Tuesday, 21 February 2012

Kisah si coklat manis berkrim..

Ketika menikmati coklat ini.. Aku pasti tersenyum mengenangkan kisah persahabatan yang datang bersama rasa coklat yang manis ini..



Suatu hari.. Ketika 2 orang sahabat baik sedang berjalan kaki untuk membeli barang di kedai Tj Hughes.. Salah seorang sahabat yang bernama Suthanya secara tiba-tiba teringin untuk makan coklat... Dia lalu bertanya kepada sahabat bernama Kanako.. meminta izin untuk singgah di kedai 'Poundland' untuk membeli coklat yang dia inginkan..

Itulah pertama kali Kanako melihat coklat yang dibeli oleh Suthanya.. lalu dengan baik hati Suthanya pun menawarkan kepada Kanako untuk merasa coklat ini.. Kanako mengambilnya dengan gembira dan mula merasa coklat itu.. lantas dia pun berkata..

"Coklat ini sedap dan manis lah"

"Sedapkan coklat ini.. coklat kegemaran saya" kata Suthanya sambil tersenyum..

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka dan persahabatan mereka terus terbina selama hampir setahun lamanya..

Akhirnya...

Tibalah saat yang menyedihkan buat 2 sahabat itu.. Kanako perlu pulang semula ke Jepun untuk menghabiskan pengajiannya... dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum dia berangkat pergi..

Dalam hari-hari terakhir mereka bersama.. Sekali lagi 2 sahabat ini keluar ke bandar.. Ketika melalui supermarket 'Sainsbury' di tengah bandar Glasgow.. Kanako secara tiba-tiba bersuara..

"Saya nak singgah ke Sainsbury untuk beli coklatlah.. saya nak beli untuk kawan baik saya.."

"Ok.. Boleh sahaja.. Jomlah" jawab Suthanya dengan mesra

Maka mereka berdua pun masuklah ke dalam Sainsbury Central. Kanako pun mula mengambil beberapa pek coklat dan terus ke kaunter pembayaran..

Selesai membayar harga coklat tersebut.. Ketika berjalan keluar dari Sainsbury itu.. tiba-tiba Kanako menghentikan langkahnya lalu berkata kepada Suthanya..

"Nah.. ini coklat untuk kamu.."

"Eh kenapa beri pada saya.. kan tadi kamu kata nak beli coklat ini untuk kawan baik kamu" Suthanya berkata dengan nada terkejut..

"Memanglah saya beli untuk kawan baik saya.. Kamulah kawan baik saya.."

"Lagipun saya ingat.. kamu memang suka makan coklat nie.. sebab itulah saya belikan untuk kamu.."kata Kanako lagi...

Suthanya terus tergelak dan menerima pemberian coklat itu dengan ucapan terima kasih dan mereka pun meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah..

Moral of the story..

Mungkin cerita ini biasa-biasa sahaja.. tidak ada istimewanya si coklat manis ini.. melainkan dengan rasanya yang sedap, ranggup dan berkrim..

Namun sebenarnya ada nilai persahabatan yang datang bersama coklat ini... Kisah seorang sahabat yang sentiasa ingat kegemaran sahabatnya... dan cara dia membelikan coklat kegemarannya dengan cara mengejutkan begitu.. buat aku tersenyum bila cerita ini diberitahu kepada aku... Sebab itu setiap kali aku menikmati coklat ini.. kisah 2 sahabat ini sentiasa buatkan aku tersenyum.. Apalah sangat beli coklat.. tapi bukan soal beli coklat itu yang aku nak kongsikan.. tetapi cara Kanako menghargai persahabatan itu yang aku mahu kongsikan..

Mereka berdua ini adalah sahabat baik aku... Seorang dari Thailand dan seorang lagi dari Jepun.. dan kini mereka telah pun pulang ke negara masing-masing.. dan InsyAllah... Aku pun akan menyusul pulang tidak lama lagi... Blog Aku dan Glasgow.. mungkin akan bertukar namanya nanti...

Kenangan ketika bersama di musim luruh penghujung tahun 2009..
Game, Kanako, Aku dan Suthanya..
Location : Princess Garden, Edinburgh

8 comments:

marinahunny said...

harga sebuah persahabatan itu tak ternilai...pasti akan dirindui..

selamat pulang ye :)

aNIe said...

Iina...akak tersenyum2 membaca entry ni...sweet sangat...alangkah bahagianya jika kita mempunyai sahabat begitu...kita sentiasa dlm ingatan dia...

julietchun said...

terharu sangat bila orang hargai kita

Kak Mahh said...

Tuan Blog,
Tak perlu tukar nama blog ini akak suka sangat nama blog ini semacam ada tarikan yang tersendiri...(pssttt ,pandangan akak je ni.)

iina said...

Marina

Terima kasih

Kak Anie

Terima kasih kak.. sahabat yg baik sentiasa ingat kita kan

Juliet

Mmg kita akan rasa terharu kalau ada yang hargai kita

Kak Mah

kalau nak kekalkan.. rasa tak kena sebab tuan punya badan dah tak duk glasgow lagi lepas nie ;)

Acik Erna said...

iina..akan menjadi kenangan manis nanti..insyaallah bila2 iina boleh bertemu dengan sahabat baik iina tu.

Maksu Ros said...

Terharu sangat bila akak baca cerita ni,teruskan menulis ye Lina walaupun dah balik.Akak akan terus membaca cerita-cerita terbaru Lina nanti. Ia membuat kita rasa hampir.Salam kemaafan buat Lina berdua dari akak sekeluarga andaikata ada terkasar bahasa atau terlebih gurau senda sepanjang lima tahun perkenalan kita.Terima kasih juga atas ingatan semasa abang keluar dr hospital dulu. Allah saja yang membalas budi baik Lina berdua.Selamat pulang Lina...

iina said...

Kak Erna

InsyAllah kak.. akan jumpa mereka semula satu hari nanti..

Maksu Ros

Alhamdullilah tak sangka dah 5 tahun kita berblog dan kenal satu sama lain.. walaupun masing2 sibuk masih ada ruang untuk bertanya khabar..

Terima kasih banyak2 ye kak ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin