Tuesday, 5 August 2008

Merenung kehidupan

Aku merenung sejenak kehidupan yang kini sedang dilalui.. adakalanya seolah bosan menanti dan terus menanti.. tapi perjuangan tetap diteruskan.. walaupun kadangkala nada rasa dan fikiran seolah tidak seiring jalan.. tapi itulah diriku.. ketika tibanya saat rasa dan fikiran itu bersatu.. aku mampu bergerak terus-terusan tanpa peduli apa juga.. tanpa berhenti seketika... terus dan terus berlari..

Pantas sungguh masa berlalu.. pantas juga detik saat bergerak meninggalkan aku.. diam tak diam sudah hampir ke bulan Ramadan.. teringat sebentar tadi.. jika saat ini aku berada di Malaysia pasti sudah sibuk untuk menempah baju-baju baru.. yang pasti 4 atau 5 pasang.. sibuk juga membelikan kain untuk mak dan mak mertua.. nampaknya 3 atau 4 tahun ini.. tiadalah baju dan kain baru untuk mak dan mak mertua.. tiada juga kuih raya untuk mereka.. tiada juga baju melayu untuk ayah dan abah.. malah Insyallah jika diizinkan Allah kepulanganku hujung tahun ini juga aku tidak akan ada baju baru.. manakan sempat untuk ditempah semasa balik ke Malaysia bulan 5 yang lepas.. teringat semasa menyelongkar almari di rumahku di Behrang 2020.. aku terjumpa 5 pasang kain yang masih elok berlipat di dalam plastik.. aku juga lupa bila masakah aku membelinya.. agaknya aku beli sebelum raya tahun 2006.. Hendak menempah kepulangan yang hanya 2 minggu sememangnya tidak cukup kerana terlalu banyak urusan ke sana sini..

Ketika bas berhenti di sebuah traffic light.. aku terpandangkan sebuah kedai kain pakistan yang nampaknya agak sibuk melayan pelanggan wanita.. corak-corak kain dan fabrik diperagakan di tingkap kedai.. kedudukan kawasan tempat tinggalku sememangnya dipenuhi dengan kedai-kedai pakistan.. teringat kata Ann.. "Akak.. kalau nak pergi tengok kain... jangan lupa singgah rumah saya bawa mak sekali" Pandai ye ko Ann.. bab-bab jalan ko ajak akak temankan mak ko ye.. Sudah 2 kali Mak Ann datang ke UK.. 2 kali juga aku berjumpa dengannya.. tahun lepas Mak Ann sambut raya di sini.. nampaknya raya tahun ini Ann sambut raya dengan Maknya sekali lagi.. dapatlah akak makan ikan masak asam pedas... leh request makan best-best nie.. sure Makcik masak hehehe

Kawan-kawan pun sama.. dengar je dah nak berhenti kerja petang.. panggilan telefon dari rakan-rakan ajak shopping bertalu-talu masuk.. pandai ye korang semua nie.. kalau bab shopping mesti ajak ye.. lama juga dah tak merayau di city centre.. habis pergi semua kedai.. rasanya dah banyak kedai yang dipromote kat diorang nie.. Suthanya..apa lagik.. promote je Matalan dia dah berulang kali ke sana.. Lepas nie kena tukar profesion ler.. shopping advisor kot..

Kenapa ekk.. sejak beberapa hari ini rasa cam nak berbelanja sesuatu.. tapi tak tahu apa dia.. rasa nak spend untuk sesuatu.. tapi tak pasti untuk apa.. just rasa untuk beli sesuatu.. pelik sungguh perasaan ini.. wahh ini tandanya stress.. mood nak shopping atau lebih tepat menghabiskan duit datang balik.. Bukanlah banyak duit pun.. tapi adalah duit lebih.. dan terfikir untuk membeli sesuatu.. kalau tahu dek pakwe nie sure kena paksa belanje weekend nie..

Banyak sungguh perkara yang aku teringin nak buat tapi semuanya hanya boleh dibuat jika aku berada di Malaysia.. lepak dengan rakan-rakan.. pergi berurut.. makan-makan.. Hi-Tea atau buffet dinner.. paling tidak pun lepak sambil bersembang kisah lama dan kini.. paling tidak pun ke shopping complex.. sekitar KL, Damansara, Subang, Klang, Shah Alam.. panjanglah langkahnya sebab ada yang boleh diajak bersama.. Nantilah.. akan sampai juga masa itu nantikan.. biar aku selesaikan study ini..

Kadang kala kehidupan saban hari begini adakala membosankan juga.. bila mula bekerja cleaner saban hari.. kadang timbul juga rasa bosan dan malas.. kadang terfikir juga apalah yang duk buat nie.. emmm.. kadang ada juga terfikir nak campak je vakum atau mop tu.. nak balik.. tapi mengenangkan takkan nak buat begitu.. apatah lagi melihat masa yang hanya tinggal 1 jam lagi.. itulah yang terjadi pada hari ini.. secara tiba-tiba jadi malas dan bosan.. bosan kerana mengadap rutin harian yang sama.. tapi nak tak nak kena teruskan juga.. aku mengharapkan perubahan..

Insyallah hujung minggu ini last kerja.. teringat 'perlian' Ann tadi semasa call tengah kerja (memang perangai dia suka tepon time aku keje.. dah tau dah..) "akak tu.. kejap kata Isnin last.. kejap minggu nie last.. pastu tak last-last juga" Pandai je ko bebel akak ye Ann.. sabo jelah..

Sabarlah hati.. benda yang dirindukan dan diingati kadang kala seolah-olah rasa tidak mampu ditahan.. tapi bila difikirkan semula.. Insyallah punya banyak tahun lagi untuk melaluinya.. tapi pengalaman berada di bumi glasgow ini.. hanya dalam lingkungan 3-4 tahun sahaja sabarlah..

Kehidupan perlu diteruskan.. tadi teringat Mashi.. teringat janjiku padanya.. bila agaknya masa nak terbang ke Christchurch nie.. tak pergi sure ada yang merajuk.. masa dan harinya.. yang pasti kena rancang awal tahun depan.. aihh.. sampaikah ke New Zealand nie.. ke singgah sekejap ke Malaysia pastu ke NZ.. heheheh.. tetiba-tiba teringat nak terbang ke sana.. macamlah dekat.. Insyallah.. :)

Aku harus kuatkan semangat.. jitukan jiwa.. cekalkan hati.. tabahkan rasa.. Insyallah emm.. banyak sungguh angan-angan nie... dan banyak sungguh yang difikirkan.. mmm..

Monday, 4 August 2008

Isnin yang agak relak

Hari pertama bekerja.. tiba tepat pukul 6.30pagi. Aku terlihat kelibat Trisha lantas diberitahu bahawa supervisor Elaine akan bawa aku ke department tempat aku bekerja.

Elaine menunjukkan laluan yang perlu aku ikuti setiap hari.. lantas singgah di sebuah pondok pengawal untuk mengambil segugus kunci bagi membuka pintu-pintu di department itu. Sebelum itu aku bantu Elaine membersihkan bangunan lain yang mana pekerjanya cuti 3 minggu. Tidak banyak yang ditolong selain membersihkan pintu kaca dan menyapu sampah. Selepas itu aku dibawa ke bangunan tempat aku bekerja. Tidaklah luas mana tetapi mempunyai 7 buah bilik-bilik pejabat.. setiap kunci ditunjukkan untuk pintu yang berkaitan.. ada 3 tandas dan sebuah dapur.. bilik-bilik yang perlu dibersihkan juga tidaklah besar mana pun.. Insyallah rasanya sempat untuk dibersihkan dalam masa 3 jam.

Melihatkan jenis tugas yang perlu dibuat aku rasa tidaklah berat mana kerana bekerja di legal house lebih besar dan lebih banyak tugas yang perlu dilakukan.. buffing.. mop lantai.. bersihkan meja setiap bilik training.. meja yang perlu dibersihkan juga tidak banyak mana.. setakat membuang habuk-habuk di tepi tingkap dan meja sahaja.. Syukur alhamdullilah.. tidaklah berat mana pun.. cuma perlu naik turun tangga kerana tandasnya berada di setiap tingkat yang berlainan.. department aku tingkat 6..

Kerja hari isnin tamat pukul 9.00pagi.. dan aku terpaksa bergegas balik ke rumah kerana sejak minggu lepas aku dah set appointment dengan engineer BT.. line telephone bermasalah sejak minggu lepas.. melayang lagilah 100++ hanya untuk meminta engineer BT membetulkan masalah line telefon... emm sabo jelah.. nak buat camnakan.. nak betulkan sendiri bukannya ada alatan ye pun.. nak tak nak.. terpaksalah.. macam tau2 je aku sambung kontrak lagi 12 bulan dengan BT.. masa nie jugalah line buat hal balik.. hisss sabar22

Kerana engineer datang hampir ke tengahari maka terpaksalah aku batalkan hasrat ke uni.. ponteng lagi.. mesti Suthanya rindu ngan aku hhehehe.. takpe esok aku akan mulakan balik hari di CIS.. sejak khamis lepas aku dah ponteng sebab letih sangat.. jumaat pun ponteng sebab tunggu posmen hantar bungkusan dari Malaysia.. selamat sampai semua barang-barang yang aku beli masa balik malaysia bulan 5 yang lepas.. lamanya baru nak sampai.. bukan apa ayah baru pos tengah bulan 7.. so baru nak sampailah bulan nie..

Isnin nie rasa relak.. aku masih kerja petang lagi.. ingat habiskan bekerja di situ hingga hujung minggu ini.. sebab hujung minggu ini juga aku akan dapat gaji 2 minggu.. so minggu depan berhenti terus.. aku dah tak larat nak kerja pagi petang.. cubaan minggu lepas menyebabkan aku keletihan sangat-sangat.. sampai otak pun dah tak mampu nak berfikir dengan baik.. sebab terlalu letih.. ingat bantal je balik kerja.. lepas tu sibuk untuk persiapan hari keluarga bbq sabtu lepas.. lagilah macam-macam yang perlu dibuat.

Aku tak nampak bayang John hari ini.. rancangannya aku nak beritahu John aku nak berhenti dan menyerahkan pob.. kira cam kad keselamatan untuk masuk ke legal house tu.. dah nak hampir setahun aku pegang pob itu.. rasa sayang untuk pulang balik.. tapi nak tak nak kena jugalah kan..

Aku syukur kerana ini rezekiku juga.. dapat kerja baru.. waktu pagi yang lebih selesa kerana tidak perlu tergesa-gesa untuk balik awal dari uni setiap hari.. bermaksud aku ada banyak masa lagi untuk tumpukan pada study.. dan bakal menjanjikan aku akan merewang petang hari balik dari uni hehehe.. window shopping dan shopping sakan akan menjadi agenda utama pulak... disamping janji aku dengan suthanya nak join kelas yoga dan pergi gym universiti di waktu petang.. yeye je aku nie kan.. angan-angan dulu.. buat atau tidak itu kira lain.. janji niat mesti ada kan.. ;)

Sunday, 3 August 2008

BBQ



Semalam hari yang indah.. cuaca begitu panas and selesa.. namun terasa sedikit sejuk kerana berdiri di tepi tasik..



Seronok kerana dapat makan sepuas-puasnya.. banyak juga lebihan makanan dan dinikmati bersama semua rakan yang datang..



Ramai juga keluarga yang datang menyertai bbq komuniti Govanhill / Pollokshields



Satu permulaan yang baik.. dan hari yang baik.. menikmatinya bersama rakan-rakan..


Habis juga perapan ayam tandori aku dan Jas semalam.. hehehe.. seronok tengok semua pakat-pakat makan bersama keluarga dan rakan-rakan..

Friday, 1 August 2008

Sup ayam jagung manis

Sejak tengahari tadi aku teringin nak makan sup ayam jagung.. memikirkan tepung jagung dah habis di rumah.. aku rancang balik kerja nanti aku singgah sahaja Somerfield.. beli jagung tin.. tepung jagung dan barang-barang keperluan lain..

Selepas solat asar.. rehat.. aku terus ke dapur untuk masak sup ayam jagung ini.. taklah susah sangat nak buat.. teringat semalam jas ada bagi jagung rebus.. so aku pun mulakan operasi menghancurkan jagung..

Cara membuatnya:

http://uktv.co.uk/food/recipe/aid/535027

Ingredients
1 tbsp vegetable oil
100g boneless, skinless chicken breast, finely diced
1 garlic clove, finely chopped
1 cm piece ginger root, finely chopped
1 tbsp cornflour
600ml hot chicken stock
100g Sweetcorn
1 egg
1 tbsp fresh lemon juice
shredded Spring onions, shredded, to garnish
dark Soy sauce
toasted sesame seeds, to garnish

Method

1. Heat the oil in a deep pan and gently cook the chicken, garlic and ginger for 3-4 minutes without colouring.

2. Blend the cornflour with a little stock and add to the soup pan with the remaining stock and the sweetcorn. Bring to the boil, stirring continuously and simmer gently for 5-7 minutes

3. Beat together the egg and lemon juice and slowly trickle into the soup pan, stirring with a chopstick or fork to form egg strands. Season to taste, garnish with salad onions and toasted sesame seeds, and serve with a drizzle of soy sauce and some prawn crackers.


Itu kalau ikut resepi ler.. tapi aku ikut resepi sendiri.. jadi jugalah.. bahan-bahan lebih kurang je cam kat atas tu..

Jika teringin bolehlah mencuba.. sup ini memang favourite aku.. kalau ke kedai cina lemon tree pasti aku akan order soup ini.. so akhirnya aku decide untuk buat sendiri sup ini.. lagi puas makan.. :)

Training selesai

Alhamdullilah selesai sudah training hari ini.. assessment pun berjalan dengan baik.. so far feedback dapat good.. tapi trisha siap tunjukkan komen dia tulis pada aku dalam borang penilaian semasa buat toilet.. dia tanya aku agak-agak aku dapat apa.. lalu aku jawab "I think I did good"

Lantas Trisha tunjuk pada aku komen dia. Terkejut sebab aku tak sangka sampai begitu sekali komen dia hehehe.. taknaklah tulis kat sini sebab jadi bangga diri pulak.. cukuplah aku katakan aku dapat cemerlang.. syukur alhamdullilah rasa berbaloi jugalah..

Selesai semua.. rasa lega juga.. sebab training ini bukan setakat dengar taklimat je.. tapi kena buat ujian praktikal.. tunjukkan kebolehan masing-masing.. tapi memang benar pengalaman yang sedia ada memang membantu.. teringat dulu kali pertama menjawat jawatan ini hehehe.. perasaan pertama.. fikiran pertama.. tindakan pertama.. memang tidak pernah terlintas dalam hidup akan buat kerja cleaner nie.. setakat cleaner kat rumah tu dah perkara biasa.. tapi bila menjadi cleaner di tempat orang..lain perasaannya.. Ingat lagi pertama kali ketika menyalin plastik sampah di setiap deretan meja-meja pejabat. Perasaan itu.. apatah lagi ketika itu staf itu masih ada.. jelingan mata.. gerak badan.. dan macam-macamlah.. itu belum lagi perasaan sendiri sambil fikiran berkata "apalah yang aku buat nie" "macam nie rupanya kerja cleaner" "Begini rupanya pakwe kerja hari-hari" dan macam-macam lagilah.. memang kekok sebenarnya.. tapi lama kelamaan.. alah bisa tegal biasa..

Kini pandangan itu dah menjadi lali.. kerja di legal house.. memberikan aku banyak pengalaman.. disitulah juga aku belajar bagaimana mengemop dengan cara yang betul.. disitu jugalah aku belajar buffing buat pertama kali.. ada juga buffing yang terbang langgar tepi dinding.. ingat lagi berhari-hari fikir camna nak kawal mesin nie sebab masa demo pun sekejap je.. aku belajar sendiri.. akhirnya aku tahu teknik itu sendiri.. bagaimana membersihkan tandas dengan cara yang betul.. macam-macamlah..

Mungkin sebab aku dah biasa dengan kerja-kerja rumah sejak kecil lagi.. sapu sampah.. sapu daun-daun rambutan keliling rumah.. siram pokok.. bersihkan bilik air.. maklumlah anak sulung.. bila nak raya pula kerahkan adik-adik bersihkan rumah.. lap cermin tingkap.. lap dinding kayu.. lap pintu.. dan sebagainya.. dan sikap itu akhirnya diikuti oleh adik lelaki bongsu ku.. setiap kali raya.. dialah yang akan take over bersihkan rumah.. dulu masa mereka semua masih kecik-kecik.. aku tukang arah.. buat itu buat ini.. sambil tolong-tolong bersihkan mana yang patut.. mak dah faham sangat perangai aku.. Sekurang-kurangnya adik-adik prihatin dengan kerja-kerja rumah yang perlu dibuat..

Bercerita pasal raya nie.. terasa sungguh bulan puasa yang tidak lama lagi akan tiba.. puasa tahun lepas.. agak meriah.. kerana keluarga abg nordin dan nazir tumpang rumah aku semasa mereka baru sampai ke Glasgow dulu.. meriahlah tiap kali bersahur dan berbuka puasa.. masih aku ingat hari terakhir puasa. betapa aku secara tiba-tiba jadi hiba dan sayu bahawa bulan ramadan sudah tiba ke penghujungnya. Insyallah.. puasa tahun ini akan aku tempohi lagi..

Kenapa bulan puasa ini begitu bermakna pada aku.. kerana pada bulan puasa jugalah pertama kali aku memulakan kerjaku sebagai seorang cleaner.. ketika itu aku kerja 4 jam setiap hari.. itu belum lagi kelas tutor pada sebelah paginya.. kadang aku bekerja hingga 8 jam sehari.. kelas 4 jam dan cleaning 4 jam.. penat tak usah cakap.. tapi aku tidak boleh lupa.. hari kedua aku kerja di legal house.. petang itu John berikan aku air kotak.. kek-kek dan biskut untuk aku bawa balik.. dia tahu aku puasa.. katanya untuk aku buka puasa.. masih aku ingat lagi perasaan aku waktu menerima pemberian John.. aku begitu sayu dan terharu.. seorang insan.. berlainan agama.. bangsa.. bahasa.. begitu prihatin dengan aku.. dan juga pertama kali aku dilayan sebegitu baik.. Sebab itu jugalah aku berat hati meninggalkan legal house kerana di situ aku belajar banyak perkara.. aku kenali secara dekat warga scottish kelas atasan.. keramahan mereka.. budi bahasa mereka.. sikap mereka.. sopan santun mereka.. ya.. aku belajar banyak perkara dari mereka..

Alhamdullilah selesai training hari ini.. petang ini aku perlu memberikan jawapan kepada John tentang permintaannya.. aku masih belum ada jawapan pasti.. masih memikirkan.. kata pakwe.. dia takut aku letih.. yang sememangnya aku akui minggu ini aku terlalu letih!!! Banyak sungguh kenangan di situ.. dan aku sendiri sudah anggapnya sebagai tempat lepak dan bersosial aku dengan warga scottish ini.. belajar slang scottish.. berjumpa dan berbual dengan mereka.. Bagaimanapun petang ini aku harus berikan keputusan aku.. aye.. aye.. do yea.. aye.. Insyallah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin