Aku mencarimu
kala kepala penuh tepu
kala hati penuh rindu
kala jiwa berlagu sendu
Gembira
kemanakah dikau bertamu
ke sana sini situ
aku mencarimu
aku intai dedaun pintu
aku selak lembaran kalbu
aku usap gemalai tanganmu
aku peluk tubuh sasamu
aku kucup pipimu yang mulus itu
Gembira
bagaimana mahu aku tafsirkan rasa suka
rasa tenang ketawa bahgia
rasa seronok gelak teruja
rasa lucu senyuman istimewa
bukan tidak pernah aku rasa
gembira datang acapkalinya
datang menyulami indahnya jiwa
datang menyimpan kenangan selamanya
Hari ini
aku mencari dikau semula
dimana??.. dimana??
kemana?? kemana??
jangan lama bersembunyi bersama duka
bertapa bersama kecewa
berkawan bersama bosan lara
datanglah ke sisi walau untuk sementara
kerana itu sudah cukup bermakna
untukku jadikan azimat tenaga
kala jiwa bertebaran lariannya
kala fikiran menerawang langkahnya
kala badan menanggung bebanan tenaganya
Datanglah gembira
supaya bibir mampu tersenyum semula
supaya muka berseri bak purnama
supaya hati berbunga cinta
supaya kepala mampu menjelajah mindanya
supaya tangan bergerak pantas membuat cubitannya
supaya kaki berlari sepantasnya
Gembira
dimanakah dikau ini
jangan sembunyi lagi
aku sudah ada di sini
menanti dan terus menanti
setia menahan diri
sesungguhnya amat aku hargai
dari dulu hingga kini
emosi sedikit bercampur-campur..
ada rentetan emosi jiwa otak fikiran rasa..
ada kisah yang dicoretkan buat muhasabah diri..
jangan mudah menghukum andai tidak mampu mengerti
jangan mudah menuduh andai tidak tahu hujung pangkal diri
biarlah masa mengubati hati..







Memandang ke ruangan berwarna hijau yang berpadangkan rumput hijau yang rata.. kelihatan ramai yang mula bersidai diluar.. duduk santai menikmati panasnya cuaca itu.. ada juga yang bermain bola.. ada juga yang melompat-lompat gembira.. ada juga yang saling berkejaran.. tetapi lebih ramai yang baring menikmati sang suria itu..
Jalan juga agak lenggang kelihatannya.. mungkin ramai yang keluar bersantai waktu ini..