Hari ini mahu buat entri riang-ria..
Sebab ada orang 'sound' kata entri sekarang nie asyik sedih syahdu mendayu-dayu jek..
Ahaks.. I'm sorry ok..
Biasalah bab ketepuan yang maha hebat 2 bulan nie..
Al-maklumlah kan..
Wanita berkerjaya merangkap mengejar pelajaran nie memang camnie kan kan
Pakwe pun jadi 'househusband' dah 3 tahun lebih..
Asyik makan air tangan suami jek
(Alah sekali sekala jek.. 3/4 hari dalam setahun tuh aku yang masak tau)..
Takpe makin bertambah sayang hari-hari..
Cerita bab makan nie mesti semua sukahati..
Riang gembira.. lalala kan..
Bak kata pepatah lama 'kenyang perut suka hati' tapi kalau 'lapar perut??'
Jawab sendiri hehehe
Beberapa hari yang lepas aku menonton rancangan tentang guru lagenda memasak yang cukup terkenal di UK 'Delia Smith'.
Beliau cukup dikenali hampir semua generasi kerana banyak rancangan terbitannya mengenengahkan teknik-teknik masakan yang betul dan khusus untuk masakan di rumah.
Yang paling menarik perhatian aku adalah teknik untuk membuat 'cheese omellette'
Senang tak sampai pun 10 minit hahaha.. (kalau aku buat 5 minit jek.. amat yakin nie hhehehe) tapi cukup sedap di mulut sendiri..
Bahan:
2 biji telor..
(ikut saiz mulut, perut dan kuali.. utk aku sebiji dah cukup)
Beberapa hirisan/parutan keju
(aku guna sebiji babybel cheese atau sekeping keju cheddar.. senang patah atau koyak jek keju tuh)
1/2 sudu mentega
1/2 sudu minyak
Cara-cara membuatnya:
Alah takkan tak tau camna nak buat omellette..
Mesti tau kan.. tak yah beritahu boleh?? wakakakah jangan marah ok..
Ok serius nie serius.. karang telur omellete jadik telur mata kerbau lak
1. Pukul telur hingga sebati sikit..
(tak yah lama-lama bukan nak buat kek pisang sukahati ok) boleh ler letak garam dan pepper sikit
2. Panaskan kuali
(bukan periuk tau) dengan sedikit minyak.. sikit jek..agak2 ler
3. Masukkan mentega tadi
4. Ratakan minyak dan mentega yang cair pada seluruh kuali biarkan mentega berbuih sikit
5. Masukkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah kuali tersebut..
6. Ratakan telur pada seluruh bahagian kuali dengan mengangkat kuali sambil menyengetkan baki telur yang belum masak..
(alah sendiri imagine ler) Biarkan selama 5 saat.
Jika baki cairan telur masih banyak, telur yang separa masak tuh dikautkan
(ditarik dari tepi kuali) ke tengah kuali
(mulakan di sebelah kiri atau kanan kuali) dan sengetkan kuali supaya cairan telur tuh mengalir ke tepi kuali.. buat sekali lagi utk bahagian sebelahnya pulak dengan cara yang sama sampai semua telur itu rata dalam kuali itu..
7. Biarkan hingga seluruh telur itu dengan baki bahagian atasnya yang masih separa masak, masukkan keju yang telah di potong.
8. Lipat sebahagian telur itu dan keluarkan daripada kuali..
(jangan biarkan lama-lama nanti jadi telur dadar garing pulak)
9. Taburkan baki keju tadi. Hidangkan dengan sos atau baked bean atau apa-apa sahajalah yang dirasakan sesuai.. Nak makan begitu sahaja pun boleh
Kalau agak-agak malas nak buat sarapan.. Cheese Omellette nie enak dimakan bersama sosej, baked bean.. nak makan dengan nasi pun boleh gak.. Asalkan sedap di mulut sendiri ya..
Boleh juga selain gunakan cheese.. boleh juga letak bawang, cili benggala, jagung dan sayuran ikut suka.
(nanti jadilah telur bungkus lak hehehe)
Boleh tengok resepinya di
sini
Enjoy ok.. Sekarang nie mood nak masak bukan-bukan aje.. sebab kepala tengah full-blast berfikiran sepanjang hari..
Ditambah dengan cuaca yang semakin sejuk.. perut juga asyik menyanyi lagu riang-ria gembira..
Tiba-tiba teringat nasi goreng ayam
nasi goreng pataya
nasi goreng usa
nasi goreng paprik
;)