Thursday, 25 November 2010

Kalau dah teringat..

Stesen bas di pekan Banting waktu itu sibuk seperti biasa. Aku memandang jam di tangan kiri. Hampir pukul 5.30petang. Mata mula melilau mencari bas untuk pulang ke kampung. Masih belum nampak bayangnya. Perut sudah mula lapar. Sejak tengahari lagi perut hanya diisi dengan pisang goreng sebelum ke pusat tusyen di Institut Harapan. Selesai kelas tusyen tadi, aku mula bergegas menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Ramai sungguh orang di stesen bas, kelihatan ramai pelajar-pelajar sekolah yang menunggu bas bersama aku. Sebahagiannya adalah rakan-rakan sekelas tadi. Ada juga beberapa orang dari sekolah yang berhampiran. Stesen bas itu sudah tidak asing padaku.. Sudah 2 tahun aku menjadi pengunjung setia tiapkali pulang dari sekolah. Seawal pukul 6.30 pagi aku dah keluar rumah ke sekolah di Klang. Selesai waktu sekolah, kadangkala aku terus mengambil bas ke Banting untuk kelas tusyen di sana pula. Hanya bila pukul 6 petang barulah aku sampai ke rumah semula. Laluan Klang-Banting itu sudah tidak asing lagi pada aku.

Dari jauh aku melihat kelibat seorang jejaka. Tersenyum aku memandang dia. Seperti biasa gayanya tidak banyak berubah. Berambut panjang berkerinting hingga ke pinggang. Berjaket kulit, berbaju t shirt gelap dan berseluar jean agak ketat. Kasut hitam kulitnya kelihatan sedikit berkilat. Dia tak nampak aku, tapi aku teruja nak menegurnya.

Aku bingkas bangun menuju ke arahnya. Mulanya dia tak perasan kehadiranku. Aku tersenyum mendekatinya.

Aku beri salam, "Assalamualaikum bang"

Dia menoleh dengan sedikit terkejut. Dia pandang muka aku. Terbit senyuman di wajahnya.

"Waalaikumsalam.. oh adik.. dari mana nie"

"Baru lepas kelas tusyen.. Tgh tunggu bas nak balik. Abang nak kemana nie?"

"Oh.. abang nak ke KL. Ada hal"

Aku senyum memandang dia. Tak lama datang seorang perempuan muda. Dia kenalkan pada aku sebagai adik bongsunya. Kami saling bersalaman. Agak seksi juga gayanya dengan seluar ketat warna hitam dan skrit jeans biru muda dan berjaket dari kain yang sama. Beberapa orang rakan yang aku kenali memandang aku dengan pandangan yang menjengkelkan. Ada yang menoleh beberapa kali.

Selepas berbual sebentar. Mereka berdua akhirnya menaiki bas express ke Kuala Lumpur. Aku berlalu pula ke tempat duduk yang lain untuk menunggu bas untuk pulang ke kampung. Tidak lama seorang rakan yang sama kelas tusyenku menegurku.

"Siapa lelaki yang berambut panjang tuh??"

"Oh.. dia abang angkat aku.. Satu kampung. Kenapa??"

"Emm.. gaya macam tuh jadi abang angkat ko?? Emmm.. rambut panjang camtu.. eee" Dia berkata sambil mencebikkan bibirnya.

Aku terdiam. Malas aku nak bertekak dan berdebat soal penampilan dengan dia. Siapa pun dia nak menilai orang. Tapi aku pasti pandangan begitu adalah biasa pada sesiapa sahaja. Sekilas pandang pasti sesiapa sahaja akan memandang dengan pandangan yang serong. Terpulang. Aku tidak mahu menilai orang dengan hanya satu pandangan sahaja.

Sejak hari itu, aku belajar tentang satu perkara. Tidak semua yang kita lihat itu sahih dan ternyata begitu juga kebenarannya. Kadangkala yang kita lihat jelek.. tidak semestinya jelek kesemuanya.. Tidak semua yang indah kita pandang.. itu indah juga semuanya..


Sekali lagik.. aku malas nak sambung cite nie.. hehehehe ;)
Publish juga sebab dah taip beberapa hari yang lepas..

15 comments:

Acik Erna said...

salam iina..iina memang betul teringatkan abang angkat iina..kena cari dia..tanya khabar..dapatkan no.tipun dia..
dan seperti selalu..cerita tak sampai kepenghujung..selalu nak bagi saspen pengunjung he he..

iina said...

Kak Erna

Ada gak terlintas nak call.. tapi tepon kg saya problem sikit buat masa nie.. nak suh mak saya bg no tepon mak angkat saya.. pun xsempat.. nantilah.. saya layan jek teringat saya nie.. cuma dah kurg sikit rasa teringatnya hehehe.. lagipun agak sibuk dgn benda2 lain..

Bila teringat nie.. saya hanya mampu menulis rasa teringat saya.. lagipun.. baru2 nie ada juga mak beritahu ada kwn sekg duk cari saya juga.. siap mak dia pesan pada mak saya.. payah ler bila bab2 berpesan2 nie.. nnti klu dah balik mesia terus lebih mudah nak settlekan benda2 camnie..

Hahaha.. bukan bagi suspen kak.. tapi mmg malas nak sambung menaip ler kak.. ilham sangkut takat itu jek hehehehe... kata org puteh.. 'writer block' hehehe jgn marah ye kak ;)

ibundo said...

atuk tu dulu rambut panjang gak ina haha.. dah jadi lecturer baru potong. tapi takde la panjang sampai pinggang. kat bahu je hii..

betullah tu.. kita selalu buat andaian dengan pandangan pertama.

iina said...

Kak Pah

Atok rambut pjg??? wahhh takleh bygkan lah.. rockers gak ke hehehehe.. Klu skrg rmbut pjg pun xperasan kan sbb pakai serban hehehe.. Kiro hensem gaklah kan kak.. sobab tuh kak pah jatuh cinta hehehe

Mmglah kak.. mula2 saya kenal dulu pun rasa cuak gak.. tgk gaya dia camtu.. rmbut pjg.. jaket kulit ketat.. mmg gaya rockers.. tapi bila dah kenal hati budi dia.. pandangan saya terus berubah.. dan dialah org pertama yang mengubah pandangan saya.. tidak semestinya semua yg kita tgk buruk itu buruk semuanya hehehe... ;)

Fatt said...

betul tu iina, typical manusia terus judge dr luaran..kdg2 tak semestinya yg pakai smart ni baik..benda ni jadi sendiri kat aku masa blajar dulu..waktu tu aku nak naik lrt dari pasar seni ke klcc..aku sorang je. pastu aku perasan aku sorg mamat ni dress smart ala2 dressing opis..dok tgk aku, pastu rapat sblh aku..smpai je lrt aku larikan diri dari dia, ingtkan bleh selamatkan diri disebalik manusia yg ramai tp bleh plak dia berdiri dpn aku..
belum habis lagi...smpai je klcc aku pun turun cecepat, pastu lari semunyik diri kat dgn dwn filharmonik tu..dkt2 dgn jaga..giler ke tak..dia bleh cari aku smpai ctu..pastu dia lalu2 dpn aku..sambil tgk mcm nak telan..aku duk dkt guard je..klu jadi pape biar guard tu selesai..but alhamdulillah, kwn aku sampai then dari jauh aku tgk dia pandang aku mcm tak puas hati..kawan aku tu lelaki..klu pompuan mati la kot kami kena..

kesimpulan dia, org pakai smart2 ni kekadang gilo!!

heh, pjg lak aku komen..hehehe :P

iina said...

Fatt

Aku suspek mamat tuh minat giler ngan ko hahahaha... sebab itu dia sanggup ikut ko sampai camtu sekali.. pakai smart xsemestinya baik.. ohhh ini mmg dah ramai aku jmpa.. smpi tahap giler sex pun ada dlm kes aku.. tapi byk2 yg aku kenal.. kenal abg angkat aku dengan gaya camtu pada usia aku belasan tahun mmg aku xpernah dah jmpa dengan org lain.. sebab itu aku cuba xnak judge org hanya dr cara dia berpakaian sebab blum tentu otak dia centre lagik..

Oh abg angkat tuh.. nmpk jek rockers.. tapi dia hafal kebanyakan hadis dan byk kali khatam quran.. pernah dia cite penah tidur sebantal dengan amy search zaman rockers dulu2.. dia merantau ke kl.. dia fedup tuh yg dia balik kg.. masa tuhlah aku jmpa dia hehehe.. tak pe bila lagik nak komen pjg2 nie kan hehehe ;)

Lee said...

Hi Iina, the last time I was in Banting early '70s. I guess the place has changed a lot too.
I love women with long hair. Better if in sarong kebaya, ha ha.
Have a nice day, Lee.

iina said...

Uncle Lee

Yeah things habe change alot.. especially since the KLIA is nearby..

Yeah I know how u enjoy looking at them.. but for me.. I don't like guys with long hair or too short hahaha.. but in my teenage years.. I enjoy seeing guys with long hair hehehe...

Have a nice day too yeah ;)

pearl said...

oooh tak sangka U pun dari banting. I pun orang banting jugak. Rumah kat kat PKNS rumah nenek kat sg buaya. Sumenye banting

Zaitun said...

InsyaAllah kalau ada rezeki satu hari nanti pasti jumpa.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

betol tue..kalau ada rezeki nak jumpa..mesti akan jumpa jugak.insyaallah. kalau x...mingkin x de rezeki. setiap kejadian ada hikmahnya...

p/s:ada n3 terbaru>>BELOM MELAKUKAN SEKS TAPI BOLEH MENGANDUNG??

julietchun said...

jgn menilai org dari luarannya, buleh?

aku pon jahat juga walaupon nampak baik,hahahaha

iina said...

Pearl

Wah.. kita sekampung lah gitu hehehe.. ;) Tak akak orak iso ngomong jowo tau

Zaitun

InsyAllah.. harapnya satu hari itu tak lama dah ;)

Mama Adam

Dah baca n3 tuh.. I pernah dgr kes budak perempuan mengandungkan lintah.. tah sapa lak cite lupa lak .. InsyAllah kalau ada rezeki mmg jumpa juga ;)

Juliet

Mmglah.. pada aku walau apa pun luaran mu.. pada aku ko tetap baik hahahaha... dah puji nie jgn lupa belanje aku kat kg baru thn dpn ok ;)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
baru tadi pagi saya g banting anatar printer kat balai polis

iina said...

Brutalsolo

Hehehe.. tak singgah makan cendol kat pekan ke ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin