Thursday, 19 March 2009

'Twisted language' AKA Simpulan Bahasa


Selalunya bila aku memuji si Suthanya.. pasti dia akan berkata

"lina.. you sweet mouth"

Dan aku akan tergelak-gelak kerana itu maknanya 'Mulut Manis' heheheheh kebetulan mereka juga ada simpulan bahasa yang hampir sama dengan kita..

Kemarin aku mengajar mereka beberapa ungkapan simpulan bahasa yang mudah.. tapi yang kelakarnya sebab aku terjemahkan secara terus dalam Bahasa Inggeris..

'Chair leg' = Kaki Bangku

'Heavy Heart' = Berat Hati

'Round Heart' = Bulat Hati

'Stone Heart' = Hati Batu

'Big Heart' = Besar Hati

'Smelly Heart' = Busuk Hati

'Blind Heart' = Buta Hati

'Heavy Mouth' = Berat Mulut

'Heavy Bone' = Berat Tulang

'Light Bone' = Ringan Tulang

'Water Face' = Air Muka (Don't drop my water face okay.. aku ajar diorang ayat ini)

'Fire Stone' = Batu Api

'Long Hand' = Panjang Tangan

Jenuh jugalah memberi penerangan setiap makna simpulan bahasa itu.. Bila diterjemahkan sebegitu rupa.. kelakar pun ada.. itu pun semasa sesi penerangan.. sebelum aku beri makna setiap simpulan bahasa.. seperti pesta kuiz pun ada.. Suthanya sibuk nak meneka makna setiap simpulan bahasa itu.. tapi malangnya... semua salah perhitungan hehehhehehehe..

Yang seronok lagi selepas itu kami pula buat sesi menyanyi lagu negara masing-masing.. dan mereka menyaksikanlah aku menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangatnya wakakakah.. sungguh patriotik kami petang itu.. tapi seronok kerana aku dapatlah dengar lagu negara Thailand dan Jepun yang dinyanyikan secara penuh semangat berserta gaya menaikkan bendera pun ada..

Selepas ini boleh kita terjemahkan semua simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris ya kawan-kawan..

Please don't drop my water face if you don't want my blood go upstair..
Jangan jatuhkan airmuka aku jika kamu tidak mahu darahku naik..

I'm not a chair leg person eventhou I'm so heavy heart to play cook-cook with you..
Aku bukannya seorang yang kaki bangku walaupun aku berat hati hendak bermain masak-masak dengan kamu

I already round heart with my decision to force Juliet buy me International fat rice with lots of dishes..
Aku telah pun bulat hati dengan keputusanku untuk memaksa Juliet membeliku nasi lemak antarabangsa dengan lauk-pauk yang banyak.

I know that Kak Pah would be big heart to cook me her delicious curry noodle.. heheheh
Aku tahu Kak Pah berasa besar hati memasak untukku mee karinya yang sedap itu.

KTS is heavy bone to cook at home eventhou she lift up basket herself as light bone and always shy-shy cat to admit it.. wakakakah
KTS seorang yang sungguh berat tulang untuk memasak di rumah walaupun dia angkat bakul dirinya sebagai ringan tulang dan selalu malu-malu kucing untuk membuat pengakuan itu.

Who ever feel small heart with some of the sentences above.. I hope that you will be able to understand my sincere content heart and I will bring myself away in thousand steps.. run as fast as possible like injure cockroaches..
Sesiapa yang terasa kecil hati dengan sebahagian ayat di atas.. Aku mengharapkan kamu dapat memahami isi hatiku yang ikhlas dan aku akan bawa diri jauh dengan langkah seribu.. berlari sepantas mungkin seperti lipas kudung..

Ahaks..

I know all of you shy-shy cat to admit my great fruit thought and with that I end it with bouquet of tulip flower.

Jangan jeles..

Aku beli sejambak bunga tulip buat penyeri ruang tamu..

Musim bunga sudah tiba.. ;)

Smile Always with big heart and white heart

Wednesday, 18 March 2009

Berjalan, Berlari, Berhenti, Berdiam diri


Aku berlari...
larii.. larii.. lari..
tanpa henti.. terus berlari..
tanpa menoleh lagi..
lari.. lari.. lari..

Nafas kencang sana sini..
menyedut udara pagi..
ohh.. pagi... tengahari...
siang kini seawalnya aku tak pasti..
dingin.. sejuk.. beku.. angin dinihari..
aku lari.. lari.. lari..

Perlahan.. aku kendurkan larian..
sedikit.. demi sedikit.. berjalan
melangkah perlahan.. lahan.. lahan..
aku jalan.. jalan..
mengukur jalanan..
mata memandang ke tepian laluan..
ke tengah ke tepi ukuran lebaran..
ku lihat batu batan..
berpinar-pinar pandangan..
aku berjalan.. jalan.. jalan..

Langkah demi langkah dilalui..
setapak demi setapak dipijak bumi..
aku gerakkan kaki..
kanan kiri.. kanan kiri..
seiring lenggangan.. senada selari..
langkah mula hilang gerak tari..
terhenti.. henti.. henti..

Aku berdiam diri..
mata memandang sepi..
jalanan hari ini..
sibuk seperti saban hari
namun aku masih setia berdiri..
berdiri.. berdiri.. berdiri..
diam diri.. diam sendiri.
merenung diri..

Dimanakah aku kini??
kemanakah aku telah berlari..
dimanakah kakiku berjalan tadi..
mengapakah aku terhenti di sini..
untuk apa aku berdiam diri

Wahai hati.. wahai diri
sesatkah aku waktu ini..
mencari jalan pulang entah di sana sini

Wahai hati..
ada hati yang aku tinggalkan pergi
ada rasa yang aku bawa ke sini
ada semangat yang aku minta kemari
ada jiwa yang aku sentiasa ingati

Jalan.. lari.. henti.. diam diri..
rutin itu akan terusan bergerak selari
seiring kadangkala mengusik sepi..
kuatlah wahai hati yang menjulang peribadi..

Tiba-tiba teringat lagu "lari.. lari kita lari.."
Selalu dengar dikumandangkan masa budak-budak rotu lari keliling padang dengan sepatu keras dan baju hijau terang gelap itu..
Tiba-tiba lak teringat zaman dingorat abang-abang 'rotu' masa zaman universiti dulu.. ahaksss.. ;)
Masih dalam mood melihat 'Angau' setiap hari...

Tuesday, 17 March 2009

Bicara cinta


Why did guys and gals fall in love?

Love don't need a reason..

Love is blind..

Love takes time..

He's a good guy..

Like coffee and coffee mate..

Eventhou the banana skin look ugly.. but the inside look nice and tasty.. (ini kata-kata aku.. ada dwi makna)


Ini kata-kata yang aku dengar sejak seminggu ini.. dan pintu bilikku di CIS diketuk saban hari..

Ada wajah ceria menjelma di muka pintu itu

Ada cinta yang baru hendak berputik.. yeke ;)

Adakah aku bakal ke Thailand atau ke Jepun?? Mengunjungi undangan perkahwinan??

Yareba dekiru (Japan)

Kun tam dai (Thai)

You Can Do it

Anda Boleh..


Aishiteru (Japan)

Can Rak Kun (Thai)

I Love You

Aku Cinta kamu

(Aku belajar istilah ini hari ini.. mau aku khatam bahasa thai & jepun abis study nie..)

Hehehehe... Kita tunggu sahaja ya.. Ada senyuman ceria mengukir di bibir.. dan aku hanya menumpang gembira andai mereka gembira.. bestt ooo tgk org angau nie hehehehe..

Tag lagi

Tag dari Mummy Aqeem

The challenge is :-

GO to your photos folder in your computer
GO to the 6th Folder of your photos
GO to the 6th photos in that folder
Put the picture on your blog & description of it.
Invite 6 friends to join the challenge
Link them in your blog & let them know they have been challenged


Ini gambar makanan tengahari aku.. steam potatoes with butter and herbs.. Tak tahulah kenapa aku ambil gambar nie.. dah tinggal separuh je tuh.. hehehehe.. ;)

Yang kena tag..

Asmida
Sri Sufi
Juliet
Tijah
Kak Piah
Kak Pah

Hehehehe.. apa gik.. sila ler sila..

Monday, 16 March 2009

Bahasa


Kini isu hebat tentang PPSMI iaitu Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris..

Sebenarnya sudah lama, aku mahu berbicara soal bahasa ini. Aku juga ada pendapatku sendiri.. Bukan sekadar subjek Matematik & Sains, sahaja dalam bahasa Inggeris malah subjek Teknologi Maklumat juga diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Sejak beberapa tahun yang lepas juga aku menyelia pelajar praktikum di serata sekolah seluruh malaysia dengan melihat mereka mengajar dalam bahasa itu. Sebelum itu bertahun juga aku menyelia pelajar mengajar subjek yang sama dalam bahasa melayu..

Ada peningkatan?? ada perubahan?? ada kelebihan?? Pendapat peribadiku.. Tidak ada.. sebab yang diuji semasa peperiksaan bukanlah bahasa itu.. tapi kefahaman mereka dalam menjawab soalan yang diberikan.. menghasilkan pengaturcaraan dalam bahasa pengaturcaraan yang ditentukan.. membina halaman web.. memahami konsep multimedia.. dan sebagainya..

Jika isunya kerana mahukan pelajar boleh bertutur dengan baik dalam bahasa itu.. dengan mewajibkan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran itu bukanlah penyelesaiannya.. Apalah sangat masa pengajaran dan pembelajaran itu yang cukup terhad berbanding dengan penguasaan konsep subjek itu sendiri yang masih belum dapat difahami lagi..

Aku bercerita dalam konteks subjek teknologi maklumat sendiri.. sedangkan mahu belajar menggunakan komputer pun masih terkial-kial, ditambah pula hanya seminggu beberapa sekali sahaja peluang yang ada mengikuti kelas itu.. apatah lagi kebanyakan pelajar luar bandar yang tidak mampu memiliki pun komputer itu.. di sesetengah sekolah pun adakalanya sebuah komputer terpaksa dikongsi oleh beberapa orang pelajar.. inikan pula.. ditambah dengan pengajaran dalam bahasa inggeris.. jangankan cikgu praktikum yang diselia hendak mengajar juga terkial-kial.. malah cikgu teknologi maklumat (ada sesetengahnya juga bekas pelajar-pelajarku sendiri) pun terkial sama.. cuma kelebihan menggunakan bahasa itu.. ada sesetengah istilah itu dalam perisian tertentu sememangnya dibangunkan dalam bahasa inggeris..

Masyarakat boleh berkata.. mengapa nak mansuhkan.. mengapa tak nak teruskan.. padaku.. belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun tidak pun sekali-kali merendahkan pengetahuan dalam bidang itu.. dan aku juga percaya ramai anak-anak malaysia yang dulunya mempelajari subjek yang sama dalam bahasa ibunda masih mampu menguasai subjek berkenaan dengan baik.. dan juga pada masa yang sama mampu juga bertutur bahasa inggeris dengan sebaiknya..

Dalam bilikku ini ada 2 orang pelajar Thailand dan Jepun.. salah seorang rakanku ibunya merupakan guru matematik di Thailand.. dan mengajar subjek berkenaan dalam bahasa Thailand.. kedua-dua mereka juga belajar di negara masing-masing dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.. tapi kini mereka juga mampu belajar di sini dengan berbahasa inggeris dengan baik.. malah mampu berdebat dengan baik.. walaupun tidaklah sehebat iramanya dengan bangsa Inggeris, Scottish di sini.. tapi itu tidaklah menandakan bahawa ilmu yang mereka pelajari di tanahair itu ada bezanya dengan ilmu sama yang diajar sini (antara beza ketara bahasalah), perbezaan lain dan konsep sememangnya wujud tapi... itu tidak bermakna ia tidak berguna langsung..

Mungkin kerana aku dekat dengan institusi sekolah dan pengajaran.. maka sudah lama aku lihat masalah ini.. dan banyak juga kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa peningkatan itu tidaklah ketara sangat hanya beberapa peratus sahaja.. dan ada sesetengahnya hanya di propagandakan untuk tidak mempamerkan kekurangannya..

Malah dulu ayah sendiri (bekas seorang guru besar) pernah dipanggil oleh PPD selepas bersara untuk kembali mengajar di sekolah kerana guru-guru ketika itu belum cukup mantap untuk mengajar subjek berkenaan dalam bahasa inggeris. Ayah juga pernah menceritakan beberapa kelemahan perlaksanaan itu semasa ia baru diperkenalkan.. aku malas nak ulas di sini.. tapi lebih banyak yang kurang dari yang lebihnya..

Apa juga.. aku sentiasa sokong bahasa melayu.. jangankan pelajar sekolah.. kadangkala ada juga rata-rata kita ini, jika diminta untuk berucap dalam bahasa melayu formal sepenuhnya... aku sendiri pasti mesti akan cenderung untuk mencampur adukkan kedua-dua bahasa itu.. jarang sekali dapat mendengar sesuatu penyampaian menggunakan bahasa melayu tanpa sepatah pun perkataan inggeris disebut..

Ini banyak aku lihat sendiri.. dalam banyak majlis perdebatan, pembentangan atau penyampaian atau sebarang aktiviti berkumpulan.. untuk mendengar mereka yang mampu berucap dengan bahasa melayu penuh amatlah terhad.. kerana rata-rata kita selesa menyebut beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dalam ucapan berbahasa melayu itu.. kenapa? mungkin kerana merasakan ada kelas dan imej tersendiri.. Jangankan orang lain.. kadangkala aku sendiri pun tersasul sama.. sebab itu kadang-kadang aku lebih suka.. jika mahu bertutur gunakan bahasa itu sepenuhnya.. kalau nak berbicara dalam bahasa melayu.. cakaplah sepenuhnya bahasa itu.. dan jika mahu bertutur bahasa Inggeris.. cakaplah sepenuhnya bahasa tu juga..

Tepuk dada tanya selera.. tanya hati.. tanya akal.. Padaku semua bahasa di dunia ini penting.. dan tidak ada yang paling penting.. tidak ada yang patut diagung-agungkan.. Jika kita bangsa malaysia.. Salahkah kita berbangga kerana mempunyai bahasa melayu.. yang mampu kita tuturkan bersama dikalangan semua kaum??

Teringat ketika ada satu sesi kursus yang kami hadiri di sini.. ketika itu ramai rakan-rakan dari malaysia turut sama dalam kursus itu.. dan salah seorang dari mereka adalah seorang rakan berbangsa cina dan india.. kami semua bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih sambil bergelak ketawa.. lalu dua orang pelajar dari India dan berbangsa Scottish yang menegur kami.. Dia bertanya kepada rakanku yang berbangsa cina itu "Anda dari mana??"
Dia menjawab "Dari malaysia"

Mereka tanya pula seorang rakan india itu.. "Anda dari mana?"
Rakan itu juga menjawab "Dari Malaysia"

Lantas mereka berdua itu bertanya pada kami semua.. "Bahasa apakah yang anda semua tuturkan???"
Kami yang mendengar lantas ketawa kecil.. dan kami katakan, "Bahasa melayu@malay language"

Seketika aku rasa bangga.. ya bahasa melayu.. bahasa kebangsaan kami

Mungkin ada yang memandang remeh isu ini.. mungkin juga ada yang mengatakan apalah sangat nak dikecoh-kecohkan.. Tapi ingat.. dari sekecil-kecil api.. mampu membinasakan sebuah rumah jika tidak berjaga-jaga.. Jika tidak kita ambil perhatian dari awal.. Padaku.. yang pincang adalah perlaksanaannya.. dan jika mahu bahasa Inggeris dikalangan pelajar ditingkatkan.. mantapkanlah kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah, jalankan lebih banyak aktiviti yang menarik yang mampu menarik minat pelajar menguasai bahasa itu dan biarkan sahaja subjek Matematik & Sains itu diajar dalam bahasa melayu.. Kembalikan semula pengajaran & pembelajaran (P&P) dalam bahasa melayu.. tidak ada pincangnya.. dan tidak ada lebihnya P&P dalam bahasa Inggeris..

Melihat sendiri bagaimana pengajaran itu dilaksanakan di sekolah, bertemu sendiri dengan guru-guru yang mengajar subjek berkenaan.. dan banyak lagilah rungutan lain.. pada aku apa salahnya jika kembali kepada bahasa melayu.. takde rugi walau sedikitpun.. malah semasa P&P dalam bahasa inggeris.. aku lihat betapa ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat buku-buku rujukan baru.. membuat kelas-kelas bahasa Inggeris.. dan bukan sedikit keuntungan yang dapat dikaut dari situ.. walhal semasa P&P dalam bahasa melayu.. tidak ada pun aku lihat usaha yang sama dilaksanakan pun.. Jika anda tanya pada kebanyakan guru sekolah.. aku juga percaya hampir kebanyakannya menyokong PPSMI ini dimansuhkan.. dan pada yang mahu ia diteruskan mungkin ada agenda sendiri.. atau mungkin tidak dekat dengan sekolah dan tidak tahu permasalahan yang wujud.. Banyak lagilah cerita ceriti yang aku tahu dari pelajar-pelajar aku sendiri.. rakan-rakanku.. apatah lagi dulu kunjungan setiap semester ke sekolah dan bertemu dengan pengetua-pengetua sekolah.. aku sering juga ambil peluang bertanyakan isu ini.. dan rata-ratanya.. ada yang positif dan ada yang negatif.. tapi kelebihan dan kekurangannya itu pada aku.. tidak banyak beza pun..

Jika tidak setuju.. tak mengapa.. kerana ini hanya pendapat peribadiku.. Aku bangga menjadi anak Malaysia yang mampu berbahasa melayu dan juga mampu bertutur dalam bahasa Inggeris pada masa yang sama.. aku terasa sedikit kesal kerana aku juga kini sudah tidak mampu berbahasa banjar dan bugis dengan baik.. walaupun aku datang dari rumpun banjar di sebelah ayah dan bugis di sebelah emak.. dan ini antara sesalanku.. kerana aku kehilangan kemahiran berbahasa mengikut rumpun bangsa melayu itu..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin