Monday, 26 October 2009

Waktu yang dilambatkan

Senja di Dataran George Square, Glasgow
(23 Oktober 2009-Jumaat yang sejuk malap)


Semalam.. waktu dilambatkan sejam.. Menandakan waktu musim panas British (BST) telah pun tamat. Setiap tahun kami di sini akan melambatkan jam semasa masuk musim sejuk dan akan mempercepatkan jam bila masuk ke musim panas. Kini perbezaan masa antara Malaysia dan UK menjadi 8 jam berbanding 7 jam sebelum ini. Terasa sedikit janggal pada mulanya kerana aku sedar akan perubahan itu ketika waktu menghampiri ke pukul 11 pagi.. sedangkan waktu itu baru pukul 10 pagi.

Yang membuatkan aku sedikit seronok kerana solat subuh kini lewat sejam dari kebiasaannya. Selalunya aku pasti terkejar-terkejar untuk solat subuh pada pukul 5.55 pagi sebelum berjalan kaki ke perhentian bas untuk menaiki bas pukul 6.03 setiap hari bekerja..

Kini warna senja juga sudah semakin awal menjelmanya.. lewat pukul 5petang sudah hampir gelap.. dan menghampiri ke pukul 8pagi pula baru nak terang benderang.. Terasa berbeza bila perubahan musim datang waktu begini.. Malam menjadi panjang.. Rutin solat pun berubah.. Belum lagi masa puncak musim sejuk yang beza Zohor dan Asar yang hanya 1 jam sahaja di antaranya.. Waktu ini... kami semua solat 2 waktu dalam masa yang berhampiran.. kerana perbezaan yang amat dekat waktunya..

Masa ini juga.. tabiat untuk makan dan makan lagi juga semakin bertambah.. dengan rasa sejuk yang semakin ketara.. Perut juga semakin berbunyi riang.. Rasa lapar juga mula singgah dengan lebih kerap.. Berat badan juga semakin bertambah naik.. Banyak yang perlu dikawal dan dijaga.. tapi setiap musim itu ada keunikannya.. Cuma agak terasa berat bila terpaksa mengharungi sejuk dan beku saban hari.. apatah buat aku dan rakan-rakan yang terpaksa keluar seawal 6 pagi..


Adakah salji akan turun awal musim sejuk ini??

Kita nantikan sahaja kepingan putih salju itu..

Tiba-tiba hati tak sabar untuk mengelongsor salji di puncak gunung yang memutih..

Secara rasminya.. Musim sejuk bakal tiba tak lama lagi..
Autumn kini sedang bermaharajela di mana-mana

Masih belum berkesempatan untuk mengambil gambar di Queens Park..
Harapnya esok lusa ruang masa itu akan diperolehi jua..


8 comments:

Mak Su said...

ooh? lambatkan waktu, cepatkan waktu? terima kasih sbb beritahu, maksu ni tak reti apa-apa

wos said...

bestnyer bleh gostan-gostan lak jam kan?
hahahaks!!

anjang said...

tuan tanah nak minta kebenaran nak ambil artikel untuk entry bolg aku, ramai orang tak tau perkara ni termasuk aku.

Best artikel ni

julietchun said...

kalo terasa lapar makan je lah, jgn dipikir2 sgt,hehehehe. kalo naik berat badan tu buleh diusahakan utk turunkan balik,hahahahahahaha.

KTS said...

maknanya boleh bgn tidur lambat ke??

hikkkkssss

.
.

part yg aku plg suka bila ko kata "tabiat untuk makan dan makan lagi juga semakin bertambah"

muahahaha.... ai laik....

selamat datang ke dunia KEMBANG :P

faqir said...

kak..nnt salji turun..bleh ler ko wat ais kacang yo ehehehee

iina said...

MakSu

Setiap tahun memang camtu kat sini so kena alert lah.. selalunya setting time hari ahad ;)

Wos

Time gostan best ahh.. time kena forward 1 jam.. kelam kabut.. kalau xperasan.. tau2 jek dah lewat sejam ;)

Anjang

Ok jek no problemo.. kami kat sini dah biasa pasal cepat n lambat jam nie ;)

Juliet

Nasihat ko ini amatlah berguna sekali ekk.. nak turun kemain susah.. nak naik senang jek tau

KTS

ko memang bab2 kembang setaman nie mmg ko ye fav.. adakah undangan ko itu bermakna ko pun dah join kelab kembang bersama? wakakakah

Faqir

Dik.. ko nak ABC? alah xyah tggu salji turun.. ko boli yo kek topi tasik tepeng tuh.. ado yo potang2..

nahmy said...

selamat menempuh musim sejukkk...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin