Thursday, 16 July 2009

Pengorbanan cinta?


Petang tadi sambil mengemas dan menyusun buku-buku bacaan, aku terjumpa sebuah VCD filem hindustan yang dibawa dari tanahair.. Antara filem kegemaran aku.. yang rasanya entah puluhan kali aku menontonnya.. Cerita itu diselitkan dengan lagu-lagu mengasyikkan.. biasalah filem hindustan.. pastinya diselang seli dengan lagu-lagu gemersik dan mengusik jiwa..

Filem itu mengisahkan cerita tentang 2 adik beradik tiri.. Pengorbanan seorang adik terhadap kakak atas dasar cinta seorang jejaka.. Pengharapan untuk mendapatkan kasih seorang ibu.. yang membelanya selepas kematian ayah dan ibu kandungnya (isteri kedua ayahnya). Permintaan saat-saat akhir si ayah memaksa si ibu tiri itu dengan paksa rela membesarkan si adik sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Sepanjang masa itu juga si ibu itu menidakkan dan mengasingkan kasih sayang seorang ibu terhadap si adik..

Menyaksikan pengorbanan cinta dan atas kasih sayang terhadap ibu tiri itu meruntun gelora rasa dan jiwa.. sekali lagi airmata mengalir perlahan.. walau sudah puluhan kali filem itu ditontoni.. pastinya rasa syahdu dan sayu itu akan hadir setiap kalinya.. Sejenak teringat emak dan ayah di kampung seketika.. Teringat juga rasa cinta dan pengorbanan yang pernah hadir dalam kehidupan sendiri..

Pengorbanan cinta.. ya rasa ini adalah sesuatu yang biasa terjadi.. bercinta.. berkasih.. kadangkala tidak semuanya berakhir dengan kebahagiaan.. tidak semestinya berakhir dijinjang pelamin.. tidak selalunya indah bagai diinginkan.. Kadangkala sebuah pengorbanan perlu dibuat untuk kebaikan mereka yang rapat dan utama.. Kadangkala perlu juga dilupakan cinta itu.. demi kebaikan bersama..

Sesiapa yang bercinta pastinya menginginkan kebahagiaan itu milik mereka buat selamanya.. tapi langit tidak selalunya cerah.. panas jua tidak selalunya berpanjangan.. mendung juga tidak semestinya berakhir dengan hujan.. tidak semua yang kita harapkan itu berakhir dengan kesudahan yang mengembirakan.. kadangkala terpaksa dilalui dengan airmata.. dengan kepayahan.. dengan kesukaran..

Pernah dengar ungkapan ini? "Andai anda menyayangi seseorang.. lepaskanlah dia pergi kerana itulah yang lebih baik.. andai dia sudah ditakdirkan untukmu.. pastinya dia akan datang kembali menemuimu"

Ya cinta itu ada pengorbanannya.. Aku sendiri pernah menolak rasa cinta ketika dia mengetuk pintu hati aku semasa mula-mula menjejaki menara gading di UKM dulu.. rasanya puas diminta dan dipujuk rayu.. malah utusan peminangan juga akan dihantar ke rumah andai sahaja aku berkata 'Ya' dengan rasa cinta yang hadir dalam hatinya.. Tapi kerana aku masih belum bersedia.. masih mahu mengorak langkah perjuangan ilmu dan pada masa yang sama juga hati aku sudah dimiliki oleh orang lain terlebih dahulu.. aku buat keputusan untuk menolak rasa cinta itu.. Aku lepaskan dia dengan rasa berat dan terpaksa demi kebaikan bersama.. walaupun aku tahu akibat daripada tindakan itu melukai hatinya sedalam-dalamnya..

Namun seperti kata-kata itu.. Andai menyayangi seseorang lepaskanlah dia.. kerana andai dia ditakdirkan milikmu.. pastinya dia akan hadir ke sisimu diakhirnya.. dan itulah yang terjadi pada aku.. selepas hampir 5 tahun.. tidak pernah aku menduga.. yang aku akan temui dirinya semula... Tidak pernah juga menyangka akan ada lagi pertemuan itu..

Yang pasti.. aku seharusnya berterima kasih dengan emak.. kerana emaklah yang bertanggungjawab memberi nombor telefon rumah sewaku kepada dia.. dan pada malam yang sama itu jugalah emak menghubungiku. Emak berterus terang denganku tentang tindakannya memberikan nombor telefon itu kepada dia.. dan masih aku ingat kata-kata mak.. "esok lusa tuh.. dia telefon ler tuh".. Panggilan dari mak itu cukup mengejutkan aku.. Sejenak aku tergamam untuk mengucapkan kata-kata.. hanya aku mampu membalas dan menjawab.. "ok.. ahah.." Bibir aku kelu seribu bahasa dan aku terpaksa akur dengan kata-kata mak itu.. Benarlah kata mak.. keesokan harinya.. dia hubungi aku.. dan hadirlah kemesraan persahabatan yang telah lama ditinggalkan.. 2 tahun selepas panggilan dari mak itu.. Kami bersetuju untuk mengikat rasa cinta itu dengan perkahwinan.. Si dia kini.. dialah yang pernah aku korbankan rasa cinta itu..

Pengorbanan.. ya.. pengorbanan itu tidak hanya berlandaskan pada rasa cinta kepada manusia.. kadangkala juga kita perlu berkorban demi maruah.. bangsa.. agama... keluarga dan paling utama untuk diri sendiri.. namun apa juga pastikan jua setiap pengorbanan itu berada pada landasan yang benar.. dan tidak terpesong pada sesuatu yang membawa kemusnahan dan kerosakan.. fizikal mahupun jiwa..

Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua hingga ke akhir hayat kami.. Andai ada lagi pengorbanan yang perlu dilakukan.. biarlah demi sebuah kebaikan dan kebahagiaan.. Insyallah..

8 comments:

Tijah said...

kehkehkehhhh!!! tongah jiwang kosan eh minah ni yo???

ibundo said...

macam crito hindustan plak crito kau ni. Botul lah kalau dah jodoh tak komano kan? Ekau larang larang pun dio datang jugak kek kau.

Kaktiny said...

salam sahabatku sayang....
aku tahu citer tuh..
yg pretty zinta ngan rani mukhreje berlakon tu kan kan kan... hihihihi...

betul.. "if you love someone, let him be, set him free... if he loves you, he will come back and you will know that love is yours... hihihi"..
- ini tagline 'love story' aku masa tingkatan lima dulu.. kahkahkah...

dan.. "Allah lebih tahu siapa pasangan terbaik utk kita"..
- aku akur dgn kalimah itu.. kerana aku dicintai oleh orang lain, menyintai orang lain dan berkahwin dengan orang lain.. aku nampak hikmah yg Allah anugerahkan pada aku dgn memberikan 'suami' aku ini menjadi pasangan hidupku..
(setelah 3 kali buat istikharah weh..)

semoga kita semua kekal bahagia dunia dan akhirat...

amiiinnnnn.....

faqir said...

Cinta juga adalah sebuah PENGORBANAN..yupss..eden stuju banget sama llooo..kak ekau ni knape..baru je dpt jam kihhss3 dh mule meroyan..kalo dpt anak pergh tatau aa..mau bersyukur hihiks

Mak Su said...

dalam percintaan, maksu pun percaya macamtu

julietchun said...

kuat semangat betul pakwe ko yer. pstttt: dia ada adik lelaki2 tak? sedara mara pun buleh,ekekekekeke.

Ibu Isteri dan Insan biasa said...

Aiseh, jiwang le pulak ko ni Na... weh, aku nak recommend satu citer melayu top la ni.. : Nur Kasih.
La ni baru episod 8 ditayangkan kat TV3, setiap Jumaat jam 9.. total 26 episod.

Aku ngan hubby sampai terpaksa beli banyak kotak tisu ooo..

Tapi, citer ni mmg best Na.. Dah lama aku tak jumpa citer melayu yang berkualiti mcm ni.

Jangan lupa nonton bila free..hehe... kisahnya pengorbanan abang kepada adik lelaki pulak...

iina said...

Tijah

hahahah den lopeh tgk hindustan lah jah.. jiwang sat.. eleh cam tak biaso lak ekau nie

Kak Pah

Yo kak.. dah jodoh nak buek camno.. larik sembunyi pun kalau dah mmg dio.. totap dio

Tiny

hehehehe.. biasa ler jiwang aku nie.. bukan pe lama sungguh aku tak tgk filem hindi.. tup2 semalam tgk.. layan perasaan ler sorg2 diremang2 waktu hujan sejuk tuh wakakakah.. semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat kita

Faqir

Takdo doh meroyan ye.. hanya teringat kenangan lama.. lagi pun bila jiwang tuh maknanya rasa cinta itu masih kekal utuh dan kuat.. hahahah.. ekau nie duk menyebut pasal anak yo nie.. ado po2 ko.. ko doakan akak ko nie bebyk.. Insyallah

Maksu

bercinta semestinya ada pengorbanan.. malah dalam kehidupan pun pasti ada ;)

Juliet

adik ipar aku dah kawin.. sepupu sepapat.. idak ler aku tau.. adik aku single lagik.. tapi aku rasa dia dah ada awek ler hehehhe.. takpe nnti si romeo mu bakal hadir tak lama lagik

Mashi

Aikk.. sejak bila ko bertukar cerita melayu nie.. udah tak melayan cite korea ngan cina lagik ke?? nie mesti penangan rindu mesia nie.. aku jrg2 sgt tgk tv mesia tuh.. entah maybe aku malas nak duk depan notebook sambil layan tgk cite.. lebih suka tgk tv terus.. nantilah aku tgh plan nak beli tv flat skrin.. aku nak wat operasi selepas itu hehehehe.. layan mashi jgn tak layan..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin