Tuesday, 29 September 2009

Demam raya


Salam..

Sudah seminggu blog ini sepi.. ada sebabnya.. sudah tentu semua pun maklum dengan agenda berhari raya itu sudah tentunya sedia ada dalam senarai utama pada minggu pertama beraya.. Namun yang tidak pernah dijangka dan diagak sama sekali.. turut juga menerima satu lagi kunjungan istimewa yang menyebabkan puan punya badan pun terpaksa rela menghadapi walau sedaya upaya tenaga urat belikat segala..

Jemputan berhari raya masih lagi dipenuhi hingga raya yang ketiga.. dan pada raya yang keempat satu perjalanan telah ditempuhi memandangkan persetujuan untuk ikut serta bersama turut dibuat di saat-saat akhir.

Masih ingat senarai perkataan-perkataan 'raya' yang pernah dijadikan entri dalam blog ini? Aku tertinggal satu perkataan yang paling utama.. iaitu 'Demam raya'..

Ya satu perkataan yang tidak pernah timbul dalam diri ini.. hampir 4 hari berperang dengan suasana seram sejuk.. panas sejuk.. berangin.. batuk.. selsema.. panas membahang.. mengigil.. sakit urat belikat.. sakit belakang.. sakit pinggang.. dan yang paling teruk.. serangan asma turut melanda sekali.. syukur asma yang datang tidak terlalu krikital.. masih mampu bernafas dengan selesa.. cuma bila tiba malam hari dan berserta dengan sakit urat belakang dada.. serangan asma turut datang singgah.. dan yang paling sadisnya.. semua itu terpaksa dihadapi semasa berada di negara orang.. di 4 negara aku jatuh demam teruk.. Bermula di Netherland (Roterdam,Volendam & Amsterdam).. kemudian berlanjutan ke Germany (Frankfurt).. tumbang di Luxembourg.. akhirnya mampu bertatih sedikit di Belgium (Brussels).

Kembali ke Glasgow.. demam bersambung semula. tapi ajaibnya.. bila sahaja ubatan dari tanahair air diambil.. demam yang melanda selama 4 hari itu terus kebah dalam masa yang tidak sampai pun 1 jam.. tak ke pelik?? Nampak sangat badan aku ini hanya menerima ubat-ubatan tertentu dari tanahair sahaja.. sedangkan selama 5 hari mengembara.. walaupun banyak mana panadol.. paracetamol yang dibeli baik dimana-mana farmasi negara-negara berkenaan.. tidak ada satu pun yang serasi dengan badan aku..

Semalam.. waktu bangun pagi.. melihat muka di cermin terkejut.. kerana terlalu pucat dan cengkung dek hampir 3 hari tak makan dengan sepenuhnya.. sekadar menjamah beberapa ketul roti.. beberapa suap bubur nasi.. dan kembali ke Glasgow pun bubur nasi yang dimakan juga luak hanya beberapa sudu.. banyak jugalah sudunya.. itupun dek kerna dipaksa oleh pakwe.. walaupun entah berpuluh kali tolakan dan gelengan diberikan.. tapi paksaan dari dia buatkan diri telan juga sedikit sebanyak..

Selera makan kembali sedikit demi sedikit walaupun tidak lagi sepenuhnya.. biasalah proses untuk baik pulih mengambil masa yang agak lama.. Sisa sakit belakang.. batuk.. selsema.. asma.. keletihan.. sesak nafas sekali sekali masih terasa.. demam sudah kebah sejak ahad yang lepas.. cuma kadangkala datang bila menghampiri ke waktu malam dek perubahan suhu yang semakin sejuk..

Pagi tadi juga aku ditegur orang.. kerana kelihatan cengkung dan tidak bermaya.. Biasalah baru lepas kebah demam memang begitu kan.. takkan terus segar bugar sihat walafiat.. Tapi yang tak dapat dilupakan.. soalan ini..

"Best pergi berjalan?"

"Best mendenya.. asyik tidur.. dan sakit badan jek" kataku sambil gelak kecil..

Kadang serik pun ada juga di hati bila kembara dilakukan dalam kondisi badan yang tidak sihat langsung.. kalau tidak sihat di rumah sendiri lain ceritanya.. kita sudah biasa dengan persekitaran dan apa yang ada di dapur rumah kita.. Mahu berehat.. hanya perlu bertatih perlahan ke katil dan terus lelapkan mata hingga mata sudah tidak mampu lagi lena..

Apa jua itu adalah satu pengalaman.. Pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Lagipun siapa yang tahu semua ini akan terjadi.. sudah kehendakNya.. Dia Maha Mengetahui Segalanya..

Masih mahu mengumpul kekuatan diri.. masih perlukan 45% lagi kekuatan..

Ada kelapangan masa.. gambar-gambar kembara akan dipaparkan.. hasil tangan pakwe.. sebab aku nak pegang kamera pun dah tak larat masa tuh.. Nasib kamera digital canon kecil.. Kalau SLR atau DLR.. rasanya memang tak ambil gambar terus kot.. ;)

Salam kesihatan.. dan salam ceria.. Moga diri diberikan kekuatan seterusnya..

Aku telah terima bungkusan dari seorang sahabat itu.. terima kasih banyak-banyak ya ;)

9 comments:

faqir said...

aku pun demam kak..

ibundo said...

aduyai... sian e. Camanolah nak enjoy bojalan kok domam kan. Ekau kono qadak poi tompek tu ina.

dah sehat ko.

Kaktiny said...

salam..

betullah... demam raya.. aku ni pun dh dapat dah.. batuk raya, selsema raya... adooiii...
.
.
.
.
.

p/s: dh dapat eh.. hihihihi....
ok tak???...

badakbiru said...

demam..? lahai siannye...
tp OK lg la, bole gak tido2 dgn lena. Kalo kene cirit birit cam sy..penat menziarah encik Tan je....huhu

DUN Behrang 2020 said...

Nak buat camne...itu ketentuanNya...besabarlah...didoakan moga segera sembuh...

arapink said...

siannya kak iina...

kalaulah berjalan ke banyak negara dengan badan yang sihat, best sgt kan kak, tapi tu ler, kondisi tak mengizinkan yer...

ara doa kak iina cepat baik sepenuhnya....100% :-)

***pssttt....tak sabar nak tengok gambar2 trip kak iina

KTS said...

tak cukup makan lomang la tu..
tu yg smpi domam haaaah...

sabar yo..
lain kali, kito gi jalan samo2... klu ekao domam laie, den ado... hikhikhik


selamat hari raya..
get well soo :D

julietchun said...

bejalan ngan pakwe jek, cer ajak aku join skalik :D

moga cepat sembuh dan kenang daku ketika gi open house tu,hehehehe.

iina said...

Faqir

ko demam nak kawin tuh

Kak Pah

Qadar? emm cam xde harapan jek.. tapi totap den konang kak.. tompek den domam truk.

Tiny

tu ler mana nak sangka kan... dah nak kena.. terima jelah makan ubat.. muhasabah diri.. ok jek semua pada aku.. nnti aku story k

BB

Dik itu pun termasuk dalam pakej sekali.. kena lak akak mmg dh xlarat nak bgn.. kena paksa diri juga bgn pergi.. lagik terseksa

Dun

Insyallah.. in recovering process..

Ara

Tu ler.. mana nak tahu.. best xbest.. lalui jugalah.. sampai masa tuh akak lupa terus.. camna rasanya sihat.. tertanya2 diri.. sihat selama nie camna ekk rasanya.. ;) gmbr nnti akak upload bila dah tenang2

KTS

lemang ketupat rendang semua aku pun xmakan tau.. trmasuk ler masakan sendiri sebab dah letih sgt.. elok juga aku ajak ko jln.. leh ko jadi bibik aku kan hehehe

Juliet

belum p openhouse lagik.. klu aku p.. aku cuba ingat2kan.. kalau lupe jgn marah ahhh..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin