Friday, 18 September 2009

Menilai orang..


Semalam semasa aku sedang menunggu bas ke CIS.. Dalam sibuk-sibuk aku membelek beg sekolah yang tersandang melintang di bahu.. Kedengaran suara yang agak parau datang dari sebelah kanan aku..

"Sister.. Sister.."

Aku menoleh ke kanan dan kelihatan seorang lelaki berkulit gelap (aku syak dia bangsa africa).. berpakaian kemas lengkap ber'suit' memandang aku dengan wajah yang nampak agak sayu.

"Yes" aku jawab dengan suara yang diperlahankan antara dengar dan tidak..

"Sister.. I lost all my things and my money.. I need to be in London today.. Could you give me some money?" kata lelaki itu lagi

Riaksi aku?? Aku pandang wajah lelaki itu dengan separuh percaya.. Sebenarnya fikiran aku agak kelam kabut.. bukan apa aku sedang mengejar masa untuk berjumpa G pagi itu. Kepala masih memikirkan perkara-perkara yang harus aku laporkan. Otak aku terhenti berfikir seketika.. Yang mampu aku jawab hanyalah

"I'm sorry.. I don't have enough money"

Memang pun.. duit aku hanya ada dalam £30 sahaja.. aku tak rasa cukup untuk tambang balik ke London.. lagipun.. takkan kita senang-senang je nak bagi duit pada orang yang kita tak kenal..

Dia merayu lagi "Please sister help me"

Aku berkata lagi.. "I'm Sorry.. I really can't help you"

Lantas dia bertanya dimanakah perhentian bas yang terdekat. Lalu aku berikan penerangan bak melepaskan batuk di tangga jek.. tak sepenuhnya.. Bukan apa.. aku masih memikirkan sejauhmana kebenaran cerita jejaka itu..

Jejaka itu mengucapkan terima kasih dan berlalu dari tempat aku berdiri.. Sekali lagi aku pandang jejaka itu.. kelihatan dia mengangkat kedua-dua belah tangannya dan diletakkan ke kepala seolah-olah sedang mengeluh sesuatu yang cukup berat..

Terbit pula rasa bersalah dalam hati.. kerana seandainya cerita dia benar.. pastinya dia betul-betul berada dalam kesusahan.. Sebenarnya terbit rasa untuk bertanya lebih lanjut.. tapi kerana aku mengejar masa.. Aku putuskan untuk berhenti memikirkan tentang jejaka itu waktu itu juga... Cuma sejenak semasa berada di perut bas ke CIS.. aku kembali memikirkan persoalan itu..

Bagaimanakah untuk menilai hati budi manusia?? Bagaimana kita dapat mengetahui.. sejauh mana kejujuran seseorang itu.. Dari riak wajahkah?? intonasi suarakah? gerak gaya badankah? Semua itu ada kemungkinannya.. tapi ada juga segelintir manusia yang pandai mempergunakan semua itu untuk kepentingan diri sendiri..

Cuma yang mampu aku lakukan semalam.. Hanyalah berdoa dikala hati aku rasa bersalah.. "Seandainya.. dia benar-benar jujur dan benar.. Insyallah.. Semoga Allah akan permudahkan dan memberi jalan menyelesaikan masalahnya"

Tak mudah untuk menilai orang..

Teringat kata-kata ini "Jika kita nak bantu orang.. kita bantulah dengan niat yang ikhlas dan lakukan semampu dan sedaya mungkin.. Nanti yang diharapkan pahala.. dapat dosa pula andai kita selalu mendolak dalih dan berprasangka buruk.."

Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa saban hari.. dan sedikit sebanyak ia menjadi asam garam dalam membentuk peribadi kita ;)

Thursday, 17 September 2009

Minta lagi..


Kadangkala.. bila ada permintaan begini..
Nak tolak pun tak sampai hati..
Walaupun hanya sekadar roti popia sardin..
Itu pun ada yang buat 'special request'..
Selalunya yang mudah tuh... yang paling malas nak buat.. hehehehe..
Tengok rupa cantik je kan.. Belum lagi rasanya..
Hingga menjilat jari..
Tapi.. nak makan.. buatlah sendiri ya..

Lepas nie aku nak pencen dari buat roti sardin.. murtabak.. popia basah.. kek pisang.. apam balik.. Sapa nak makan.. cari tokeh lain okey..

Monday, 14 September 2009

Ngunjung..

Ngunjung masa iftar di rumah tahun 2008.

Di kampung aku bila sahaja ada urusan kenduri kendara.. majlis perkahwinan.. gotong royong.. pastinya yang hidup dalam kelompok masyarakat di sekitarnya.. aktiviti saling bantu membantu dan tolong menolong adalah perkara biasa..

Apatah lagi bila melibatkan urusan majlis perkahwinan.. Pernah juga dikata orang.. hidup dalam masayarakat Jawa nie agak berkira sedikit bila melibatkan urusan bab-bab tolong menolong nie.. Bila sesebuah keluarga atau jiran tetangga itu mengadakan majlis kenduri kahwin.. jika kita datang menghulurkan bantuan dan menolong mana yang terdaya.. nanti bila tiba pula kenduri kendara di pihak rumah kita.. mereka juga akan berbuat seperti itu juga.. TAPI.. andai kita tidak punya masa untuk membantu mereka.. dijemput pun tak datang... kenduri tahlil pun hantar wakil jek.. nanti bila tiba giliran kenduri kendara di pihak kita.. begitu jugalah yang akan terjadi..

Aku sudah terbiasa dengan budaya begini.. bukanlah menghina atau memperkecilkan cara mereka itu.. yang dikira agak berkira.. tapi adakala ada juga logik mengapa perkara sebegitu terjadi.. yelah jika asyik kita sahaja yang bersungguh tapi satu lagi pihak tidak pernah pun mahu meluangkan masa.. timbul jugalah sungutan dan rungutan sedikit sebanyak.. Jika kita ringan tulang dan rajin membantu.. Nanti bila urusan kita juga akan dipermudahkan orang.. Ini kes yang tinggal di kampunglah.. Kampung aku masih mengamalkan urusan memasak bersama-sama.. menggunakan katering tidak glemer sangat.. pernah juga dibuat orang.. tapi biasanya jiran tetangga kurang mahu membantu sangat sebab sudah ada orang luar yang dipanggil untuk menguruskan urusan kenduri kendara.. itu pun satu hal juga.. Hidup bermasyarakat begitulah kan.. perlu bermuafakat dan bersama-sama..

Membesar di kalangan rakan-rakan berbangsa jawa di kampung.. membuatkan aku dapat memahami sedikit sebanyak adat resam mereka.. terutama bila timbul urusan kenduri kendara.. yasinan.. gotong royong.. dan sebagainya.. malah adakala cara masakan juga terpengaruh dengan cara mereka juga.. masak jagan bening.. ini sudah tentunya masakan yang glemer di kalangan masyarakat jawa di kampung aku.. itu belum lagi juadah yang lain..

Bila menghampiri ke hari raya.. adat 'ngunjung' bermula di hujung bulan Ramadhan.. Jiran sekeliling rumah akan mula menghantar juadah 'ngunjung' seperti.. ketupat.. kuah kacang.. rendang.. sambal jawa.. lodeh.. dan sedikit kuih muih.. Masa ini lauk pauk akan penuh semeja.. dan kami akan saling merasa masakan masing-masing.. masa nie aku akan bertanya dengan mak, siapa yang memberikan yang ngunjung.. mak pula akan menyenaraikan.. nie wak Mar hantar.. nie Mak Usu bagi.. nie Mak Ngah bagi.. nie Wak Menah bagi.. dan seterusnyalah senarai nama wak dan kakak jiran sekitar rumah di kampung.. lepas tuh siap komenlah cara mereka memasak juadah berkenaan.. Hehehehe.. ini biasa sangatlah..

Setelah itu akan tiba pula giliran kita untuk membalas ngunjungan itu.. Biasanya mak akan 'ngunjung' pada petang sebelum hari raya.. jika tak sempat di hantar petang itu.. biasanya awal pagi raya 'ngunjung' akan dihantar ke rumah jiran berhampiran.. Masa nielah adik-adik aku akan dikerah untuk pergi ke rumah-rumah jiran menghantar juadah 'ngunjung'.. apatah lagi 2 adik beradik ayah kini tinggal berhampiran dengan rumah ayah.. itu belum lagi sepupu-sepupu aku yang tinggal berhampiran dengan pekan banting.. olak lempit.. bt16.. yang di kampung usah dikatalah.. Seharusnya akan mendapat kunjungan itu..

Bila beraya di tempat orang.. Ini antara kebiasaan yang dirindukan.. tapi dah nak 3 tahun beraya di tempat orang 'Alah bisa tegal biasa'..

Masih memikirkan menu pagi raya.. Yang pastinya 'Pecal' kena ada pagi raya tuh ;)

Sunday, 13 September 2009

Iftar sekampung

Semalam iftar bersama rakan-rakan sekampung..

Deretan juadah iftar

Kek Pisang permintaan.. Happy birthday buat si penerima ;)

Juadah kuih muih yang pelbagai


Berkumpul begini sedikit sebanyak dapat meleraikan kerinduan di hati..

Raya pula bakal menjelma.. Hati bakal kerinduan lagi..

Thursday, 10 September 2009

Tak selamat?


Semalam semasa berbuka puasa di masjid utama Glasgow.. aku dan rakan ditanya tentang persoalan tentang kawasan tempat kami tinggal.. Sebenarnya itu bukan kali pertama aku dengar komen orang luar tentang kawasan kampung tempat kami menginap..

"Tengok area tuh cam tak selamat jek.. sebab penuh dengan kedai-kedai.. nak parking pun cam tak selamat"

Aku mendengar sedikit terkejut walaupun ia bukanlah kali pertama aku dengar tentang komen yang sama dari orang luar sebegitu..

Tak selamat?? bagaimana kita nak definisi istilah selamat itu?? selamat yang bagaimana agaknya?? Adakah kerana kita melihat persekitaran yang nampak kelam kelibut dah nama pun kawasan deretan kedai-kedai yang penuh di kiri dan kanan.. tapi adakah itu menjadi satu ukuran keselamatan..

Lantas persoalan itu aku sangkal sama sekali.. sebab kami yang dah tinggal di sini hampir 3 4 malah ada yang 5 tahun pun.. elok sahaja tanpa sebarang masalah keselamatan.. belum pernah lagi kami dengar ahli kampung kami dicederakan.. dirompak.. pecah rumah.. dipukul.. dan segala perkara yang boleh dikategorikan sebagai tidak selamat itu.. Alhamdullilah..

Aku rasa tidak adil bila kita menilai sesuatu tempat itu berdasarkan pada satu keadaan sahaja. walhal sebenarnya kita sendiri pun berada di kawasan itu tidak sampai pun 1 jam.. dan lebih parah.. tidak tinggal pun di sekitar kawasan itu.. Apa caranya nilai keselamatan itu dinilai?? semata-mata dengan melihat persekitaran yang kelam kelibut.. yang sesak dengan kenderaan yang bersimpang siur di kiri kanan jalan?? atau melihat kumpulan-kumpulan anak-anak muda golongan Chech yang berkeliaran.. sambil menyanyi-nyanyi.. mereka tidak mengganggu orang ramai.. selama 3 tahun aku di sini Alhamdullilah.. belum pernah lagi aku lihat mereka menganggu orang ramai.. yang biasanya buat hal bukan golongan bangsa itu atau bangsa asia.. tapi bangsa scottish itu sendiri sebenarnya.. kiranya merekalah gangster paling hebat di kawasan kampung tuh..

Kawasan kampung ini meliputi banyak jalan-jalan.. hampir setiap sudut jalan yang ada di sekitar kampung govanhill.. itu berpenghuni dengan bangsa malaysia.. cuma lokasinya agak sekata.. jalan-jalan yang menjadi kegemaran kami untuk menyewa rumah adalah yang berhampiran dengan laluan bas..

Bila isu keselamatan ini diperkatakan.. Aku sendiri juga merasakan lebih selamat di bumi Glasgow dari di bumi Malaysia.. cukup tidak adil jika hanya melihat sesuatu kawasan atau keadaan yang nampaknya seperti kotor dan kelam kelibut itu menjadi ukuran sesuatu keselamatan..

Bagaimana pula dengan kota KL?? aku sendiri tiap kali kalau ke KL pasti tidak akan berani membawa beg tangan yang besar.. dan lebih suka membawa yang kecil dan sentiasa berhati-hati apabila melintas jalan.. atau berjalan seorang diri.. bukan apa takut menjadi mangsa ragut penunggang motosikal.. itu belum lagi memandu seorang diri bila memasuki bandar KL.. pintu juga terpaksa ditutup & dikunci.. takut nanti dipersimpangan jalan yang berlampu merah ada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk membuka pintu dan mengambil apa sahaja yang tercapai dek tangannya.. ini pernah terjadi di depan mata aku.. malah ada juga mereka yang berani hingga ikut ke rumah.. bila sahaja pemandu keluar untuk membuka pintu rumah.. rakan si penunggang motosikal dengan sepantas kilatnya mencapai beg tangan yang terletak di tepi tempat duduk pemandu.. bayangkanlah?? Ini terjadi pada ibu mertua sahabat baik aku di sini.. Selamatkah kita?? Itu belum lagi kes rompakan besar yang terjadi pada rakan baik aku.. yang rumahnya dimasuki pencuri dan kehilangan barang-barang menghampiri 20K.. bayangkan?? Selamatkah tanahair kita??

Aku suka mengembara ke beberapa negara eropah.. semasa berjalan ke Barcelona.. walaupun bandar besar.. tapi kerisauan aku pada mereka yang meragut beg tangan adalah tinggi.. hinggakan ketika kami makan tengahari di sebuah restoran pakistan.. adik pelayan itu berkali-kali mengingatkan aku.. berhati-hati dengan beg tangan.. pastikan tidak ada barangan penting dan berharga.. bayangkanlah.. sejauh manakah keselamatan kita.. Sepanjang aku berjalan di bandar Glasgow ini.. Alhamdullilah.. belum pernah lagi aku merasa risau akan keselamatan barang-barang berharga aku..

Bagaimanakah kita nak ukur keselamatan itu.. aku rasa tidak adil dinilai dengan hanya sekadar kunjungan sebentar cuma.. seperti kawasan rumah aku.. rumah aku betul-betul di atas bank.. agak-agak kalau bank itu selalu kena rompak (lebih baik aku yang rompak dulu kan).. mesti kawasan itu tak selamat kan.. tapi bank masih beroperasi dengan baik.. kedai runcit juga masih dibuka hingga larut malam.. kedai kebab juga masih berniaga hingga pukul 2 pagi.. jalan raya masih terang dengan laluan bas dan kereta-kereta.. dan tidak ketinggalan juga polis berkereta selalu juga membuat rondaan setiap hari dan lewat malam.. Janganlah nak 'parking' sesuka hati depan area rumah aku.. silap-silap ada polis tunggu depan kereta.. dan pernah aku tengok ada kereta yang kena tarik sebab parking berkembar dengan kereta lain di sebelahnya..

Yang utama pada aku lokasi kawasan kampung yang cukup strategik.. setakat nak beli barangan makanan halal.. semua boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki tak sampai pun 5 minit.. nak beli sayuran.. buah-buahan juga murah-murah.. kadang terlupa nak beli sayur.. aku boleh turun ke kedai yang tak sampai 5 minit itu untuk beli brg.. kadang boleh suruh pakwe lari sekejap ke 'Farm Food' yang terletak tak sampai 100 meter dari rumah aku.. nak ke bandar pengangkutan bas setiap 10 minit.. dan pilihan bas untuk ke bandar juga banyak.. Jika bosan duduk di rumah boleh menikmati pemandangan alam sekitar di taman permaisuri yang tak sampai pun 5 minit berjalan.. Hendak ke hospital juga tidak jauh hanya terletak di belakang taman itu.. apa lagi.. kemudahan asas yang cukup..

Jika di Tg malim.. aku nak beli barangan mentah pun terpaksa memandu lebih kurang 10km ke pekan Tg Malim.. nak naik bas?? jangan haraplah kalau takde kereta sendiri.. nak berjalan kaki sungguh tak sesuai langsung nanti ada jadi siulan si penunggang motor dan pemandu lori tanah..

Tak selamat ke?? Pada aku di tempat yang selamat pun adakalanya tak selamat juga.. Aku juga tak nafikan ada juga sekali sekala.. berlaku juga situasi yang agak kurang menyenangkan.. tapi itu boleh dikira berapa kerat sangat berlakunya..

Yang utama bagaimana kita kendalikan situasi dan pandangan kita ;)

Bila rasa selamat.. nak tidur lena pun rasa senang kan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin