Thursday, 9 October 2008

Mood Shopping.. Jgn jeles ;)


Pagi ini turun sahaja dari bas 44 di hadapan Odeon lama di Renfield street.. aku berjalan kaki ke sainsbury untuk mencari makanan untuk sarapan pagi.. sekadar fruit and salad dalam bekas yang paling kecil dengan harga 1.49p.. itulah kadangkala menjadi sarapan dan lunch aku .. tambah lagi aku pasti akan beli 2 roll cheese and onion.. buat santapan tambahan.. Selesai membayar harga barangan.. berjalan kaki dari sainsbury ke CIS rasakan seolah begitu jauh sekali.. kaki dah mula sengal dan sakit.. aku tahu kasut yang dipakai sudah perlu ditukar.. sajalah tu cari alasan nak beli kasut baru kot.. tambah pula dah mula sejuk sekarang ini.. perlu cari kasut yang bertapak supaya tidak mudah tergelincir apabila hari hujan..



Ketika menuruni bukit di Montrose street menuju ke Livingstone Tower.. aku terdengar di belakangku ada slang-slang seperti suara anak melayu.. dari gaya tutur bahasanya aku kuat merasakan ianya datang dari jejaka melayu.. kedengaran perkataan berkenaan biasiswa dari MARA.. dan mengaitkannya dengan beberapa orang kawan turut disebut.. tambah lagi ada sebutan.. anak orang kaya disebut dengan lebih jelas.. uihh.. ini apa isu nie??.. makin lama makin dekat suara perbualan itu.. aku pulak hanya pasang telinga.. malas pulak nak toleh ke belakang.. dan aku terus berjalan dengan selamba dan relaks.. apatah lagi perut sudah mula terasa lapar.. bilalah nak sampai ke tingkat 11 nie.. perut dah menyanyi-nyanyi minta diisi..

Tidak lama 2 jejaka muda melintasi aku.. adik yang pertama berjalan tanpa sedikit pun menoleh padaku.. manakala adik kedua berjalan saing aku.. lantas aku tegur mereka..

"nak kemana?" tanyaku..

"ehh.. lah akak.. ingat orang arab tadi" kata sorang adik tu..

aku?? haii sabo jelah kan.. aku tanya lagi

"Student master ke undergrad nie?"

"Kami student undergrad"

"Mara sponsor ke?" tanyaku lagi

"Taklah kami dari biasiswa KPT" aku hanya menganggukkan kepala..

Mereka juga menuju ke livingstone tower.. rupanya ingin ke tingkat 1 untuk mendaftar kelas bahasa inggeris.. lantas mereka pula tanya aku..

"Akak study apa?"

"Akak buat Phd dik.."

"Nie nak pergi kelas ke?" banyak pulak soal budak-budak nie..

"Taklah akak nak ke bilik akak"

Sampai sahaja tingkat 1 mereka pun keluar dari lif berkenaan.. ketika pintu lif tu hampir tertutup.. terdengar jelas seorang adik itu berkata

"Uih.. akak tu buat Phd.. ada bilik sendiri lah"

Aku?? ehh diorang nie.. pelik pulak?? Sabo jelah.. Aku tersenyum menahan gelak sehinggalah sampai ke tingkat 11..

Beberapa langkah untuk sampai ke bilik.. aku dapat call dari adik aku sorang nie..

"Akak.. kat mana?"

"Akak dah sampai department.. tengah nak masuk bilik.. nape??"

"Alah nak minta akak temankan p Debenham.. akak kan teror bab shopping nie" sabo jelah adik aku nie..

"Ko nak beli apa nie?"

"Hadiah kawin kawan saya ler.. nak tengok barang apa nak beli sebab dia bagi gift card dari debenham"

"Oklah.. nanti sampai call akak k"

Mentang-mentang universiti dekat dengan city centre.. anytime je leh ajak pergi shopping ekk.. Aku pulak baru nak isi perut.. aku lepak sat.. buka pc.. check email.. makan sekeping cheese and onion roll.. minum susu coklat.. makan pasta and tuna.. terus turun ke tingkat bawah menuju ke debenham.. sabo jelah adik aku nie.. time tengah semangat nie.. ada pulak permintaan.. ceh saja nak cari alasan ler tu kan..

Puas merayau cari hadiah kawin tu.. dapatlah hadiah tu.. siap debenham hantar terus ke rumah kawan adik aku tu.. bagus juga idea nie.. sebab pengantin tu dah siap-siap buat list barangan yang dia dah pilih sebagai hadiah.. so senang kalau kita nak pilih mana yang kita suka.. dan dapat juga mengelakkan kawan-kawan dia membeli barangan yang sama .. yang perlu dibuat hanya perlu bayar.. bawa ke kaunter.. dan minta debenham buat delivery terus ke rumah pengantin tu.. Kat mesia takde lagi rasanya service camnie..

Aku ajak adik aku tu pergi tesco untuk beli nasi goreng.. egg fried rice.. punyalah tak sedap.. nasib baru 99p je.. so oklah dengan harganya.. baik aku beli sushi tadi.. lagi puas hati.. lepas tu aku terus singgah kedai kasut.. apa lagi memang plan nak beli kasut terus.. yang dicari brand nike.. wah dahsyat.. kat mesia pun beli kasut sukan brand bata je.. kat sini ngada-ngada lak nak brand nike.. itu pun aku siap gelak-gelak tengok made in mana.. Thailand & Vietnam.. lantak ler janji leh pakai.. boleh aku order kat suthanya 10 pasang kasut nike nie.. kalau dia balik Thailand..

Akhirnya beli jugalah.. sebab perlukan kasut yang elok sikit sebab banyak berjalan.. dan senang untuk bergerak masa kerja.. aku dah sakit kaki sejak 2 hari ini.. lagi pulak aku dah mula berstokin tebal.. kasut yang ada tidak sesuai dengan stokin tebal itu.. nak pakai stokin nipis tak sesuai sebab suhu sudah semakin sejuk.. aku bayar harga kasut tu 27.99pd dengan selamba je.. ada yang lagi mahal.. ceh-ceh.. tapi nasib baik aku tak berkenan dengan designnya..

Selesai sesi beli kasut.. terus balik CIS.. hari ini rasa lengang pulak.. Suthanya tengahari lagi sudah keluar.. Mas pun takde.. hanya aku dan Richard sahaja di bilik.. layan ler buat kerja sendiri dengan mood yang ada takde..

Terus ke tempat kerja.. aku nampak John.. tapi seperti semalam dia sibuk bergayut di telefon.. nak tegur malas pulak.. yang pasti surat aku semalam telah diterimanya.. aku pun buatlah kerja seperti biasa dengan separuh hati.. dah terbayang-bayang dah seronoknya berhenti kerja.. kadang terfikir juga... masa tak kerja nak kerja.. dah kerja nak berhenti pulak.. adeihh.. nak wat camno kan.. ddah sampai time.. John balik awal pulak.. tak dapat aku nak menjelaskan duduk perkara pasal surat tu.. takpelah esok masih ada lagi Insyallah

Selesai kerja.. (pesal panjang pulak cerita aku ari nie ekk.. sabo ekk.. sabo.. teruskan membaca dengan tenang dan relak.. aku paksa korang semua baca juga cerita aku nie.. ) apa lagi sesi pergi shopping.. selalunya hari khamis adalah hari yang paling aku suka.. sebab kebanyakan kedai akan tutup hingga ke pukul 8 malam.. masa inilah aku akan pergi merewang di city centre.. apatah lagi teringatkan beberapa barangan yang masih belum aku beli untuk bawa balik.. terutama coklat!! aduhh.. banyak nak kena beli..

Aku pun mula singgah dari satu kedai ke satu kedai.. dari kedai Clark factory outlet .. aku ambik beg 1.. ke Primark pulak beli stokin pink dan sarung tangan.. ke woolworth pulak beli coklat cadbury.. murah pulak 454g baru 2pd.. aku beli terus 5 kotak.. itu pun congak-congak macam tak cukup je lagi.. nak balik masa kenduri kawin kan.. sure ramai anak buah dan anak sepupu datang.. takkan nak bagi 2 kotak coklat je... mana cukup.. anak-anak buah aku lagik.. aduh.. lepas tu melangkah ke debenham semula.. akhirnya aku ke perfume shop.. aku memang takleh tengok kalau perfume tu murah.. sure tergoda.. itu pun dah mula membeli satu untuk aku.. dan 1 lagi aku belum putuskan sapa nak bagi.. adik ipar aku atau bakal biras aku.. atau adik perempuan aku.. nanti aku kira-kira semula.. itu belum lagi ke Boots untuk beli krim tangan sebab kulit aku dah mula gatal-gatal semula... mula je musim sejuk mulalah.. sensitif pulak kulit aku sekarang nie

Akhirnya setelah merasakan aku bakal patah bahu heheheh sebab bawak 5 kotak coklat yang hampir 2.5kg.. aku pun akhirnya putuskan masa untuk balik rumah.. dapat pulak sms dari pakwe suruh aku goreng paru malam nie.. adeihh.. balik kena masak ke.. buat-buat tanya lak kan.. kan..

Aku letak jelah gambar barang yang aku beli.. jangan jeles ekk.. kalau nak jeles pun silakan.. sila ler sila.. bersila terus pun boleh ;)



Coklat Cadbury Rose yang 5 kotak.. tak cukup nie..



Perfume.. sapa aku nak bagi nie ekk..



Semua barang yang aku beli..

Sorry ekk

Entah kenapa aku rasa bersalah lak sejak mood aku tunggang langgang pasal cuti dan nak balik nie.. terutama bagi rakan-rakan blogger yang rajin tinggal komen.. kalau ada komen aku yang terkasar bahasa tu... minta maaf ekk.. sebab memang emosi sikit 2 hari ini.. sebenonya ngada-ngada majuk dengan pakwe den.. sebab dia buat dekkk je.. awek dia yang kena fikir and settle semua..

Tapi bila fikir-fikir semula.. kenal dia pun bukan baru sehari dua.. dah 20 tahun.. tapi kenal rapat adalah dekat 10 tahun.. so bila renung balik.. dah tahu sangat inilah perangai dia.. tapi bila timbal balik pulak.. ada juga benda lain yang dia take care pulak.. yang mana kalau aku tak sempat nak settle.. dia rajin juga hulur tangan nak tolong.. so.. renung-renung balik dengan mata yang tak sepet nie.. fikir dalam-dalam.. ada keseimbangan.. cuma kadangkala aku tidak dapat lari dengan rasa dan perasaan terutama time tengah tensionn.. kena pula asyik kena tanya soalan yang sama.. selagi tak selesai tu.. kalau duk tanya je.. memang angin sat..

Di bulan syawal yang mulia nie.. aku pun nak ambil kesempatan untuk mohon maaf pada semua rakan-rakan.. terutama

Cikgooden.. kot terasa hati ke dengan komen teman ari tu.. risau juga temankan..

Julietchun.. ko yang sentiasa rajin bagi komen kat blog aku.. thanks banyak-banyak.. rajin-rajin ler komen lagi.. aku tunggu nak p beraya rumah ko.. hehehe sediakan duit raya tau..

Adykasyah.. may the force be with you gak.. akak kena teruskan apa yang patut dik..

AbahNajwa.. jangan lupa janji kita nak lepak sama masa winter nanti k.. insyallah nanti boleh menikmati udara sekitar scotland nie..

Zany.. thanks sebab sentiasa bagi kata semangat ye

Badakbiru.. adik pun jangan tensen-tensen sangat k.. relaks and cool always

AzzaIrah.. teruskan dengan mood purple dan bermain dengan warna moga dapat menceriakan hari yang suram dan mendung..

Akak.. Thanks sebab singgah selalu ke blog saya.. kuih raya tinggal serdak2 je kak.. masa raya aritu geng-geng semua habiskan kuih raya tu.. licin balang kuih raya saya.. ;)

Kak Anie.. tulah mood berubah-ubah.. lagi mood lepas raya nie cam slow down je sikit kan..

Maaf zahir dan batin ye..

Wednesday, 8 October 2008

Surat buat John

Aku telah nekad untuk menyatakan hasratku yang satu itu.. setelah berfikir dengan habis-habisan.. akhirnya aku putuskan untuk satu keputusan yang muktamad..

Melihat John hari ini agak sibuk.. lepas satu panggilan demi panggilan telefon yang dijawabnya.. akhirnya aku terus menyelesaikan tugasan yang sedia menanti.. apabila aku berpatah balik sejam kemudian, ku lihat dia telah tiada.. dah balik.. aduhaii.. tensen aku.. baru buat skrip apa nak cakap tadi.. siap dah susun ayat apa nak cakap..

Akhirnya aku putuskan aku akan tulis surat panjang lebar untuk John..

Yang nyata aku tegaskan hasratku untuk berhenti kerja.. dengan alasan aku akan pulang ke Malaysia.. biarlah aku nekad kali ini.. sebab hatiku dah mula tidak ada lagi di situ.. dah bosan.. dan mungkin aku perlukan perubahan dan mementingkan perkara yang lebih utama..

Sebelum balik tadi aku tinggalkan surat itu di atas meja John.. apa juga pastinya esok.. akan ada perbincangan hebat tentang isu berhenti ini..

Sudah sampai masa aku untuk berehat.. aku dah tak larat dah.. pening kepala memikirkan banyak perkara.. cukuplah cukup..

Apa pun aku kena selesaikan juga balik ke Malaysia ini seperti mana janjiku pada pakwe.. selepas ini aku takkan balik lagi sehinggalah aku tamat pengajian ku.. Insyallah..

Rasa lega dan lapang hati dan kepala aku seketika.. terasa sedikit bebanan terlepas sedikit demi sedikit..

Aku Redha..

Wah tajuk entri pun cam gempak je kan.. memang hari ini akhirnya aku redha sahaja dengan apa yang telah terjadi.. semenjak mendapat perkhabaran tentang cuti semalam.. Sekali lagi semalam sehari suntuk, aku asyik memikirkan penyelesaian untuk masalah yang timbul ini..

Bermula dengan rasa hatiku yang berbelah bahagi.. berat hati.. macam-macamlah.. mood yang entah kemana perginya.. memang seharian semalam aku hilang rasa emosiku.. ditambah dengan kerja petang semalam.. John mula komen beberapa perkara berkenaan dengan tugasan kerja yang pada pandangan matanya agak tidak sempurna minggu lepas.. yelah kan minggu lepas aku cuti.. dah namanya orang lain take over kan.. mestilah ada yang tak sempurna.. tapi yang tak seronok.. aku juga yang kena tempiasnya.. sekali lagi aku hilang mood petang semalam.. betul-betul hampir-hampir aku campak batang mop dan hoover itu semalam nak balik rumah.. 200% aku dah takde mood.. lagi pulak kepala aku mula pening memikirkan pasal nak balik.. permintaan pakwe.. riaksinya yang aku dah tahu sangat-sangat.. akhirnya aku redha jugalah.. sabarkan hati... relakskan kepala otak aku.. dan buat kerja sampai selesai.. memandangkan boss besar nak datang petang nie.. semalam aku selesaikan semua kerja aku.. terutama perkara yang dikomen minggu lepas.. lagi 5 minit ke pukul 7 malam aku keluar dari bangunan legal house.. aku kerja extra 1 jam tanpa gaji.. kalau orang lain.. tinggalkan je dah.. tapi aku?? dari kena komen lagi teruk lebih baik aku selesaikan..

Semalam aku mula rasa bagaimana rasanya kerja dalam situasi terpaksa.. jika diceritakan dengan orang lain pastinya jawapannya adalah berhenti jelah.. apa lagi nak fikir.. ya.. memang betul berhenti je apa nak fikir.. entahlah aku pun tidak tahu apa yang aku fikirkan.. kerja yang begitu pun nak pening kepala fikir.. mungkin dah sampai masa aku perlu bertegas dengan keputusan aku..

Pagi ini aku berjumpa dengan Eilean.. akhir cuti aku diluluskan untuk tempoh 2 minggu, itu pun dah cukup syukur pada aku.. selesai sahaja pertemuan dengannya.. aku hampir menitiskan airmata.. Eilean sampai aku peluk dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.. mulanya aku tidak begitu pasti tentang soal cuti ini.. tidak terlalu mengharap sangat..

Selesai perkara cuti.. perkara nak tukar tarikh pula.. setelah mencongak tarikh yang sesuai.. aku melangkah ke travel agent.. bila dengar sahaja bayaran yang dikenakan.. buat aku terkejut sekali lagi.. seorang dikenakan 110pd.. jika berdua dah 220pd.. aduhai.. melampau pulak.. puas ditanya dan dipujuk andai boleh dikurangkan juga tidak berjaya.. lagipun aku sering juga mendengar berita dari rakan-rakan tentang perubahan tarikh dibuat dengan kos yang lebih rendah.. akhirnya aku hubungi sendiri emirates airline.. katanya jika tiket dibuat melalui travel agensi hanya travel agensi itu sahaja yang boleh membuat pertukaran tarikh.. tetapi bila telah sampai ke Kuala Lumpur.. perubahan tarikh perjalanan balik ke Glasgow boleh dibuat oleh Ibu pejabat Emirates di KL..

Setelah puas menelefon sahabat sana dan sini.. minta pendapat.. aku putuskan tarikh untuk pulang aku kekalkan pada tarikh yang sama.. hanya tarikh kembali ke Glasgow sahaja yang akan berubah dan perubahan akan dibuat apabila aku sampai ke KLIA.. walaupun rancangan awalku untuk pulang ke malaysia menghampiri ke tarikh kenduri kawin namun sudah ketentuan tuhan.. Aku redha.. permintaan mak mertuaku untuk kami balik sebelum kenduri cukur jambul anak buah malam sabtu itu termakbul juga.. walaupun aku cuba untuk lajakkan harinya supaya menghampiri ke tarikh kenduri kawin pada minggu hadapannya..

Aku redha sebenarnya walaupun menguruskan perkara ini sudah cukup meyerabutkan fikiran aku.. rasa penat letih semua.. tapi teringatkan kata-kata akak aku sorang tu

"Adalah hikmahnya tu nanti.. menunaikan hasrat orang tua Na.."

Aku akui.. walaupun bagaimanapun aku manusia yang punya perasaan.. Aku akui ini ujian yang perlu aku hadapi.. apatah lagi.. bila semuanya dari A-Z aku yang uruskan seorang diri.. Jika dia yang uruskan segalanya mungkin juga aku tidak berperasaan begini.. adakah aku rasa tidak adil atau aku rasa terbeban.. entahlah..

Pintaku.. biarlah dia hargainya apa yang terpaksa aku lalui demi untuk menunaikan hasrat hati nya (pakwe aku ler tu).. kadangkala rasa lelah dan tak larat juga.. bagi yang tidak pernah menguruskan memang tidak akan tahu.. kadang mahu juga merasa tugasan itu dibuat oleh orang lain dan aku hanya terima dan tahu semuanya telah selesai dan sempurna.. Kadangkala rasa terpukul juga bila menjadi terlalu berdikari takut kesempatan itu diambil dengan rasa sambil lewa..

Apa juga aku redha.. walaupun jauh disudut hatiku.. punya seribu satu jutaan rasa dan perasaan.. Masih ada beberapa perkara penting lagi yang perlu aku selesaikan..

Ya Allah permudahkan lah Insyallah..

Tuesday, 7 October 2008

Takde Mood

Pagi ini ku dapat berita tentang cuti yang ku minta dari GU.. ada sedikit khabar yang kurang menyenangkan tentang status cuti berkenaan.. selesai perbincangan pendek tadi.. aku terus hilang mood.. sebenarnya sejak awal lagi aku rasa agak kurang senang dengan kepulangan yang agak lama kali ini.. tetapi atas desakan pakwe.. aku mengalah juga... namun seperti aku kata bila gerak hatiku mula merasakan berat dan tidak sedap hati.. pastinya ada perkara yang bakal berlaku..

Sebenarnya sejak mula aku malas nak balik.. bukan apa dengan desakan study yang menghampiri ke hujung tahun.. apatah lagi review tahun ke2 pun tidak lama lagi beberapa bulan sahaja.. buatkan aku malas nak balik.. tetapi kerana aku pernah berjanji dengan pakwe dan desakan dari dia juga.. membuatkan aku ikut juga.. walaupun kehendak hatiku tidak sepenuhnya..

Entahlah.. bila cuti pun ada masalah begini.. rasa nak balik pun malas.. lagipun baru sangat baliknya.. lainlah mereka yang tak study.. balik tu bolehlah bercuti berjalan-jalan.. yang study macam aku nie.. balik cuti pun masih ingat study lagik.. terkenangkan juga review akhir tahun ini..

Esok aku perlu bincang semula dengan Eilean.. banyak keputusan yang perlu aku buat esok hari..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin