Wednesday, 8 June 2011

Tabiat yang dah terbiasa..

Setiap orang ada tabiat masing-masing.. Ada yang jenis suka 'organise' tindak tanduk dia.. termasuklah dalam berpakaian.. bekerja.. mengurus diri atau mengurus rumah tangga.. rumah takde tangga pun boleh diurus gak.. hehehe..


Ok mari kita kongsi tabiat terbiasa atau luar biasa..

1. Kalau pakai jaket.. walau apa juga jenis jaket yang aku pakai mengikut musim.. tabiat aku.. poket kiri mesti letak handphone.. dan poket kanan mesti letak kunci dan pass bas.. cuma kadang2 bila bersarung tangan masa musim sejuk.. aku ikut suka nak letak poket mana.. kiri pun ok.. kanan pun ok.. tabiat nie memang tak boleh ubah.. sebab tangan kiri lebih selesa pegang handphone sebab hari-hari aku memang dengar lagu di Iphone dan tangan kiri berfungsi untuk tukar dan pilih lagu setiap kali aku bergerak.. tangan kanan lak.. senang nak seluk ambik pass bas bila nak baik bas dan ambil kunci rumah.. bila nak buka pintu.. (pernah cuba tukar.. tapi aku rasa kekok.. sebab bila nak buka pintu.. aku terseluk poket kanan.. cari2 takde kunci.. nak tukar lagu.. guna tangan kanan rasa kekok)

2. Beg yang aku pakai.. sama ada sling-bag atau handbag.. mesti di bahu kanan.. cuma kalau beg itu terlalu berat dan panjang talinya.. aku akan pakai secara selempang.. dari bahu kiri ke kanan.. sebab bahu aku akan sakit kalau terlalu lama bawa beg yang berat2.. pernah cuba pakai di bahu kiri.. tak reti kekok... ;)

3. Poket seluar aku.. apa yang aku letak dalam poket jaket.. benda yang sama juga aku apply pada poket seluar.. handphone kena poket kiri.. dan kanan.. kunci atau siling.. kalau duit kertas pun aku akan letak di poket kanan (abislah.. kalau sapa nak rompak.. dah tau dah poket mana nak seluk.. ok kita letak duit kat tempat yg mak2 kita dulu letaklah.. ahaks)

4.  Asingkan siling dan duit kertas.. Ini aku terbiasa kat sini.. duit kertas aku memang dalam purse.. tapi duit siling aku memang ada purse khusus untuk siling.. so bila nak membayar aku akan keluarkan dua-dua purse ini.. Terpaksa asingkan sebab kat sini banyak dapat duit siling 1p.. 5p.. tapi yang 1p tuh cukup banyak.. kalau letak dalam purse bersama duit kertas.. alamat kembunglah purse aku tuh.. so untuk mudahkan kerja.. letak dalam purse siling berasingan.. pernah gak lupa nak bawak purse siling nie bila keluar rumah.. rasa ralat sebab dalam tuh cukup banyak duit siling..

5. Disebabkan duit siling 1p aku cukup banyak.. kadang2 bila kira boleh sampai 30p (maknanya ada 30 keping siling 1p tuh), maka perkhidmatan mesin bayar sendiri yang terdapat di tesco, sainsbury atau asda menjadi kegemaran aku.. Sebabnya.. masa nielah aku leh kurangkan beban membawa duit siling yang banyak tuh.. katalah barang yang aku beli itu harga dia £3.95p  aku akan cuba bayar semua itu dengan menggunakan siling yang ada.. biasanya £3 itu aku akan bayar menggunakan 3 keping siling £1 dan bakinya.. sedaya upaya aku cuma bayar dengan menggunakan siling 1p, 5p, 10p sampailah bilangan 1p tuh agak2 nak habis hehehe.. Selalu buat benda nie dengan muka selamba.. nasiblah sapa yang duk tunggu giliran nak guna mesin tuh hehehe ;) bolehlah cuba kalau nak kurangkan beban duit siling tuh.

6. Tabiat minum kopi.. Ini aku dah terbiasa kat sini.. sebab rata-rata budak2 research kat department aku semua minum kopi.. sebab ada mesin grind kopi kat pantry.. tapi diorg semua minum kopi tanpa gula dan susu.. kalau yang memang jenis tak minum kopi nie oklah kot.. tapi sejak aku duk sini.. aku dah terbiasalah.. pagi sebelum buat keje mesti nak minum kopi atau cappucino dulu.. baru mata segar nak buat keje.. skrg dalam proses tukar dan kurangkan minum kopi.. tapi kalau lama tak minum mesti rasa semacam.. Sekarang cuma minum milo atau hotchocolate lak... dan kini mula bertukar pada teh berperisa buah atau sekadar teh biasa.. dah mula stop minum kopi.. ;)

7. Kerepek kentang walkers.. Ini adalah fav aku.. seingat aku.. mana-mana rata penduduk sini.. atau org yang dah lama duk sini.. mesti akan makan benda nie.. Ini macam makanan utamalah kiranya.. sebabnya.. kerepek kentang ini memang sedap.. yang korang makan kat mesia tuh tak sedap ok hahaha.. tanyalah mana-mana orang yang pernah study kat sini.. kalau tak pernah makan crisps.. alahai.. U betul2 tak explore citarasa sini.. Aku paling suka perisa cheese and onion.. ready salted oklah so so.. but ada juga yang suka makan salt and vinegar.. aku tak suka sebab masam2 cuka.. Dulu pernah ada kata aku.. makan benda nie cam makan junk food.. nope crisps kat sini bukan junk food.. tapi cam makanan kerepek ubi atau pisang.. kat negara kita.. Ada kawan aku.. lunch dia takat makan roti 2 keping dan di tengah2 letak crisps nie.. sedap aje kalau dah lapar.. Stok crisps nie memang ada jek dalam laci aku.. sedap jek mengunyah.. mak aku datang sini pun.. rasa kerepek kentang nie pun kata sedap.. laju aje aku tengok mak aku makan.. cam makan kepek ubi jek hehehe ;)

8. Berstokin dan berjaket.. Ini adalah lumrah berpakaian di negara 4 musim.. jaket nie jarang sangat tinggal.. dan ada 4 jenis jaket utk 4 jenis musim.. hahaha.. bilangan jaket tak usah dikata.. dah 4 thn nie.. Tengok almari jaket banyak sungguh.. yang pendek.. yang sedang.. yang panjang.. yang nipis.. yang kain.. yang kalis air.. yang tebal.. yang berat.. name it.. semua ada.. itu belum kira warna lak.. macam-macam.. kalau kat kerusi meja study aku tuh.. aku letak adalah 5 6 jaket.. agak2 ari nie nak pakai jaket nie.. tinggal ambik jek.. nak jaket yang itu.. sarung jek... macam-macam jenis jaket ada.. karang ada sales.. murah.. beli lagik jaket hahaha... Nak buat camna.. pakai jaket ini pakaian utama.. hanya 2 3 kali jek aku pernah tak pakai jaket.. masa musim panas yang betul2 panas.. tapi biasanya jaket tetap bawak gak.. cuma kalau panas.. aku sangkut kat beg dan jalan berlenggang.. ohhh seronok betul masa tuh..  Tapi cuaca dan suhu kat scotland nie.. jangan mimpilah nak panas selalu.. 4 season tuh bukan apply ikut musim ok.. kadang2 summer pun leh rasa 4 musim tuh sekali.. Stokin.. juga pakaian utama.. jarang sebenarnya aku keluar rumah tanpa pakai stokin.. cuma ketebalan stokin itu aje yang berbeza mengikut musim.. tetap gak pakai stokin.. walau kemana2 pun.. ;)

9. Makan coklat. Kat sini coklat murah giler.. terutama kalau nak X'mas.. nak easter.. maka banyaklah kedai dan supermarket jual coklat.. macam-macam coklat ada.. Masa x'mas tahun lepas.. aku dapat coklat celebration.. then colleague aku lak bawak 1 botol coklat quality street.. adalah 2 kotak coklat dalam bilik aku nie.. puaslah makan coklat.. tapi fav coklat aku adalah coklat lindt.. memang best.. makan pun kadang2 tak sedar diri hehehe.. masuk mulut kejap aje selesai.. pastu tangan pun laju aje ambik satu lagik ;)

10. Pakai moisturiser atau lotion tangan/badan. Ini wajib di negara 4 musim. Terutama pada musim sejuk, jika tidak tahap kekeringan kulit amat ketara, kalau tak pakai, boleh buat kulit gatal-gatal sebab terlalu kering dan mengelupas. Lagi pula kita kerap mandi pakai air panas kan.. So benda nie memang buatkan kulit kita jadi lebih kering. Apatah lagi bila kita kerap berwuduq, lepas tuh mesti kena sapu moisturiser atau pun lotion. Sampai kalau kemana-mana pun benda ini adalah benda wajib dalam beg. Satu lagi lip balm atau pelembab bibir. Faktor yang sama bibir juga kerap kering dan boleh merekah dan berdarah kalau tak disapu dengan pelembab nie. Ini bukan sahaja apply untuk perempuan ye malah lelaki pun pakai sekali. Dulu pakwe tak suka pakai lotion nie walaupun berkali-kali dah ingatkan. Bukan apa tengok kulit dia kering sangat. Now lotion E45 kat bilik tuh pun dia yang pakai hari-hari dan tiap-tiap hari juga dia sapu lotion kat tapak kaki sebab terlalu kering sangat.

Entri nie sebenarnya dah lama aku taip (rasanya dari tahun lepas ahaks).. cuma tak di 'publish'..
Biasalah kalau dah penyakit 'M' tuh datang.. memang lah..
Amatlah berguna time malas nak update hehehe ;)
Lepas nie bolehlah kongsi sikit2 tabiat yang terbiasa korang ye..



Sunday, 5 June 2011

To my beloved..

My 1st ever home made birthday cake..

Stopping by for a while..
Just wanna written 'Birthday Wishes' to my beloved Hubby..
'May Allah Bless You' all the way..

Semoga panjang umur..
Diberikan kesihatan yang baik..
Dimurahkan rezeki..
Serta jodoh kita tetap kekal hingga ke syurga..
Always luv you..
and always be..

Peaton,
Argyll and Bute Scotland

-30 May 2011-
A short trip during Monday May Day holiday..
One of the days that we spend time out together..


The old believe everything;
the middle aged suspect everything:
the young know everything.

-Oscar Wilde-

Old age: A great sense of calm and freedom.
When the passions have relaxed their hold,
you may have escaped, not from one master but from many.

- Plato-

A birthday:—and now a day that rose
With much of hope, with meaning rife—
A thoughtful day from dawn to close:
The middle day of human life.

- Jean Ingelow-

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)”.
(Bukhari)

Monday, 23 May 2011

Taking a break..

One sunny evening
While I was walking home..
Passing thru Victoria Bridge..
-River Clyde-
Glasgow


Blog ini akan berehat sementara waktu..
Hingga diberitahu kelak..
Wassalam

Friday, 20 May 2011

Di hening pagi hari

Pagi di Glasgow
Mata terpaku seketika melihat tenang dan nyaman udara pagi hari

7 Tips Motivasi pagi (dari sini)

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Each morning sees some task begin,
Each evening sees it close; Something attempted, something done,
Has earned a night's repose

-Henry Wadsworth Longfellow-

The moment when you first wake up in the morning is the most wonderful of the twenty-four hours. No matter how weary or dreary you may feel,
you possess the certainty that,
during the day that lies before you, absolutely anything may happen.
And the fact that it practically always doesn't, matters not a jot.
The possibility is always there.

-Monica Baldwin-

Probably the happiest period in life most frequently is in middle age,
when the eager passions of youth are cooled,
and the infirmities of age not yet begun;
as we see that the shadows,
which are at morning and evening so large,
almost entirely disappear at midday.

-Eleanor Roosevelt-

Welcome every morning with a smile.
Look on the new day as another special gift from your Creator,
another golden opportunity to complete what you were unable to finish yesterday.
Be a self-starter.
Let your first hour set the theme of success and positive action that is certain to echo through your entire day.
Today will never happen again.
Don't waste it with a false start or no start at all.
You were not born to fail.

-Og Mandino-

Selamat Pagi Glasgow..
(Publish : Pukul 2.00 pagi di sini)
Selamat Pagi Malaysia..
(Pukul 9.00 pagi di sana)

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru (Pendidik)


Buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku menjadi manusia..
Pada semua rakan-rakan yang bergelar guru, pendidik, tutor, pensyarah yang tanpa jemu mendidik dan mengajar anak bangsa..
Pada semua bekas pelajar yang kini melata di seluruh pelusuk negara mendidik tanpa rasa putus asa..
Pada rakan sejawat yang masih setia mencurah ilmu pada bakal-bakal pendidik dengan semangat membara..

Dari tidak tahu mengira kini bijak menyelesaikan rumus angka..
Dari tidak tahu mengeja kini bijak menulis madah pujangga..
Dari tidak tahu membaca kini bijak menulis cerita..
Dari sedikit ilmu kini semakin bertambah pengetahuannya..
Dari cetek upaya kini semakin matang peribadinya..
Dari malu-malu berbicara kini semakin yakin melontar pendapat dengan bijaksana..

Tanpa guru takkan wujud apa jua jawatan di dunia..
Tanpa guru sekecil-kecil kerja pasti takkan sempurna..
Tanpa guru kita pasti takkan dapat menjadi insan berhati waja..
Tanpa guru kita tidak akan punya cita-cita..

Selamat hari guru buat semua pendidik di mana sahaja anda berada..
Semoga Allah kurniakan keberkatan ilmu dan kemurahan rezeki sentiasa..
Didiklah dengan rasa ikhlas dan tanpa jemu di dada..

-Bangunan Malim Sarjana-
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim Perak.

(2006)

Buat Lan..
Akak saje jek letak gbr nie..
Bagi ko teringat2 jek..
Nanti kim salam rindu ok..

Selamat Hari Guru
'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin