Semalam aku ajak pakwe berjalan menyusuri tepian lautan menuju ke Gourock melalui Port Glasgow dan Greenock..
Sebenarnya pakwe pernah ke sini tahun 2007 memancing ikan makarel di pinggir laut Gourock.. Namun sejak itu dia tidak pernah ke sana.. kerana tidak berkesempatan dan ketika itu juga kami tidak mempunyai kereta lagi.. maklumlah tahun pertama di sini masih menyimpan duit.. dan merasakan duit yang ada lebih untuk keperluan yang lain..
Ketika sampai dipenghujung lebuhraya M8 menghampiri ke Greenock terbentang luas lautan yang saujana mata memandang.. pekan Greenock, Port Glasgow dan Gourock yang terletak berdekatan dengan pantai dan laut.. mengamit rasa yang sungguh menyeronokkan.. teringat pantai 'Port Dickson' dan teringatkan juga Pantai Morib di Banting sana.. cuma ini agak berbeza.. kerana kedudukan laut yang begitu hampir dengan pekannya.. aman dan tenang..
Sambil itu sempat jugalah kami mengintai tempat untuk memancing.. bukan untuk aku.. tapi pakwe .. dan sememangnya aku lihat orang memancing di jeti berhampiran dengan 'Newark castle'
Perjalanan dari Glasgow hanya mengambil lebih kurang 30 minit sahaja.. dalam 37km.
Tidak jauh pun.. Seronok melihatkan lautan yang luas terbentang..