Sunday, 4 October 2009

Batuk tak best!!


Ada ke batuk yang best?? Ini aku muskil sikit.. kot-kot ada pula yang mengatakan batuk-batuk itu best.. mungkin cara batuk orang kaya itu yang paling best.. tapi kalau namanya batuk sakit.. rasanya leh buat kajian berapa yang nak kata best..

Batuk dan aku.. aku rasa buat masa nie.. dia mahu berdampingan dengan aku buat sementara waktu.. Nak tidur.. bangun tidur.. buat apa sahaja.. pastinya kokolan batuk itu sekali sekala akan kedengaran.. dan pastinya.. makin batuk.. makin bersemangat aku meneguk air sejuk.. ini dah memang tabiat aku.. sepanjang minggu ini dalam kepala aku hanya mahukan air sejuk 2 perisa sahaja.. susu coklat dan summer fruit (oasis atau robinson)..

Ini memang perangai aku sejak dulu.. bila sahaja badan kebah dari demam.. keinginan aku untuk minum susu coklat memang tidak boleh ditahan-tahan.. aku sudah terbiasa sejak zaman sekolah.. setiap kali sahaja demam aku baik.. pastinya dalam seminggu dua itu susu coklat mesti ada dalam simpanan peti ais.. tak dapat tidak mesti aku rasa untuk hilangkan rasa teringin yang amat sangat.. yelah mulut dan tekak masih pahit sebenarnya.. menelan banyak makanan yang pelbagai perisa membuatkan deria rasa aku masih kelat dan payau.. Cuma aku lebih kerap memakan sesuatu yang manis kerana hanya itu yang lebih mudah lalu dan diterima oleh tekak.. kurma madu.. coklat lindt.. mangga manis kering.. itu sahaja yang sering menjadi santapan tekak aku.. selebihnya barulah aku telan nasi goreng.. bihun goreng.. kadang telur goreng kicap & roti.. cukuplah buat isi perut aku sepanjang sehari itu.. jarang sangat aku mengulang makan.. sekali aku dah makan baik pagi atau tengahari.. cukuplah.. aku hanya akan mengulang memakan sesuatu yang manis seperti kurma atau coklat.. selebihnya aku akan minum lebih banyak air.. mungkin untuk menganti semula semua air dalam badan yang hilang sepanjang aku demam teruk 4 hari itu..

Sejenak juga kepala teringatkan kampung halaman.. saat baik dari demam begini pastinya aku sudah memandu pulang ke kampung.. minta mak bawa ke rumah wak untuk mengurut satu badan.. apatah lagi batuk-batuk yang aku alami ini.. sudah cukup membuatkan urat kepala.. bahu.. pinggang dan punggung semuanya tegang-tegang belaka.. badan yang menahan rasa batuk sudah cukup menyebabkan kepala aku beberapa hari ini seolah hilang imbangan badan.. berdiri lama terasa seolah tidak seimbang dan mahu tumbang.. kepala kadang rasa seolah tidak dapat berfikir dengan pantas seperti selalu.. andai ada sesuatu yang cuba menyerabutkan kepala aku.. terus aku tepis sebab aku malas mahu menambah beban di kepala ini.. Kalau mereka itu masih tak faham kondisi diri aku ini.. aku tak tahulah.. agaknya mahu rasa banyak bagaimana aku rasa untuk lebih memahami kot.. takpe.. kejap lagi sampailah rasa itu.. ;) best jek bila boleh transfer sakit camnie kan.. kot boleh lah.. kot-kot boleh..

Ya batuk adalah sesuatu yang cukup tak best.. Kalau best mesti semua orang suka batuk-batuk kan.. ;) Apa juga kena jaga kesihatan.. Masih ada perkara yang perlu aku selesaikan minggu hadapan.. Perlukan kekuatan mental dan fizikal.. Harapannya.. ia mampu aku lalui dengan kekuatan dan kesabaran..

5 comments:

anjang said...

Paling aku tak tahan ialah batuk, terutamaca apabila cuaca sejuk. Kalau aku gi sana mau batuk je agaknya

anjang said...

kalau kat sini batuk kita ambik kat klinik swasta atau kerajan. kalau kat sana macam mana ek

Mak Su said...

maksu kalu batuk suka makan gula2 ubat batuk tu.... nyam nyam nyam, lega skit tekak ni

iina said...

Anjang

Mmglah.. skrg dah semakin sejuk.. freezing cold.. udah mula pakai jaket wool & muffler tutup leher.. tak boleh tidak skrg nie.. cam winter jek dah.. sini kena p nhs ler.. tapi sistem xcam kat mesia yang boleh p anytime kena wat appointment.. tapi by the time sampai appointment tuh.. sakit pun dah baik.. baik pergi farmasi jek beli ubat..

Maksu

Yang itu juga xjalan.. dah bape byk biji gula2 ubat batuk tuh ditelan.. buat masa nie.. byk minum air asam jawa jelah ;)

KTS said...

jangan melepaskan batuk di tangga ya.... :D

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin