Sebulan selepas peristiwa 11 September 2001, aku jejakkan kaki di lapangan terbang London Heathrow untuk transit ke kota Edinburgh. Hari itu bertarikh 11 Oktober 2001, hari ahad yang cukup berangin menandakan sudah masuknya musim gugur. Ketika itu lapangan terbang itu baru sahaja dibuka semula selepas hampir 3 minggu ditutup kerana kejadian pengeboman World Trade Centre di New York. Lapangan terbang agak lenggang kerana flight MAS dari KLIA tiba awal pagi menghampiri pukul 7 pagi. Kelihatan ramai penumpang-penumpang pelbagai bangsa berkeliaran di sana sini sekitar lapangan itu. Tidak ketinggalan juga beberapa pandangan sinis dan tajam yang kerap aku terima tiap kali melintasi golongan manusia tempatan. Ketika beratur di barisan check in penerbangan ke Edinburgh, sekali lagi kami di pandang sinis oleh beberapa penumpang tempatan
(aku kira berbangsa english) namun setiap pandangan mereka aku buat endah tak endah sahaja.
Urusan semakan visa, Alhamdullilah berjalan dengan lancar. Tahun itu visa untuk masuk ke UK boleh diperolehi di kaunter Imigresen sahaja. Yang penting perlu disediakan segala dokumen utama sebagai menyokong sebab musabab kedatangan aku dan suami. Semua dokumen itu telah aku sediakan secara terperinci selepas mendapat khidmat nasihat daripada pegawai di kedutaan UK di KL. Paling utama adalah rekod pemeriksaan kesihatan dan filem X-ray yang perlu disediakan. Alhamdullilah semua itu telah kami perolehi lebih awal dan semakan status kesihatan, surat tawaran belajar, surat jaminan kewangan daripada JPA
(ketika itu yang menaja pengajian masih di bawah JPA dan bukan KPT seperti sekarang). Kami diberi visa untuk tinggal di UK selama setahun hingga aku selesai pengajian Master dalam Interactive Multimedia.
Itulah pertama kali aku berhijrah dan bermastautin ke luar negara. Itulah juga kali pertama aku menaiki kapal terbang dan itulah juga kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara lain selain negara tumpah darahku, Malaysia. Angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup dingin menyambut kehadiran kami di lapangan terbang Edinburgh. Kelihatan banyak daun-daun berguguran di sana sini. Pokok-pokok sudah banyak yang kehilangan daunan.. Ladang-ladang gandum sayup-sayup kelihatan dari jauh. Tidak ada sesiapa yang menyambut kami di lapangan terbang. Kami datang tanpa mengenali sesiapa pun di sana. Berbeza dengan keluarga-keluarga yang datang ke Glasgow beberapa tahun ini, kedatangan disambut dan diambil
(termasuklah kehadiran kami di Glasgow), penginapan sementara atau tetap telah disediakan. Itu pun ada yang masih bersunggut dan komen yang tidak sedap didengar.
Kami mengambil teksi untuk ke Heriot Watt University, Edinburgh. Penempahan penginapan telah kami buat selama 3 hari 2 malam dan kami berharap ketika itu kami mampu memperolehi kediaman tetap sekitar kampus. Kami tiba hari Ahad.. perbezaan masa yang menghampiri 7 jam antara waktu tanahair dan Edinburgh menyebabkan kami mulai rasa mengantuk pada pukul 6 petang. Kami tidur hingga keesokan harinya.. Bangun dari tidur aku jadi keliru kerana tidak pasti waktu ketika itu pukul 7 pagi atau pukul 7 petang.. Kelakar sungguh bila diingat-ingat semula.. Apatah lagi hari itu adalah hari pertama kuliah pengajian master aku.
Aku tiba lewat seminggu selepas pengajian dimulakan. Dalam kelam kabut untuk mencari jabatan 'Department of Computer & Electrical Engineering-CEE', aku temui juga jabatan itu yang bersebelahan dengan jabatan kimia. Selepas mendaftar di pejabat department, aku terus pula berjumpa dengan coordinator kursus MSc in IMM (Interactive Multimedia)-Dr Roger Rist
(aku ingat pensyarah ini kerana dialah penyelia thesis semester akhir pengajian MSc aku) untuk briefing tentang kursus, kelas dan sebagainya.
Kemudian aku mula berkejaran ke pejabat International untuk urusan kediaman.. tapi malangnya kediaman untuk kelamin sudah penuh. Aku diminta untuk mencari sendiri kediaman berdasarkan iklan-iklan di surat khabar atau notis-notis iklan di sekitar kampus. Kepala sudah mula pening memikirkan urusan kediaman.. Aku hanya punya baki 1 malam sahaja untuk tinggal di asrama universiti.. Rupanya untuk memperolehi kediaman yang disewa tidaklah mudah ketika itu. Semua kediaman penuh.. kebanyakan pula diuruskan oleh agen-agen yang perlu dihubungi terlebih dahulu, kemudian ditetapkan masa untuk melihat rumah dan kemudian barulah urusan pembayaran dibuat. Semuanya mengambil masa lebih kurang seminggu. Aku sudah mula pening memikirkan kediaman sementara untuk hari-hari seterusnya. Akhirnya aku tambah masa penginapan di asrama universiti untuk tempoh seminggu lagi. Aku terpaksa menempah 2 bilik yang berbeza kadar sewaan, 1 bilik dengan kadar sewaan pelajar dan 1 bilik lagi kadar sewaan bukan pelajar (suami). Harga bilik aku separuh harga dari harga bilik bukan pelajar. Terpaksalah bayar juga ketika itu. Hari kedua kami terjumpa dengan seorang pelajar Malaysia jurusan Master kejuruteraan petroleum tajaan Petronas di pintu masuk utama Heriot Watt Uni (HWU). Setelah saling bertanya khabar berita, malamnya abang tersebut menjemput kami untuk makan malam di rumahnya yang terletak berhampiran pintu pagar utama HWU. Sebuah rumah cottage 2 bilik dengan sewaan £400+ ketika itu.
Bersama abang tersebut kami turut bersama-sama berjalan kaki mencari rumah untuk disewa sekitar kampus dan hingga membawa kami sesat barat entah kemana.. Pernah dalam perjalanan pulang selepas gagal mendapatkan rumah yang dapat di sewa.. Aku menangis kesedihan memikirkan urusan kediaman yang masih belum selesai. Pernah berhadapan dengan manusia yang memaki hamun kami semata-mata kerana ku bertudung sambil menunjukkan kasut di tapak kaki seolah-olah mahu menerajang kami. Pernah juga kami hampir di tunjuk-tunjuk dengan jari dengan maki hamun juga.. semua ini sebab peristiwa 11 september itulah.. Hanya doa mengiringi setiap perjalanan kami setiap hari.. Selalunya aku buat tak endah jek.. orang nak maki hamun ke.. nak kata apa ke.. aku tak pernah kisah.. walau dicakap sebelah telinga sekali pun sedikit pun aku takkan menoleh atau memandang pun. Lebih baik seperti itu daripada memberikan sebarang riaksi seperti pengalaman aku ketika berhadapan dengan seorang lelaki scottish yang menuding-nuding kasut di kakinya pada kami.. aku hanya menjeling buat tak tahu sahaja.. bila kami lalu di hadapannya.. dia terus malu sendiri.. tak berani pun nak memaki hamun depan kami.. dari jauh bukan main lagik.. ;)
Ketika itu kuliah pengajian sudah bermula. Kerja-kerja latihan dan tugasan di makmal komputer sudah mula aku terima. Pernah dalam antara masa pengajian itu aku sempat berlari mencari rumah.. membuat panggilan telefon dan pergi melawat rumah yang hendak kami sewa dan hampir semuanya gagal dan penuh. Kadangkala, bila kami tiba di rumah yang kami mahu lawati, terus kami dimaklumkan rumah itu telah disewakan pada mereka yang terlebih dahulu
(selang beberapa minit jek) melawat rumah tersebut. Kami balik dengan hampa. Pening kepala usah dikatalah. Tapi kami gigihkan juga.
Akhirnya abang tadi mencadangkan kami menyewa sementara di rumah sahabatnya orang Brunei yang beristerikan warga jepun. Rumahnya punya 4 bilik dan dia boleh usahakan untuk meminta tolong sahabatnya itu menyewakan bilik pada kami buat sementara waktu. Alhamdullilah, kami dibenarkan untuk menyewa buat sementara waktu di tingkat atas rumah tersebut. Hampir 3 minggu kami tinggal di situ dan usaha untuk mencari rumah sendiri masih tetap diusahakan cuma kali ini tidaklah tertekan seperti minggu pertama yang lalu.
Satu hari aku terbaca iklan sebuah rumah berharga £350 sebilik berhampiran Gorgie Road yang baru sahaja diiklankan. Kami hubungi agen berkenaan dan hari itu juga kami diminta untuk terus datang ke pejabat agen berkenaan di tengah bandar Edinburgh. Pegawai itu terus membawa kami ke rumah tersebut di jalan Wardlaw Terrace bernombor 5. Rumah tingkat bawah, sebilik, dengan ruang tamu berkongsi dengan dapur. Aku terus setuju dengan lokasi dan keadaan rumah tersebut. Kedudukan yang berhampiran dengan jalan besar Gorgie Road memudahkan aku untuk ke universiti dan bandar, penuh dengan deret-deret kedai di kiri dan kanan jalannya. Paling utama rumah itu agak murah, £350 sebulan berbanding rumah-rumah lain (sebilik) kebanyakan £400 ke atas. Kembali semula ke pejabat agen tersebut terus kami menandatangani urusan penyewaan dan pembayaran deposit. Kunci rumah kami perolehi beberapa hari selepas itu.
Pada mulanya keluarga Brunei-Jepun itu sedikit terkejut bila mendapat tahu kami akan berpindah ke rumah lain. Mereka amat mengharapkan untuk kami terus tinggal bersama mereka memandangkan mereka rasa selesa dengan kehadiran kami berdua. Tapi mengenangkan aku kerap pulang lewat malam kadang-kadang melebihi pukul 12 malam kerana urusan tugasan di makmal komputer menyebabkan aku kurang selesa untuk terus tinggal di situ. Apatah lagi aku terpaksa bertudung sepenuh masa bila di rumah itu membuatkan aku rasa lebih tidak selesa. Akhirnya tawaran dia untuk terus tinggal di situ kami tolak dengan baik dengan alasan pengajian aku yang tak tentu masa.
Alhamdullilah, kami tinggal dengan selesa di rumah itu. Aku tinggal di rumah yang sama hinggalah aku tamat pengajian dengan Ijazah MSc in IMM pada penghujung bulan September 2002. Rumah itu ibarat seperti tempat pensinggahan sementara sahaja, sekadar untuk makan dan tidur.. Selain dari itu banyak masa aku habiskan di universiti dan makmal komputer. Suami pun turut menemani aku sepenuh masa. Bila aku ada kuliah dia akan tunggu aku dengan setia di kerusi malas berhampiran pejabat department.. atau kadangkala melayari internet di makmal komputer dengan menggunakan login aku.. atau sekadar bersiar-siar di keliling kampus, selalunya dia akan temani aku hingga aku selesai urusan tugasan hingga lewat malam di kampus. Apatah lagi ketika itu malam lebih panjang.. pergi dan balik ke universiti biasanya bertemankan dia. Hanya bila aku masuk ke semester 2, barulah dia mula bekerja di Balmoral Hotel di tengah bandar Edinburgh. Satu-satunya bangsa melayu yang bekerja di hotel itu. Selalu jugalah setiap kali selesai kuliah aku akan ke bandar menunggunya selesai waktu kerja pada pukul 5.30 petang. Kadang kami sekadar berjalan-jalan di sekitar taman puteri (Princess Garden) atau ke pantai portobello atau menonton wayang di Odeon Wester Hailes atau menemani aku di makmal komputer hingga lewat malam seperti selalunya.
Di CEE itulah aku berkawan dengan ramai bangsa.. sahabat-sahabat aku kebanyakannya adalah pelajar international, ada dari China, India, Iran, Iraq, Omman, Malaysia, Singapore, Scottish, English, Norway, Mexico, Iceland. Hampir pelbagai bangsa pernah menjadi ahli kumpulan tugasan kami. Aku bersahabat dengan sesiapa sahaja, Banyak juga kuliah yang kami harungi bersama. Study group bersama dengan bangsa-bangsa asing, menghafal nota, menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas bersama, berdebat secara ilmiah dalam kelas-kelas e-learning
(apatah lagi aku punya latarbelakang kerja dan mengendalian latihan e-learning di malaysia ketika itu) sering menjadikan aku bahan rujukan setiap kali sesi perbincangan dan pembentangan. Di situ jugalah aku mula petah berbahasa english dengan nada dan lorat english heheheh.. terbiasa kerana hampir setiap kali kuliah, pensyarah akan meminta kami membincangkan isu-isu yang telah diketengahkan. Aku sering memberikan perspektif dari sudut negara Malaysia, manakala kawan-kawan aku pula memberikan pandangan mereka pula dari sudut negara masing-masing.. malah dari sudut negara UK juga sering dibincangkan. Itu semua pengalaman.. Dari tidak pernah keluar negara seumur hidup sehinggalah tahun 2001.. Selama setahun itu aku hidup di perantauan dengan banyak pengalaman bersahabat, menuntut ilmu dan sebagainya.
Aku pulang ke tanahair pada pertengahan bulan Oktober 2002 dan kembali semula ke Glasgow pada pertengahan bulan Januari tahun 2007. 5 tahun aku kembali ke tanahair berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan kembali melanjutkan pengajian di sini. InsyAllah aku berdoa perjuangan ini juga akan berakhir dengan kejayaan nanti hendaknya. Di permudahkan segala urusan pengajian dan kehidupan di sini.
Pada hari selasa minggu lalu aku kembali ke kampus Heriot Watt University, Edinburgh selepas mengunjungnya kali terakhir pada bulan Januari 2007 hampir 3 tahun lepas. Kali ini aku kembali bersama Mak, setiap sudut tempat dan bilik yang pernah aku lalui untuk ke tempat kuliah, makmal-makmal komputer yang pernah menjadi tempat aku menyiapkan tugasan individu dan kumpulan, tempat aku lepak untuk study untuk peperiksaan, tasik kecil yang indah laluan utama aku tiap kali aku stress atau tension dengan study.. semuanya aku tunjuk pada mak.. Menghirup udara segar dan bauan rumput, alam, tanah ketika itu membangkitkan kembali banyak nostalgia lama aku semasa berada di sana selama setahun. Alhamdullilah, akhirnya mak sampai juga ke situ, melihat tempat aku belajar 9 tahun yang lalu di Edinburgh dan kini hampir 4 tahun pula di Glasgow.
Pintu masuk utama ke Heriot Watt University
Bangunan Department CEE (Computer & Electrical Engineering)
Kini department berkenaan telah bergabung dengan school of Mathematic
Loch (tasik) dalam kampus
Rentetan kenangan ini terbit tatkala aku membawa mak ke bandar Edinburgh dan University of Heriot Watt. Di situlah aku belajar budaya asing English dan Scottish. Di situ juga aku belajar hidup suka dan duka di negara orang, bersyukur mengenali dan bersahabat dengan pelbagai bangsa serata dunia ;)