit perubahan pada struktur dedauan dan kesegaran kelopak bunga-bungaan.. Terserlah satu rasa yang sukar untuk diertikan.. atau mungkin jua dek sebuah ingatan dan kenangan.. Sesuatu yang dulunya tidak pernah diendahkan.. Bila dibuai dengan sebuah rasa kerinduan.. rasa itu mampu menukar semua keburukan dan kesemakan lalu mencipta sebuah keindahan dan keunikan istimewa.. Ah.. pastinya.. bila ada rasa rindu.. yang buruk pastinya terlihat indah.. yang jahat jua terlihat baiknya.. yang benci hadir sayangnya... yang sedih terlihat gembiranya.. yang duka terlihat suka tawanya.. Ya semakin berlalunya masa.. segala yang dulu terlihat pahit kini serasa si manis gula.. seharum magnolia.. seindah bunga raya.. berseri bak si kembang pagi.. jauh sekali sebusuk bunga tahi ayam.. jauh sekali sekuncup daun semalu.. jauh sekali sekelabu bunga lalang di tepian jalan lintas lalu..

Langkah kaki kini sudah mula menjejaki bangunan menara coklat kelabu itu.. kaki terus melangkah memasuki lif ke tingkat selalu.. tiba-tiba di tingkat 4 lif terhenti dan pintu terbuka.. Seraut wajah bertudung kelabu.. menutupi sebahagian muka dengan kain warna yang sama.. berpurdah dengan kata lainnya muncul entah dari mana.. Dia memandang aku dengan senyuman mesra.. Aku sendiri terkejut kerana dia langsung tidak menekan sebarang butang ke tingkat mana-mana.. Dia berdiri tegak di depan mata dengan sebuah buku nota kecil di tangan kiri dan sebatang pen di tangan kanannya.. lantas salam diberikan dengan mesra.. Aku pasti dia tersenyum manis.. walaupun aku langsung tidak nampak senyuman itu di sebalik kain kelabu yang menutupi separuh muka..


Salam itu aku jawab dengan sebuah senyuman kecil.. Janggal dan hairan.. itu yang aku rasa.. kerana soalan seterusnya seolah seperti sesi soal siasat lagaknya.. Dia berkata

"I want to ask you something"

Aku??? Ahhh??? Tanya apa pula nie..

Mukanya kelihatan berkerut dan tidak pasti bagaimana mahu meneruskan kata-kata.. matanya tertumpu pada buku nota yang dipegang erat.. kerana dia wanita lantas aku dekati tubuh badanku menghampiri tangannya yang memegang buku nota itu.. menjengah apa yang ditulis pada buku itu.. Banyak soalan yang tertulis di situ dengan dakwat pen berwarna hitam.. seketika mata sempat menangkap beberapa baris ayat yang aku tidak begitu pasti apakah maknanya.. walaupun ketara ianya dieja dan ditulis dalam bahasa inggeris.

Aku toleh memandang mukanya dengan sebuah senyuman lagi.. Aku pandang matanya dengan mesra.. Kali ini kelihatan pipinya tertolak ke atas mengambarkan dia juga sedang tersenyum.. matanya kelihatan sedikit bercahaya dan hidungnya juga nampak sedikit kembangnya.. hahahaha.. itu sahaja tanda yang jelas untuk aku lihat sebagai bukti dia sedang tersenyum. Tiba-tiba lif berhenti bergerak dan nombor 11 tertera menandakan aku sudah tiba ke destinasi utama. Dia turut keluar dari lif itu.. Aku kembali hairan.. Apa sebenarnya yang dia mahu tanya??

Sekali lagi dia ulang soalan yang sama pada aku..

"I want to ask you something"

"Yeah.. okay.. go ahead.."

"I would like to know what do you think about this question"

Dia berkata sambil menggariskan soalan yang ditulis pada buku itu dengan menggunakan pen dakwat hitam yang dipegang erat.. Oleh kerana tulisan di buku itu sedikit kecil dan senget benget.. Agak sukar untuk aku baca dan fahami.. Mataku dikecilkan dengan sedaya upaya agar ia dapat ku baca.. Agaknya menyaksikan raut muka aku yang sedikit berkerut, dia lantas bersuara dan membaca soalan itu kepadaku..

"What do you think.. By watching media on the internet will it be taking over the TV?

Aduhai soalan ini.. kata aku.. Aku pandang muka gadis berpurdah itu.. Aku pandang semula soalan yang tertulis dibuku itu.. Aku pandang balik muka gadis itu.. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut aku melainkan

"emm... emmm.. emm.."

"Apa nak jawab nie.." kata hati aku..

Aku jadi hilang kata-kata dan pada masa yang sama juga otak aku mula laju berfikir dan mencari jawapan.. alasan.. fikiran.. idea.. komen.. semuanya seolah bergerak pantas mencari dan mencipta ayat dan bicara..

Mulut lantas bersuara dengan pendapat aku sendiri.. kataku..

"Well.. I think people still need TV and it's one of the way that family can get together while watching their favourite shows.. Emm.. People who access internet or watch tv on the internet mostly watch it one to one basis.. and for people who want access within their own private time.. I don't think that internet have taking over the TV totally.. but there are chances that they could be in the future. It's also depends on what type of groups are you talking to.. if students.. who stay in university accomodation with internet access.. they would prefer to watch tv thru the internet.. coz if they want to have their own tv especially in UK.. they need to purchase and pay for the tv licences which is quite costly. However family may use TV and internet for different purpose and needs.."

Sebenarnya ada lagi penjelasan aku.. tapi secara tiba-tiba aku jadi terlebih rajin untuk ulas di sini.. hehehehe..

Kemudian datang pula soalan seterusnya..

"Do you use internet?"

Aihhh soalan ini.. Silaplah ditanya pada aku yang major komputer sains yang sememangnya mengadap internet baik di PC, Notebook atau telefon Iphone aku..

Lalu aku kata "Yes.. everyday.. I'm a computer science student.. of course I access to internet daily"

"How many hours a day"

Aikk cam soalan kaji selidik jek..

"Around 6-7 hours average"

"wow!!"

Aku senyum lagi.. pelik ke??

"What do you normally do when you access to intenet? email? chatting? searching?"

Memang sah soalan kaji selidik nie.. aku mula menahan gelak..

"Mostly email.. especially when I'm at the university.. either from the department or from my friends.. most of the time I'm searching for the information.. reading papers.. browsing.."

Bab-bab buat coding programming takkan nak beritahu pula.. hehehehe..

Sebenarnya ada lagi soalan seterusnya.. tapi lebih pada penjelasan tentang komunikasi menggunakan internet seperti chatting.. YM.. facebook.. twitter.. myspace.. semua aplikasi komunikasi yang terkenal masa kini..

Akhirnya.. tiba pula giliran aku bertanya..

"Why do you ask me all these questions??"

"I'm going to do a presentation in few minutes and I would like to get some idea.."

Hah.. nak buat presentation.. dan tengah cari idea.. dengan menemubual orang.. wah.. menarik juga cara gadis itu mencari ilham.. kebetulan dia jumpa aku.. patutlah tadi kelihatannya sedikit kelam kabut.. Kebetulan mungkin kerana kami sama bertudung dan muslim.. menyebabkan dia tidak gusar untuk bertanya pada aku.. tapi pelik juga yang dia tekan butang lif tadi tuh sebenarnya nak kemana?? Agaknya dia sedang berfikir bagaimana mahu menjawab soalan demi soalan yang ditulis pada buku nota itu agaknya sambil tidak sedar tangannya menekan butang lif itu..

Sempat jugalah aku tanya nama dia.. dari mana.. buat bidang apa.. department apa.. sebeum kami berpisah di hadapan pintu lif.. Sekurang-kurangnya dia dapat sedikit idea untuk pembentangan itu nanti..

Ya aku kena soal-siasat hari ini.. Berjalan menuju ke bilik study.. aku masih lagi tersenyum kecil menahan rasa gelihati..

Kesimpulannya: Satu cara yang bijak untuk mendapatkan ilham atau idea terhadap sesuatu perkara yang kita rasa tidak tahu.. iaitu bertanyalah.. kerana bila bertanya kita akan dapat sesuatu tak kira kecil atau besar sesuatu perkara itu.. tapi haruslah juga dengan situasi yang sesuai.. Kalau orang itu sedang sibuk dan tergesa-gesa.. jangan pula paksa dan memaksa.. Oh tadi aku tidak dipaksa menjawab.. aku jawab dengan senang hati ya

8 comments:

AFITI said...

salam..ya..sbnrnya cara mudah nk dptkan ilmu..iaitu rajin bertanya jer kan...macam2 ilmu y dpt..dari duk diam...itu...

cik,. nk dptkan ym cik cmner?

Anonymous said...

Salam singgah dari blogresipi :)

KTS said...

ada apa dengan LIF???

.
.
.

err.. tak faham??
nanti ko faham laaaaa..

hihihi

.
.
.
.




aku skrg jrg tgk tv... lambat sgt beritanya...dan kurang telus... hikkksssss
lebih baik aku hadap internet walopon linenya lembap tak hengat...

Tijah said...

aaa...sey nak buek n3 apo lak hari ni yo? buleh bagi cadangan? hehehe

faqir said...

haa kak eden nak tanyo jgak ni haa...ape name aweks tuts??..leh tlg ngorat tuk eden tak??? soklan jgak ni kak..bertanya ehheheh

ibundo said...

wuih.. macam cerpen la entry ko arini. Tongango jap kpah ngikut e.
.
. ekau tak cakap plak ko yang kau gunokan internet untuk bebloging ompek jam sari kehkeh..

iina said...

Afiti

Mencari ilmu mesti rajin bertanya. Id ym saya sama with nama saya kt sini.

Blogresipi

Thanks krna sudi singgah.

Kts

Lif itu adalah..... Klu ko bijak mesti ko tau. Wakakah. Tgk tv bkn tgk berita jelah. Byk cite lain leh tgk

faqir

ekau nie kan. Cubolah doa akak ko nie yg bebaik bebyk. Royan2 xdoh doh. Xmain ler gilo2 nie kan. Xyahlah akak rekomen. Ekau dtg sini dulu baru akak leh rekomen. Ahaks.

Kak Pah

bloging xsmpi 4 jam pun. Sejam pun xsmpi. Kojo melambsk nie kak. Report nk kono sispkan nie. Tempoh maso dh xbyk laei nie kak.

Kaktiny said...

wah.. kagum aku.. cara yg menarik utk cari bahan.. idea tuh.. idea.. hehehhe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin