Monday, 7 December 2009

Sayang, ciuman dan kerinduan..


Aku diminta untuk memakai selendang yang cantik.. Berwarna keemasan yang bersulam indah dan berkilauan.

Bila aku lilitkan selendang itu sekemasnya, selendang itu terletak indah di kepala.. Seolah aku bakal menghadiri satu majlis istimewa.. Aku pula berjalan diiringi sekumpulan manusia.. tua.. muda dan anak-anak.. Tidak ada seorangpun daripada mereka aku kenali..

Aku dibawa ke sebuah dewan kecil yang dikelilingi oleh golongan lelaki dan wanita.. Ada si anak-anak kecil.. ada makcik-makcik tua.. ada pakcik tua jua..

Di tanganku ada sebekas tabung tembaga.. Aku pegang erat entah mengapa dan tidak aku tahu darimana aku perolehinya.. dan untuk apa..

Wanita pertama yang aku temui dalam dewan itu mendekatiku dan berkata dengan lemah lembutnya padaku.. "Sayang.. Sayang" lantas dengan perlahan mengucupi pipi kiri dan kananku.. Aku sambut dengan senyuman dan ciuman kecil kembali.. Lantas dia masukkan kepingan duit siling ke dalam bekas tembaga yang aku pegang..

Aku masih terpinga-pinga di situ.. Apa sebenarnya yang terjadi ini?? Kakiku masih lagi melangkah perlahan ke hadapan.. menyusuri barisan manusia yang berdiri seolah seperti menunggu giliran.. Laluan jalanan berkapet merah di dewan itu terasa amat panjang sekali.. Sekali lagi aku disapa seorang lagi makcik tua yang lain di sebelah kananku.. seperti makcik yang pertama tadi.. dia juga berkata "Sayang.. sayang" dan mengucupi pipiku kiri dan kanan.. Aku terima ciuman itu dengan senyuman kecil.. Dia juga memasukkan kepingan siling ke dalam tabung tembaga yang dipegang erat di tangan.

Pakcik tua yang berdiri di sebelah kiri laluan itu pula tersenyum manis.. terlihat kepingan siling di tangan mereka.. ketika aku lalu menghampiri mereka.. mereka turut memasukkan kepingan duit siling itu ke dalam bekas tembaga yang masih aku pegang erat dengan kedua-dua tanganku.. cuma mereka tidak mencium pipiku seperti makcik-makcik tua tadi.. sekadar menguntumkan senyuman manis tanpa berkata apa-apa.. Aku bertemu lagi seorang lagi pakcik tua.. Dia seolah menunduk hormat padaku dengan sebuah senyuman manis.. di tangannya juga ada kepingan duit siling.. menanti untuk dimasukkan ke dalam bekas tembaga di tanganku..

Entah berapa kali agaknya pipi aku ini dicium oleh makcik-makcik tua (seingat aku dalam lingkungan umur 50 dan 60an). Malah anak-anak kecil turut mencium pipiku dan memasukkan duit siling ke dalam bekas tembaga itu..

Bila aku menghampiri penghujung barisan manusia itu.. aku jadi semakin hairan atas yang terjadi sebenarnya.. Untuk apa majlis ini?? Untuk akukah?? Untuk majlis apa?? Kelihatannya seolah seperti sebuah majlis perkahwinan.. Aku bakal dinikahi?? Dengan siapa?? Siapa suamiku?? Aku kenalkah dia??

Entah dari mana aku ditanya oleh seseorang tentang bakal suamiku.. Yang hairannya aku menjawab aku sendiri tidak tahu.. Hanya aku ketahui ianya anak kenalan rapat ayahandaku.. Rakan baiknya.. Aku tidak pasti bagaimanakah rupanya.. dan yang mana satukah orangnya??

Aku terhenti pada seorang wanita tua yang cukup aku kenali.. Dia duduk menyandar di atas sebuah kerusi.. Berbaju kurung berpetak hitam putih dan berselendang putih.. Tubuhnya agak kurus sedikit.. Matanya tertutup rapat.. tapi tangannya mula terkapai-kapai cuba untuk memegang bahuku.. Kelihatannya dia juga mahu mencium pipiku dan memelukku... Aku cium pipi nenek itu dengan penuh kasih sayang.. Aku peluk erat tubuh badannya berulangkali.. Aku menangis dengan penuh linangan airmata.. Nenek!!! Ya Allah.. Nenek!!! Hanya itu yang keluar dari mulutku.. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya... Aku jerit namanya.. Kali ini serasa aku benar-benar rindu padanya.. Aku peluknya dengan luahan kerinduan yang tidak dapat aku ungkapan dengan kata-kata.. Hanya linangan airmata sahaja yang menjadi sedu sedan aku..

Tiba-tiba jantungku berdebar dengan kencang sekali.. Seolah aku bakal menghadapi satu peristiwa yang mencemaskan.. Realitikah ini?? Mimpikah?? Mainan apakah??

Seolah tidak masuk diakal akan semua ini..

Aku terjaga dengan penuh tanda tanya.. Otak aku kembali memikirkan mimpi itu dengan terperinci, seolah detik-detik cemas tadi benar-benar terjadi kerana dadaku sememangnya berdebar dengan kencang.. Ciuman dan linangan airmata tadi jua terasa masih hangat lagi.. Adakah aku bertemu dengan arwah nenek tadi?? Ini masih menjadi tanda tanya aku...

Menoleh ke kanan.. Terlihat dia sedang tidur dengan lena.. Aku bangun dari tidur menuju ke bilik air untuk persediaan menunaikan solat subuh..

Ingatan pada mimpi itu masih jelas gambarannya..

9 comments:

faqir said...

hensem tak akak dlm mimpi tu hehehehe

anjang said...

sebelum tidur berangan ni, apa-apa pun kadang-kadang peristiwa dalam mimpi akan berlaku pada masa akan datang. kerap juga terjadi perkara yang aku mimpikan berlaku akhirnya.

julietchun said...

mungkin adik merindui dan teringatkan keluarga disini,jadi ingatan itu terbawa2 dalam tidur. sama2lah kita sedekahkan al-fatihah dan ayat2 suci moga rohnya ditempatkan bersama org beriman.
Janganlah adik terlalu memikirkan mimpi itu.

Kaktiny said...

uish... ko ni kan.. gaya penceritaan ko tuh.. mimpi pun boleh buat aku terawang2 ikut sama...

apa kata, ko cepat2 hasilkan novel bersiri cam twilight tuh.. sure d'boom punya lah.. real babe..

aku org pertama yg borong novel ko.. sure!! (siap minta autograf depan ngan belakang muka surat lagik.. kahkahkah)

- turut sedekahkan al-fatihah utk nenek ko..

iina said...

Faqir

hensem?? siapa akak ke?? wakakakah.. cakap jelah ko nak cakap akak lawa..

Anjang

Mula rasa cam mainan tidur.. tapi sebab saya pasti yang saya jumpa itu memang arwah nenek saya.. buat hati saya tertanya2 sangat..

Juliet

adik?? siapa adik tu.. aku ke?? wah bestnya sebab aku lagi muda dari ko.. wakakakakah.. Rindu tuh biasa tapi mimpi tuh memang lain dari lain.. sebab seolah2 aku betul2 ada kat situ..

Tiny

Wakakakah.. buat novel?? adeihhh ontah bilo aku nak buek.. hehehe nntilah bila ada time free... skrg nie time rajin baca jek.. nulih tuh cam belum nak jek ;)

Jgn risau.. kalau aku buat novel mmg ko org pertama aku bg baca hehehe.. kalau buat ler.. kalau..

KTS said...

betul ke pakcik2 dlm mimpi tu tak hadiahkan ko ciuman?? errr...

hihihi

.
.


sblm tido bsh tgn tak?? ni mesti lps makan terus tido
hikhikhik :P

iina said...

KTS

kalau diorg bagi pun kenapa?? ko jeles ekkk wakakakah.. sebelum tido aku ambil wuduq tau.. solat isyak dulu baru tido.. apa kes basuh tgn jek ;)

DUN Behrang 2020 said...

Mmg mimpi2 cenggitu bisa buat kita merenung seketika...apapun kita kena bpijak di bumi yg nyata...

Musykil gak bila juliet panggil adik...tp sekurang-kurangnya dia ada kesedaran gak...hihii!

iina said...

Dun

Memang terutama kalau mimpi jumpa orang yang dah meninggal dan dia juga paling rapat dengan saya.. last dia dtg dlm mimpi saya 3 thn yg lepas masa saya mula2 smpi ke bumi UK.. dan mimpi balik jumpa dia bila saya dah nak hujung2 kat sini juga.. pelik juga.. tapi takde yg pelik sebab mak saya selalu mimpi arwah nenek saya nie.. kalau dia dtg menjenguk.. terubatlah kerinduan saya pada dia..

juliet tuh rasa dia dah tua kot wakakakah.. takpe bg chance kat dia sekali sekala jdik kakak ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin