Tuesday, 10 June 2008

University Research Day 2008

Sekejap lagi kami (aku, k Haizan dan Suthanya) akan ke Barony Hall untuk setup poster kami.. Pendaftaran bermula pada pukul 11.30pagi dan sesi pembentangan poster pula akan bermula pada pukul 2.15-2.45petang.

George turut singgah ke bilik bertanyakan posterku.. katanya..

"Did you get your poster print? "

"Oh.. yes! Just that I didn't display it the common room" sambil menunjuk ke arah posterku di atas rak buku.

"Okay that alright, it just that I didn't see your poster up and just wandering what happen"

Aku hanya senyum sahaja..

Penuh dengan debaran ketika ini, kami dah siap berlatih untuk membentangkan poster masing-masing. Apa jua .. Good Luck again.. Masa untuk ke Barony Hall.. petang nanti aku update dengan cerita bergambar dan terkini..

Monday, 9 June 2008

Melarikan diri dari RD

Setelah sekian lama tidak ada RD (research digest) di department.. hari ini kami terima email dari Alaister.. mengajak kami memaparkan poster kami dan membuat sesi pembentangan 2 minit.. Suthanya awal lagi mengatakan tidak mahu ikut serta katanya belum bersedia lagi.. aku?? antara persimpangan present pun boleh tak present pun boleh.. sebenarnya RD hari ini sekadar untuk sesi membincangkan poster masing-masing sebelum pembentangan poster sebenar pada esok hari di Barony Hall.. sempena University Research Day..

Richard begitu beria-ria mengajak kami ikut serta ke RD.. siap ambil tumb tack di tingkat 10 (pejabat department) tapi kami?? semua larikan diri hehehe.. pergi makan ke cafe Todd.. kesian juga memikirkannya.. serba salah pun ada.. bukanlah tak bersedia atau tak tahu apa nak cakap.. cuma entahlah masing-masing rasa seperti malas sahaja.. ikutkan aku tak kisah sangat sebenarnya.. sebab bentang pun sekadar 2minit sahaja.. bercakap pun bukan benda yang kita tidak tahu tetapi research sendiri.. lagipun bukan tak pernah menghadiri pembentangan poster sebegini.. malah present paper juga adalah perkara biasa bagiku..

Pastinya selepas makan tenghari kami singgah juga ke common room untuk melihat semua poster yang dipamerkan.. setiapnya ada gaya dan warna masing-masing.. ada yang putih semata-mata.. ada yang terang benderang.. ada yang kelabu.. kataku pada Suthanya..

"I think my poster has stricking background color"

sambil dijawab oleh Suthanya " I think my poster has bigger font size "

yelah masing-masing ada pendapat tersendiri.. apa pun esok kita akan lihat bentuk dan poster rakan masing-masing.. tunggu sahaja pameran poster esok.. malah George juga akan terlibat sebagai paper presentation mewakili department.. pastinya aku harus memberikan sokongan kuat esok..

Apa juga esok bagi rakan-rakan yang tidak terlibat dengan pameran poster.. datanglah untuk memberi sokongan rakan-rakan yang lain.. seronok jugakan saling bertanyakan tentang research masing-masing.. pastinya aku perlu menjawab seribu satu soalan yang bakal ditanya esok..

All the best.. untuk semua rakan yang akan present esok.. Gud Luck ;)

Mesyuarat Kampung

Alhamdullilah semalam selesai sudah agenda utama mesyuarat kampung Govanhill.. Tahniah pada AJK baru yang telah dilantik..

Sayangnya tidak ramai yang datang memberikan sokongan.. seperti biasa muka-muka yang hadir adalah muka-muka yang biasa.. namun mungkin mereka yang lain ada hal masing-masing.. dan mungkin juga takut dilantik kot hehehe..

Tak mengapalah harapnya nanti AJK yang baru dapat menjalankan tugas dengan idea dan niat yang ikhlas insyallah.. Aku percaya ahli yang dipilih juga bukanlah calang-calang orangnya.. semuanya punya pengalaman dan terpelajar.. saling berkongsi tanggungjawab dan pengalaman..

Saturday, 7 June 2008

Bercanda ditepian pantai

Cuaca hari ini panas dan berangin.. ketika melangkah keluar dari rumah.. ku lihat beberapa awan mendung mula berkumpul di sekitar victoria road.. risau juga andai hujan seperti minggu lepas..

Rancangannya adalah untuk ke tepi laut.. telahku cadangkan pada pakwe untuk ke pantai Troon yang terletak tidak jauh dari pekan Ayr.. berada dalam daerah Ayrshire.. Teringat ketika ke rumah supervisor George di Ayr.. kami penah melalui pekan kecil Troon ini dan melihat lautan sepanjang perjalanan bermula dari pekan Irvine hinggalah ke Ayr.. berdasarkan carian maklumat di Internet.. maka aku putuskan untuk ke Troon sambil menikmati angin laut sebelah timur scotland..

Troon Beach & Troon Town
Setibanya di city centre glasgow.. langit yang asalnya mendung ku lihat panas semula.. Akhirnya aku putuskan untuk meneruskan perjalanan kami ke Troon dengan menaiki keretapi ke Ayr.. tambang sekadar 14.90 untuk 2 orang pergi balik pada hari yang sama.

Bermula dengan hentian Paisley Gibson St diikuti Johnstone, Kilwillning, Irvine, Brasserie dan akhirnya Troon.
Kami mula berjalan turun bukit dari station Troon dan akhirnya..

Di penghujung jalan St Meddans Street kelihatanlah lautan yang luas terbentang..

Ramai sungguh manusia yang melepak di tepi pantai dan ada juga yang mandi manda di sana..

Sempat juga kami berhenti makan sandwich, crips dan muffin yang dibeli lebih awal dari Somerfield berhampiran dengan Glasgow central station sebelum bertolak ke Troon.

Hampir sejam juga kami di sana.. pakwe malas pula nak berjalan jauh.. tepian pantai Troon sungguh panjang sekali.. ikutkan hatiku.. mahu sahaja ku ajak pakwe berjalan lagi.. tetapi pakwe malas nak berjalan jauh.. cukuplah berhenti ditengah-tengah pantai..

Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Irvine.. ketika melalui pekan Irvine.. kami terlihatkan sebuah komplek membeli besar yang agak besar di situ tertulis Rivergate.. dan turut ada papan tanda bertulis Beach Park.. maka kami putuskan untuk singgah di situ andai ada yang menarik untuk dilihat.. lagipun hari cukup panas membahang.. hinggakan jaket kulit ku pakai terasa seolah membakar kulitku pula.. bak kata pakwe.. seperti suasana di malaysia sahaja.. tak rasa pun berada di luar negara..

Singgah pun tidak lama sekadar berjalan sebentar ke beach park akhirnya kami putuskan berhenti di tengah-tengah sahaja.. kelihatan agak jauh juga untuk diteruskan perjalanan kami.. kami berhenti seketika di tepi Scottish Maritime Museum dan menikmati pemandangan laut di sekitar Irvine pula..


Tidak lama pun sekadar beberapa minit sahaja dan akhirnya kami teruskan perjalanan ke kawasan membeli belah.. terdapat Asda, Next Clearance, Primark, KFC, McD, Sport World, Comet dan banyak lagi.. pemandangan biasa bagi kami.. komplek-komplek seperti ini memang agak banyak di sekitar UK.. lagipun di Glasgow sendiri juga ada banyak komplek seperti ini.. sekadar menjenguk ke Next Clearance dan akhirnya aku pun terbeli hehehe jaket tebal wool.. dengan harga sekadar 7Pd.. bukan apa untuk dipakai pada musim sejuk hujung tahun ini.. waktu beginilah masanya untuk membeli jaket winter dengan harga yang murah.. maklumlah musim sejuk sudah berlalu maka sebab itulah harganya menjadi begitu murah sekali.

Akhirnya kami bertolak balik ke Glasgow.. singgah makan di cafe Chopstick.. dan terus balik ke rumah.. keletihan.. seronok juga dapat berjalan ke tepi laut.. setelah rancangan untuk berjalan ke laut sebelah barat scotland (Edinburgh) terpaksa dibatalkan kerana hari hujan pada minggu lepasnya..

Friday, 6 June 2008

Posterku siap



Alhamdullilah akhirnya.. posterku siap dicetak..

Kebanyakan poster rakan-rakan juga siap dicetak untuk pameran poster pada University Research Day yang akan diadakan pada 10 June (selasa) minggu hadapan.





Alhamdullilah.. siap juga.. perlu menyediakan diri pula untuk soalan-soalan yang bakal ditanya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin