Thursday, 14 April 2011

Mengintai di sebalik jendela..

Lokasi : SDS Seminar room

Di sebalik jendela ini..
Ku pandang hari demi hari..
Dari subuh hingga terbit mentari..
Hitam dan putih warnanya datang silih berganti..

Mengintai di sebalik jendela..
Photo : Pemandangan sekitar Kelvingrove Museum & Art Gallery Glasgow,
Nun di seberang sana terletak 'Sungai Clyde' yang mengalir di tengah-tengah bandar ini..
Di sepanjang sungai itu terletak beberapa bangunan penting di Glasgow..

Yang warna kuning sederet kat bahagian bawah gambar nie deretan bunga-bunga daffodil..
Minggu lepas; di celah bunga-bunga tuhlah aku ambil shot photo header dalam blog nie..


Nampak kabur??

Sebabnya..
1- Cermin tingkap nie dah lama tak dibersihkan.. Kena tunggu tukang cuci tingkap datang musim panas nanti..
2. Waktu ini belum pun pukul 7 pagi..
3. Kualiti gambar kot.. tapi photo nie diambil dari kamera Iphone.. Oklah juga kan.. kan..
(Sila puji.. nanti kita merajuk tau)


Ada rindu yang datang bertandang..
Bila pandangan menyusuri luasnya mata memandang..
Hati terasa ingin terbang melayang..
Sampaikanlah rindu salam kasih dan sayang..

Perjuangan masih bersisa..
Berhenti atau teruskan sahaja..
Setiap kita punya pilihan penentu masa muka..
Selagi masih ada kederat dan tenaga..
  Selagi ada hayat dan juga masa..
Pasti kita bertemu dan bermesra bersama..

Doakan semoga dipermudahkan semuanya..

Aku tak pandai menzahirkan emosi..
tapi emosi itu ada bersembunyi..
dan aku visualisasikan pada setiap photo di blog ini..


Monday, 11 April 2011

Ketenangan ada di situ..

Bila teringat kawasan pergunungan..
This photo will always be one of many that I remembered..
Pergunungan Pyreness..
Pada musim panas 2009

Di sebuah negara bernama 'Andorra'
Negara atas gunung..
Terletak di sempadan negara Perancis dan Sepanyol..
Hampir 3 jam perjalanan dari bandar Toulouse Perancis..
dan 5-6 jam ke Barcelona Sepanyol..

I had sweet and great memories when I was there..
Wish I could be there again..

Thursday, 7 April 2011

Spring everywhere

Daffodil flowers..
Spring is here..

Photo location : University of Glasgow (Main building)
Thursday 7 April 2011

The sun was warm but the wind was chill.
You know how it is with an April day.

~Robert Frost~

Yesterday the twig was brown and bare
Today the glint of green is there
Tomorrow will be leaflets spare
I know no thing so wondrous fair
No miracle so strangely rare
I wonder what will next be there!

~L.H. Bailey~

To my bro 'Lan'
Sorry I didn't manage to photo capture the tulips you had given me..
(ko pepaham jelah akak ko ye mood camna kan)
However I already dried and saved it in my special container..
It will always be a reminder of spring in Glasgow..

To my beloved friend 'Mashi'
I hope you have a safe journey home sweet home..
I'll see you soon yeah..
Will always miss you..


I'm getting ready for my photo snapshot again..
Flowers make me happy..
So.. If you want to make me happy
Give me flowers
and I will smile all day long..
;)


Monday, 4 April 2011

Doa..

Twilight in Klang Town
Where I was born and raised through out my growing up years
Yeah... Aku anak Klang..
Tapi di Banting tempat aku bermain dan berkawan..


Al-Fatihah buat arwah Tok Abdul Majid
Ayahanda pada bonda tercinta..
Kembali padaNya pada Jumaat lalu..
Tapi aku tahu beritanya hari ini..
Di Klang jugalah dia disemadikan..


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali
~ Surah al-Baqarah , ayat 155

Thursday, 24 March 2011

SPM hampir 20 tahun yang lalu..

Pagi itu aku bersiap berbaju kurung moden dan bertudung. Sejak semalam lagi hati sudah mula berdebar-debar. Tidur pun tak lena..

Untuk ke sekolah aku harus menaiki 2 buah bas. Bas yang pertama dari rumah ke simpang batu 16 (jln Klang-Banting) dan kemudiannya menaiki bas Klang-Banting hingga simpang 4 berhampiran bulatan Utama sebelum menuju ke bandar Klang. Turun di kawasan jirat-jirat kristian dan cina kemudian melintas jalan besar, mengikuti jalan pintas menuruni bukit menuju ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah.

Sudah ramai rakan-rakan yang tiba ke sekolah. Ada yang datang bersama ibu-bapa masing-masing, ada juga yang sendirian sama seperti aku. Teringat pesanan mak sebelum keluar rumah tadi.
"Nanti dah dapat keputusan telefon rumah"

Akhirnya tibalah giliran aku untuk mengambil keputusan SPM. Berapa aku dapat.. Biarlah itu rahsia hehehe.. Nyatanya luluslah.. boleh masuk Universiti... Selain aku.. ramai juga kawan-kawan dari kelas Aliran Sains 5NS ada bersama.. Pelajar melayu dalam kelas aku tak ramai.. Hanya 10 orang sahaja daripada 32 orang dalam kelas itu. Bakinya adalah pelajar-pelajar berbangsa cina dan india.

Kawan-kawan seperti Anis Irwan, Seri Hartini, (Arwahyarhamah) Ida Shafina, Mastura, Aslinda, Monalisa, Khotamah, Seri dan Yah.. huhuhu nama penuh tak leh recall ler.. ada sama-sama mengambil keputusan. Zaman sekolah itu, kawan baik aku ada 3 orang.. 2 org perempuan dan seorang lelaki.. Anis, Arwah Ida dan Tini.. Kemana sahaja kami pasti bersama.. Masa ambil keputusan SPM.. riuh rendah sekejap sekolah masa itu..

Ketika di tingkatan 5, kelas kami terletak berhampiran dengan surau sekolah. Selalunya bila tidak ada cikgu masuk ke kelas, kami sering melepak di tepi pagar sekolah (kelas kami hujung sekali) sambil study berkumpulan. Nikmatnya study kat situ sebab di tepi pagar sekolah itu penuh dengan deretan pokok-pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa sering bertiup.. Memang bestlah.. Lagi satu kelas kami ini hampir setiap masa semua pelajarnya study jek.. Takde cikgu pun kelas tetap senyap sunyi.. Takde yang nak bising-bising.. Kalau tengok pelajar-pelajar cina study.. memang respek betul kami.. Budaya itu terbawa-bawa di kalangan kami pelajar melayu. Tetapi itulah yang menjadi pembakar semangat kami ketika itu.

Teringat ketika menjelangnya peperiksaan SPM, sahabat aku Tini.. Pernah mengeluh kerana tidak sempat study habis subjek Biologi.. Dia masuk ke dewan peperiksaan dengan keadaan tidak bersedia. Masih aku ingat dia pegang buku biologi itu dan berkata pada aku.. "Aku tak tahulah boleh jawab ke tidak nanti nie.. Study pun tak habis" Aku senyum sahaja, cuma mampu berkata.. "InsyAllah.. kau cuba mana yang dapat".

Bila teringat zaman sekolah ini, aku juga teringat dengan kawan aku arwah Ida.. Kali terakhir aku jumpa dia selepas SPM, aku lupa ketika acara apa. Hinggalah pada tahun 2008, aku terima khabar berita dia telah pulang ke Rahmatullah buat selama-lamanya.. Sedih sudah tentu kerana selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5, kami adalah sahabat baik. Gelak ketawa dia.. seloroh dan gurau senda dia masih teringat hingga kini..

Semalam keputusan SPM untuk thn 2010 diumumkan.. Semua pelajar seluruh Malaysia berduyun-duyun ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusannya.. Aku pun turut teruja juga.. memandangkan tahun ini adik perempuan bongsu ku merupakan salah seorang daripadanya.. (Ye.. aku tahu aku muda lagik ok..)

Namun.. rekod cemerlang kakaknya masih bertahan lagi lah (Berlagak secara berterus terang nieh).. Tak kisahlah apa pun yang dia dapat.. Nyatanya ada A, B, D dan E.. Apa yang D & E.. takdelah subjek major sangat.. takat English dan Add math jek (Dik camna ko  leh dapat E.. Add Math nie.. subjek fav akak tuh).. tapi Mak memang tak berapa puas hati bila Adik dapat D untuk subjek English.. Sebenarnya dari dulu Mak dan Ayah agak pentingkan subjek English nie.. Aku pun pernah dibebel oleh ayah bila dapat A2 untuk English (masa SRP)..

Tak kisahlah.. kata aku pada mak.. Ada juga A.. daripada takde langsung.. Yang penting dia dah usaha.. Itu yang paling utama.. Perjalanan hidup masih jauh lagi.. Tidak terhenti setakat peperiksaan SPM sahaja.. Cemerlang dalam SPM bukan penentu masa depan yang cemerlang.. Yang penting mahu terus berusaha dan tahu apa yang mahu dikejar dan diperolehi..


Masa nie form 4
Muka innocent jek..
Geng PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)
Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kredit to Irwan Taib; from his Facebook photos


Kalau sesiapa kenal penceramah motivasi
Tuan Haji Hushim Salleh
Dia adalah cikgu kaunseling zaman sekolah aku..
aka kawan ayah aku..

Dulu zaman sekolah setiap minggu kena ngadap dia..
Report pasal study progress..
(macam aku kena sekarang nielah)
Bukan apa zaman form 4 kan zaman honeymoon year
Result agak teruk gak masa tuh..
Masih ingat kata-kata dia
"Kalau camnielah result awak.. Nak masuk ITM pun tak lepas tau"

Ye cikgu..
Saya dapat offer ITM ke Arau Perlis pun saya tak pergi..
Saya terima offer dari matrikulasi UKM
dan saya ke UKM..
dan kini saya di Glasgow..

Seronok bila teringat zaman sekolah kan..
Bila teringat tuh aku teringat sangat-sangat arwah Ida..
Tengok gambar nie.. Teringat dia..
Semoga Rohnya tenang di sana..
Al-fatihah


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin