Friday, 7 August 2009

Apa ada di sana?


Dulu bila aku tanyakan pada pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah aku.. apa istimewanya pekan tempat mereka menuntut ilmu.. kebanyakan mereka memandang aku dengan satu pandangan yang kosong.. Bila aku tanya kembali apa yang menarik di sekitar pekan itu.. mereka sekali lagi memandang aku dengan muka yang berkerut.. Bila aku tanya lagi dimanakah pemandangan yang indah sekitar pekan dan kampus.. sekali lagi mereka memberikan aku pandangan yang cukup 'poyo' atau bahasa rocknya 'muka seposen'.. Bila ditanya lagi apa yang menarik di pekan ini.. sekali lagi mereka memandang aku dengan pandangan bosan tapi kali ini disertai dengan jawapan pelajar wanita yang begitu pasti 'kain.. tudung'.. hahaha aku pasti akan tergelak bila mengingati setiap raut muka mereka itu..

Aku kira tidak ada bezanya juga apa yang aku rasa buat pertama kalinya bila aku menjejakkan kaki ke kampus itu.. Tahun 2000 menyaksikan aku memulakan kerjaya sebagai seorang 'tutor' di situ. Nama Tanjong Malim itu cukup sinonim dalam hidup aku kerana di situlah ayah pernah menuntut ilmu perguruan. Di Maktab Perguruan yang cukup terkenal itu.. malah sijil-sijil ayah juga pernah aku tatap dan lihat di sebalik laci almari kayu lama di bilik mak..

Malah ketika berada di alam persekolahan.. dalam bab-bab tertentu matapelajaran sejarah.. pastinya nama Maktab Perguruan Sultan Idris cukup dekat dan terkenal kerana pernah melahirkan ramai tokoh-tokoh akademik.. terpelajar.. politik.. bahasa.. yang cukup terkenal dan berkaliber pada tahun-tahun kegemilangannya..

Menjejaki semula tanah 'ibu kandung suluh budiman' mengamit banyak kenangan silam.. Kedudukan pekan yang strategik.. pemandangan gunung ganang dan banjaran titiwangsa yang menyambut kedatangan setiap pelajarnya cukup mempesonakan.. Jika tidak percaya.. bila sahaja melepasi 'exit' Tg Malim/UPSI.. berikan tumpuan mata pada banjaran titiwangsa yang terletak di belakang pondok bayaran tol.. Di situlah salah satu lokasi pemandangan yang cukup mempesonakan.. deretan banjaran itu seolah tidak ada putusnya.. dan membangkit pelbagai rasa dalam jiwa..

Pekan itu kecil sahaja.. yang istimewa lagi.. Pekan ini terletak selepas sebuah jambatan kecil yang memisahkan sempadan negeri Selangor dan Perak.. Bila sahaja mahu melintasi jambatan ke pekan itu pastinya kelihatan tugu besar berwarna putih tertera perkataan 'Perak' dan 'Selamat Datang' menyambut anda dengan mesranya.. Sahlah selepas anda menyeberangi jambatan itu.. anda kini sudah memasuki negeri Perak.. cukup dramatis kan.. kerana mudah ke 2 buah negeri pada hari yang sama dengan hanya melintasi jambatan sungai bernam.. malah ramai juga rakan yang menyewa dan mempunyai rumah di sebelah negeri Selangor dan bekerja di sebelah negeri Perak..

Teringat cerita ayah dulu.. ketika pengistiharan syawal hendak dibuat pada sekitar tahun yang aku lupa bila.. ketika itu belum ada lagi pengisthiharan yang sama selaras bagi seluruh negara.. Setiap negeri punya kuasa untuk mengistiharkan ketentuan berpuasa dan berhari raya.. Kebetulan pada ketika itu.. di sebelah Perak mengistiharkan raya sehari awal.. manakala di sebelah Selangor keesokan harinya.. Kerana penduduk di sekitar Tg Malim tinggal berhampiran dengan sempadan selangor dan perak.. bila sahaja melintasi jambatan ke pekan Tg Malim.. mereka akan berbuka puasa kerana di Perak semua penduduknya sudah berhari raya.. namun bila melintas balik ke negeri Selangor.. mereka terpaksalah sambung semula berpuasa.. Nasib juga kini sudah diselaraskan seluruh negara.. Teringat kes berhari raya yang berbeza di London, Edinburgh dan Glasgow.. selalunya mesti Glasgow raya sehari lewat dari London & Edinburgh.. walhal edinburgh tuh hanya 45minit perjalanan.. kalau yang duduk sempadan Edinburgh Glasgow tuh.. mesti boleh lompat daerah.. masuk daerah nie puasa.. masuk daerah sana raya.. hahahaha..

Apa ada di sana??

Pada aku di sana ada banyak anak-anak sungai dan kawasan air terjun.. kerana dikelilingi kawasan berbukit dan bergunung-ganang.. malah dulu aku sering mengambil air mata air di sebuah kawasan perumahan.. air itu jernih dan tidak keruh.. Aku dan Mashi pasti akan ke sana membawa tong-tong air untuk menadah air tersebut.. yang seronok.. airnya laju dan proses menadah dapat dilakukan dengan cepat..

Pemandangan banjaran titiwangsa yang cukup memukau mata.. ada beberapa sudut di sekitar pekan dan kampus itu yang mengamit pemandangan yang indah itu.. antara lokasinya..

Di tengah-tengah jambatan yang menghubungkan pekan Tg malim dan kampus UPSI. Dari pekan Tg Malim.. naiki jambatan menuju ke arah Slim River.. Di tengah-tengah jambatan itu terbentanglah deretan banjaran titiwangsa.. seperti mana yang sempat aku rakamkan dalam entri sebelum ini..

Sebelum dan selepas memasuki pondok bayaran tol Tg Malim..

Dalam kampus juga ada beberapa sudut yang sering menjadi perhatian aku.. (gambar takde ya tak berkesempatan untuk dirakamkan)

Pemandangan di belakang bangunan Suluh Budiman..

Dari sudut tingkap terbuka di sayap sebelah kanan dimana-mana tingkat bangunan canselori.. di situ menyajikan pemandangan deretan gunung-ganang.. Ketika pejabat dan bilik-bilik pensyarah masih di bangunan canselori.. aku sering ke tingkap terbuka di sayap sebelah kanan untuk menikmati pemandangan itu..

Di tengah-tengah jalan yang memisahkan Kompleks Malim Sarjana dan pondok pengawal pintu selatan..

Ada lagi.. rasanya.. tapi ingat-ingat lupa.. mungkin juga sudut pemandangan itu sudah berubah kini???

Apa ada di sana?? Setiap kita pasti punya kenangan pada tempat yang dibesarkan.. bermain.. bersekolah.. menuntut ilmu.. mencari rezeki.. Setiapnya ada kelebihan masing-masing..

Entri ini tidak ada kena-mengena dengan rasa ingin balik ke tanahair ya.. sebab masa untuk kembali tuh dah tak lama.. Hanya harapan dan doa sahaja yang aku pinta untuk kalian doakan aku pulang dengan kejayaan.. Insyallah

Thursday, 6 August 2009

Tepusi


Tepu + Tensi = Tepusi

Itulah yang aku rasa 3 hari ini..

Pelbagai rasa menyusuri fikiran dan hati..

Rasa ingin sahaja menghunus pedang.. tapi pegang pun tak berani..

Ingin menembak tepat.. tapi senapang pun tak dipunyai..

Ingin diletup-letup.. tapi letupan dalam hati dah cukup berisi..

Ingin diketuk-ketuk.. tapi lesung batu yang ada pun jarang berbunyi..

Sabar.. sabar.. aku ingati kata-kata sahabat dan diri..

Kehilangan itu tidak seberapa.. tapi hikmahnya pasti ada..

Hilang sedikit.. dapat kembali rezeki yang lain pula..

'Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar'

Itu sahaja yang aku pegang buat masa ini.. Insyallah..

Sabarlah hati.. Semoga aku mampu bertahan dan terus bersabar diri

Kucing itu sedang buat senaman kekuatan tangan ya..


Monday, 3 August 2009

Gunung & lautan

Pasti ada di mana jua..

Walau apa nama negara dan tempatnya..

Keindahan itu ada di mana-mana..

Musim gugur di 'Highland' Scotland penghujung 2007.

Musim sejuk di 'Highland' Scotland pada awal tahun 2008.

Musim gugur di 'highland' Scotland 2008.Musim sejuk di 'Highland' Scotland pada awal tahun 2009.

Dalam perjalanan dari Malaga ke La Linea waktu musim bunga, di Andalusia 2009.

Gibraltar 2009.

Granada Andalusia 2009.

Pergunungan Sierra Nevada Andalusia 2009.

Musim bunga di Oslo Norway 2009.

Musim bunga di Istanbul Turki 2009
Musim Panas di Andorra 2009.
Musim panas di Uig, Isle of Skye, Scotland 2009.

Antara bentuk mukabumi di Isle of Skye.
Dalam perjalanan ke Portree.

Deretan banjaran titiwangsa, pemandangan atas jambatan dari pekan Tg Malim ke Behrang 2020, sekitar tahun 2006.

Antara pemandangan indah dalam kampus UPSI 2006.
(Mungkinkah kini pemandangannya sudah berubah??)


Friday, 31 July 2009

Warna Senja

Alangkah indahnya warna kuning jingga waktu senja..

Walau kemana jua bumi dipijak..

Walau kemana jua kaki melangkah

Walau kemana jua negara yang dijejaki

Warna senja itu pastinya sama..

Senja dalam perjalanan mengelilingi 'highland' dan lautan di utara Scotland.

Senja di Oban, Scotland.

Senja di Cordoba, Sepanyol.

Senja dalam perjalanan dari Gothenburg,Sweden ke Oslo, Norway.

Senja di Istanbul, Turki.

Senja di Barcelona.

Senja di Perancis, dalam perjalanan dari Perpignan ke Toulouse.

Senja di Glasgow.

Senja di tanahair..
Dalam perjalanan balik dari Tg Malim ke Banting..

Thursday, 30 July 2009

Yang terpendam.. yang terluah


Sebenarnya pernah juga terlintas untuk menulis banyak perkara tentang rasa yang terpendam dalam hati.. malah pernah juga diminta oleh rakan-rakan untuk menulis sahaja apa yang terpendam.. terutama bila melibatkan rasa tak selesa.. tak senang.. tak suka tentang sikap sesetengah perangai orang yang berada di sekeliling.. yang mana ingin aku tegaskan tidak hanya tertumpu pada mereka yang senegara.. tapi apa juga ruang lingkup bangsa yang ada disekeliling..

Kadangkala ikutkan rasa hati itu.. sememangnya mahu juga aku luahkan.. dan secara tidak langsung dan langsung.. pernah juga sekali sekala aku selitkan dalam sesetengah entri yang aku tulis.. itupun kadangkala cuba juga dilapik-lapik.. umpama memilih untuk membungkus nasi lemak sama ada dengan daun pisang atau kertas plastik.. yang mana satu mampu menambah rasa pada kesedapan nasi lemak itu.. kata petua.. jika bungkus dengan daun pisang.. nasi lemak itu lebih harum dan lebih sedap.. jika hanya dibungkus dengan kertas plastik.. rasanya.. biasa-biasa sahaja..

Maknanya terpulang pada kitalah untuk memilih cara dan keadaannya.. Kadang kala bertemu dengan rakan-rakan rapat.. baik secara bersemuka atau online (maya).. kadang pernah juga isu ini dicuit.. atau diperkatakan.. Memanglah rasa tak puas hati itu maha besar.. tapi kadangkala aku memilih untuk berdiam diri.. kerana kadangkala aku malas mahu mencurahkan segala yang terasa itu.. bukan soal takutkan pada kebenaran atau takut untuk menghadapi akibatnya.. tapi aku sebenarnya malas nak bermasam muka atau menimbulkan apa-apa rasa yang tidak enak pada hati mereka dan paling utama pada hati aku sendiri..

Sebab itu kadangkala berdiam diri itu lebih baik.. walaupun cukup payah untuk berperang dengan pelbagai rasa dan fikiran.. tapi aku akui.. menulis itu adalah terapi.. terapi untuk melegakan segala rasa yang membengkakkan hati dan otak.. kadang otak sudah cukup santak dipenuhkan dengan segala maklumat.. analisa.. data.. proses.. kompilasi dan keputusan yang saban hari harus dilalui dan dibuat.. Dengan itu aku malas mahu menambahkan lagi satu ruang untuk aku memproses pula perkara yang bukan-bukan.. "I just leave it at the most end of my mind' .. duk diam-diam di situ.. bila rasa perlu difikir nanti aku akan panggil atau selongkar untuk aku fikir.. selagi masa itu belum tiba.. just stay there.. berhibernasi.."

Kadang pernah juga aku berbahas dengan diri dan juga beberapa orang rakan.. untuk apa diperjelaskan sesuatu perkara itu.. terutama bila melibatkan rasa hati dan fikiran.. aku malas sebenarnya.. sebab nanti mulanya fikir seperti mahu menerangkan dan memberikan penjelasan.. bila penjelasan diberikan.. mulalah meleret.. lepas itu berhujah.. bertingkah.. dan akhirnya nanti berakhir dengan rasa lebih tak puas hati dan sakit hati.. so apa yang aku dapat?? mereka dapat? tidak ada apa pun.. buang masa.. buang tenaga.. buang karen.. buang gas.. buang udara jek.. so.. lebih baik diam.. cuma kadangkala aku terlepas jugalah berkata itupun dalam kias-kias bahasa atau bicara..

Ini juga yang terluah secara tidak langsung.. yang pasti hidup mesti relak.. senyum.. gembira.. nikmati selagi mampu.. yang utama pada aku.. perjuangan aku.. kehidupan aku dan keluarga aku.. itu paling utama.. sebab yang lebih memahami adalah mereka yang hidup dan tinggal dengan aku.. yang tak tahu.. atau buat-buat tahu.. biarlah... kerana mereka rasa mereka lebih tahu siapa aku.. mereka yang merasakan begitu.. tapi hakikatnya.. tidak 98% pun tentang aku mereka tahu.. yang mereka tahu adalah apa yang mereka nampak.. biarlah..

Kadangkala nak jek cakap 'Masa aku.. tenaga aku.. duit aku.. kehidupan aku.. itu semua aku yang lalui dan bukan mereka.. adakah aku minta atau pinjam semua itu pada mereka?? Adakah mereka yang bagi masa.. tenaga.. duit pada aku??'

Jawab sendirilah.. aku malas nak jawab.. hehehehe.. faham-faham sendirilah kan..

Lebih baik aku layan diri buat kerja aku.. lepak-lepak.. makan aiskrim asam boi.. lagi nikmat hingga menjilat bibir ahaks.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin