Friday, 18 February 2011
Friday, 11 February 2011
Walau berbeza bahasa.. Cerita drama itu tetap Universal
Kelas selesai hampir 15minit lagi ke pukul 2.00petang..
Kemas buku nota dan cetakan kuliah..
Sebelum keluar dari kelas, jumpa pensyarah penyelia untuk ucapkan "Thank you sir and have a nice weekend"
Dia tersenyum dan membalas dengan kata-kata balas yang sama..
Turun tangga ke tingkat bawah dan melintasi 'Montrose St' menuju ke CIS..
Naik ke tingkat 12..
Sampai depan pintu bilik.. Buka pintu dan melangkah masuk..
Toleh ke meja rakan baik aku..
Nampak dia sedang menangis...
Dia pandang muka aku sambil mengosok-gosok matanya..
Terus dia cakap "I'm sorry.. I'm crying now"
"Why? What happen???" kataku sedikit cemas..
"I'm watching Thai drama series" kata dia lagi sambil menyapu airmata..
Aku dah gelak masa nie.. Lah ingatkan pasal apa..
"Is it a sad drama?" tanyaku lagi..
"Yes.. very sad.. and I can't stop crying"
Aku sambung senyum-senyum lagi.. Lantas aku teringatkan satu siri drama Thai yang pernah aku tonton 5 atau 6 tahun yang lepas.. Puas aku jelaskan pada Suthanya jalan cerita drama tersebut.. dan puas jugalah dia mencari melalui carian google.. tak jumpa.. yelah nama drama tuh pun tak ingat kan.... Mana nak jumpa hehehe..
Bukan apa yang buatkan aku teringat cerita ini kerana pelakon lelakinya yang cukup hensem masa itu.. Tergelak Suthanya bila dengar aku berkata begitu.. Dulu sanggup balik ke rumah kejap waktu tengahari semata-mata nak menonton cerita ini.. Yelah tempat keje dengan rumah beza 5minit jek.. Selalu juga aku balik makan tengahari dan solat di rumah.. kemudian ke pejabat semula untuk kuliah di waktu petang atau malam..
Cari punya cari.. dengan menggunakan skill pencarian maklumat hehehee (dah sebahagian research pun information retrieval kan..) Akhirnya aku jumpa drama tersebut.. Itu pun jumpa kat blog it's more than words-Nisa. (credit pada tuan punya blog nie) Tajuknya : Roy Lae Sanae Rai
Cari di 'You tube', jumpa hehehe.. Terus tunjuk kat Suthanya.. dan mulalah sesi borak panjang kami.. Siap dia translate untuk aku sekali.. setiap patah perkataan tajuk tuh.. '100 of charming evil'. Tapi.. kawan aku tuh pun tak pernah tengok drama nie.. kata dia.. sebab dia tak minat pelakon perempuan tuh.. sebabnya?? Bibir dia tebal.. Ahaks... Aku gelak sakan lagik.. Boleh ke itu jadi sebab??? hehehehe.. Suka hati ko lah Suthanya.. Nyatanya pelakon lelaki itu memang cukup hensem kan hehehe...
Sebenarnya kawan aku itu terkejut bila dapat tahu yang aku turut menonton drama itu walaupun dalam bahasa Thai.. Aku jelaskan sebab ada 'subtitle' berbahasa melayu.. sebab itu aku dapat faham jalan cerita tersebut.. Malah aku jelaskan bukan sahaja drama dari Thailand yang ditayangkan di Malaysia.. tapi banyak lagi drama dari Indonesia, Korea, Jepun, Philippine turut ditayangkan dengan 'subtitle'.
Drama melayu?? Ada tak agaknya yang dimainkan di negara-negara Asia tenggara?? Ini pun jadi persoalan juga kan ;)
p/s : Mashi.. Ko ingat cite nie lagik tak??
Kita tengok masa tengahari kat rumah sewa lama aku dulu di Jln ketoyong..
We really have great fun watching it remember??
Really missed the old days when we used to hang around together..
Hope we'll have that chances again.. soon kan..
InsyAllah ;)
Nukilan Rasa:
iina
at
02:29
10
sedang senyum-senyum
Tuesday, 8 February 2011
Bila mengantuk..
Menghampiri pukul 12.45 tengahari.. (Rutin setiap hari Selasa dan Khamis)
Aku mula bergegas keluar dari bangunan Livingstone Tower..
Jalan kaki sederhana cepat ke bangunan James Weir..
Naik lif ke tingkat 4.. Cari bilik 409..
Jam menunjukkan pukul 12.55tghari..
Masih ada pelajar dalam kelas itu..
Tak lama pensyarah penyelia pun sampai..
Biasanya aku mesti sembang dengan dia.. Kadang pasal cuti hujung minggu.. Kadang pasal progress study.. Kadang pasal urusan kerja dalam masa terdekat ini..
Selama 3 bulan ini kena ikut kelas dia.. Biasalah... menuntut ilmu tak boleh malu.. walaupun kelas itu kelas pelajar' undergraduate'..
Kuliah bermula... Semua cerita pasal 'coding program' yang sedang aku 'run'.. Kebanyakan isu yang di 'highlight' berkenaan proses terperinci setiap 'function' atau teknik yang digunakan.. Boleh dipelajari sendiri.. tapi menghadiri kuliah begini lebih jelas ilmunya kerana menuntut dari seorang guru.. Nak-nak pulak penyelia sendiri.. memang takde peluang nak berangan-angan atau nak main-main..
Tapi.. bila masuk bab nak proses coding dalam kelas... Aduhhh... tetiba jek mata mengantuk.. Kalau proses dalam PC di CIS tuh segar bugar jugalah mata.. Terasa nikmat kejap nak tidur dalam kelas hehehehe... Puas jugalah menahan mata nie... Dahlah duduk baris kedua dari depan..
Kuliah sejam TAMAT.. sejam jek pun... bukan lama.. tapi mata masih mengantuk giler..
Berjalan kaki ke CIS semula.. Setting sikit program pada 'system'..
RESTART PC..
Semua coding tak boleh display......
Yang boleh run seminggu nie.. semua tak boleh display..
Aduhai.. Mesti ada setting yang tak kena nie..
Ok.. re-setting balik pada asal...
RESTART PC..
Pun tak boleh juga.. huhuhuhu.. berikanlah hambamu ini kesabaran yang jitu...
Kepala yang mengantuk semakin mengantuk...
Take 5... Buka blog..
Dengar lagu..
Tarik Nafas..
Makan 3 biji limau atas meja...
Taip entri nie..
Demi untuk mencari sedikit ketenangan jiwa hehehehe... Sambil jampi-jampi.. sat gik nak betulkan setting dan harap boleh run balik.. huhuhu..
Tetiba lagu tak kedengaran.. Aikk.. 'Browser' problem ke??
Takpe.. Ambik nafas lagik...
Mahu tutup semua browser dan RESTART balik PC..
Kejap lagik mahu pecah kepala settlekan semua problem nie..
Nukilan Rasa:
iina
at
15:50
9
sedang senyum-senyum
Friday, 4 February 2011
Mengapa kita diberikan ujian
Semoga memberi semangat untuk kita menghadapi dugaan dan cabaran
Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya, dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut dapat keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayap mengkerut.
Orang tersebut terus mengamatinya karena dia berharap bahawa pada suatu saat, sayap kupu-kupu itu akan mekar dan melebar sehingga mampu mengimbang tubuhnya untuk berkembang pada waktunya. Semuanya tak pernah terjadi. Kenyataannya, kupu-kupu itu malah terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh yang gelembung dan sayap-sayap yang mengkerut.
Dia tidak pernah mampu untuk terbang.
Apa yang tidak orang itu fahami adalah walaupun dia punya niat yang baik dengan membantu kupu-kupu itu untuk keluar dengan mudah namun hakikatnya kupu-kupu itu sebenarnya memerlukan usaha dan kekuatan sendiri dalam melewati dan berjuang untuk keluar dari kepompong yang menghambat.
Perjuangan yg diperlukan oleh kupu-kupu untuk mengharungi lubang kecil dalam kepompong itu adalah jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu masuk ke dalam sayap-sayapnya oleh sedemikian barulah dia akan mampu terbang dengan kekuatannya sebagaimana dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.
Renungan :
Kadang-kadang perjuangan adalah yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ujian, itu mungkin melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang kita mampu. Kita mungkin tidak pernah dapat terbang.
Saya mohon Kekuatan dan Allah memberi saya ketabahan dalam mengharungi kesulitan-kesulitan untuk membuatkan saya lebih cekal.
Saya memohon Kebijaksanaan dan Allah memberi saya petunjuk dan jalan untuk menyelesaikan kesulitan.
Saya memohon Kemakmuran dan Allah memberikan saya Otak dan Tenaga untuk terus bekerja dan menuntut ilmu pengetahuan.
Saya memohon Keteguhan hati dan Allah memberi saya semangat untuk mengatasi dugaan dan cabaran.
Saya memohon Cinta dan Allah memberikan saya kekuatan dan kemampuan untuk membantu mereka dalam kesusahan.
Saya memohon Kemurahan /kebaikan hati dan Allah memberikan saya kesempatan-kesempatan dalam membuat kebaikan.
Saya tidak memperolehi yang saya inginkan tetapi saya mendapatkan segala yang saya perlukan.
Artikel ini diambil dari email yang dihantar oleh seorang sahabat lama..
-Frank A. Clark-
Life's challenges are not supposed to paralyze you,
they're supposed to help you discover who you are.
-Bernice Johnson Reagon-
The greatest challenge to any thinker is stating the problem in a way that will allow a solution
-Bertrand Russel-
We choose to go...not because [it is] easy, but because [it is] hard,
because that goal will serve to measure and organize the best of our energies and skills,
because that challenge is one that we are willing to accept,
one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win.
-John Fitzgerald Kennedy-
Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.
Dan jika kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku", sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga.
Kecuali orang-orang yang sabar(terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar
(Hud:9-11)
Nukilan Rasa:
iina
at
14:28
15
sedang senyum-senyum
Tuesday, 1 February 2011
Antara kehendak hati dan penilaian fikiran
Tidak mudah sebenarnya bila kita mahu membuat sesuatu keputusan, kadang apabila kita melihat dan menilai sesuatu perkara itu dengan justifikasi tertentu yang agak jelas sebab dan musababnya.. Maka keputusan itu lebih mudah dibuat kerana alasan dan sebab yang diberikan begitu kukuh dan kuat menyebabkan kita tanpa rasa ragu-ragu untuk menetapkan pendirian kita. Namun apabila ada rasa ragu-ragu wujud dalam menilai sesuatu itu, maka rasa hati pula diambil kira dalam membantu untuk membuat keputusan tersebut. Sebab itu kadangkala orang akan kata.. Nak ikut hati.. atau kepala..
Contoh.. Bila kita hendak membeli barang.. Ada jualan murah ketika itu
Beg berjenama dijual dengan harga yang amat murah selepas 70% potongan, harga jatuh kurang dari RM100. Bagi yang meminati jenama berkenaan pastinya akan membeli tanpa banyak fikir, sebab logik fikiran mengatakan, harga asal amat mahal, harga yang ditawarkan kini amat murah. Terus beli tanpa banyak soal.
Tapi bagi orang yang tidak biasa dengan jenama berkenaan, tapi pada masa yang sama memerlukan sebuah beg tangan, mungkin sedikit sukar untuk membuat keputusan. Akal kata; murah nie, selepas diskaun, beli jek, harga pun taklah terlalu mahal. Hati; tak lawa sangat tapi bolehlah, jenama biasa dengar tapi tak pernah pakai, boleh je beli jenama biasa yang mungkin boleh dapat lebih murah kot.
Keputusannya : Tak beli.. (tapi bila balik rumah menyesal pulak sebab tak beli tadi.. nak pulak bila jumpa kawan yang biasa dengan jenama itu dan kata.. "Ehhh.. dah murah tuh.. rugi ko tak beli tadi") Biasa dengarkan situasi camnie?? Ye aku pun kadangkala pernah juga terkena begini.. fikir punya fikir.. tak beli.. balik.. menyesal.. bila pergi nak beli balik.. dah takde hehehe.. (sebab itu ada kawan pernah cakap 'Biar menyesal beli, dari menyesal tak beli')
Samalah juga dalam situasi yang lain-lain juga.. Kadangkala tidak mudah untuk membuat keputusan tentang kehidupan, masa depan, keluarga malah ketika nak memilih jodoh pun.. Cuma bezanya keputusan aku dulu untuk berkahwin dengan pakwe.. banyak dipengaruhi dengan kehendak dan rasa mak dan ayah.. Secara terus terang aku tanyakan dengan mak dan minta mak sampaikan pada ayah, apa pendapat mereka tentang pakwe ketika itu. Kalau kedua-dua mereka menolak.. maka keputusan aku ketika itu juga sebulat dengan kehendak mereka (walaupun sebenarnya aku agak yakin mak pasti seronok kerana diawal perkenalan aku dengan pakwe.. awal-awal lagi mak dah sebutkan pada aku "Kalau si 'Z' tuh mak memang berkenan sangat-sangat") tapi aku tetap mahu dengar dengan telinga aku sendiri kehendak mak dan ayah aku. Setelah mereka berdua bersetuju, barulah aku mula memikirkan tentang masa depan kami berdua dengan lebih serius walaupun sebenarnya ketika itu pakwe sudah berkali-kali memaklumkan pada aku, dia bersedia bila-bila masa untuk masuk meminang, cuma aku sahaja belum mahu membuat sebarang keputusan kerana pernah punya kisah silam yang begitu sukar dilupakan ketika itu.
Ye membuat keputusan tidak mudah, tapi dari dulu prinsip aku dalam melakukan sesuatu, bila aku sudah nekad untuk melakukan sesuatu, aku akan bertanggungjawab sepenuhnya pada perkara itu. Bukan mudah sebenarnya untuk aku melakukan sesuatu atau membuat satu keputusan. Kadang difikirkan bukan hanya sekali, malah berkali-kali. Bukan sekadar 1 atau 2 situasi yang perlu diambil kira, tapi banyak keadaan, masa, tenaga, kemampuan turut difikirkan bersama. Untuk memutuskan bahawa laluan atau inilah yang perlu dibuat tidak mudah sebenarnya.. Perang antara logik akal dan kehendak hati terlalu hebat.. kedua-duanya punya kelebihan dan kekurangan, kedua-duanya punya baik dan buruk.. kedua-duanya juga punya akibat yang perlu ditanggung di akhirnya.. Cuma hanya diri sendiri sahaja yang tahu.. Laluan mana yang seeloknya diikuti.. kerana hanya diri sendiri sahaja yang tahu sejauh mana kemampuannya.
Walaupun begitu, hanya pada DIA kita mohonkan andai segala urusan itu dipermudahkan. InsyAllah walau apa juga nanti kita haruslah yakin dan sentiasa berfikiran positif kan ;)
-Edward Bulwer-Lytton-
Beware what you set your heart upon. For it surely shall be yours.
-Ralph Waldo Emerson-
No true manhood can be trained by a merely intellectual process.
You cannot train men by the intellect alone; you must train them by the heart.
-Joseph Parker-
Thoughts are the shadows of our feelings - always darker, emptier and simpler.
-Friedrich Nietzsche-
Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.
-Dale Carnegie-
If you don't know where you are going, any road will get you there.
-Lewis Carroll-
The unreal is more powerful than the real, because nothing is as perfect as you can imagine it.
Because its only intangible ideas, concepts, beliefs, fantasies that last.
Stone crumbles. wood rots. People, well, they die.
But things as fragile as a thought, a dream, a legend, they can go on and on.
-Chuck Palahniuk-
I laugh, I love, I hope, I try, I hurt, I need, I fear, I cry.
And I know you do the same things too,
So we're really not that different,
me and you.
-Colin Raye-
Courage is the discovery that you may not win,
and trying when you know you can lose.
-Tom Krause-
Samalah juga keputusan 'apa nak masak' tiap kali pulang dari tugasan di CIS.
Ikut hati atau kepala atau malas/rajin..
Apapun aku memang rajin ke dapur tau..
Harap maklum ;)
Nukilan Rasa:
iina
at
11:44
18
sedang senyum-senyum

